Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, March 4, 2019

~ A MEMORIES THAT BRING REGRET~

Salam Insaniah...
Sambungan entry sebelum (family day planning (karim generation))

Kenapa sis katakan nanti akan jadi penyesalan diri sendiri bila tak join program seperti ni??
Pernah beberapa tahun lepas..mungkin dalam tahun 2016, family kazen buat family day sebelah mama dorang (bapa kazen adalah adik no.4 bapa yg kami gelar pangah). Family day tu dijalankan di halaman rumah kazen, tak jauh juga dari rumah..lebih kurang berjiran lah juga sebab sekampung. Okay, nak dijadikan cerita...family sis pun ada join juga family day tu. Tapi sis tak dapat join sebab tak boleh nak cuti (masa tu sis masih kerja di sipitang). besar hati juga nak join sekali. Bila balik kampung je adalah mama dan kakak2 cerita aktiviti yang dilakukan masa family day tu. Memang best lah dengar..rasa rugi tak pergi sebab tu kali ni sis nak join sangat2. (nak cakap kat husband bagi balik cuti d kampung hehehe).

Dalam kegembiraan pasti ada kesedihan. Yes, few month after the family day, kami dengar khabar kakak sepupu sakit (awal tahun 2017) anak kepada pangah yang buat family day few month ago. Hajat hati nak ziarah sebab kakak sepupu masih berada di rumahnya (keluar masuk hospital dah). Tapi mungkin kesilapan dan kekesalan tu wujud sampai ke hari ni sebab selalu tangguh nak datang ziarah. Sehingga lah dapat khabar di kampung kakak sepupu dah admit di hospital QE (dah lama admit tapi kami yang stay di sipitang baru tahu)..dalam kedaan yang agak merunsingkan kesihatannya. Sis dan kakak sulung merancang nak pergi ziarah pada hujung minggu (sabtu) memandangkan hari khamis malam dapat berita.


Perancangan Allah tu tak ada siapa yang tahu. Malam jumaat kami dikhabarkan kakak sepupu akan di bedah..sis dalam hati minta doa semoga dipanjangkan usia kak uyah (kakak sepupu yg sakit). Sis try whatsapp sepupu yang sebaya dengan sis (adik arwak kak uyah) dengan niat nak tahu lebih lanjut keadaan kakak sepupu. Risau juga sebab plan esok nya nak ke KK ni pegi ziarah. Subuhnya sis dapat berita kakak sepupu dah tak ada..Allahu. Masa tu sis rasa macam...eh tak mungkin lah, kak uyah sihat lagi (last jumpa masa raya tahun 2016, kakak sepupu sihat sahaja pada pandangan mata kasar sis). Sis cakap dengan kakak sis..macam tak percaya je kak uyah dah xder. 😢😢

Lastly, plan nak ziarah ke QE tak jadi dan tukar plan balik kampung ziarah jenazah buat kali terakhir (sis dah siap2 minta cover kerja dengan kawan kalau2 anything happen in that case). Awal pagi gerak balik kampung. Ya Allah..masih tak percaya lagi ni nak ziarah jenazah arwah kak uyah. Macam mana nak percaya kehilangan seorang kakak sepupu yang happy go lucky, yang lantang suaranya..walaupun tak selalu jumpa tapi hubungan kami semua rapat layaknya sepupu. Last jumpa pun arwah masih sihat. Tapi tu semua hanya pandangan mata kasar sis..arwah dah lama sakit, cuma arwah kuat semangat dan akhirnya arwah tak mampu lagi dan tinggalkan keluarganya dan tinggalkan kami sepupu2 nya. AL-FATIHAH BUAT MU KAK UYAH. (sedih bila mengenang kembali kenangan waktu kecik bersama kak uyah).


Kesimpulan cerita sis ni boleh agak tak?? untung lah keluarga yang pernah join family day yang keluarga arwah adakan pada tahun 2016 (akhir tahun rasanya) sebab mereka telah mencipta kenangan terakhir bersama arwah. Kenangan yang gembira..walaupun ketika tu arwah sedang menahan kesakitan dalam diam Ini lah punca kenapa sis tersangat2 nak join family day yang akan di adakan hujung bulan mac ni. Sis nak cipta kenangan yang manis dan gembira untuk dikenang bersama semua keluarga yang ada. Sebab kita tak tahu bila masa kita akan tiba dan bila berakhirnya nafas kita. Maka, sis dengan ini akan minta izin dengan suami nak balik kampung untuk mencipta kenangan baru yang mungkin akan dikenang sampai akhir hayat.



terima kasih kerana membaca,,,walaupun syok sendiri tapi bercerita seperti ini juga merupakan terapi minda dan perasaan. Maaf cerita agak pendek dan mungkin ada yang kurang paham tapi niat sis bercerita adalah untuk kita menghargai saat bersama2 ahli keluarga.

~ FAMILY DAY PLANNING (KARIM GENERATION) ~

Assalammualaikum...
hari ini berjumpa lagi di alam maya..

Story hari ni sis dapat info dari group family sebelah bapa ada nak buat hari keluarga end of this month. Dah meeting semalam 03 mac 19 (ahad). Sebelum tu mama ada juga cerita tentang planning tersebut masa sis call tengahari semalam. Tapi family sis tak attend meeting tu sebab kazen lupa nak bagitau. Meeting dibuat di gerai babu katung (adik perempuan bapa no.3) di kg binsulok. Dan aktiviti akan dibuat di kawasan gerai tu nanti. Money collection akan dibuat untuk belanja makan dan minum sempena hari keluarga tu nanti..haaa mengikut apa yang sis paham dalam planning tu nanti lah. Pungutan duit bagi sis boleh lah..mampu lagi nak share. Untuk menjayakan program yang boleh mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga ni elok lah ringan2 kan tangan memberi. hehe

So, perkhabaran ni membuatkan hati sis terujaaaa sangat nak balik kampung..sis nak join jugaaaa family day nanti. Kalau lah jadi program ni ianya adalah yang pertama dibuat oleh keluarga besar sebelah bapa. Dan sebab tu sis rasa rugi pula kalau tak join sekali kannn..nanti pasti akan jadi penyesalan diri sendiri sebab tak join program. Sebab kita tak tahu bila lagi program seperti ni akan d buat memandangkan semua orang pun ada kerja nak dibuat. Kerja tu adalah tugas hakiki. Banyak lagi komitmen lain yang perlu dilaksanakan. Maka, sebab tu program hari keluarga ni sangat susah nak di laksanakan. Tambahan pula...ini lah masanya untuk saling mendekatkan diri sesama keluarga yang lain.


Program family day mengingatkan sis sesuatu yang membuat kan sis menyesal sebab tak melibatkan diri dalam aktiviti family day beberapa tahun yang lalu. Beruntung lah mereka yang join tu...terciptanya sebuah kenangan dengan seseorang yang telah meninggalkan kita. Sis akan cerita kenapa sis sehingga kini sedih kerana tak termasuk dalam memori indah yang mereka ciptakan sepanjang family day itu berlangsung.


kalau sudi nak terus membaca boleh lah tunggu sambungan cerita saya selepas ini...


Saturday, December 1, 2012

~di ambang 2 tahun haikal sayang~

2nd entry for today...
woahhhh aktif sungguh macik menaip2 hari ni yeeee..ada benda nak share sebab tu rajin menaip je...
okey..today macik ada plan bagus punya,malam ne macik buat birthday party untuk buah hati macik..haikal..yang ke 2tahun..tapi haikal tak pandai cakap lagi laaaa :( lambat sangat nak becakap..
macik tak sabar nak berborak dengan haikal..heeeeee
tapi macik buat simple party je for family dalam rumah aje..coz bajet tak banyak sangat la sayang..
takpe kannn..yang penting doa kita nanti diterima Tuhan..amin..
petang ne macik ambik kek..dah oder monday lepas..blueberry choc perisa kek haikal dan angry bird adalah tema untuk party hari jadi haikal..macik nak haikal pakai baju angry bird nanti malam okeh...
macik sayang haikal...sangat2... :)
coming soon macik akan upload pic kek bestday haikal dan haikal sekali untuk kenangan macik d blog ne,,,
harap semuanya berjalan lancar malam ne.. :)

Tuesday, August 28, 2012

~2nd eid~beraya bersama kak dayangku~

BERAYA BERSAMA KAKAK TERSAYANG
saiz saya dah nak setanding kak dayang dah..alamak!!!!

Friday, August 17, 2012

~nak g oversea cam kakak~

uwaaaaa...dah semakin dekat nak raya..
sy belum rasa aura raya lagik
juz tetiba lak rasa sedikit sad
coz my kakak xberaya pertama d rumah  this year
emmm..entah,macam rindu pulak kat dia
lain macam je rasa klu dia xda kat rumah
wateva,hope she will be okay right there..
may Allah always protect her..

ne lah my kakak..
now dia kat melbourne australia..ishh jeles sy tauu..
tp xpa rezeki dia la tu merasa negeri org putih
katanya best kat sana,,
nak jeles kan sy ler tu..adoiii
xpa..sy pun ada planing gak la
tp x la sebest plan korang tu..
nak g negara seberang je..yang 
money dia murah2..hehehe
tu je yg termampu...

Friday, November 25, 2011

~engagement day my oldest niece~

hai hai hai
Okeh..this time aku dah edit pic ni kasi yang simple2 jer..yang before this dah delete coz take space too much so this time pic look so jimat ruang yerr... :P
~around engagement day my niece...cekedaotttt.....



~sweet memory wif my love niece,the day of engagement..semoga panjang jodoh hingga naik pelamin & ke akhir hayat...~

Tuesday, November 22, 2011

~rindu haikal~

aku sayang dier...s
ayang sangat2.
.now aku rase rindu kat dier coz rase dah lama tak jumpa..
takde dah kawan nak jalan2 area halaman rumah, takde dah kawan buat aku ngomel2, takde dah bunyi kaki merangkak, takde dah kedengarn bahasa pelik dier, takde dah yang aku mau buai d buaian kat bawah rumah tu...oh tuhan rindunyer aku kat haikal... :( bila lah dier nak balik rumah nenek dier nih..
















miss u a lot my nephew...

Thursday, October 6, 2011

~mohd hadi haikal~

wokey..
now nak upload pic nephew sy (formal sikit) yg noughty sangat2..hehehe.
.ni dia MOHD HADI HAIKAL BIN AWANG HASDAH..












alalalala...
bucuk2..
ni sewaktu usia haikal sehari selepas d beranak kan pada 24 nov 2010..
we love haikal.. :)

Friday, September 2, 2011

~senja nan gelap~

My pic with my love oldest sis, pic x terang coz snap time senja mok p beraya..but i like this pic.

Tuesday, August 30, 2011

~mama & bapa..kami~

Ini lah mama & bapa kami,,kami sayang mereka sangat2.tiada apa yg boleh memisahkan kasih & sayang antara kami. Allah SWT mewujudkan mereka untuk mengadakan kami..terima kasih Tuhan ku. Kami membesar dengan sentuhan tangan mereka sendiri. Terima kasih mama & bapa. Buat mama & bapa jangan sedih2 di hari raya ni..kalau mama & bapa bersedih kami akan ikut bersedih..lagik sedih drpd mama & bapa. Lupakan lah segala sengketa yang pernah berlaku di dalam keluarga kita..biar apa yang berlaku mama & bapa masih ada kami. Mama & bapa, kami meminta maaf d atas segala apa yg telah kami lakukan selama kami d besarkan oleh tangan mama & bapa. Mama & bapa, x usah lah meminta maaf dari kami..mama & bapa x pernah membuat salah,kami yang selalu salah. Maafkan kami mama & bapa. Kami sayang mama & bapa sampai ke titisan terakhir roh kami.

“Mama & bapa..tiada dua antara kamu...satu2 nya..tiada pengganti, semoga Allah SWT memanjangkan usia mama & bapa, memberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang hakiki, keberkatan hidup, kesenangan dan ketenangan yang abadi.. mama & bapa, jika d beri pilihan rela kami pergi dulu sebelum kamu..”

~syawal pertama~

Assalammualaikum,,
Selamat pagi..
Di hari raya pertama..hujan turun renyai2, rahmatnya hari raya tahun nih.. J. Bersama keluarga berhimpun ramai2,walaupun x semua keluarga ada di sisi..namun saling mengingati. Bermaaf2an di pagi syawal memang sudah menjadi satu tradisi d dalam keluarga kami. Semestinya suasana pilu menyelubungi diri setiap ahli keluarga. Pada ketika ni la lahirnya air mata kasih dari seorang ayah & ibu,abang2,kakak2 & cucu2....

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA
                 ~AWANG AMIT & KELUARGA~