Wednesday, July 10, 2019

~New Capter For My Blog~

Assalammualaikum...

   Lama tak bersiaran [lah sangat]..lama tak update story dekat blog. Last update pada mac lepas. Hari ni sis nak kabo pada silent reader yang tak berapa nak ada pun, bahawasan nya start pada hari ini sis cuma akan update atau share info2 dan story2 yang sis baca dalam majalah wanita. Sebab sis peminat majalah wanita..huhuhu.

   Dah lama sis stop beli majalah wanita ni since sis dah berpindah kerja di tempat baru. almost 7years jugak lah sis stop..lama sangat dah tu. Baru2 ni je sis dah mula aktif kembali membaca majalah wanita. Dan sis terrkejut harga nya sangat murah berbanding dulu. 7years ago harga majalah wanita di kampung sis [sabah] dalam rm7.++, harga dekat semenanjung pula dalam rm5.++. Tapi sekarang dah murah weiii...sumpah sis terkejut harga majalah semurah ini huhuhu. memandangkan sekarang sis dah duduk semenanjung so memang sis dah jangka akan dapat harga murah sedikit dari harga di sabah, tapi tidah semurah ni. Ingatkan harga maintain je dulu dan sekarang kan..mungkin mahal sikit dari harga dulu punya, tapi guys..rm3.7+ jerrrr komeeeee. Dan sis akan kembali menjadi pembaca majalah wanita yang setia. heheheheeee

  Okay, sis nak terangkan sebelum sis dituduh mencetak rompak ke meniru hasil tulisan ke what so ever it call.. macam ni, sis akan tulis semula info2 yang ada di majalah wanita tersebut yang merangkumi info2 kesihatan dan banyak lagi yang mana sis nak share kan d blog sis ni. Sis cuma kungsikan semula info2 yang ada kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca isi2 tersurat di blog sis ni, Dan sis akan kreditkan kepada majalah wanita jugak darimana sis dapat info tersebut,

  Oleh itu, marilah kita sama2 menambah ilmu pengetahuan dengan membaca info2 yang berguna kepada kita dan masyarakat. Sekian....



Thursday, March 7, 2019

~ CAPTAIN MARVEL : SIMPLE REVIEW ~

Assalammualaikum..



Initial releaseMarch 6, 2019 (MALAYSIA)
Budget152 million USD

Semalam, hari rabu 6hb 2019 sempat lah sis dan husband singgah di AEON Rawang lepas balik dari KLIA hantar saudara balik ke labuan. Memang kami berdua plan nak singgah tengok wayang sebelum balik terus ke Slim River. Rabu lepas tu kan hari pertama Captain Marvel di tayang kan di seluruh Malaysia. Lagipun husband memang kaki movie ber-genre ACTION macam Captain Marvel. So, sis cadangkanlah dekat husband 6hb jom tengok movie 'CM' (Captain Marvel). Sis tahu husband tak kan tolak ajakan sis...berbanding sewaktu sis ajak tengok movie 'Misteri Dilaila' ahad lepas, lambat sangat husband bagi respon siap bagi warning dia tak minat dengan pelakon utama yang lelaki tuuuu 😂. huhuu

Kami sampai di Aeon Rawang jam5.35pm..beli tiket tayangan CM jam 5.50. Husband sempat lah solat asar sebelum masuk panggung (sis cuti). Maklum hari pertama tayangan movie kan banyak pilihan masa/jam u all nak tengok. Kitaorang sempat jam5.50pm tu je lah..lepas tu ada lagi jam 6lebih. Masuk panggung tengok tak lah penuh sangat..mungkin hari ni lebih 10kali tayangan CM sebab tu lengang jer. 

Sis ambil sedikit sinopsis dari blog negara seberang yer,,sebab sis tak pandai sangat nak review movie yang sis dah tengok. cukup sis suka movie tu sis dah gumbiraaa.. jangan marahh nahh..sebab tu sis bagi tajuk entry SIMPLE REVIEW. Maafkan sis...

"Movie superhero Captain Marvell merupakan movie superhero pertama hasil karya MCU (Marvell Cinematic Universe) yang mana pelakon utamanya adalah seorang wanita. Movie ini menceritakan kejadian sebelum terbentuknya Avengers. Capten Marvell adalah seorang bekas pilot wanita yang bernama Carol Danvers. Carol Danvers memiliki kekuatan setelah dia mengalami kemalangan ketika dia bergabung dalam sebuah misi pasukan luar angkasa yang bernama Starforce.
Di dalam movie ini juga ada menceritakan kisah lalu Capten Marvell saat masih bertugas sebagai pilot dan juga imbasan masa kecil Capten Marvell di tahun 90an." (sumber sinopsis dari bloghttps://www.sinopsisfilmterbaru.com/captain-marvel-2019.html  sis olah ke bahasa melayu sedikit yerr)

Tapi sis nak bagi pandangan juga lah sedikit pasal movie CM ni, kiranyer CM ni adalah cerita bermulanya kewujudan superhero2 seperti geng avanger tu. Itu je lah pandangan sis..heheh. Tak pandai sangat nak ulas movie ni..pandai tengok ajerrrrr...



Monday, March 4, 2019

~ A MEMORIES THAT BRING REGRET~

Salam Insaniah...
Sambungan entry sebelum (family day planning (karim generation))

Kenapa sis katakan nanti akan jadi penyesalan diri sendiri bila tak join program seperti ni??
Pernah beberapa tahun lepas..mungkin dalam tahun 2016, family kazen buat family day sebelah mama dorang (bapa kazen adalah adik no.4 bapa yg kami gelar pangah). Family day tu dijalankan di halaman rumah kazen, tak jauh juga dari rumah..lebih kurang berjiran lah juga sebab sekampung. Okay, nak dijadikan cerita...family sis pun ada join juga family day tu. Tapi sis tak dapat join sebab tak boleh nak cuti (masa tu sis masih kerja di sipitang). besar hati juga nak join sekali. Bila balik kampung je adalah mama dan kakak2 cerita aktiviti yang dilakukan masa family day tu. Memang best lah dengar..rasa rugi tak pergi sebab tu kali ni sis nak join sangat2. (nak cakap kat husband bagi balik cuti d kampung hehehe).

Dalam kegembiraan pasti ada kesedihan. Yes, few month after the family day, kami dengar khabar kakak sepupu sakit (awal tahun 2017) anak kepada pangah yang buat family day few month ago. Hajat hati nak ziarah sebab kakak sepupu masih berada di rumahnya (keluar masuk hospital dah). Tapi mungkin kesilapan dan kekesalan tu wujud sampai ke hari ni sebab selalu tangguh nak datang ziarah. Sehingga lah dapat khabar di kampung kakak sepupu dah admit di hospital QE (dah lama admit tapi kami yang stay di sipitang baru tahu)..dalam kedaan yang agak merunsingkan kesihatannya. Sis dan kakak sulung merancang nak pergi ziarah pada hujung minggu (sabtu) memandangkan hari khamis malam dapat berita.


Perancangan Allah tu tak ada siapa yang tahu. Malam jumaat kami dikhabarkan kakak sepupu akan di bedah..sis dalam hati minta doa semoga dipanjangkan usia kak uyah (kakak sepupu yg sakit). Sis try whatsapp sepupu yang sebaya dengan sis (adik arwak kak uyah) dengan niat nak tahu lebih lanjut keadaan kakak sepupu. Risau juga sebab plan esok nya nak ke KK ni pegi ziarah. Subuhnya sis dapat berita kakak sepupu dah tak ada..Allahu. Masa tu sis rasa macam...eh tak mungkin lah, kak uyah sihat lagi (last jumpa masa raya tahun 2016, kakak sepupu sihat sahaja pada pandangan mata kasar sis). Sis cakap dengan kakak sis..macam tak percaya je kak uyah dah xder. 😢😢

Lastly, plan nak ziarah ke QE tak jadi dan tukar plan balik kampung ziarah jenazah buat kali terakhir (sis dah siap2 minta cover kerja dengan kawan kalau2 anything happen in that case). Awal pagi gerak balik kampung. Ya Allah..masih tak percaya lagi ni nak ziarah jenazah arwah kak uyah. Macam mana nak percaya kehilangan seorang kakak sepupu yang happy go lucky, yang lantang suaranya..walaupun tak selalu jumpa tapi hubungan kami semua rapat layaknya sepupu. Last jumpa pun arwah masih sihat. Tapi tu semua hanya pandangan mata kasar sis..arwah dah lama sakit, cuma arwah kuat semangat dan akhirnya arwah tak mampu lagi dan tinggalkan keluarganya dan tinggalkan kami sepupu2 nya. AL-FATIHAH BUAT MU KAK UYAH. (sedih bila mengenang kembali kenangan waktu kecik bersama kak uyah).


Kesimpulan cerita sis ni boleh agak tak?? untung lah keluarga yang pernah join family day yang keluarga arwah adakan pada tahun 2016 (akhir tahun rasanya) sebab mereka telah mencipta kenangan terakhir bersama arwah. Kenangan yang gembira..walaupun ketika tu arwah sedang menahan kesakitan dalam diam Ini lah punca kenapa sis tersangat2 nak join family day yang akan di adakan hujung bulan mac ni. Sis nak cipta kenangan yang manis dan gembira untuk dikenang bersama semua keluarga yang ada. Sebab kita tak tahu bila masa kita akan tiba dan bila berakhirnya nafas kita. Maka, sis dengan ini akan minta izin dengan suami nak balik kampung untuk mencipta kenangan baru yang mungkin akan dikenang sampai akhir hayat.



terima kasih kerana membaca,,,walaupun syok sendiri tapi bercerita seperti ini juga merupakan terapi minda dan perasaan. Maaf cerita agak pendek dan mungkin ada yang kurang paham tapi niat sis bercerita adalah untuk kita menghargai saat bersama2 ahli keluarga.

~ FAMILY DAY PLANNING (KARIM GENERATION) ~

Assalammualaikum...
hari ini berjumpa lagi di alam maya..

Story hari ni sis dapat info dari group family sebelah bapa ada nak buat hari keluarga end of this month. Dah meeting semalam 03 mac 19 (ahad). Sebelum tu mama ada juga cerita tentang planning tersebut masa sis call tengahari semalam. Tapi family sis tak attend meeting tu sebab kazen lupa nak bagitau. Meeting dibuat di gerai babu katung (adik perempuan bapa no.3) di kg binsulok. Dan aktiviti akan dibuat di kawasan gerai tu nanti. Money collection akan dibuat untuk belanja makan dan minum sempena hari keluarga tu nanti..haaa mengikut apa yang sis paham dalam planning tu nanti lah. Pungutan duit bagi sis boleh lah..mampu lagi nak share. Untuk menjayakan program yang boleh mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga ni elok lah ringan2 kan tangan memberi. hehe

So, perkhabaran ni membuatkan hati sis terujaaaa sangat nak balik kampung..sis nak join jugaaaa family day nanti. Kalau lah jadi program ni ianya adalah yang pertama dibuat oleh keluarga besar sebelah bapa. Dan sebab tu sis rasa rugi pula kalau tak join sekali kannn..nanti pasti akan jadi penyesalan diri sendiri sebab tak join program. Sebab kita tak tahu bila lagi program seperti ni akan d buat memandangkan semua orang pun ada kerja nak dibuat. Kerja tu adalah tugas hakiki. Banyak lagi komitmen lain yang perlu dilaksanakan. Maka, sebab tu program hari keluarga ni sangat susah nak di laksanakan. Tambahan pula...ini lah masanya untuk saling mendekatkan diri sesama keluarga yang lain.


Program family day mengingatkan sis sesuatu yang membuat kan sis menyesal sebab tak melibatkan diri dalam aktiviti family day beberapa tahun yang lalu. Beruntung lah mereka yang join tu...terciptanya sebuah kenangan dengan seseorang yang telah meninggalkan kita. Sis akan cerita kenapa sis sehingga kini sedih kerana tak termasuk dalam memori indah yang mereka ciptakan sepanjang family day itu berlangsung.


kalau sudi nak terus membaca boleh lah tunggu sambungan cerita saya selepas ini...


Sunday, March 3, 2019

~ FAILURE OF RESOLUTION 18 ~

Assalammualaikum,,,

Haaa..baca title pun dah rasa down nak meulis ni huuhuu. But kena harus semangatttt mengg dah tahun 2019 dah. Takde benda yang nak dikesalkan pada tahun lepas. Apa yang berlaku baik ataupun buruk jadikan sahaja teladan dan pengajaran. Tahun ini perlu diharungi dengan rasa penuh redha dan ikhlas setiap apa yang dilakukan. Inshaallah. Dan, sis tahun ni takde nak set azam bagai, mana yang mampu sis tunaikan hajat tahun ni alhamdulillah. Yang tak terlaksana pasti akan ada masa nya suatu hari nanti.

Ok, nak cerita lah konon nyer tahun lepas 2018 azam nak kurus bagai. Tapi sis tak mampu... sis tak mampu menolak nasi dalam pemakanan sis. Yes ada yang kata makan nasi dalam portion sikit sahaja.. sis tak kenyang uolsss !!! pasti akamn tambah nasi selepas tu ataupun akan lapar lagi selepas beberapa jam. Sis memang tak boleh diet tanpa nasi dah sekarang. Kalau dulu sebelum kahwin sis boleh lagi disiplin sebab sis kerja. Kesibukan kerja boleh buat sis lupakan nasi. Dan makan makanan (buah-buahan) yang ada sahaja dan mudah didapati di gerai berdekatan untuk alas perut pagi dan tengahari. Sejak berkahwin dan dah tak kerja tambah2 lagi fulltime HS kan..takde sibuk mananyer. Tugas seorang isteri yang belum ada anak memang tak banyak kerja nak buat. Masa terluang terlalu banyak. Sepatutnya peluang untuk diet berkesan sangat tinggi. Namun ada beberapa aspek sis tak dapat nak buat untuk sesi menguruskan badan yang dah kembang semangkuk ni. First, like i said before..tak boleh dah tolak nasi sebab since u dah tak amalkan diet tolak nasi ni memang akan sukar dan payah sangat2 nak kembali ke pangkal jalan (back to diet plan). Dah alang2 sis jauh menyelam ke laut sejak kahwin ni..sis dah totaly lupa apa itu diet tanpa nasi. So, pilihan lain selain diet tolak nasi adalah merajinkan diri melakukan exercise agar badan sihat dan cergas. Tapi, ok ada tapi yeeerr.. nak kata kemudahan tu memang ada, tinggal nak pergi je ke tempat tersebut (gym, taman permainan yg ada fasiliti). Masalah utama adalah, MALAS. Bila dah malas nak exercise memang takde apa yang boleh bantu..takde dah istilah istiqomah. Memang tak boleh nak buat. Sokongan dari suami memang ada cuma sis terlalu ikut rasa malas. Lebih rela duk dalam rumah. Tapi dah nak 2 tahun stay sini sis insaf sangat dah..hehe. Kesimpulan nya, azam nak kurus pada tahun lepas memang tak menjadi.

Tahun lepas juga sis ada share keinginan sis dan suami nak ada baby.. tapi Allah adalah sebaik2 perancang dan weols redha dan terima jika belum masanya untuk dikurniakan rezeki. Azam yang ini tak kan pernah diunlistkan selagi belum terrrtunaikan. InShaALLAH..

selamat membaca sahabat alam maya..

~ HAPPY NEW YEAR 2019 ~

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, dah masuk bulan Mac di tahun 2019. Agak lewat untuk sis mengucapkan selamat tahun baru 2019 😃. Setelah setahun (since januari 2018) tak membuka blog, dan hari ni baru nak masuk melawat hehehe.  kalau blog ni nampak nyata pasti dah berhabuk tebal. Nampak gayanya apa yang sis katakan di entry last tahun lepas tak tertunaikan..susah sangat nak simpan masa untuk berblogging. Nak kata sibuk memang tak lah.. iols is housewife fulltime. Cuma tu lah..masalah sis sebagai fulltime HS ni nak buka blog memang rasa leceh, walaupun hanya perlu on computer dan log in. Semudah ABC je uols. Tapi bagi sis nak buka PC memang kena ada mood rajin tahap ke langit. Kalau takde mood jangan kan nak pegang, tengok pun xde nyer. Macam tak wujud je PC tu gamaknye. hahaha.

Now, eh tetiba datang rajin tu kannn.ececehh. Sebab sis tengah online di PC nak search tempat2 menarik yang ada kat Tanjung Malim. Sebenarnya kebetulan je ni tetiba terasa nak buka blog sebab sis terbuka blog somebody yang share about hiking place available at TM. Blog beliau sangat cantik, then sis pun teruja nak membaca sharing dari blog beliau. Ok, that is the point why im here..BLOG CIK AMENG. Ok di sini sis nak buat pembetulan title blog ni..actually sis bukan 'CIK' lagi..sis dah selamat di 'puan' kan oleh ayahanda sis sejak 2017 lagi. Cuma sis tak berkesempatan nak menukar title blog ini (like what i said just now, perlu mood untuk buka blog).

Untuk entry kali ini mungkin agak panjang sis berbicara. Sis cuba baca kembali entry blog sis sebelum2 ni..hurmmm agak semangat bila mula buka blog, tapi akhirnya entry tersebut fullstop kat situ jerr. Dan kejadiannya dalam setahun hanya satu entry sahaja sis mampu publishkan. Sis perasan tebiat ini bermula sejak tahun 2014. dari berberapa entry menjadi satu entry setiap tahun. Nampaknya semakin tahun semakin malas yeee. Dan kali ni sis taknak terlalu semangat..sekiranya ada kerajinan, inshaallah sis akan berada di sini dan akan publish beberapa entry untuk tahun ni (atau the next year).

Ok lah..sis taknak buat terlalu panjang..nanti akan rasa bosan pula. Sis bercadang mahu menyambung idea yang ada dalam fikiran sis ni di next entry. Idea ni datang bila sis baca kembali entry pada last year 2018. Banyak cantekkkk buat azam tahun baruu.. tapi lain yang diazamkan lain yang jadi. So, sis akan huraikan kenapa azam tahun 2018 sis tak seperti yang diharapkan. hehe..

Jumpa next entry...sahabat alam maya..

Monday, January 15, 2018

~Happy New Year 2018~

Assalammualaikum...

Tak sedar rupanya dah masuk minggu kedua dibulan pertama tahun 2018..
(saya gunakan bahasa melayu sepenuhnya untuk entri ini dan seterusnya-sebelum ni saya gunakan pendekatan bahasa campur melayu sabahan)

Sempat lagi saya nak ucapkan selamat tahun baru 2018😁 sebab masih lagi di bulan januari..masih terasa perubahan tahun kalau berada di awal2 tahun ni. Dan paling penting syukur alhamdulillah..masih bernafas dan masih sihat walafiat atas kehendakNya. Aamiin

Apakah azam tahun baru saya? Haaa...soalan lazim kut bila masuk tahun baru kannn. Emmm, saya sebenarnya dengan jujur lah kannn..saya nak istiqomah dalam perancangan diet saya yang banyak menyimpang dari tahun2 lepas..itu saja..itu azam saya..nak kurus ditahun 2018. Saya nak gojes2 di hari raya  nanti..😂😂. Tak dapat kurus yang di idamkan tak apa asalkan berat saya kembali ke berat saya masa waktu nak kahwin tahun lepas..berat asal dari 74kg..berabis diet berjaya lah turunkan berat hingga 9kg loss. Wahh tengok body sendiri masa tu memang wowww, walaupun sebenarnya tak lah memberangsangkan sangat ponnnn 🙄. Tapi alhamdulillah saya berjaya melakukannya..plus tengah diet tu kena bulan puasa, syawal nya majlis kawen pula, memang cun lah plan diet kite kannnn😜.

Bercerita tentang azam..saya ada bertanya pada suami apakah azam beliau?. Terharu sangat bila beliau mengatakan azam beliau ingin menjadi daddy tahun ini..inshaallah ye suami kalau ada rezeki we will become daddy and mommy😘😘 doa je banyak2..

Cukup di sini saja lah entri saya hari ni..dah lewat malam mata pon berat nak tido😁inshaallah ada masa nanti saya update entri baru. Assalammualaikum

Saturday, December 9, 2017

~Tirai 2017~

Assalammualaikum...
Dah lama sy menyepi kan diri dari berblogging. Kalau blog ini sebuah rumah pastinya sudah penuh dengan sarang2 labah2 dan yang sewaktu dengan nya .
Alhamdulillah..sy masih bernyawa lagi hingga ke hari ini dan saat ini..syukur ke atas nikmat Nya kerana masih memberi peluang untuk sy terus bernafas dan menjalani kehidupan dengan kesihatan yang baik..syukran ya Allah atas segalanya..aamiin.
Tidak ingat sudah sy bila last sy update entry d blog sy ni..rasa2nya 2015 kali..nanti sy cek balik lah bila last entry sy up . Blog pun sudah ketinggalan zaman..tidak apa lah nanti ada masa sy akan upgrade blog sy jadi lebih up to date yaaa  sebab sekarang ni tidak dapat bikin maklum lah buka blog di henpon seja kannn..huhu. kalau tengok entry2 sebelum ni pun rasa macam malu pula mau baca haha. Sebab macam masih lagi ada gaya2 budak2 menaip . Tidak apa lah...time flies so fast right? So sy pun ada improve2 sikit dalam membina kematangan diri memandangkan sudah berkahwin ni pandai2 lah kasi bekembang tu otak kannnn. Eh last entry dulu masih lagi bujangan..huhuhuuu..nanti sy share saat2 indah sy menjadi ratu 2 hari 1 malam okeh .
Pejam celik pejam celik kita dah berada di penghujung tahun 2017..setahun lebih juha sy kasi limpas ne blog..dan hari ne masuk 5bulan 1 hari sy bergelar isteri. Dan 2bulan lebih juga sy berpisah dengan kedua orang tua sy  sedih bah.

Tahun 2017 ni..mau bilang semua nya indah2 tidak juga. of coz lah my wedding tu sesuatu yang indah bagi saya..ya itu tidak saya nafikan. Tapi, sebenarnya pembukaan tahun ni tidaklah seindah dan semeriah pembukaan tahun baru dengan bunga apinya dengan jemputan makan2 kenduri bagai semua tu. Dalam keluarga kami pembukaan tahun 2017 ni telah melukakan, menyedihkan, menyebalkan perasaan kami semua..kehilangan insan yang kami kenali seorang yang happy go lucky amat menyedihkan. Kakak sepupu (belah bapa) telah tinggalkan keluarganya, tinggalkan kami buat selama2nya. Susah untuk percaya tapi hakikat harus diterima. Walau kami tidak lah selalu bjumpa..setahun pun payah2 mau jumpa tapi keakraban kami sebagai sepupu x pernah putus. Al-fatihah buat mu kak uyah, semoga kaka ditempat kan bersama golongan yang soleh dan beriman. aamiin...

Ada sudah azam kamu tahun depan a k a 2018? Nahh sy sedia sudah azam baru..semangat membara lagi hehe. Nanti masuk tahun baru 2018 baru kita share azam kita okeh..
Sebenarnya entry ini adalah sekadar untuk membuka tirai blog yg sekian lama ditinggalkan atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan. Insyaallah lepas ni akan rajin buat entry untuk update2 aktiviti kegiatan masa lapang dan berkongsi info2 yang berguna untuk pembaca2 dunia blogger..walaupun folower sy x ramai dan blog sy macam tidak dapat di akses oleh pembaca yg bukan folower..so sy syok sendiri ja la kali..haha..never mind lah.
Dan jam pun mau pigi tengah malam sudah ini, mata pun layu2 sudah..inshaallah esok2 ada masa sy buat entry baru di mana merangkumi aspek2 separa peribadi dan sosial serta rutin harian. Yang mana bagus untuk sy share bersama di sini sy akan sharekan..
Jumpa lagi di laim hari dan masa...assalammualaikum dan good nite readers.

Sunday, August 9, 2015

~eId 2015~

HAPPY EID DAY !!!

still not to late to wish hari raya kannnn...kita masih berada di bulan syawal...heheheh..
just like once in a year i update this blog..boleh cek entry saya yang terakhir d bawah pada tahun ne...kikiki...
busy always hounting me...huhu,,,

i like to say that..saya memohon ampun dan maaf sempena bulan syawal..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Tuesday, March 31, 2015

~2015 Pahit & Manis Itu Lumrah~

assalammualaikum....dunia maya :)

ehem..macam dah berkurun abad rasanya tak update entry kat blog kesayangan ne...kerana apa..kerana miss lappy tak sihat lagi..ne pon tumpang dua kaki netbook c kaka...tak tau lah bila miss lappy akan sembuh seperti sedia kala...rindu juga ngan lappy tu...tapi apa boleh buat..tuan empunya belum cukup bajet nak hantar klinik..kalau cukup pon selalu lari ke benda lain..al maklum lah bila mata, akal dan fikiran ke arah lain..emmm

happy new year 2015 !!!! yeahh...bangganyaaaa jadi manusia yang paling last menyedari bahawa dunia ini sudah semakin tua (dunia yang tua ka c tuan blog ne yg semakin tua :p)...dannn happy chines new year..happy natal day..eh..natal day lambat lagi derrr...tapi tapi tapi..as a human being..i bersyukur sangat sehingga kini d masa ini di saat ini..im still alive..Allah masih memberi peluang yang sngat berharga ini untuk terus menikmati keindahan dunia yang sementara..sesungguhnya tiada yang maha berkuasa meliankan Mu Allah SWT...

syukur alhamdulillah....kehidupan yang i jalani walaupun x seindah yang diidam-idamkan tapi cukup untuk membuatkan i bersyukur sangat....i have a great family...i  love my mama and bapa...semoga panjang umur, di murahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik buat mama dan bapa..aminnn....

sesungguhnya dalam kegembiraan pasti ada kesedihan...i pray for u mother in law di tempatkan di kalangan orang yang beriman..eventough u already gone but i still want u to know that..too much dream i have in my mind..to live with u..to be part of ur life.. but Allah love u more..:(...yesss i felt soo terkilan..tak sempat mau tinggal sebumbung dengan mu..tak sempat makan semeja dengan mu..tak sempat mau berkongsi cerita..bergurau senda dengan mu..tak sempat mau berjalan-jalan dengan mu..semua impian yang di lakar dalam fikiran hilang sekelip mata...i lost all my dreamm about u...but i keep it deep in my heart..biar hati ni saja yang tahu..Al-faatihah buat mu mom in law..i love u like i love my parent..ibu tiada ganti..and i cant replace ur special place in my future hubs heart...

Monday, July 14, 2014

~Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~

assalammualaikum...hulalaaa dah masok bulan tujuh merangkap bulan ramadhan yang mulia 😊..masih berada di bulan puasa so me ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam d dunia...

puasa kee?? semestinya puasa kankankan...kalau x puasa pon x payah lah heboh satu malaya 😏 apa2 pon dah masok fasa kedua kita berpuasa iaitu fasa terakhir..x lama lagi nak raya wehhhhh !!!! 😱 dah beli baju raya ke belom?? me belom lg..insyaAllah dekat raya nanti baru terkocoh2 g beli..biasa lah kan sifat manusia zaman skg ne memang suka berlambat2...bila x sempat nak beli baru kecoh x pasal2...biasa lahhhh.....kankankan...

hurmmm...fikir punya fikir..syukur alhamdulilah..rasa bersyukur sangat2 duduk di bumi yg aman lg makmur ne..berpuasa tanpa ada gangguan bunyi2 dan perasaan takot...macam yang sedang berlaku di bumi gaza sekarang ne...😔 kita kat malaysia hanya mampu memgucapkan kata kasihan dan doa saja yang dapat kita berikan sebagai ganti pertolongan..semoga rakyat di bumi gaza yang teraniaya akan terus tabah dan gagah mempertahankan hak milik mereka..Allahuakhbar!!!!


Monday, April 7, 2014

Tuesday, July 16, 2013

~ouchhh!!! raya&ramadhan~

assalammualaikummm....dah tengah malam dahh..hehehe..

susah benar line ciput ne..lama sangat kena tunggu...loadingggg manjang. sebab tu me malas mau update entry, me ne bukan penyabar sangat pon.. :p. ekceli..me bosan now, coz me dah closed acc fb  and now active on twitt2 jerrr.. :p. evendo x ramai mana pon folower kat twet tu tapi better for me untuk menghilangkan rasa bosan..dan ada juga tempat me nak bermonolog seorang diri...wekwekwek. xda respon pon xape me x kisah (*_^).

ahaiii lahh...me ekceli tengah memikirkan apa tema kaler baju raya tahun ne..sebab apa bukan me yang g beli nanti..but my encik partner yang akan pergi membelinya, ready made okayy..hurmmm, risau juga nanti yang dibeli tu x berkenan di hati me..tapi its okayyy..me terima apa sahaja kaler and fesyen yang bakal dibelikan oleh encik partner..y da bcoz orang dah belanja so kita terima saja lah kankankan..rezeki x baik tolak tauuuuu..but, indeed me harap sangat tema kaler baju raya tahun ne kaler pink soft or yellow soft or red bull..eh silap..red rose..bluekkk...tapitapitapi sekali lagi ditekankan me terima apa sahaja what kind of colour choose by him..neverminddddddddd.me xmau ikut shoping baju raya with encik partner coz sekarang bulan puasa okay, me malas nak berjalan2 time berpuasa, tambah lagi kalau2 cuaca panas terik membahang2..aduiiiii, mencabar tuh !!! so, juz rilex kat rumah duduk goyang kaki and wait for information from encik..dah beli ke belom? kaler apa? fesyen apa? xnak yg tu..nak yg mcm tu..yg macam itu2..haaaa pening lah encik partner nanti.. :p

beside that, kalau encik partner xjadi g shoping baju raya..xpa coz me ada spare baju tauuuu...tp yang ne on swinging..huhuhu..tengah dijahit oleh makcik me yang terer menjahit..jahitan dia fuhhhh memang cun lah..harga punnnn...emmm me xtau lagi berapa makcik caj kat me..sebab baju belum siap jahit..lol!!!
btw, thank u for my oldest sis coz belanja me kain untuk di buat baju ituuu..i love u sistaaaaaaaa..muaxmuaxmuaxxxxxx....xoxoxox...dan yang paling gempaknyaaa..we olz pakai baju dengan fesyen yang samaaaaaaaa......my mom juga join fesyen yang sama..yehaaaa...love mama tooooooo.

okayyy,, sekarang me nak fikir tentang tudung pula..kaler tudung me x risau sgt,juz fesyen ne yg agak merunsingkan kepala me..nak ikut style apa pula raya tahun ne???? yang main gulung2 ka pusing2 lilit ka sangkut ka..ouchhh!!! i dunoooo...okay2 xpa nanti me explore kat youtube sahaja..fullstop!!! haisss..susah nya nak bergaya.. :p

eh, lupa..awal sgt cakap pasal persediaan raya ne sampai tak ingat nak wish selamat berpuasa kepada readers yang sudi membaca entry ini..trimakasiiiiiih (kena jerit macam david alleycats okayyy!) :)