Friday, November 25, 2011

~engagement day my oldest niece~

hai hai hai
Okeh..this time aku dah edit pic ni kasi yang simple2 jer..yang before this dah delete coz take space too much so this time pic look so jimat ruang yerr... :P
~around engagement day my niece...cekedaotttt.....



~sweet memory wif my love niece,the day of engagement..semoga panjang jodoh hingga naik pelamin & ke akhir hayat...~

Mizz Nina feat Flo Rida - Take Over (Official Video)

Hazama & Amy Search - Simetri - Official Music Video

~jom nyanyi sama2~ :P

alow alow alow..jom nyanyi2 sementara tunggu time nak kuar berjalan2..yezzaaaaa... cekedautttt

lagu: berdua bersatu(forteen)

Kenapa cinta kita selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu cinta selain dari mu
Jika denganmu salah ku tak mahu yang benar
Bila denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika dengan mu kabur ku tak mahu yang jelas
Jika dengan mu hanyut biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lagu dari kumpulan FORTEEN..aku tak minat tapi lagu best jugak kalau nyanyi time bushan..huhu..

~fikir2~

assalammualaikum...
already siap buat semua keje tinggal nak prepair baju ape nak pakai, nak pakai skirt or jeans ke..pakai kasut ke sliper aje..nak pakai tudung batu ke or yang sarung terus..emm..banyak nak fikir..huhu..ni lah perempuan..cerewet sangat..erkkk..takyah lah pakai cun2,,bukan nak g cari spare part pon..huahuahua..langsung takde niat OKEH! emm..rase2 nak pakai skirt je..malas lgik nak sarung jeans.huhu..malas sebenarnye bukit cerewet..hihihi..

~merapu tengah malam~

assalammualaikum..
hari dah jauh lewat malam..tapi mata ku masih segar bugar lagik..
tak tau nak buat apa..
juz baru selesai follow blog kawan fb,penat juga mencari rakan fb yang ada blog..
fuh..sengal deh..
but sementara mood bagus nak usha2 blog rakan so juz do it la kan..kalau mata dah xngantu sampai pagi pun tak kisah...tak risau kalau bangun lambat coz aku tak keja lagik..ni lah masa nak bersengkak mata sampai ke subuh..huhu..alahai..bosan pula tetiba ..
ape tak nyer..soundtrack suasana midnite ni lagu ct nurhaliza..entah ape kah tajuk nya aku dah lupa tapi yang pasti memang jiwang tagar la..aduiiiii..haiii..ct ct..sepatutnya midnite camne tak sesuai putar lagu slow2..cepat ngantuk jadiknyer...kena pasang lagu yang banging..baru lah power..azan subuh pon tak dengar..hohoho...ish ish ish..tak leh tak leh..dose..huhu.agaknyer dj radio dah ngantuk kot tu la pasal putar lagu macam ayam nak tido aje.emmm,,tak ape la,,kesian kat dj yang keja tengah malam cam sekarang kan...cari duit la katakan..tak buat tak lah masyukkk..

tadi plan nak tido after siap download semua movies&songs..
last2 sampai sekarang mata tak ngantuk lagik.
.maka teruskan lah berjuang mereda suasana malam yang sunyi sepi ni..emmm...agaknyer boprin pon dah tidur berdengkur2...ape kehel nyer mata ku malam ni?? heran bin ajaib juga..tapi aku kompom bila aku baring je mesti lelap terus..tak yah nak angan2 mat jenin lagik cam selalu..hahaha..pecah rahsia aku.haiyaaaaa...bila time best2 cam gini ni,,dah semangat nak bekarya ni ade pulak mosquito ni tumpang carik makan..aduhhhh..tak pe lah aku sedekah kat kau untuk malam ni aje yeee mosquito..kau makan lah banyak2 darah aku tu..tak juga aku kering kalau setakat perut kau yang kecik tu..jangan kau sebarkan penyakit kat aku sudah la...nanti tak pasal2 aku masuk hospital pulak..tu kalau sempat masuk hospital..kalau tak sempat? kubur mari lah jawab nyer ye tak?..

sengal gak aku ngan radio era kk ni..
macam tak ade lagu lain lagik nak putar..
dari pagi tadi asyik lagu yang sama aje..1 lagu mau nyer putar 10 kali sehari..sampai aku naik hafal dah lirik2 dier..alah..semalam pon putar lagu ni juga..ni kompom besok lusa lagu ni juga yang berkumandang ni..terpaksa lah telinga aku ni mendengar..nak dengar channel lain tak clear lah pulak..susahnyer duduk kat pelusuk negeri ni..serba serbih nyer tak kena..itu la ini la..emm..nasib baik kampung aku ni indah dan permai so aku tak lah merunggut sangat..kalau ada pon yang tak kena kasih kena kan aje la..huhuhu. dah kampung sendiri, kena lah terima kekurangan dan hargai kelebihan yang ada kat kampung ni..insyaallah kalau umur panjang sempat jugak tengok kampung ni berkembang pesat.. :) amin

okeh lah..nak dekat subuh dah..ni boprin tak tau 
aku tidur lambat macam ni..tadi dah ajak tidur.
.kat sms lerrr..dah say good nite dah..tapi aku masih menghadap lappy..kompom dier dah tidur berdengkur2..alahaiiii...so, aku nak out dah..besok ada masa lagik nak ngomel kat blog kesayangan aku ni...kalau aku rajin jugak la..coz besok petang aku nak jalan dengan family.nak g kk...jalan2 cari makan..walaupun tak ade duit tak ape..bodek aje sista aku yang dok kk tu..kebetulan dah gaji gov minggu ni..ah masak lah u sis i bodek habis2 u... :P

OK STOP!!! aku nak g tidur dulu..say good nite to my self, my boprin yang tengah berdengkur agknyer, my mom&dad yang tidur kat bilik sebelah, to my nephew& niece yang cutes2..my both of my sis..& lastly to all my follower..hihi..tak banyak pon folower i..okeh ler tu than tak de langsung..but who's care jugak kan..so juz let it be la kan..huhu

wassalam...

Tuesday, November 22, 2011

~rindu haikal~

aku sayang dier...s
ayang sangat2.
.now aku rase rindu kat dier coz rase dah lama tak jumpa..
takde dah kawan nak jalan2 area halaman rumah, takde dah kawan buat aku ngomel2, takde dah bunyi kaki merangkak, takde dah kedengarn bahasa pelik dier, takde dah yang aku mau buai d buaian kat bawah rumah tu...oh tuhan rindunyer aku kat haikal... :( bila lah dier nak balik rumah nenek dier nih..
















miss u a lot my nephew...

~sori erkkk~

assalammualaikum..
sangat2 terlupa nak upload pic malam tadi akibat ghairah menonton bola...
huhuhu..

Monday, November 21, 2011

~macam2 cerita~

assalammualaikum...selamat petang
...aku luangkan masa nak say something samada it rubbish or something stupid but honestly i speak from my heart..bla bla bla..aku tak tau nak start macam mana for the first part..aku nak bantai jer serbu..ikut suka hati jari aku yang runcing ni menaip..(erkkkk,,)..

part 1 aku dah tukar background blog kesayangan aku..
yeahhhh..nampak tak? so simple than before..yang colorfull..but i still minat background yang warna-warni..macam pelangi.. :) just for this moment i try to change to something different even it's look like simple background..this is a trial only.. :) aku masih mencari what color yang suitable dengan jiwa ku..memandangkan aku seorang yang tidak menetapkan sesuatu yang boleh diubah-ubah..maka aku buat mengikut keselesaan aku sendiri..and and and..aku terkena dengan konsep BLACK & WHITE..so compack for me.. :) that's my choice..and may be coming soon background blog kesayangan aku ni bertukar kulit lagi..huhu..takpe tak kisah kan..janji jangan bertukar hak milik dah ler..ngehngehngeh... :P

part 2 aku nak upload pic niece aku yang 
selamat bertunang dengan teman istimewanya semalam tapi tapi tapi...pic masih belum aku dapat dari my sis coz dier yang jadik tukang snap pic time tu..aku bertugas as a waitress (ngan ke ejaan aku tu? lantak larrr..) aku dah tak pikir nak turut sekaki mencuri dengar perbincangan kedua-dua belah pihak semalam di sebabkan kesibukan melayan para tetamu dan sibuk menjadi tukang jaga makanan...(adooooooooohhh..) sibuk sehingga tak terlayan sms dari buah hati..huhuhu..but it's okeh coz dier faham situasi aku yang tersangat-sangat busy lah konon nyerr...uhukk..syukran-syukran.. :).

part 3 aku rasa sangat gembira coz setelah sebulan lebih duduk rumah takde keje nak buat..just keje biasa like keje-keje pompuan..cuci kain, masak, kemas rumah, makan (opkosss), tengok tv..tido..ape-ape jer lar keje pompuan kat rumah...but just now i got info from someone yang keje dah nak start..nak operasi dah..aku syukur sangat coz aku dah sesak sangat duduk rumah tanpa kerja..huhuhu (kenyataan berani kojol..huahua) now aku rasa sangat tak sabar nak menjalani rutin aku macam dulu..bangun pagi ikut jadual waktu keje..tak ler macam hidup aku tanpa kerja ..bangun jam9 pagi..(alamak..kantoiii)..alaaa..orang bujang kan..tak de ape nak risau..aku bangun pagi aku terus cuci muka,brus gigi..and terus tengok periuk nasi...(upsss..haha) pastu aku buka peti ais..tengok sinki..ahhh..bukan aku nak makan..tapi aku cek ade ke tak nasi dalam periuk tu banyak ke tak nasi yang ade tu..kalau tak banyak aku nak masak for lunch..aku buka peti ais aku nak tengok ada ke tak ikan ke sayur ke yang aku nak masak for lunch..bila aku dah cek semua bahan-bahan yang nak di masak..aku pegi tengok sinki nak cuci piring segala mangkuk yang dah guna sebelum tu..lepas cuci baru buat keje masak-masak...tu je lar keje aku duduk dirumah..ngeee..

part 4 aku dah gemukkkkkkkkkkk..oh tidakkkkkkkkkkkkkkk!!!! aku harap buah hati aku sabar je lar..uhuhuk.. :P kalau nak rejeck aku rejeck la..kalau masih sayang kat aku..alhamdulilah..hehe..

okeh aku close kat sini dulu..nanti malam sikit aku nak upload pic niece aku bertunang semalam.. :)
assalammualaikum...

~yang penting cute~

assalammualaikum.. :)
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuh yang penting cumill ba !! :)

Monday, October 17, 2011

~perlu tahu apa itu ekzema~

selamat malam.. :) saye ader info lagi nak share..saye suka sangat nak share..huhuhu (takda topik nak share actually.. :P)
kali ni nak story about penyakit yerr... :) mari kita sama membaca;

~EKZEMA~
*Ekzema adalah masalah inflamasi kulit kronik yang boleh digambarkan melalui kulit menjadi kering, gatal dan merah. Ia merupakan satu daripada masalah kulit yang biasa dikaitkan  dengan alahan dan disebabkan oleh faktor-faktor dalaman yang digabungkan dengan faktor-faktor luaran.

Terdapat pelbagai jenis ekzema yang berbeza. Ini termasuklah ekzema atopik (dermatitis atopik), dermatitis sentuh, dermatitis kulit kepala, dan ekzema tangan/kaki. Jenis ekzema biasa berlaku adalah  ekzema atopik dan ia dikatakan dengan keadaan lain seperti asma dan rhinitis alahan.

~PENCETUS EKZEMA~
* Mengetahui penyebab sebenar ekzema adalah tidak mustahil. Caranya adalah dengan mencari apa penyebab yang membuat ekzema menjadi semakin teruk.

~PERENGSA ATAU BAHAN IRITASI~
*terdapat bahan-bahan berbeza yang tersentuh dengan kulit akan menyebabkan kegatalan dan kemerahan dengan cepatnya. Sebaik perengsa itu dibuang, kulit seharusnya kembali normal dalam masa beberapa hari. Antara perengsa biasa termasuk logam, fabrik seperti bulu, getah, sabun pencuci, pewangi ketiak, pewangi badan, kosmetik dan cat.

~ALERGEN (BAHAN YANG BERUPAYA MENYEBABKAN ALERGI ATAU ALAHAN)
*Sebaik alergen tersentuh dengan kulit seseorang yang menghidap alahan tertentu, sistem imun akan bertindak kepadanya, menyebabkan ekzema menjadi teruk. Selepas alergen dibuang, kulit tidak semestinya akan kembali normal dengan segera. Contoh alergen adalah hama, air liur haiwan kesayangan (kucing dan anjing), bulu haiwan, debunga, dan makanan tertentu. Tidak sukar untuk mengetahui sama ada diri anda mengalami ekzema atopik. Menurut Perunding Dermatologi Pediatri Hospital Kuala Lumpur, Dr. Leong Kin Fon, terdapat enam ciri-ciri utama ekzema iaitu;

1. Rasa gatal-keadaan ini menyebabkan anda mula menggaru. Apabila menggaru ia akan merosakkan kulit. Ia juga akan melepaskan bahan kimia yang menyebabkan keradangan.
2. Kulit kering akibat tidak ada lagi kelembapan
3. Ekzema ringan, ekzema sederhana, ekzema teruk.
4, Serangan bermula-biasanya pada permulaan lima tahun hidup atau usia 6 bulan (untuk kanak-kanak). Tetapi akan semakin elok apabila usia meningkat. 50 hingga 70 peratus penghidap tidak akan menghadapi masalah ekzema setelah dewasa.
5. Penyakit keturunan diwarisi.
6. Interaksi dinamik antara genetik dan keadaan persekitaran yang mencetuskan ekzema..

~MENGENALI RUPA KLINIKAL~
*Untuk mengenali rupa klinikal ekzema atopik, anda boleh melihat perubahan yang berlaku pada kulit anda. Menurut  Perunding Dermatologi dari United Kingdom, Professor Dr. Anthony Chu, rupa klinikal ekzema atopik berbeza pada tahap penyakit. Ini boleh dikelaskan kepada:

1.Akut merah, papul (jerawat atau satu kawasan yang merah dan meninggi dari permukaan kulit sekeliling), berkerak.
2.Sub-akut- kemerahan, kekeringan, bersisik.
3. Kronik-kulit tebal dan ekskoriasi (kerosakan pada epidermis dan dermis).

~MERAWAT EKZEMA ATOPIK~
*Apabila kulit menjadi merah menyala akibat digaru, sekali gus meningkatkan kemerahan, ruam dan lesi (luka) pada kulit. Menggaru merosakkan kulit dengan teruk, membenarkan kemasukan dan pengkolonian jangkitan bakteria Staphyloccocu aureus (S.aureus). Bakteria ini biasanya hadir 95 peratus kulit  pesakit ekzema. Jelas Prof. Dr. Chu lagi, untuk merawat ekzema atopik, penghidapnya boleh melakukan rawatan seperti ;

#Kaedah Konvensional (biasa)
*Mandi setiap hari dengan menggunakan emolien atau agen yang mereda atau melembutkan kulit (dengan atau tanpa agen antimikrob).
*Pelembab.
*Steroid topikal atau perencat calcineurin topikal.
*Antibiotik topikal atau sistemik.
*Memberikan sedatif Antihistamin.

#Peranan Diet
*Berdiet atau mengehadkan makanan tertentu amat penting buat bayi yang mengalami ekzema atopik teruk.  Pengehadan ini menjadi kurang aktif apabila bayi semakin membesar. Namun sebelum berdiet, perlu lah mendapat nasihat daripada pakar pemakanan terlebih dahulu. Kesimpulannya, penyakit kulit ini boleh dirawat dan boleh dikawal dengan jayanya dengan menggunakan ubatan yang bersesuaian.

selamat membaca.. :)

~lagi info kesihatan: elak + berat badan~hindari makan di 5 ruang rumah~

Okeh..one more info again..(ader lagi lepas ni :) )
kali ni about tempat kita makan khususnya di dalam rumah yang boleh menggalakkan pertambahan berat badan..memandangkan saye ni berisi (gemuk actually tp tanak terima hakikat..hohoho :P) maka saye nak share ler ngan kawan2 yang seangkatan dengan saye...ngeeee mari la kita baca dan cuba elakkan makan di tempat yang macam ni yerrrr... :)

1) Di depan kaca tv (selalu buat,,hoho)
~ Rasanya ramai yang lebih senang makan sambil menonton tv..(saye jugak :P ). Apatah lagi, apabila terdapat rancangan-rancangan kegemaran anda sedang ditayangkan..(yeee betulll...). Jadi, tidak menghairankan lah jika anda mengambil makanan anda di dapur seperti keropok kentang (sometimes :)), kerepek (sometimes jugak :P), aiskrim & coklat (opkossss :D). Tidak salah untuk mengunyah makanan sambil menonton, tetapi pastikan anda tidak makan berlebihan dan pastikan anda mengambil makanan sihat..

2) Meja kerja. (now dah jarang buat..ngeee)
~ Tabiat ini menjadi suatu yang biasa dan sukar dihindari lebih-lebih lagi anda perlu menyiapkan segala tugas-tugas anda dengan segera (tugas saye tak banyakkk..ermmm). Sama seperti makan sambil memandu atau berada di depan TV(saye tak memandu OKEH!), anda akan sibuk bekerja dan tidak memerhatikan apa yang anda makan. Sebelum menyedarinya, anda mungkin sudah pun menghabiskan sepiring makanan dalam beberapa minit sahaja. Tanpa memerhatikan apa yang anda makan, anda tidak akan tahu berapa banyak dan apa sahaja yang anda makan..(saye berhenti makan bila perut dah kenyang,,heeee)

3) Bilik tidur (ups! syhhh diam2,,saye dah kuarkan tv dr bilik saye okeh!)
~ Terdapat sesetengah orang yang gemar membawa makanan ditempat tidur. Bagi yang mempunyai set TV, makan ditempat tidur memang kurang baik kerana ia membuat kita makan tanpa berfikir dan seterusnya mencipta kawasan tidur yang kurang bersih (saye makan dmeja dalam bilik,so saye BERSIH!). Malah, tabiat buruk ini juga berisiko tinggi untuk anda menambah berat badan yang banyak apabila anda terus tidur..(tak dapat tidur kalau tak cuci mulut lepas makan,nanti semut cium mulut saye..uwaaaaaa :( )

4) Dalam kereta (kepada yang driving..bluekkkk :P)
~ Makan sambil memandu bukan lah idea yang baik. Makan yang cepat diambil lalu dikunyah cenderung berkalori tinggi. Ketika makan sambil memandu, anda akan mengunyah dengan cepat untuk mengelakkan tangan dari terlepas daripada pegangan stereng. Anda juga sibuk memerhatikan jalan dan tidak melihat beberapa makanan yang telah dikunyah. Jika anda mahu makan sambil memandu, pilihlah makanan yang sihat dan ketahui kadar kalori yang terdapat di dalam makanan tersebut..(jangan lupa jugak cari partner duk kat sebelah driver boleh tolong suapkan..ngeee piwietttttt ;))

5) Dapur (semua orang makan kat dapur larrrrr.. ?/)
~ Ketika hendak ke dapur untuk mengambil makanan kudap-kudapan (apakah tu?), anda akan melihat pelbagai stok makanan yang ada di dapur. Tatkala memilih makanan, anda berdiri sambil makan didapur. Ataupun, anda mempunyai tabiat makan sambil memasak. Ada juga sesetengahnya yang gemar makan sambil berdiri di depan peti sejuk atau almari makanan. Sekiranya anda lapar, ambil lah sedikit makanan ke dalam bekas yang sesuai sebelum duduk di meja. Nikmati makanan yang anda makan.. :)

~amalan hidup sihat.. :) amalkan selalu..

~info utk anda:3 herba efektif untuk kesihatan~

hari ni kita berkongsi info2 kesihatan..Okeh!! :) baca jangan malas nak baca!
3 HERBA EFECT untuk kesihatan:

1. Lemon Balm
~ Tanaman herba ini berasal daripada keluarga mint beraroma lemon dan telah lama digunakan untuk menghilangkan panik, meningkatkan memori, membantu tidur dan pencernaan. Tanaman ini bagus untuk mengatasi gigitan binatang berbisa, menenangkan jantung dan mengikis perasaan sedih.
   Tanaman yang digunakan didalam teh membantu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan mengekalkan ketenangan dan fokus. Penyelidikan yang dilakukan juga menunjukkan bahawa tanaman ini amat efektif pada situasi ekstrem.
   Satu kajian diterbitkan pada 2002 di dalam Journak Of Clinical Psychiatry menyatakan bahawa aromaterapi lemon balm selama empat minggu boleh mengurangkan kegelisahan pada pesakit yang menderita demensia.
2. Cili Merah
~ Bumbu tradisional ini banyak digunakan dalam masakan serta untuk mengatasi gangguan mulai dari sakit hingga di dalam merangsang hasrat seks. Secara ilmiahnya, capsaicin, iaitu kandungan yang membuatkan rasa panas dan pedas pada cili dikatakan efektif untuk meredakan rasa sakit otot, rasa tidak nyaman setelah pembedahan dan radang sendi.
   Kajian-kajian menunjukan komponen ini menghalang zat kimia penghantar signal yang menghantar rasa sakit ke otak. Satu kajian yang diterbitkan di dalam european Journal Of Nutrition melaporkan bahawa responden yang mengambil makan tengah hari yang banyak mengandungi capsaicin memiliki kadar hormon pengatur gula darah yang lebih tinggi dan kadar ghrelin (hormon lapar) yang lebih sedikit berbanding mereka yang mengambil makanan biasa.

3. Bawang Merah
~ Bawang dugunakan untuk mengatasi pelbagai penyakit. Dalam sistem pengubatan tradisional Timur Tengah, herba ini digunakan untuk menugati diabetes. Selama permulaan abad ke20 di Amerika, bawang digunakan untuk mengatasi gangguan pernafasan dan pencernaan.
   Ini berdasarkan kepada, bawang diyakini dapat meningkatkan prestasi atlet malah peserta Olimpik dahulu kala juga mengambil herba ini dalam bentuk  jus atau menggosokkan ke tubuh mereka sebelum pertandingan dimulakan.
   Bawang mengandungi thiosulfinates yang membantu mengurangkan gejala diabetes dan melindungi daripada penyakit jantung. Quercetin, iaitu flavonoid yang terdapat di dalam bawang mencegah peradangan yang berkaitan dengan alergi dan juga melindungi daripada radang lambung, kanser kerongkong dan kanser payudara.
   Penyelidik juga menganjurkan pemilihan bawang yang berwarna pekat. Selain itu menurutnya, mengambil bawang dalam keadaan mentah atau dimasak sedikit juga amat baik untuk mencegah hilangnya thiosulfinates akibat panas.

baca untuk menambah ilmu pengetahuan.. :)