Friday, July 26, 2019

~KEGATALAN PADA PROSTAT ; Bahaya Menanti ! ~

Sumber Artikel Dari : majalah mingguan wanita (Klinik Lelaki) bil: 1814
Susunan@Olahan:Norhayati Othman
Kredit Gambar: -
Nota : sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk pengetahuan kita bersama..untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat boleh lah beli majalah wanita setiap minggu :)
www.mingguanwanita.my


    Sesetengah lelaki beranggapan gatal-gatal pada bahagian kelangkang yang meliputi paha hinggalah ke bahagian prostat adalah perkara biasa. Menggaru hingga menimbulkan memerahan sehingga anda rasa tidak selesa.

   Sebenarnya, jika diabaikan dan dibiarkan berterusan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan dan mengganggu kemampuan dalam hubungan intim bersama pasangan. Jika gatal ini berteusan dan ada perubahan pada kulit atau permukaan prostat, segeralah melakukan pemeriksaan. Ada beberapa penyebab rasa gatal pada bahagian prostat dan usah abaikan apabila keadaan ini berlaku.

KUTIL KELAMIN
~Ia tumbuh di bahagian kemaluan disebabkan oleh virus HPV. Virus ini menyebabkan kutil dalam jumlah yang banyak dan gatal sehingga membuatkan anda rasa terganggu. Malah, kutil ini tidak boleh disembuhkan dan risiko pada anda, mungkin mengalami kanser pada bahagian prostat.

IRITASI
~Ia adalah penyebab utama dak kerap gatal apada prostat. Keadaan ini terjadi kerana bahagian ini mempunyai kelembapan yang tinggi dan juga gesekan antara prostat dan seluar dalam. Cara terbaik untuk mengatasi masalah iritasi ini adalah menggantikan seluar dalam secara rutin dan jangan menggunakan seluar dalam yang terlalu kecil.

JANGKITAN KUMAN
~Akibat bahagian kelangkang yang sering basah kesan daripada berpeluh, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Kuman ini boleh tumbuh dan memberikan rasa gatal. Menggaru pada bahagian gatal dengan kerap boleh menyebabkan luka dan jangkitan akan lebih parah. Jika keadaan ini memberi ketidakselesaan pada diri, segeralah berjumpa dengan pakar dan terdapat ubat sapu yang boleh menghilangkan jangkitan kuman ini.

HERPES GENITAL
~Ia sama seperti kutil kelamin dan virusnya tidak akan memberi kesembuhan pada anda. Selain aktiviti hubungan intim, ia juga disebabkan oleh sentuhan. Masalh herpes ini akan membentuk seperti bisul kecil dan rasa gatal ini dikeluarkan sehingga anda rasa tidak selesa dan badan panas seperti demam.

GONORE
~  Ia adalah penyakit seksual yang membawa kepada rasa gatal dan tidak selesa pada bahagian prostat. Kegatalan ini akan memberi rasa sakit pada bahagian dalam prostat ketika dipegang atau semasa ejakulasi

KLAMIDIA
~Ia hampir sama dengan gonore. Kegatalan yang teruk akan dirasai pada bahagian prostat. Selain itu, anda akan merasa sakit pada bahagian kemaluan semasa duduk atau membuang air besar seterusnya terdapat cairan berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk.

TIP JAGA KEBERSIHAN PROSTAT
Beberapa cara yang perlu anda tahu dalam menjaga kebersihan prostat.

1. Sesetengah anda akan menggantikan seluar dalam apabila merasa tidak selesa. Sebenarnya, anda harus menggantikan setiap hari secara rutin, Ini kerana peluh yang ada di kelangkang rasa gatal dan boleh memberi jangkitan akibat gesekan dengan kulit.

2. Elakkan daripada menggunakan seluar dalam yang berlapis-lapis kerana boleh menyebabkan bahagian kelangkang berpeluh dan prostat akan terasa panas.

3. Mandilah selepas melakukan hubungan intim dengan pasangan. Apabila mandi, badan akan merasa lebih segar dan kotoran yang mengalir pada prostat boleh dihilangkan.

4. Cuci bahagian prostat dengan bersih dan gunakan sabun yang sesuai. Ini kerana kulit pada prostat mempunyai banyak lipatan dan mungkin ada kotoran yang tidak disedari. Jadi, bersihkan dengan teliti.

ATASI RASA GATAL
Ada beberapa cara untuk mengatasi rasa kegatalan pada prostat. Mungkin ia boleh membantu anda dan seterusnya mengelakkan daripada masalah kesihatan yang lebih teruk.

Jangan Kerap Berada Di Dalam Air
Jika anda mempunyai hobi berenang, ada baiknya jangan lakukan terlalu lama. Ini kerana kandungan klorin dalam kolam renang boleh menyebabkan prostat anda menjadi kering.

Ambil Makanan Berempah
Makanan seperti kunyit, ketumbar, jintan dan sebagainya boleh membuat kulit pada bahagian prostat menjadi lebih sihat.

Penuhi Keperluan Air
Disarankan untuk minum air antara lapan gelas atau dua liter sehari. Dengan keperluan mengambil air yang cukup, mungkin masalah kekeringan pada prostat tidak akan terjadi.


Segerakan Rawatan
Jika anda mengalami masalah prostat yang kering dan gatal sehingga menimbulkan jangkitan kuman, segeralah mendapatkan rawatan yang sesuai untuk mengelakkan masalah lain pula yang timbul.


Tuesday, July 16, 2019

~ BANYAK TANYA PETANDA ANAK BIJAK ~

Sumber Artikel Dari : majalah mingguan wanita (permata hati) bil: 1814
Susunan@Olahan:-
Kredit Gambar: -
Nota : sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk pengetahuan kita bersama..untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat boleh lah beli majalah wanita setiap minggu :)
www.mingguanwanita.my


Anak-anak adalah perwaris masa depan. Setiap daripada mereka memiliki keunikan masing-masing yang harus diraikan sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka. Sebagai ibu bapa yang diberikan tanggungjawab ini, kita harus cakna dengan semua keperluan mereka. Keperluan yang dimaksudkan di sini harus dinilai dengan kaca mata syarak.

Sebagai orang yang dewasa dan matang, kitalah yang harus meletakkan nilai kepada setiap permintaan anak-anak mengikut turutan keperluannya. Kemudiannya, daripada penetapan inilah anak-anak belajar meletakkan nilai tersebut dalam kehidupan mereka pula. Ibu bapa yang berjaya adalah ibu bapa yang berjaya memberikan cara pandang yang sesuai dan sejajar dengan pandangan islam dalam pemikiran anak-anak.

Salah satu cara untuk menanam perkara ini dalam pemikiran mereka ialah melalui komunikasi yang berkesan antara ibu ayah dengan anak-anak. Komunikasi yang berkesan memerlukan tindakan dua hala dan menatijahkan suasana yang positif dan memberikan makna yang baik. Kebiasaannya, anak-anak pada fasa kehidupan yang baru, banyak persoalan yang bermain di mindanya.

Keadaan ini memungkinkan pelbagai soalan muncul daripada bibirnya. Adakah persoalan ini harus dibiarkan sahaja atau memerlukan jawapan. Jika memerlukan jawapan, apakah bentuk jawapan yang perlu disediakan? Rakan penjaga yang dihormati, pertamanya ingin sekali saya jelaskan bahawa, apabila anak banyak tanya, ia melambangkan mindanya sedang bergerak aktif dan ini merupakan satu perkembangan yang baik yang wajar diberikan galakan dan bukan dihentikan.

SUASANA KONDUSIF

Bagaimana galakan ini harus ditunjukkan ialah dengan mewujudkan suasana yang kondusif dalam perbualan ibu bapa dengan anak ini. Ini adalah perkara yang wajar diberikan pertimbangan. Ini kerana, apabila setiap kali anak mengajukan soalan, suasana dan respons yang diterima sering kali tidak memberangsangkan maka ia akan memberikan tanda bahawa apa yang dilakukan tidak digemari dan mungkin tidak wajar dan dia akan hanya memendamkan sahaja persoalan tadi kepada orang lain yang bagi pandangannya akan melayan rasa ingin tahunya.

Bayangkan sahaja jika situasi ini berlaku kepada anak-anak kita, mungkin pada waktu ini iaitu ketika dia masih kecil kita merasa aman kerana tidak diajukan soalan demi persoalan namun, setelah dia menginjak dewasa, dia akan terus menyepi dan  penuh dengan rahsia apabila berdepan dengan kita. Pada waktu itu, jika kita minta dia bercerita sekali pun  mungkin sukar unyuk dia memberikan kepercayaan tersebut dan membuka mulutnya kerana apa yang ada dalam mindanya ialah suasana yang tidak menyokong rasa ingin tahunya.

Lebih-lebih lagi apabila dia lagi percaya untuk berkongsi rasa ingin tahunya dengan orang luar yang kita sendiri tidak tahu atas pertimbangan apa yang digunakan untuk menjawap setiap persoalan yang anak-anak kita ajukan. Maka, sebagai langkah awal yang baik untuk perkembangan anak-anak, suasana yang kondusif untuk perbualan ibu bapa dengan anak ini amat perlu diwujudkan.

Antara perkara yang perlu dilakukan untuk mewujudkan suasana ini adalah dengan mengalu-alukan persoalan yang ingin ditanyakan, cuba sedaya mungkinuntuk memberikan respons kepada perbualan tersebut bagi mewujudkan komunikasi dua hala yang baik. Berilah perhatian sehingga kita mampu memberikan makna yang benar kepada persoalan anak-anak dan seterusnya menyediakan jawapan yang sesuai dengan keadaannya, inilah yang dipanggil hikmah.

BACA MINDA ANAK

Rakan penjaga yang dihormati, apabila ank-anak mula bertanyakan soalan, perkara pertama yang perlu kita baca daripada itu adalah mindanya sedang berkembang dan bergerak aktif, yang kedua ialah dia sedang membina kepercayaan  dan yang ketiga dia sedang menyediakan mindanya untuk mengetahui makna, seterusnya bertindak adil dalam setiap perlakuannya dengan hikmah.

Justeru, untuk menyediakan anak-anak yang mempunyai adab iaitu yang mengetahui makna, hikmah dan adil dalam setiap perlakuan dan pertuturannya, maka masa ini harus diraikan hak istimewa demi menjamin pembentukkan adab dalam dirinya. Hanya dengan adap anak-anak akan mendapatkan  dan menghayati ilmu dan begitu juga sebaliknya. Dengan ilmu yang diberikan secara santai sesuai dengan fasa kanak-kanak akan lebih terpahat dalam minda dan hatinya maka pandangan alam tentang kehidupannya akan terbentuk dengan lebih murni seterusnya mempengaruhi tindakannya dalam kehidupan.

Rakan penjaga yang dihormati, gunakanlah peluang yang diberikan Allah untuk membina komunikasi yang baik sesuai dengan keadaan anak-anak kita.

Kemudianteguhkan kepercayaannya dengan kita untuk terus menyulam makna seterusnya membina hikmah dan adil dalam dirinya. Insya-Allah. Wallahualam.

( Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhammad)
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia.

Monday, July 15, 2019

~ MAKAN KURMA SEPANJANG BERPUASA ~

Sumber Artikel Dari : majalah mingguan wanita (catatan kehamilan) bil: 1814
Susunan : Shahrina Azlin Abdullah
Kredit Gambar: google
Nota : sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk pengetahuan kita bersama..untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat boleh lah beli majalah wanita setiap minggu :)
www.mingguanwanita.my



BAIK UNTUK KESIHATAN IBU HAMIL

Ibu hamil yang berpuasa pastinya memerlukan makanan berkhasiat yang dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan. Justeru pengambilan kurma ketika hamil adalah digalakkan bukan sahaja ketika bulan Ramadan, tetapi juga pada hari-hari biasa.

Khasiat yang terkandung di dalam buah kurma baik untuk perkembangan bayi di samping mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk ibu hamil. Berikut adalah khasiat kurma untuk ibu hamil menurut kajian dan laporan sains:

MEMBEKALKAN TENAGA
Kurma memang biasanya diamalkan pada bulan Ramadan atau puasa kerana ia berupaya membekalkan tenaga untuk bertahan sepanjang hari berpuasa. Kandungan glukosa dalam kurma mencapai 50 hingga 57 peratus dan ia dapat mengelakkan ibu hamil daripada cepat letih. Selain itu juga baik untuk diamalkan ketika hampir melahirkan dan setelah bayi anda sudah dilahirkan.

BAIK UNTUK PERKEMBANGAN BAYI
Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat meningkatkan rangsangan pada saraf. Manfaat ini menjadikannya amat baik untuk keperluan nutrisi bayi dalam kandungan ibu. Ia juga mempunyai protein yang tinggi yang dapat membantu perkembangan bayi kerana merupakan pembentuk utama sel manusia.

MELANCARKAN PENCERNAAN
Selain kandungan glukosa, kurma juga kaya dengan serat, riboflavin, kalium, serta niasin yang membantu melancarkan sistem pencernaan serta mengelakkan sembelit. Lazimnya masalah hamil dan selepas melahirkan. Dengan mengamalkan kurma, ia dapat membantu anda untuk mengatasi masalah tersebut.

MENCEGAH ANEMIA
Menurut laman web LiveStrong, khasiat kurma untuk ibu hamil antaranya dapat mencegah masalah anemia. Ini kerana ia kaya denagn zat besi yang tinggi serta kandungan kalsium yang turut menyokong perkembangan tulang.

MENGEKALKAN KESEIMBANGAN ELEKTROLIT TUBUH
Kurma juga tinggi dengan potasium yang mana dapat membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit pada tubuh ketika isipadu darah bertambah sepanjang kehamilan. Khasiat yang ada dalam buah kurma juga boleh membantu mencegah masalah pre-eklampsia pada akhir kehamilan.

MENINGKATKAN SISTEM IMUN
Sebuah penelitian yang dilakukan pakar menyatakan bahawa buah kurma memiliki sifat anti-kanser serta memiliki zat antioksidan yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada serangan radikal bebas. Dengan memakan buah kurma, sistem imun ibu hamil menjadi lebih berkesan dan membantu mengelakkan ibu hamil daripada terkena jangkitan penyakit.

MELANCARKAN PENYUSUAN SUSU IBU
Selain banyak khasiat untuk kesihatan ibu, kurma juga boleh membantu melancarkan penghasilan susu ibu. Kurma terkenal sebagai salah satu makanan yang dapat memproduksikan susu ibu dengan lebih banyak kerana mutriennya yang tinggi.


TERIMA KASIH :
( Dr. Maiza Tusimin )
Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi Pakar Perunding Reproduktif & Infertiliti Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia.

~ LATIH SI KECIL BERPUASA SECARA BERPERINGKAT ~

Sumber Artikel Dari : majalah mingguan wanita (panduan ibu muda) bil: 1814
Oleh : Shahrina Azlin Abdullah
Kredit Gambar: -
Nota : sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk pengetahuan kita bersama..untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat boleh lah beli majalah wanita setiap minggu :)
www.mingguanwanita.my

  Bulan Ramadhan sering kali disambut meriah dengan hidangan enak yang pastinya membuat semua orang teruja dan gembira. Tambahan pula dapat berkumpul bersama saat berbuka tentunya ia sesuatu yang cukup indah.

  Mempunyai anak yang masih kecil dan turut berpuasa bersama sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini tentu satu kebanggaan buat ibu dan ayah. Namun sebagai persediaan untuk mengajar anak yang masih kecil untuk berpuasa, MW dapatkan pandangan daripada Pakar Pemakanan Hospital Pantai, Pulau Pinang, Ms Verona Lee Bee Kian untuk ulasan lanjut.

  Secara umumnya, kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh dikecualikan daripada berpuasa. Namun, banyak ibu bapa pada hari ini yang menerapkan amalan berpuasa untuk anak-anak sejak dari awal usia. Ibu bapa boleh mula menggalakkan anak-anak mereka untuk memulakan berpuasa dengan berpuasa secara berperingkat, contohnya sebagai permulaan hanya untuk beberapa jam sehari terlebih dahulu.

  Kemudian barulah diikuti dengan separuh hari dan seterusnya puasa penuh mengikut kemampuan anak anda. Hal ini dilakukan untuk membiasakan anak-anak berpuasa di bulam Ramadan. Ia perludilakukan secara berperingkat dan ibu bapa adalah individu yang lebih arif untuk menyesuaikan latihan berpuasa mengikut kemampuan anak-anak.

LEBIH KREATIF MENYEDIAKAN HIDANGAN

  Ibu-ibu perlu lebih kreatif di bulan puasa ini dalam memastikan anak-anak mengambil keperluan makanan yang seimbang ketika bersahur dan berbuka. Pemakanan yang betul semasa sahur adalah sangat penting untuk anak dapat bertahan sepanjang tempoh puasa setiap hari.

  Berikan anak-anak anda makanan seimbang yang terdiri daripada makanan yang mencerna secara perlahan, kaya dengan serat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran, untuk mengekalkan rasa kenyang dalam tempoh lebih lama. Perhatikan juga jumlah makanan yang di makan oleh anak-anak, kerana makan berlebihan boleh menyebabkan masalah kembung dan perut yang tidak selesa.

  Elakkan juga makan terlalu banyak makanan pedas kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut. Bersederhana adalah kunci utama. Pastikan mereka minum air uang mencukupi dan tidak lupa untuk memakan buah-buahan dan sayuran agar sistem pencernaan mereka tidak terganggu.

SAHUR ITU PENTING

  Ibu perlu pastikan anak-anak bangun untuk makan ketika waktu sahur. Pemakanan yang betul dan seimbang adalah penting untuk memastikan mereka aktif sepanjang tempoh berpuasa dengan kurma dan air atau susu, diikuti dengan makan malam yang seimbang agar anak-anak kekal bertenaga.

  Selain itu, pengambilan snek di antara selepas berbuka puasa dan sebelum tidur juga digalakkan . Adalah disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya dua snek ringan, lebihkan makanan yang lebih cepat mencerna.. Sebagai contoh, protein tanpa lemak seperti putih telur, ikan, ayam tanpa kulit, yogurt, karbohidrat berkhasiat seperti buah-buahan, makanan dengan lemak yang baik seperti avokado dan kekacang.

ELAK DEHIDRASI

  Punca yang paling biasa kanak-kanak kehilangan berat badan semasa berpuasa adalah dehidrasi. Ibu bapa perlu berhati-hati jika ini adalah kali pertama anak-anak berpuasa.

  Jika ibu bapa atau guru-guru disekolah dapat lihat tanda-tanda dehidrasi atau keletihan seperti pening, keletihan berlebihan, sakit kepala dan kejang, kanak-kanak perlu dinasihati untuk terus berbuka puasa dengan segera dengan meminum air. Mereka perlu diberitahu bahawa dalam situasi sebegini membolehkan mereka untuk berbuka puasa.

  Jika anak tidak mampu berpuasa, biarlah mereka berbuka dan boleh cuba berpuasa lagi di lain hari. Apabila anak berjaya berpuasa mengikut waktu tertentu, ucapkan tahniah kepada mereka. Walaupun hanya untuk 2-3 jam, walaupun setengah hari. Dengan cara ini, mereka lebih bersedia dan tidak rasa terpaksa untuk berpuasa.

  Selain itu juga, bagi mengelakkan badan mereka terhidrasi, galakkan anak-anak yang berpuasa untuk makan buah-buahan semasa bersahur dan berbuka puasa. Ia merupakan salah satu cara yang baik untuk membantu anak-anak daripada terhidrat.

  Sediakan air berperisa sihat dengan buah-buahan seperti lemon, anggur, epal atau herba seperti pudina di rumah juga merupakan idea yang baik untuk menggalakkan kanak-kanak supaya mereka banyak minum air.

  Selain daripada itu, berikan jus buah-buahan, susu dan sup untuk mengekalkan penghidratan mereka. Dan terakhir, sebagai ibu bapa, jadilah contoh untuk anak-anak dengan mengamalkan minum air secara kerap dan elakkan menyimpan minuman manis seperti minuman kordial atau berkarbonat di rumah walaupun ia digemari oleh anak-anak.

~ IBU MERTUAKU : RAKAN BAIKKU ~

Sumber Artikel Dari : majalah mingguan wanita (psikologi perkahwinan) bil: 1814
Kelolaan : Norhayati Othman
Kredit Gambar: google
Nota : sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk pengetahuan kita bersama..untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat boleh lah beli majalah wanita setiap minggu :)
www.mingguanwanita.my





Sebelum berkahwin semuanya baik, manis dan elok. Orang cakap pijak semut pun tak mati. Apatah lagi apabila berdepan dengan bakal mertua, cukup sopan santun dan lemah lembut.

Sebaiknya, realiti sebenar apabila sudah dimiliki, keadaan terus berubah. Mula timbul sikap cerewet, pantang ditegur dan lebih teruk lagi apabila mentua dan menantu mula bermasam muka kerana ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka. Boleh dikatakan, baik menantu mahupun mentua, mereka tidak 'ngam'. Ini biasa terjadi dalam hubungan mak mentua dan menantu perempuan.
Jadi bagaimana ingin menjadi menantu pilihan dan mertua disayangi. Ikut kupasan lanjut bersama Prof Madya Dr. Hj Mohd Nor Mamat tentang topik kali ini.

KONFLIK MENANTU MENTUA
Seringkali kita mendengar kes atau konflik yang berlaku antara menantu perempuan dan ibu mentua berbanding dengan menantu lelaki dengan bapa mentua. Keadaan ini mudah berlaku apabila kedua-duanya cepat terasa hati dan tidak dihargai baik oleh suami atau anak lelaki sendiri.
Boleh dikatakan, ada sesetengahnya bukan berpunca daripada masalah  besar tetapi sekadar silap faham denagn tindakan masing-masing atau ego kerana inginkan monopoli perhatian daripada lelaki yang disayangi.
Ada juga disebabkan perbezaan jurang yang menimbulkan salah faham apabila ibu mentua membandingkan-bandingkan cara menantu menjaga keluarga. Contohnya, melayan suami ataupun mendidik anak-anak yang tidak sehebat mereka dahulu.
Tidak dinafikan, kelemahan menantu menguruskan rumah tangga juga boleh menjadi punca kritikan mentua sehingga menimbulkan rasa hati dan konflik dalam hubungan. Apatah lagi, jika tinggal bersama, setiap tindakan menantu jadi perhatian mentua.

TAK RAPAT
Daripada sudut psikologi, perempuan lebih didominasi oleh emosi. Namun, tidaklah dikatakan menantu perempuan dan ibu mentua sukar untuk rapat kerana adakalanya mereka boleh rapat melebihi hubungan menantu lelaki dengan bapa mentua.
Mereka didominasi oleh emosi, jika gembira akan jadi gembira bersungguh-sungguh dan jika sedih, mereka akan cepat sedih dan terasa hati. Berbeza dengan lelaki yang agak rendah emosinya , lebih banyak mengambil mudah, sukar terasa hati dan kalaupun berlaku, cepat pula melupakan.

AMBIL HATI MENTUA
Ada cara yang boleh memastikan menantu 'mesra' denagn mentua atau dikatakan lebih serasi. Contohnya, jangan tinggal terlalu lama bersama menantu dengan mentua. Jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, sebagai menantu perlulah menghormati ibu mentua seperti ibu sendiri dan suami hendaklah bijak memberi perhatian kepada kedua-duanya secara efektif,
Sebenarnya, isteri dan ibu inginkan perhatian dan belaian yang istimewa daripada suami atau anak lelaki.
Sebagai menantu perempuan, perlulah banyak bersabar dan tunjukkan keikhlasan dalam menghormati ibu mentua sebagai wanita yang paling istimewa dalam rumah tersebut. Elakkan daripada kita merampas anak lelaki daripada hidupnya atau menghalang daripada anak lelaki mengambil berat terhadapnya.
Sebagai menantu, biasakan diri kita sesuaikan diri dengan gaya hidup mentua, ini boleh menjadikan mereka rasa dihargai. Dahulukan apa sahaja untuknya, elakkan daripada merasakan ibu mentua sebagai orang asing dalam urusan keluarga.

ANGGAP SEBAGAI IBU SENDIRI
Sebaiknya, sebelum mendirikan rumah tangga dengan pasangan, mulalah berkenalan dan berbaik denganbakal ibu bapa mentua. Pujuk diri agar menerima hakikat bahawa kita bukan bersendirian memiliki suami kerana mentua juga adalah sebahagian daripada keluarga kita.
Cari sesuatu yang boleh mencipta kekaguman dan penghormatan kepada mentua untuk lebih memudahkan kita menjadi lebih rapat dan 'rakan baik' atau pun idola dalam kehidupan kita.
Jadikan pahala berbuat baik dan menghormati kedua ibu bapa mentua sebagai motivasi untuk kita bersabar dan menerima keadaan tersebut.

DUHAI SUAMI !
Dalam hal ini, suami perlu bijak menakluki emosi kedua-dua wanita yang sama penting dalam hidupnya dan menguasai perhatian serta kasih sayang daripada kita.

NASIHAT UNTUK MENANTU
1. Berilah keutamaan kepada mentua kerana mereka lebih tua dan perlu dihormati sama seperti ibu bapa kita sendiri.

2. Pujuk hati untuk berkongsi kasih sayang dengan wanita lain iaitu ibu mentua kerana jika diamati betul-betul, sebenarnya kasih sayang dan perhatian suami adalah istimewa untuk setiap isteri dan ibu.

3. Hormati ibu bapa mentua kerana dengan sebab merekalah, kita mempunyai suami dan menerusi penghormatan serta kasih sayang suami kita terhadap mereka juga menjadi asbab laluan kita ke syurga.

4. Elakkan daripada membanding-bandingkan kasih sayang atau perhatian suami. Elakkan prasangka negatif terhadap mentua yang kadang kala menrasakan seolah-olah ingin bersaing untuk mendapatkan suami kita.
5. Cuba sedaya upaya untuk tidak tinggal sebumbung dengan ibu bapa mentua dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, tinggal berasingan dan sering kali lah mengunjungi rumah mereka.

6. Jika tiada pilihan, carilah atau ciptalah hubungan yang membahagiakan bersama ibu mentua, contohnya berkongsi hobi yang sama, ataupun jadikannya guru masakan atau apa sahaja yang membahagiakan dan menggembirakannya  (tanda dihormati).

SEBAGAI MENTUA

1. Berilah ruang dan peluang kepada anak untuk menjadi suami yang membahagiakan keluarganya. Anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang berbeza daripada sebelum menjadi suami kepada menantu kita.

2, Pujuk diri untuk menerima hakikat betapa anak kita telah pun mempunyai tanggungjawab baru dan sedia berkongsi perhatian serta kasih sayang denagn wanita lain.

3. Jadilah mentua yang bertoleransi serta membahagiakan menantu seperti anak sendiri dan ini akan lebih dihormati oleh menantu.

4. Elakkan daripada amsuk campur semua urusan anak menantu kerana mereka lebih tahu untuk mengurus hidup sendiri, malah  mereka juga hidup pada zaman yang berbeza dengan kita.

5. Elakkan membanding-bandingkan tindakan ataupun sikap menantu dengan cara hidup kita atau pun dengan anak menantu lain kerana tugas kita sebagai ibu bapa adalah membesar dan mendidik anak-anak dalam membina keluarga mereka dengan bahagia.
3.

Sunday, July 14, 2019

~ 8 PERKARA RAGUT KEMANISAN BERASMARA ~

Sumber Artikel Dari : majalah mingguan wanita (seksologi) bil: 1814
Susunan Asal : Nur Syazwani Mehat
Kredit Gambar: google
Nota : sis kongsikan kembali info2 petua yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk pengetahuan kita bersama..untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat boleh lah beli majalah wanita setiap minggu :)
www.mingguanwanita.my


Hubungan intim adalah satu isu sensitif untuk diperdebatkan. Ketika menyentuh soal ini,, secara tidak langsung anda terfikir tentang pengalaman indah dan tidak ketinggalan pengalaman kurang menyenangkan tatkala bersama pasangan.

Umumnya tidak selamanya hubungan intim menjadi sesuatu yang menyenangkan  dan menjamin bahawa anda serta pasangan mencapai orgasma yang sempurna. Kadang kala hubungan kelamin bakal menjadi perkara yang membosankan atau menyakitkan.

Merasai Perbezaan Saat Berasmara 
Rata-ratanya wanita yang telah melahirkan anak akan merasai perbezaan ketika menjalikan hubungan intim bersama suami.. Mereka merasai terdapat perbezaan kala berasmara selepas bersalin berbanding sebelumnya. 
Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dengan melakukan senaman kegel bagi menyemarakkan kembali hubungan intim seperti saat baru mendirikan rumah tangga.

Kehidupan Intim Yang Mendatar
Sekiranya setelah menjalani rutin yang sama setelah bertahun mendirikan rumah tangga, sudah tentu perasaan bosan mulai menjengah. Oleh itu lakukan sesuatu untuk membangkitkan mood asmara kalian. 
Apa kata beli sahaja set baju tidur yang seksi, atau pun memilih lokasi menarik untuk memupuk rasa cinta yang romantis. Selain itu, percutian singkat untuk menghabiskan masa berdua bakal membangkitkan kembali keghairahan kehidupan kelamin anda.

Tak Cukup Waktu
Kunci dalam masalah ini adalah keutamaan. Jika anda meletakkan hubungan kelamin sebagai sesuatu yang amat penting, sudah tentu anda akan memperuntukkan waktu untuknya. Namun jika anda sengaja mencipta alasan untuk berasmara, pasti anda tidak pernah memiliki waktu untuknya. 
Oleh itu, fikirkan tindakan spontan untuk menambahkan keintiman antara anda dan si dia. Umpamanya mandi bersama di waktu pagi atau juga mengirimkan pesanan cinta kepada pasangan anda. Cubalah cari waktu untuk bersama si dia sebelum dirinya berkecil hati.

Kegagalan Libido
Hubungan kelamin juga dipengaruhi oleh faktor usia, umumnya wanita yang mengalami menopaus akan menurun libidonya. Penurunan libido ini bertambah buruk apabila hubungan kelamin yang terjalin menyakitkan.
Banyak kes dirujuk kepada doktor apabila masalah ini berlaku bagi mencari jalan penyelesaian. Jalan terbaik, jangan menyalahkan diri sendiri sebaliknya carilah bantuan atau solusi bagi mengatasinya.

Vagina Kering
Selain itu, menopaus juga bakal menyebabkan penurunan estrogen dan secara tidak langsung menyebabkan atrofi atau penipisan pada vagina dan vulva
Situasi ini juga menyumbang kepada rasa sakit tatkala menjalinkan hubungan intim bersama suami kerana vagina anda begitu kering. Oleh itu, cuba cari bantuan dengan mendapatkan krim untuk vagina bagi memulihkan keadaan.

Luangkan Waktu Berdua
Sesekali apa salahnya anda dan si dia meluangkan waktu bersama untuk menonton wayang cerita romantis bagi memupuk kembali rasa cinta yang kian pudar. Sekurang-kurangnya tiga bulan sekali lakukan sesuatu bersama agar anda dan si dia punyai masa bersama selain menjalinkan asmara.

Pasangan Cepat Klimaks
Kadang kala apa yang kita idamkan tidak sama dengan kehendak pasangan. Jika pasangan anda mudah klimaks, sebaliknya anda pula masih terkapai-kapai, tentu sahaja akhirnya mendatangkan masalah.
Oleh itu, jalan mudah adalah dengan berbincang secara baik. Gunakan ayat-ayat positif agar tidak mengecilkan hati pasangan. Cadangkan atau kongsikan betapa pentingnya foreplay sebelum anda dan si dia menjalinkan hubungan asmara.

Posisi Yang Tidak Diinginkan
Kadang-kadang gara-gara ingin mencuba teknik atau posisi baru dalam hubungan intim akan membuatkan anda merasa tidak selesa dan menyakitkan.
Oleh itu berbincanglah secara terbuka agar anda dan si dia berpuas hati dengan hubungan kelamin yang didambakan. Paling penting, anda dan pasangan untuk mengetahui yang terbaik buat kalian serta tidak melanggar batasan agama.

layari:
www.mingguanwanita.my

Saturday, July 13, 2019

~ ENAM JENIS GULA DIGUNAKAN DALAM MASAKAN ~

Sumber Artikel Dari : majalah mingguan wanita (kulineri) bil: 1814
Penulis asal : Mastura Burhanuddin
Kredit Gambar: google
Nota : sis kongsikan kembali info2 petua yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk pengetahuan kita bersama..untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat boleh lah beli majalah wanita setiap minggu :)





Gula, hadirnya memberi rasa dan kekuranganya merencatkan keenakan minuman mahupun makanan. Gula juga mengandungi karbohidrat dan bermanfaat kepada tubuh sekiranya diambil dalam sukatan yang ideal.

Sekiranya di ambil dalam skala berlebihan , awas..adnda bakal mengundang pelbagai penyakit yang memudaratkan kesihatan. Berikut adalah enam jenis gula yang mungkin anda tidak kenali namun wujud dalam dunia masakan. Kurangkan gula dalam minuman. lebihkan manis dalam senyuman.. :)

GULA PASIR (Course Sugar)
Gula paling popular dan paling mudah didapati dimana-mana pasar raya terkemuka mahupun kedai runcit. Lazimnya digunakan dalam penambah rasa untuk minuman mahupun makanan. Mahu menyediakan puding karamel? Panaskan sahaja gula pasir ke dalam periuk, pastikan api dipasang perlahan...biarkan gula bertukar keperang-perangan. Cecair gula yang terhasil itu dinamakan karamel.

GULA HALUS (Fine Granulated Sugar)
Sifat gula ini yang halus sesuai untuk digunakan dalam pembuatan kek. Sebaik dipukul ianya mudah cair kerana teksturnya yang halus.

GULA KASTOR (Castor Sugar)
Gula ini berwarna putih dan halus. Ianya sesuai untuk dijadikan bahan utama dalam penghasilan kek, biskut, roti, pastri dan lain-lain. Butiran gula yang halus mudah cair terutamanya apabila dipukul bersama mentega dan telur.

GULA AISING (Icing Sugar)
Gula aising berbentuk seperti serbuk dan amat halus. Ia tidak sesuai digunakan dalam pembuatan kek. Walau bagaimanapun ianya sesuai digunakan untuk biskut yang mempunyai tekstur doh yang lembut. Gula aising biasanya digunakan  dalam pembuatan krim mentega, frosting keju dan fondant.

GULA PERANG (Brown Sugar)
Seperti namanya, gula ini berwarna keperangan dan sering digunakan dalam pembuatan kek, biskut ataupun kuih muih. Jika anda mahukan karamel, gula perang juga boleh menghasilkan karamel yang enak.

GULA MERAH/GULA KABUNG/GULA MELAKA
Gula ini selalu digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang, kuih buah melaka dan sebagainya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau atau memotongnya. Rasakedua-duanya lebih sedap daripada gula merah yang biasa.

~ ANEKA PETUA ~

Sumber Artikel Dari : majalah mingguan wanita (aneka petua) bil: 1814
Susunan oleh : Nur Syazwani Mehat
Nota : sis kongsikan kembali info2 petua yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk pengetahuan kita bersama..untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat boleh lah beli majalah wanita setiap minggu :)


    

ELAKKAN KESAN KUNYIT PADA PENGISAR MAKANAN

Sering kali pengisar makanan akan bertukar menjadi warna kuning bila dikisar kunyit hidup didalamnya. Ia sangat merunsingkan hingga ada yang sanggup menggunakan pengisar khas untuk mengisar kunyit. Untuk menghilangkan kesan kunyit pada pengisar, gunalah baking soda. Campurkan sedikit baking soda dengan sedikit air, gaul seAhingga berbentuk seperti pes. Kemudian sapukan pes itu pada pengisar, kemudian cuci dan bilas sehingga bersih.




AIR REBUSAN SERAI DAN HALIA PULIHKAN LENGUH BADAN

Lenguh-lenguh badan dan kelihatan sering kali menghantui wanita, oleh itu apa kata anda cuba mencegahnya dengan cara ini. Ambil tiga batang serai dan empat sentimeter halia. Titikkan keduanya sebelum direbus bersama tiga gelas air. Didihkan sehingga pekat dan minum ketika suam. Anda digalakkan untuk minum selepas makan setiap hari. Jadikan amalan sebagai rutin tiga minggu sekali.



Bunga Jasmine Merawat Cacar Air


Bunga jasmine dijadikan perawatan utama masyarakat Thailand untuk menyembuhkan cacar air. Bunga jasmine digunakan untuk dijadikan teh untuk diminum dan juga sebagai ramuan dalam mandian bagi merawat cacar air. Bunga ini mudah didapati dan juga terdapat di kedai ubat herba.

ATASI BAU BAKUL SAMPAH

Bakul sampah atau tempat pengumpulan sampah yang berada dibahagian depan rumah sering kali berbau. Bagi menghilangkan bau, mungkin anda boleh mencuba petua ini iaitu dengan menuang setengah cawan serbuk penaik dan campurkan bersama setengah cawan cuka. Selepas itu,  biarkan selama lima minit dan bilas menggunakan air panas.

Bawang Putih Pudarkan Panau

Selain bergantung kepada ubat-ubatan, petua ini dikatakan dapat membantu memudarkan panau. Mula-mula ambil dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Tumbuh hingga halus untuk dijadikan pes, lalu disapukan pada bahagian yang berpanau. Lakukan setiap hati sehingga kesan panau hilang.





sumber artikel aneka petua : majalah mingguan wanita bil:1814
kredit gambar : google

~Prun Penuh Serat: Bantu Perut Lebih Kenyang~

Artikel sebenar dipetik dari: majalah mingguan wanita (khasiat alami) bil:1814
Susunan : Julie Roshana Akma Shafee
sis kongsikan semula info2 yang ada di majalah wanita..untuk lebih info belilah majalah mingguan wanita ye :)



    Prun adalah buah plum yang telah dikeringkan. Rupa bentuknya berkedut kerana air daripada buah ini telah dikeluarkan melalui pelbagai teknik. Terdapat lebih dari 1,000 jenis buah plum tetapi saiz buah ini biasanya terletak antara buah limau nipis dan buah pic.

   Buah prun memiliki rasa yang manis, tinggi serat dan ini menjadikan buah ini agak sukar untuk dikunyah. Tetapi seratnya secara semula jadi menyebabkan buah yang telah dikeringkan ini menyihatkan.

   Plum dan prun amat baik untuk kesihatan secara keseluruhan.  Buah ini mengandungi vitamin, mineral, serat, karbohidrat, dan lemak. Dikatakan suku buah prun menyediakan lebih dari 12 peratus serat dan juga enam peratus vitamin K yang diperlukan setiap hari.

   Selain itu terdapat sejumlah mangan, potasium, tembaga, zink, kalsium, beta karotena, lutein, zeaxanthin, dan antioksidan yang boleh memperbaiki kesihatan dalam pelbagai cara.. Apabila dimakan dengan kerap, dikatakan buah prun mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan.


1. Memperbaiki Pencernaan
~Salah satu bab utama prun dimakan adalah untuk memperbaik pergerakan usus. Buah prun kering sumber terbaik serat pemakanan. Jun prun amat popular dikalangan warga tua yang mahu memperbaiki fungsi pencernaan, menghapuskan sembelit, dan mengurangkan keradangan pada perut.

2.Merangsang Kesihatan Mata
~Bahan-bahan yang terdapat dalam prun, seperti lutien dan zeaxanthin adalah antioksidan hebat yang boleh membantu mencegah kesan negatif radikal bebas dalam tubuh. Kedua-dua antioksidan ini mampu membantu mencegah kemerosotan makular dan mengurangkan risiko tekanan oksidatif dalam mata, memastikan penglihatan terang dan jelas seiring dengan penambahan usia.

3.Mencegah Kanser
~Seperti yang dijelaskan tadi, antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan kering ini boleh melindungi mata, tetapi mengurangkan kerosakan radikal bebas dalam tubuh boleh mencegah jenis-jenis kanserlain juga kerana radikal bebas ini boleh meningkatkan mutasi dan merangsang pembangunan pertumbuhan berkanser.

4.Memperbaiki Kekuatan Tulang
~Dengan pelbagai rangkaian mineral dan zat utama yang diperlukan oleh tubuh untuk kekuatan tulang dan pembangunan, buah-buahan kering sebegini adalah ideal jika anda mahu mengelakan osteoporosis dan masalah berkaitan tulang.
  Jika darah anda tidak mengandungi kalsium atau mineral lain secukupnya, tubuh akan mengambilnya daripada tulang sekaligus melemahkannya. Atas sebab ini, pengambilan makanan kaya mineral seperti prun adalah pilihan terbaik.

5.Mengawal Kolesterol
~Serat dalam prun bukan sahaja baik untuk pencernaan tetapi baik untuk menghapuskan kolesterol berlebihan daripada tubuh. Keseimbangan kolesterol ini akan merendahkan peluang untuk mendapat atherosclerosis dan masalah kardiovaskular lain seperti serangan jantung dan strok.

6.Mendetoksifikasi Tubuh
~Walaupun prun adalah buah-buahan segar, secara kasarnya ia masih mengandungi 30 peratus air dan mengandungi sifat diuretik yang akan membantu membuang toksin yang tidak diperlukan dalam tubuh sebelum ia mencetuskan kerosakan pada pelbagai sistem tubuh.

7.Mengurangkan Berat Badan
~Walaupun suku cawan prun mengandungi secara kasarnya 100 kalori, buah-buahan kering sebegini amat padat dan mampu memastikan anda sentiasa kenyang. Ini bermakna anda tidak perlu mengambil snek antara waktu makan atau terlebih makan.


Peringatan; Memakan buah prun secara berlebihan boleh memberikan kesan negatif termasuklah diarea dan masalah gastrousus. Alahan terhadap buah prun adalah jarang sekali tetapi jika anda tidak pernah  memakan plum atau prun sebelum ini, beri perhatian tindak balas tubuh sebaik anda menambah prun dalam pemakanan anda.




Sumber info khasiat alami : majalah mingguan wanita bil:1814

Friday, July 12, 2019

~Bulan Ramadhan : Masa Untuk Kurus Bukan Tambah Gemuk~

Artikel sebenar : majalah wanita (kelab diet) bil:1814~
Susunan oleh : Norhayati Othman
beli majalah mingguan wanita untuk lebih info..

   Inilah momentum yang tepat untuk anda melakukan program diet. Tetapi ingat ! Dengan pelbagai juadah makanan yang enak-enak membuatkan diet anda terus hilang. Akibatnya, angka timbangan tidak bergerak dan lebih teruk makin bertambah.
   Mungkin ada beberapa perkara yang perlu anda mabil tahu dan awasi supaya diet bulan ramadan anda tetap sukses. Ikuti tip ini :


AWAS!!

Makanan Bergoreng
~Ini adalah hidangan yang mesti ada setiap kali berbuka puasa. Namun, meurut pakar, makanan bergoreng mempunyai tinggi lemak. Kesannya, anda cenderung menikmati makanan ini dengan banyak.

Cuba Ini :

1. Masak Di Rumah
~Memasak sendiri di rumah bukan hanya menjamin kebersihan tetapi membuka selera. Anda boleh gunakan minyak yang lebih sihat.

2. Jangan Terlalu Lama Menggoreng
~Makanan bergoreng yang sihat adalah tidak terlalu lama digoreng atau goreng berulang kali. Gunakan suhu minyak yang tidak terlalu panas. Ketika warna makanan bergoreng telah menjadi coklat keemasan, segeralah angkat.

3. Guna Minyak Baru
~Mengguna minyak baru adalah lebih sihat berbanding minyak yang dipakai berulangkali. Gantikan minyak untuk menggoreng setelah tiga kali gorengan.

4. Lap Sisa Minyak Dengan Tisu
~Pastikan makanan yang digoreng dilap dengan tisu yang menyerap minyak. Cara ini boleh mengurangkan minyak pada makanan dan mengelakkan daripada masalah kesihatan yang mendatang.

5. Berbuka Bersama
~Memang menyeronokan apabila dapat berbuka bersama-sama keluarga mahupun kawan-kawan rapat. Namun, anda perlu berhati-hati kerana ia cenderung untuk anda makan dengan lebih banyak. Penelitian di Denmark mengatakan makin ramai orang pada meja makan, makin besar nafsu sesorang itu.

6. Ais Dan Jus Buah
~ Ini adalah minuman kegemaran semasa berbuka puasa. Rasa manis dan segar akan membuatkan tekak anda yang kering sebelum ini kambali segar. Namun, kebanyakan minuman yang dijual mengandungi gula yang tinggi, kesannya anda cenderung untuk malas bergerak dan lemak akan bertambah.

7. Tidur
~Ada yang beranggapan tidur pada bulan puasa adalah lebih daripada melakukan aktiviti yang membuang tenaga. Tetapi ingat, ini bukan alasan untuk anda menghabiskan hari dengan tidur semata-mata. Tidur selepas bersahur atau selepas berbuka boleh menyebabkan makanan tidak dihadam dengan baik dan mengumpulkan lemak pada bahagian perut.

TIP
~Puasa boleh menjadikan momen terbaik untuk anda mulakan program diet. Ini tip terbaik untuk anda lakukan:

1. Jangan Makan Banyak Semasa Bersahur
~Anda beranggapan makan banyak semasa bersahur dapat memberikan tenaga yang lebih banyak. Sebenarnya semua itu adalah salah kerana dengan makan banyak semasa sahur akan membuatkan perut anda terlalu penuh hingga memberi kesan seperti malas , mengantuk dan penat.

2. Makanan Berkhasiat Semasa Bersahur
~Menurut ahli gizi, Leona Victoria Djajadi dari University Of Sydney, Australia mengatakan diet yang baik adalah dengan mengambil makanan dengan hidangan yang berkhasiat semasa bersahur. Jangan mengambil makanan seperti snek, makanan ringan dan sebagainya yang boleh menambahkan kalori dan tidak berkhasiat.

3. Kawal Pengambilan Gula
~Salah satu yang menyebabkan diet gagal semasa bulan puasa adalah pengambilan makanan dan minuman manis yang berlebihan, Anda perlu tahu pengambilan gula pada hidangan yang sesuai. Selain itu, jus buah yang terlalu sejuk dan manis boleh menyebabkan perut anda kembung dan cepat penat.

4. Banyakkan Sayuran
~Bagi menurunkan berat badan, ambillah jumlah nasi yang sesuai dengan lauk dan pilih makanan yang terdiri daripada protein yang tidak digoreng. Contoh, ayam bakar dan digandingkan dengan sayuran tumis. Banyakkan sayuran daripada jumlah nasi.

5. Senaman Sebelum Berbuka
~Ini adalah waktu paling tepat untuk melakukan senaman sebelum berbuka puasa. Mungkin anda merasakan tenaga sudah tidak ada tetapi sebenarnya ia baik untuk  menurunkan berat badan kerana badan yang bersenam akan mengambil tenaga  daripada lemak yang tersimpan dalam badan anda.

SNEK SIHAT BULAN PUASA

 Untuk berbuka, tentu anda ingin menikmati snek sekadar untuk mengisi perut pada waktu malam. Ada beberapa makanan snek yang boleh mencegah risiko berat badan naik walaupun anda mengambilnya pada waktu malam.

Keju
~Ini adalah snek yang sesuai kerana ia kaya dengan protein dan membantu anda cepat kenyang. Cukup hanya dengan sekeping keju dan jangan menikmati berlebihan untuk mengelakkan berat badan bertambah.

Yogurt
~Yogurt Greek yogurt yang tinggi protien, rendah lemak dan kaya nutrisi boleh membantu anda terutamanya dalam sistem penghadaman.

Popcorn
~Snek ini tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah, asalakn anda tidak mengambil dalam jumlah yang berlebihan.


sumber info kelab diet: majalah mingguan wanita bil:1814
belilah majalah mingguan wanita untuk lebih info2 yang bermanfaat.. 

~ 7 Tip Penting Semasa Puasa Intermittent Fasting IF~

Assalammualaikum..sebelum ni sis ada kongsikan artikel dr majalah wanita tentang Intermittent Fasting IF kan.. okay kali ni sis akan kongsikan lagi artikel yang berkaitan dengan IF. Semua info dipetik dari artikel yg ada di majalah wanita bil: 1814.. Untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat pembaca semua boleh lah beli majalah wanita dan rajin2 kan lah membaca :)


7 TIP PENTING SEMASA PUASA IF

1. Digalakan untuk minum air secukupnya. Semasa Fasa Puasa, anda dibenarkan mengambil air mineral, air kopi atau teh tanpa gula. Air akan membantu proses detoks. Air juga akan mengurangkan proses terhidrat yang berlebihan kepada sel tubuh. Sel tubuh yang terlalu kering menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya


2. Semasa fasa makan, ambil makanan dan minuman rendah indeks glisemik (Low Gi). Makanan terbahagi kepada 3 kumpulan utama: Karbohidrat, Protein dan Lemak & Minyak. Kumpulan makanan Protein dan Lemak tidak sebanyak karbohidrat meransang insulin. Bagi pengamal IF, sebaiknya menggunakan panduan ringkas ini. Jumlah makanan yang diambil sehari ialah 30-50 gm karbohidrat, 70-100 gm protein, buah, sayur dan selebihnya kumpulan lemak baik.

3. Kurangkan atau hadkan pengambilan makanan terproses seperti sosej, burger, kentang goreng, nuget dan kuih muih yang dibekukan. Makanan ini akan menambahkan  kerosakan dan inflamasi tubuh. Inflamasi kronik akan menyebabkan kerosakan DNA dan penyakit kronik pula yang akan timbul selepas 15-20 tahun.

4. Berhenti terus makanan dan minuman tinggi gula seperti kek, roti, biskut, kuih muih, air kotak, air soda, air tin, air jus tersedia dan air kordial. Gula yang terlalu tinggi bukan sahaja menjadi perosak malahan menjadi satu agen ketagihan. Ketagihan pula merangsang anda untuk susah berhenti dari mengambil makanan dan minuman tersebut. Bahaya sungguh jika kita tergolong di dalam kumpulan sedemikian.

5. Ambil makanan 'real' dan 'raw' seperti ikan, ayam organik, sayur dan buah di dalam pembahagian jumlah yang tertentu. Erti kata lain, setiap kali makan, pelbagaikan warna dan jenis kumpulan makanan. Tubuh amat memerlukan semua jenis kumpulan makanan sebagai sumber tenaga, pemulihan, fitonutrien, vitamin dan mineral.

6. Digalakan untuk menggunakan konsep 'suku-suku-separuh' Kementerian Kesihatan. Ini  bagi menggalakkan kita untuk faham bahawa tubuh sangat menagih simpati supaya tidak terus dirosakkan.

7. Pastikan tidur yang sempurna mengikut hukum alam, iaitu semasa melatonin dirembaskan, bermula jam 10 malam hingga 5 pagi. Melatonin akan melakukan dua perkara utama iaitu 'pemulihan' dan 'anti-penuaan'



sumber info kesihatan : majalah wanita bil: 1814



~Intermittent Fasting @ Puasa Berkala Untuk Wanita~

 Tulisan sebenar oleh : Julie Roshana Akma Shafie (majalah wanita bil:1814) 
Artikal sumbangan : Dr. Siti Aniza Basir 
saya kongsikan kembali di ruangan blog saya untuk bacaan yang bermanfaat.

 Ramadan sinonim dengan puasa. Terdapat banyak manfaat puasa dari sudut kesihatan. Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta syahwat atau seumpamanya. Apabila kita menyebut tentang menahan, ia bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan.

   Adakah sistem fisiologi tubuh juga begitu? Ya, Sistem tubuh sangat tepat aturannya. Apakah yang berlaku kepada tubuh semasa kita berpuasa?

Apakah organ dan kalenjer yang penting semasa puasa?
   Organ yang terlibat secara keseluruhan ialah mata, saraf rasa, mulut, lidah, gigi, esofagos, perut, usus, pankreas, hempedu dan kolon. Bahan penting untuk proses seperti enzim, hormon dan kofaktor. Semua sistem tubuh terlibat.
   Kumpulan glukosa dan lemak ialah adalah sumber utama tenaga tubuh. Glukosa adalah sumber tenaga paling cepat dan mudah.
   Walau bagaimanapun, apabila tubuh tiada glukosa, tubuh tetap berkompensasi menggunakan sumber lain sebagai tenaga.

Perubahan fisiologi daripada fasa makan ke fasa puasa
   Semasa makan, insulin meningkat. Insulin diperlukan dalam proses penukaran makanan kepada tenaga jenis glukosa. Lebihan glukosa akan disimpan sebagai glikogen di dalam hati. Selepas enam jam tanpa sebarang makanan, paras hormon insulin mula menurun. Glikogen iaitu glukosa simpanan mula digunakan.

Apakah itu IF?
   Telah terbukti dalam kajian bahawa puasa adalah diet terbaik. Intermittent Fasting (IF) atau puasa berkala adalah cara yang paling mudah untuk memberikan impak yang sangat besar. IF juga dikenali sebagai Restricted Feeding (Makan hanya pada waktu yang ditetapkan).
    Anda jangan salah faham. Puasa sunat ialah puasa siang dan puasa IF ialah puasa malam. Sebab itu ia dipanggil "Close Your Kitchen Early".

Kelebihan berpuasa dan Intermittent Fasting kepada wanita

 1. Sistem Neurologi

  • Melambatkan proses penuaan (Alzheimer's Disease, Dementia)
  • Peningkatan daya fokus
  • Menambahkan aliran oksigen ke otak   
2. Sistem Kardiovaskular

  • Mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung
  • Meningkatkan aliran darah
  • Mengurangkan kolesterol
3. Sistem Endokrin

  • Keseimbangan hormon
  • Meningkatkan sensitiviti hormon insulin
  • Mengurangkan risiko penyakit (Diabetes, Kolesterol, Darah Tinggi, Gout, Buah Pinggang) 
  • Membasmi obesiti dan diabetositi


4. Sistem Gastrousus

  • Mengurangkan gejala Leaky Gut (sebu, kembung, angin, sakit perut)
  • Membasmi jangkitan kandida
  • Meningkatkan proses penghadaman
  • Mengurangkan ketagihan


5. Sistem Sendi

  • Melincirkan fungsi sendi
  • Mengurangkan sakit dan bisa badan



6. Anti Penuaan

  • Meningkatkan penghasilan glutation, satu bahan pembasmi kerosakan akibat radikal bebas dan peningkatan hormon tumbesaran (Growth Hormone)


Kaedah Berpuasa IF
-Terdapat banyak kaedah berpuasa IF:

  1. Kaedah 5:2:  Ini adalah kaedah , lima hari makan dan dua hari puasa. Kaedah ini sesuai digunakan kepada mereka yang baru bermula
  2. Kaedah 12:12 (12 jam puasa dan 12 jam makan) Selama ini, selagi mata terbuka, anda akan makan dan makan. Kaedah 12:12, akan membantu 'newbie' yang berhajat untuk memulakan IF dengan mudah dan tanpa gagal.
  3. Kaedah 14:10 (14 jam puasa dan 10 jam makan) Kaedah ini lebih kepada fasa 'advance' bagi kumpulan 12:12. Kaedah yang amat mudah, kita hanya perlu lanjutkan sarapan selama dua jam. Kaedah ini amat popular bagi yang kerap mengalami masalah 'gastrik' seperti kembung, angin, sebu dan kerap buang angin.
  4. Kaedah 16:8 (16 jam puasa dan 8 jam makan) Kaedah ini memerlukan tahap iman yang tinggi. Sebab apa? Sebab selalu terliur menu sarapan.


Disclaimer: IF tidak digalakan untuk wanita berpenyakit kronik yang memerlukan rawatan yang ketat, pesakit kanser di dalam rawatan, ibu mengandung, ibu menyusu, dan ibu yang bersalin. Sila dapatkan nasihat doktor jika anda masih tidak yakin tentang status kesihatan diri anda.



Sumber info kesihatan : majalah wanita bil:1814
jom beli majalah wanita..banyak informasi2 yang berguna dan bermanfaat buat kita semua. :)

Thursday, July 11, 2019

~Mamonde Red Energy~



SERLAHKAN KEJELITAAN KULIT

   Bunga dan buah delima diketahui mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan. Ia mengandungi tinggi polyphenol dan phytoestrogen seperti vitamin B dan C. Khasiat ini membantu kulit daripada serangan selar UC dan persekitaran yang tidak sihat. Azimat ini terkandung dalam produk baru Mamonde Red Energy Recovery Serum.

  Pelik beno namanya eh..dah nama produk pun pelik agak2 harga pun letop jugak kot ni. Okay, siapa2 yang tengah mencari serum boleh lah mula berfikir nak cuba ke tak ye. Tak dipaksa hehe. Nak info produk lagi banyak boleh dapatkan majalah wanita ye..membaca amalam mulia. :]


sumber info produk: majalah wanita bil: 1814
kredit gambar : google