Friday, February 21, 2020

~Batuk Biasa Atau TB: Alhamdulillah ~

Assalammualaikum...

Jumpa lagi kita di bulan februari ini. heeeee. Terima kasih Allah untuk nikmat udara yang Kau kurniakan kepada kami hamba Mu yang hina ini.

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah


Januari lepas sis ada story pasal sis laki bini diserang batuk yang sangat teruk kannn. Lama juga nak bagus batuk tu..2 hingga 3 minggu macam tu baru betul-betul rasa okay. Pegi Klinik Kesihatan pun dah berulang kali..tapi ubat yang sama juga kena bagi huhuhu. Tapi alhamdulillah lah kan sebab dah sembuh dah dari batuk, sekarang dah takde dah. Cuma sis masih lagi terasa kahak di leher sis..ewwww. Bila lepas mandi je kahak akan keluar ikut hidung, tak tau lah kenapa tak keluar ikut mulut. Tapi kahak tu clear je bukan kahak hijau tu. Dah macam hingus je keluar dari hidung.

Lagi story Januari lepas..sis ada buat test untuk cek TB (penyakit batuk kering, x ingat nama sains dia pulekk). Seram juga tunggu result keuar hari tu. Staf KK bagitahu kalau result positif dirang akan call sis, kalau result tu pula okay je staf kata dorang tak call. Tapi laki sis suruh sis pegi cek dekat KK juga kebetulan sis nak buat checking gigi masa tu (next entri). Lepas cek gigi sis pergi amik nombor nak jumpa doc sebab nak tau lah result yang betul pasal test TB sebelum tu. Dan alhamdulillah, semua okay..result okay je. Doc yang layan pun sweet je terangkan kat sis the result. Thank you Doc hehehe. Lega lah jugak kan. Tapi Doc ada cakap jangan berpuas hati sangat denga result test tu sebab kita taktau katanya mungkin ada masalah tempat lain contohnya kat paru2 sebab batuk jugak boleh jejaskan paru2.

So, pesanan dan nasihat sis pada pembaca yang sudi baca story sis ni kalau batuk kuat ke sakit dada ke jangan ambil ringan je, terus bawa jumpa Doc kat KK berdekatan. Utamakan kesihatan kita sebab dengan badan yang sihat kita boleh menjalani kehidupan dengan lancar.

Sekian saja coretan sis pada masa ini. byeeee..assalammualaikum..

Tuesday, January 21, 2020

~ INFLUENZA H1N1 ???? ~

Assalammualaikum...

Jumpa lagi di entri terbaru sis..sebenarnya sis dan suami kurang sihat..selsema menyerang dengan jayanya. Batuk, bersin, berhingus dan segala gejala2 selsema tu ada. Batuk lah yang paling kuat menyerang...siang malam batuk memanjang. Bangun pagi batuk..time makan pun batuk. Apa lagi bila malam time nak tido, gatal leher yaaa ampunnn..rasa nak terkeluar segala anak tekak rasanya. Sis sampai batuk terkencing-kencing  [jangan gelakkan sis ehhh..awass ! :p ]. Dah terpaksa sis guna pad seharian...dah bazir kat situ..emmmm. Laki sis pula sama juga,,pagi batuk, nak tido pun batuk..kasiannn..dua-dua pun batuk nak tolong satu sama lain pun tak larat sisssssss. Pegi hospital pun dapat ubat yang sama. Tapi paling kuat minum ubat batuk sis lah...huhu. Sebab kan ubat batuk tu bagi kesan mengantuk..so, sis senang je nak tido malam [selalu memang lewat tido sebab tak dapat tido..mata segar bugar daaaaa..]. Ubat batuk laki pun sis rembat hahhh.

Alkisahnya, dah rasa tak berapa sihat ni risau juga dengan masalah penularan virus INFLUENZA H1N1 yang sedang berlaku sekarang ni. Tapi syukur alhamdulillah gejala2 yang kami laki bini alami tidak lah menyerupai gejala2 virus influenza hini yang diuar2kan oleh Kementerian Kesihatan. Kami hanya mengalami selsema biasa sahaja. Walau bagaimanapun. tak bolehlah kita mengambil mudah sahaja tentang permasalahan ni kan. Kerana virus ni mudah berjangkit, lebih2 lagi jika antibody tidak kuat. Bahaya untuk kanak-kanak kecil mahupun kita yang dewasa ni dan juga warga emas.

Sebelum sis memanjangkan lagi tentang influenza h1n1 ni, sis nak kongsikan beberapa fakta yang sis dapat dari sumber rasmi kementerian kesihatan.

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Di atas tu sedikit fakta yang sis ambil dari web kementerian kesihatan. Untuk mengetahui cara mencegah dan gejala2 influenza h1n1 ini boleh klik link yang sis sertakan dibawah.


Pada kawan2 diluar yang mengalami selsema yang berpanjangan samada anak2 atau ibu bapa bolehlah jangan takut untuk buat pemeriksaan lebih lanjut untuk memastikan yang u ols berada dalam zon selamat. Kita boleh mencegah daripada dijangkiti jika kita semua ada kesedaran yang tinggi tentang masalah ini.

Selamat membaca...

Sunday, January 5, 2020

~HAPPY NEW YEAR 2020~

Assalammualaikum... 2020 !!!!

Tak sangka betul sempat juga kita menuju ke wawasan 2020 yang macam lagu sekolah yang kita nyanyi setiap hari isnin waktu perhimpunan hehehe. Baiklah, almaklum kita semua dah bearda d zaman wawasan 2020 ni so, mari kita flashback kembali lirik lagu wawasan 2020 yang dulu selalu je kita nyanyi kat sekolah kan...

LIRIK LAGU WAWASAN 2020

Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara gagah
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Tekad berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah sehara-sehala
Dengan wawasan yang suci

Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa dirasai
Bersama kita nikmati

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan


Haaaa..itulah dia lirik lagu wawasan 2020 yang penuh dengan lirik yang memberi semangat. Macam-macam yang PM kita rancang di tahun 2020 ni pada suatu ketika dulu. Antaranya isu yang sedang tular sekarang ni iaitu 'kereta terbang'. Kalau dulu diwar-warkan tahun 2020 kereta dah boleh terbang dah. Dah boleh elakkan jem jalan raya konon nya. Tapi hakikatnya yang kita nampak sekarang di era awal tahun 2020 ni jangankan kereta,basikal pun belum ada yang terbang lagi.

Memang tidak kita nafikan ura-ura yang didengar sebelum menjelangnya 2020 bahawa sudah ada dilakukan ujipandu kereta terbang pada akhir tahun 2019 lepas(tapi sis tak pasti siapa yang buat ujipandu tersebut). Tapi isu itu tidak dinyatakan hasil ujian yang dilakukan (mungkin ada, sis pun tidak pasti), sama ada berjaya atau sebaliknya. Walau bagaimana pun, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya haruslah memberikan kritikan positif kepada perkembangan dan pembangunan infrastruktur serta mana-mana idealisasi yang diketengahkan oleh pemimpin kita.

Sokongan kita sebagai rakyat amat diperlukan oleh negara untuk lebih maju dalam membangunkan negara kita ke arah kemodenan alaf baru atau lebih dikenali sebagai 'negara dunia ke-tiga'. Seperti yang kita tahu, negara Malaysia ni agak sedikit ketinggalan dibelakang daripada gerakan pembangunan negara dunia ke-tiga. Di mana kesilapan nya kita sebagai rakyat pun tidak pasti kerana kesibukan rakyat dalam menjalani kehidupan harian demi kelangsungan hidup sehingga kita tidak memikirkan keperluan sebuah negara untuk membangun lebih maju . Malahan Pemimpin-pemimpin yang berkaitan pun sibuk dengan perkara-perkara yang lebih memberikan kepentingan peribadi kepada mereka.

Wawasan 2020 kini di sini..kita berada di tahun 2020. Sepatutnya tahun ni kita sudah boleh melopong mulut dengan kecanggihan dan kemodenan yang akan kita nikmati ditahun 2020 ini. Tapi, apa yang kita lihat dan dapati di tahun 2020 ni ??? tepuk dada tanya selera...

Walau bagaimanapun, jangan sesekali kita memandang rendah terhadap negara kita Malaysia. Walau ketinggalan dibelakang kita harus berusaha membantu keupayaan negara agar terus menjana ke arah 'negara dunia ke-tiga'. Bukan rakyat sahaja, tetapi para pemimpin juga haruslah bergiat aktif selari dengan usaha rakyat demi melaksanakan visi dan misi 'negara dunia ke-tiga'.

Justeru itu, kita rakyat Malaysia perlulah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memastikan kelancaran visi dan misi negara ke arah kemajuan yang setara.

Sekian,
terima kasih kerana sudi membaca blog sis... :)
Semoga di tahun baru 2020 ini kita akan lebih bersemangat untuk memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan sahsiah diri.
wassalam...




Saturday, November 2, 2019

Berkunjung Ke Lata Kinjang Waterfall ~Tertinggi D Asia Tenggara~


Assalammualaikum..

Alhamdulillah, jumpa lagi di ruangan baru di blog yang lama ditinggalkan ni..hehek.
Lama sis tak update entri baru untuk blog sis ni. Bukan apa, disebabkan kemalasan nak buka laptop dan masalah line hp yang agak tak membantu menaikkan semangat nak berblog-ing. So, pada malam ni sis try hard okeh nak buat entri baru untuk blog sis. Banyak je aktiviti sejak kebelakangan ni sis and husband lakukan sebab tu rasa rugi lah kalau sis tak abadikan momen2 tu dekat blog sis ni selain facebook, instagram dan juga channel youtube sis. Nanti dah tua sikit boleh lah habaq mai kat anak cucu aktiviti nenek and atok dorang ni masa memuda dulu..cewahhhh..jauh sangat fikiran. Tapi betul lah tu..khennnn.



Okeh lah, terus jelah ke tujuan asal yer..
Ni nak share lah kononnya bulan oktober lalu kami rajin jalan2 ke kawasan2 perkelahan macam sungai2 macam tu. Bukan laut eh..kan laut pun tempat perkelahan jugak kan. Bab laut tu plan next..dah save kat pala hotak dah tempat nak pegi nanti. Kali ni nak story pasal kunjungan kitaorang ke Lata Kinjang Waterfall. Gambar intro dah buh dah kat atas sekali..haaaaa..next gambar sat g cek buh. Nak tengok video boleh pegi tengok channel youtube sis..


U guys yang ada minat macam kitaorang yang suka jelajah tempat2 nature macam sungai2 bagai ni mesti ada yang dah tahu kan lokasi air terjun Lata Kinjang ni dekat mana…
Ianya terletak di Chenderiang, Daerah Tapah Perak. Sebenarnya sis bukan orang Perak..sis sabahan. Tapi duk menetap dekat Perak baru dua tahun sama lah macam usia perkahwinan sis, beza bulan jerr..bluekkkk.
Husband rajin bawa sis jalan2 tengok tempat best2 yang ada kat negeri Perak ni..tapi yang sempat sis record dan ambik gambar je sis akan kongsikan kat blog nanti kalau rajin lerrr. Lagipun belum habis jelajah lagi negeri Perak ni..jauh nau2 daerah nyer. haha



Okeh-okeh berbalik ke story asal…
Air terjun Lata Kinjang ni siapa yang pernah melalui jalan lebuhraya selatan-utara PLUS pasti akan dapat tengok dari jauh ketika melalui lebuhraya Tapah. Memang boleh nampak guyssss. Sis masa pestime ikut lebuhraya Tapah pun teruja bila husband bagitau yang kat atas tu air terjun. Dan sis tak sangka pula boleh rupanya tempat tu di kunjungi. Ingatkan air terjun tinggi macam tu tak boleh nak masuk ke kawasan tu. Tengok pun dah gerun rasa kan..walaupun keterujaan tu ada tapi bila dibayangkan duk dekat2 gerun juga..tinggi siaaaaaak. Tapi bila tengok depan2..ya Allah..tingginya kekuasaan Mu ya Allah.
Sis takde pulak amik gambar air terjun tu dari jalan raya..tak terpikir pulak nak update dekat blog masa tengok mula2 tu.



Baik, di sini sis share kan sedikit info tentang Air Terjun Lata Kinjang yang sis dapat dari carian di google. (terima kasih blog2 yang saya lawati yang ada sharekan tentang info2 Lata Kinjang ni) :


Air Terjun Lata Kinjang ni di kategorikan dalam Taman Eko Rimba. Terletak 18 kilometer dari pekan Tapah dan 67 kilometer dari pekan slim river (pekan kami menetap)..amik masa dalam 1jam juga kitaorang ke lokasi. Kalau dari KL melalui lebuhraya PLUS lebih kurang amik masa dua jam lah kot..



Apa yang sis baca dalam carian sis di google, air terjun Lata Kinjang ni diiktiraf sebagai di antara air terjun paling tinggi di Asia Tenggara yang mempunyai ketinggian 850 meter (ada 8 tingkat).
Ada juga dinyatakan air terjun yang paling tinggi adalah Air Terjun Jelawang di Gunung Stong. (sis xtau dmanakah tempat itu..heeee)


Sebenarnya ada banyak info yang boleh u guys cari di pautan2 yang terdapat di google..sis kat sini nak share story kunjungan kitaorang hari tu jer…hehe..nak tempek sekali gambar2 yang sis amik walaupun tak banyak dan hanya gambar selfie pula jerrr..wekwekk.



Nak dijadikan cerita..
Mula-mula sampai kat lokasi, perasaan dah teruja sebab dah boleh dengar dengan jelas bunyi deruan air yang sangat kuat dan of coz lah derassss ya amat, lebih2 lagi baru je hujan berhenti. Kitaorang plan nak mandi tapi tak jadi sebab baru lepas hujan so rasa tak selamat pulak nak mandi dalam keadaan air yang deras mengalir dan keruh pulakkk dahhh..sodehhhhh tak dapat mandi. Tapi kitaorang tak kisah jugak sebab safety first adalah lebih baik..oyeahhh.




So, kitaorang hanya berjalan2 menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Ada jugk lah pengunjung tapi tak ramai mungkin cuaca sejak akhir2 ni selalu hujan..musim monson kannnn. Ada yang mandi manda ada yang santai2 jer di pondok. Kitaorang tak duk dsantai2 tau..kitaorang jelajah habis sampai ke tingkat 4 ke 3 tak silap. Tingkat last yang boleh di jejaki dengan menaiki tangga batu yang disediakan. Walaupun air terjun ni ada 8 tingkat tapi hanya sampai tingkat 4 jer boleh sampai. Kalau nak naik sampai tingkat 8 tu pun boleh jer..kena lah u guys memanjat denai2 yang agak mencabar.

 Kitaorang tak lama kat sana sebab hari dah petang sebab kami lambat gerak dalam jam2pm..sampai je dalam jam3pm lebih. Dalam tak sampai 1jam kitaorang kat situ…sebab tak mandi kan so masa kurang lah kat sana. Hanya tengok anak2 muda-mudi bermandi manda bersama kawan2. Masa kitaorang turun dari aras 4 tu..air macam semakin naik tau. Dengan kederasan nya lagi..tiba2 kami rasa takut pula tunggu lama2 kat area tu..

So kitaorang gerak turun ke bawah. Kalau tunggu lama macam bahaya je pulak kan. Jam 4pm lebih kitaorang gerak balik ke Slim River. Walaupun hanya berjalan2 tak mandi manda, perut tetap rasa lapar. Tak banyak gerai yang buka jualan pada hari tu..mungkin sebab hujan kan. Kitaorang beli tu makanan yang cucuk2 tu..fishball ke apa entah dah lupa namanya..mahal jugaklah secucuk ram2..huhuhu..dah lapar kutaorang beli je lah. Semoga murah rezeki kepada semua penjual dekat area sana.


Okeh guys, sis dah tempekkan sedikit gambar2 yang sis sempat selfie2 hehe. Next time sis akan buat entri baru untuk lokasi yang seterusnya. Sis saja suka2 simpan cerita2 kenangan manis dekat blog..agar suatu hari nanti akan jadi ingatan buat waris2 sis dan husband kelak. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dari semua aspek kehidupan.


Sampai disini sahaja untuk malam ini guys, inshaAllah ada masa nanti akan menyusul entri baru yee.
ASSALAMMUALAIKUM..

Thursday, August 1, 2019

~SEKILAS CANTIK: Rawat Diri ~

Artikel Asal : majalah mingguan wanita (sekilas cantik) bil: 1813


WAJAH LEMBAP

Bahan-bahan:

  • 1 biji tomato merah
  • 2 sudu gula
  • 2 titis minyak zaitun/minyak kelapa dara
Cara Membuat :

  1. Belah tomato kepada dua bahagian
  2. Tabur sedikit gula di bahagian belahan tadi
  3. Kemudian titiskan dua titis minyak zaitun/minyak kelapa dara untuk kesan yang lebih hebat
  4. Gosokkan tomato ke seluruh wajah dengan pusingan arah jam secara rata pada seluruh kulit wajah.
  5. Biarkan kira-kira 10 minit untuk penyerapan khasiat tomato dan minyak zaitun/minyak kelapa dara.


MASKER YOGURT UNTUK CERAHKAN WAJAH

Bahan-bahan :

  • 2 sudu teh yogurt
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • 1 sudu teh madu
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
Cara Membuat :

  1. Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan adun rata.
  2. Setelah membentuk pes, sapukan ke seluruh kulit wajah dengan rata.
  3. Biarkan seketika dan cuci bersih, kunyit adalah bahan alami untuk membantu memutihkan kulit tapi jangan berlebihan untuk mengelakkan wajah kekuningan.



MASKER PISANG ATASI WAJAH KUSAM

Bahan-bahan:

  • 2-3 sudu teh yogurt
  • 1 sudu teh madu
  • 1/2 biji pisang
  • 1 sudu teh perahan lemon
Cara Membuat:

  1. Satuka kesemua bahan di dalam satu bekas. Kacau hingga membentuk pes.
  2. Sapukan ke seluruh kulit wajah secara rata.
  3. Biarkan seketika dan kemudian cuci bersih.

~ ELAKKAN WAJAH KUSAM & TAK BERMAYA DI BULAN RAMADAN~

Artikel Asal : majalah mingguan wanita (sekilas cantik) bil:1813
Susunan @ Olahan : -
Kredit gambar : -
Pesanan author : sis hanya kongsikan semula info2 berguna yg terkandung dalam majalah wanita untuk pengetahuan kita semua. untuk lebih banyak info2 yg berguna boleh lah dapatkan majalah mingguan wanita :)



Saat berpuasa, cecair di dalam tubuh pun berkurang. Hasilnya bukan rasa haus saja yang akan kita rasakan, bahkan kulit kering juga membuat wajah menjadi kusam. Oleh itu, untuk menghindari masalah kulit atau wajah saat berpuasa, kita pun harus melakukan perawatan daipada luar dan dalam.

Berpuasa, hari yang panas terik, tak boleh minum air sepanjang siang hari dan corak tidur tidak sekata, semua ini boleh memberi kesan kepada kulit. Jadi, bagaimana anda ingin kekal cantik dengan kulit yang sihat pada bulan Ramadan.

MINUM AIR PUTIH
Sebaiknya minum air putih yang banyak ketika sahur. ini kerana, selepas sahur kita akan terus melakukan aktiviti. Ketika berbuka puasa, sebaiknya minum air putih terlebih dahulu, kemudian barulah minum yang manis-manis.

BANYAKKAN MAKAN BUAH & SAYUR
Saat sahur dan berbuka usahakan harus memakan sayur dan buah-buahan kerana ia memiliki kadar air yang cukup bagi tubuh kita.
Anda juga boleh memakan buah-buahan selepas selesai solat terawih, maka kadar cairan yang anda ambi akan mencukupi keperluan tubuh dan membuat kulit wajah tetap lembap.

CUCI WAJAH
Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza, ada yang berminyak, kering dan normal. Untuk itu, kita wajib memperhatikan kandungan sabun wajah atau facial wash yang digunakan. Cucilah wajah sewajarnya, misalnya sebelum tidur atau ketika bangun tidur.

PELEMBAB & PELINDUNG CAHAYA MATAHARI
Bukan hanya perawatan daripada dalam saja, perawatan daripada luar seperti menggunakan krim pun sangat penting. Kulit memerlukan pelembap. Jadi jangan lupa memakai pelembap, serum, atau pada waktu malam anda boleh gunakan krim malam.
Dalam cuaca yang panas terik, jangan lupa umtuk selalu menggunakan krim pelindung cahaya matahari agar kulit akan terlindung daripada sinaran itu. Gunakan krim pelindung dengan jumlah SPF yang sesuai dengan aktiviti harian anda. Untuk kulit muka gunakan pelindung matahari SPF 50, 15 minit sebelum keluar rumah. Gunakan topi, payung atau jalan di tempat teduh untuk kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari.


BAGAIMANA KEKALKAN KULIT WAJAH LEMBAP SEPANJANG BULAN RAMADAN?
Pemakanan yang sihat, mengamalkan diet tinggi serat serta tinggi kandungan air juga penting. Minum banyak air dan jus buah semasa sahur dan selepas berbuka. Ingat, air adalah makanan untuk kulit dan sepanjang berpuasa, kulit anda juga 'dahaga'kan air. Minum lebih sikit tak mengapa kerana ia membantu bukan sahaja untuk kulit tetapi tubuh anda. Apapun, elakkan sama sekali minuman bergas, berkafein yang boleh menyebabkan tubuh anda nyah-hidrat.
Sebolehnya elakkan makanan berminyak, makanan segera, makanan diproses dan bergula kerana ia tidak baik untuk kulit. Ia boleh menyebabkan jeragat, jerawat dan masalah kulit yang lain. Rosaklah muka anda pada hari raya  nanti. Pakai cantik-cantik tetapi muka...
Jadi apa yang patut dimakan? makan buah-buahan dan sayur segar, sup, ikan dan makanan yang menyihatkan. Apa kata jadikan bulan Ramadan sebagai peluang yang baik untuk detox tubuh anda.
Selain itu, anda cuba skrub dan masker daripada bahan-bahan alami untuk mengatasi kulit kusam dan wajah lebih segar.

Monday, July 29, 2019

~ Lastly We Choose ASTRO ~

Assalammualaikum...

Bismillah...
How are you today guys? sy feel not very well, bukan fever or flu tapi sy sakit perut dan mau pigi tandasssss saja kerja sy. mungkin kah ini food poisoning ?? cirit-birit sy oohhhh. Apa juga yang sy makan ni..sy cuma makan cheesekut leleh tadi pagi made by me malam tadi and eat bubur nasi mix ayam n isi ikan request by husband..gusi masih sakit katanya.

Petang ni sis ada free time..sambil2 menonton tv, sebelum ni tv lama rosak pastu beli tv baru tapi beli tv baru pun weols masih tidak tengok tv (menonton) sebab tiada chanel. Sebelum ni weols guna areal tv sebab masih guna tv old school yang abg sis bagi pakai masa sis mula2 pindah slim. Tv baru beli pula tv flat screen yg up to date lah..alang2 beli biar yag besar terus kekekeke.

Tv dah beli baru, besar 40 inci lagi...tapi jadi hiasan ja di ruang tamu..huuhu. Penat juga fikir mau apply apa utk dapatkan chanel tv. Android box? Mytv? Astro? apa lagi?  kalau mau chanel yang pakai internet ni rasanya agak membazir..sedangkan weols taklah tengok tv sangat..ada cerita best baru tengok. Mytv pula leceh lagi mau apply d mana pun xtau lah d slim ni. Lastly weols apply astro njoi..sekali bayar je kome untuk seumur hidup. Walaupun chanel tak banyak tapi ok lah daripada tiada kan. Ada tv1 tv2 tv3 pun dah ok dah. Mau tengok chanel berbayar just guna topup prepaid jerrr.

Husband pun senang hati dah bini dia tak bebel2 lagi keboringan sebab tiada apa mau di tengok di tv hahahaha. Thank you husband sanggup tunaikan permintaan bini ni..untuk kebahagian mu dia bilang. hehehehe....syukur ya Allah kurniakan suami yg murah hati.

Sunday, July 28, 2019

~ WATSON & GUARDIAN : Shoping Time (bad time also) ~

Assalammualaikum...

Syukur ke hadrat Allah SWT masih lagi sis bernafas sampai hari ini..esok tidak tau lah..Allahuallam..kuasa Tuhan kan tiada siapa yang tau.

Okay, entri2 sebelum ni kebanyakannya semua info2 dari majalah kan. Tapi malam ni sis ada mood mau sharing story sendiri hari ini. Typing ni kena ada mood baru lancar ja menaip..hehe. Tadi petang around 5.30pm sis and husband gerak ke tanjung malim..went to shoping my stuff at watson tanjung malim. Di slim river ni bukan tiada watson, adaaa...tapi petang semalam sis and husband pegi watson slim tapi kosong uolssss....ada lah tinggal rak2 barang tapi tidak banyak. Kenapa itu ahhh ? renovation kali kan..sebab sis tengok ada orang dalam bangunan watson tu, guys of coz..may be worker for renovation progress. Tapi kan tiada pula announcement dorang pekerja watson slim buat or tampal ka d luar pintu kedai kalau sedang renovation. Haaaa..begitu lah kisahnya sehingga husband bawa sis pegi tanjung malim...cari ja barang di sana dia bilang.  Apa lagi si bini gumbiraaaaaaaaaa lalalalaaaaa...

Sampai tanjung weols pegi makan dulu sebab husb lapar...tak kenyang makan bubur dua tiga hari ni..hehehe. Kesiann..orang tengah recovery gusi berjahit komeee kena lah makan bubur ja, makan main siruk2 saja huhuhu. tahan lah dulu yaaa husb...sihat sudah tu gusi tu bercantum sudah jahitan baru boleh makan nasi, berlaukan sedap2..bini mu nanti masakkan yaa..ada lagi tu kepala ikan tongkol sengaja sis kasi tinggal untuk sis masak sedap specially for my husbaby..kekekeke. Muntah lah kamu beramai2... (kisah pulak ku)

Order bakso ja kami laki bini..sis warning awal2 dah c husb jangan makan nasi dulu..order mee bakso ja for this time..at least ada sup2 juga untuk di hirup2 senang juga tu mee bakso teikut kena hirup..hihihihi. Selalu weols order nasi ayam penyet sebab gerai tu memang menu utama nasi ayan penyet tu lah. Paling2 pun dua ja menu dorang sana..nasi ayam penyet sama bakso saja yang ada..tapi memang ada customer tetap sudah dorang tu..kami juga termasuk lah. kekekekeke.

Then, weolz went to watson first..shop some stuff that i badly needed !! since kulit muka sis transform from oily to dry..sensitif skin lagi..adoiiiinahhh rayang..too hard to handle ooo face sia ini. haihhh. So, sis kena tukar set penjagaan muka dari set oily to dry..walaupun memang dari dulu tidak lah muka ni pandai peloles bah..at least sis berusaha sobsobsob.

Before this, sis guna set Aiken..cleanser, toner, moisturiser,  oil for acne. Oh pasal Aiken ni nanti sis story di next2 entri okay. Now, sis cari moisturiser syahirah dan scrub dia..i got this 2 items di watson. also sis beli toner simple..sebelum ni sis beli toner syahirah juga tapi sudah habis dan sis ada tertengok review di youtube pasal toner simple untuk kulit sensitif..so sis mau juga try kan..sebab perkataan sensitif skin tu yang bikin menarik perhatian sis.

Ini saja yang sis dapat di watson...mix dengan husb punya. Ada lagi sis mau tengok2 tapi sis tahan2 kencing..tidak sis selesa kalau berjalan2 sambil tahan2 kencing jadi sis ajak c laki keluar watson. 


After that, sis mau cari toilet..tapi c laki ni bawa p guardian lagi...memang sis mau pegi guardian beli lipstick yang sekarang ada promo for buying 2nd lipstick got 80% less ka tu..tapi sis tidak dapat apa2 juga di guardian. Tiada lipstick yang menarik minat sis. C laki pula beli sanitizer tu nahhhh botol kecil tu sama cotton bud. Then, we out from guardian.. c laki pula ajak pegi kedai spek tempat sis buat spek tahun lepas..patah sudah tu spek masa puasa yang lalu..sikit hari lagi mau raya patah pula dia..nasib ada spek lama..walaupun kaburrrr sudah kanta dia..huhuhu. mama yg simpan juga..thanks God lah ma..u are my rescue angel. Tapi sis kan mau ke toilet so tidak lah sis mau pegi ke kedao spek tu walaupun sis ada bawa tu spek patah tu..in plan juga bah mau pegi sana tapi tu lah kalau sudah mau kinsing mood pun lari jauh sudah mau bejalan. Sasak juga laki sis bila sis tidak mau pegi tu kedai spek..huhuhu. i am sorry husbabyyyyy....

Actually, at the same time sis punya selipar terpijak tahi..tidak tahu tahi apa tu..anjing or kucing i duno..tapi yang pasti tahi lah. Lagi lah laki sis bida muka dia..tengok sis pun macam tahi anjing sudah..baru terpijak tahi ok sudah kena tengok semacam. huh. Tapi c laki tidak marah sis juga..memang dia begitu siriussss seja muka dia tu. Lagipun bukan sis sukaria pigi pijak tu tahi. Nasib sis ada bawa extra selipar..c husbaby tidak mau sy masuk kereta pakai tu selipar pijak tahi. dia bilang kalau tahi anjing mau d samak lagi kereta tu..adoiii lah. sekarang ni selipar sis tu ada di luar pintu gate rumah..besok jadi kerjaan sis lah pigi mensucikan selipar yang terlibat..huhuhu. What a bad time lah terpijak tahi anjingggg !!!

No no no..bad time not only terpijak tahi hanjingggg...mungkin perjalanan sis kali ni memang tiada luck. time pegi toilet di kfc tanjung..aduhhhh..seluar lagi terkena air paipppp..macam terkinsing sudah seluar sis basah. nasib pakai baju long sleeve panjang tutup buntuttt..selamat tiada kenampakan. adoiiiii lahhhhh...masuk kereta terus ajak husb balik..memang tiada mood sudah mau jalan2. boleh2 di kasi ketawa lagi oleh c husb..betul2 lah ini hari ko punya bad day dia bilang..pasrah saja kita sisssss. plan mau jalan2 d tamu pun paksa kinsil..macam mana mau jalan2 seluar sudah basah..choiiiiiii !!! c husbaby pun tidak berapa sihat kepala dia tiba2 juga..so we decide go back home !. 

But, not finish yet....mau balik rumah konon tapi c husbaby ni mau singgah lagi di BHL kedai komputer...ada mau tengok barang katanya. Tapi pegi sana tiada juga dia beli anything..

Go back home !!!!

sekian my sotry for today...kalau boring jangan baca. kalau tidak faham kasi X saja. I AM SABAHAN, AND I PROUD TO BE SABAHAN WITH MY BEAUTIFUL BAHASA.

Saturday, July 27, 2019

~INFO PRODUK : Kecantikan Menyeluruh ~

Sumber Artikel Dari : majalah wanita (info produk) bil; 1813
Susunan @Kelolaan : Norhayati Suboh
Perkongsian :-
Kredit Gambar : Google
Nota Dari Blogger : 😍
sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk kita sama2 menambah ilmu pengetahuan. Untuk lebih banyak info2 yang berguna disarankan anda semua mendapatkan majalah mingguan wanita. sama2 kita sokong majalah mingguan wanita. terima kasih.

BELLAZ BEAUTY
Tuala Mikrofiber Hilangkan Solekan

Produk Bellaz Beauty kini muncul dengan Lap Magic Tola. Produk ini adalah sejenis tuala mikrofiber yang digunakan untuk menghilangkan solekan, kotoran dan minyak di muka. Kain kapas nipis dan super lembut ini hanya perlu dibasahkan dengan air dan sedia digunakan. Mikrofiber pada tuala dapat mencuci sehingga liang-liang pori dan tidak bermasalah pada kulit sensitif.


BOTANECO GARDEN
Atasi Masalah Rambut Dengan Alam Semula Jadi

Botaneco Garden merupakan satu jenama penjagaan diri yang dikonsepkan secara ekslusif di Guardian. Produk kecantikan yang holistik ini diinspirasikan dengan kebaikan alam semula jadi yang diperbuat daripada adunan ramuan botanical yang inuvatif dan sofistikated serta minyak yang disahkan eco. Rangkaian penjagaan rambut Botaneco Garden Chia Seed Oil & Honey merangkumi botaneco Chia Seed Oil And Honey Shampoo, perapi dan minyak rambut yang ideal untuk rambut kering dan rosak kerana ia melembab dari dalam untuk rambut yang subur, lembut dan licin. Ia juga menambah baik keanjalan dan pengurusan rambut. Pada masa yang sama membantu mengembalikan rambut asal yang berkilat.


GUARDIAN FRESH MOUTH SIX ACTION
Bantu Kurangkan Nafas Berbau

Pembersih mulut boleh meningkatkan rutin penjagaan oral harian anda kerana ia boleh menjangkau kawasan yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi dan flos. Ambil sedikit dan kumur dalam tempoh 30-4- saat dengan bibir ditutup rapat. Kemudian buang dan jangan telan. Sesetengah produk pembersih mulu memiliki kandungan anti-bakteria untuk membantu mengurangkan masalah nafas berbau dari plak. Gunakan Guardian Fresh Mouth Six Action Mouthwash untuk nafas lebih segar, mengurangkan plak, menguatkan gigi, menggalakkan gusi yang lebih sihat dan memeulihara minerel pada enamel.


CLINELLE PURE SWISS THERMAL SPRING WATER
Semburan Kaya Dengan Mineral

Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water merupakan sejenis semburan yang kaya dengan mineral. Mempunyai selenium yang tinggi dan dapat mengimbangkan PH5.54 kulit anda. Dirumus khas dan dibuat di Perancis dan sangat sesuai untuk kulit yang sensitif. Malah produk ini juga kaya dengan 20 jenis mineral semula jadi yang diperlukan oleh kulit anda. Malah produk ini juga mengandungi sulfur yang membantu melegakan  ketidakselesaan kulit. Dengan sifat regenerasi zink dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan perbaikan epidermal. Bukan saja boleh disemburkan pada wajah namun pada badan, tangan, kaki, kuku, rambut dan kulit kepala.

HANDBAG LOUIS QUARTORZE
Beg Tangan Mudah Digayakan

Jenama beg tangan mewah dan eksklusif Louis Quartorze kini kembali dengan koleksi musim bunga dan panas 2019. Koleksi terkini didatangkan dengan ukuran kompak supaya mudah digayakan. Jenama yang diasakan oleh Paul Barrate ini mengetengahkan koleksi yang lebih berdaya saing. Rekaan kali ini lebih sofistikated menerusi potongan moden dalam usaha menarik lebih ramai wanita menyukainya.

AYUDARA MUSTIKA RATU
Kecantikan Payudara

Setiap wanita menginginkan payudara yang tegang menawan dan sihat kerana ia dapat membentuk tubuh wanita ideal dan sempurna. Selain daripada rambut sebagai mahkota wanita, payudara juga merupakan kemegahan wanita. Bagi wanita yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak, payudara mereka akan menjadi kendur apabila air susu mulai kering dan selepas berhenti menyusukan. Tanpa perawatan yang teratur, payudara boleh hilang keindahannya. Mustika Ratu mempunyai rangkaian produk bagi membantu merawat payudara anda.

VITAMIN YOU-C1000 LEMON
Bantu Tingkatkan Stamina

Vitamin You - C1000 Lemon ini membantu tingkatkan stamina pada tubuh anda. Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan gemar mengambil minuman kesihatan sampingan bolehlah mencuba suplemen minuman yang mengandungi jus lemon segar ini. Pelbagai kebaikan boleh diperolehi antaranya produk ini dapat membantu menguatkan tulang anda.

SLOGGI ZERO FEEL BRA
Baju Dalam Keselesaan Buat Wanita Lasak

Pakaian dalam memainkan peranan penting dalam menentukan mood seseorang wanita. Dengan mengenakan pakaian dalam yang selesa membantu seseorang itu lebih selesa terutamanya wanita yang bekerjaya dan lasak. Jenama baju dalam terkenal Sloggi menampilkan Zero Feel bagi koleksi musim bunga dan panas 2019. Ternyata Zero Feel ini membantu memberi keselesaan kepada mereka yang kuat berpeluh. Baju dalam berfabrik lembut ini didatangkan dalam beberapa warna yang pastinya menjadi pilihan ramai wanita. Tiada tekanan, pastikan payudara anda berasa selesa apabila disarungkan dengan baju dalam ini.



~ SNEK PALING ANEH DI DUNIA ~

Sumber Artikel Dari : majalah wanita (cerita pelik) bil; 1814
Susunan @Olahan : Mastura Burhanuddin
Perkongsian :-
Kredit Gambar : Google
Nota Dari Blogger :
sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk kita sama2 menambah ilmu pengetahuan. Untuk lebih banyak info2 yang berguna disarankan anda semua mendapatkan majalah mingguan wanita. sama2 kita sokong majalah mingguan wanita. terima kasih.


Setiap negara yang ada di peta dunia miliki keajaiban dan keistimewaan tersendiri. Jangan terkejut kerana sesuatu yang jelik kepada kita. Boleh jadi perkara yang disukai mereka. Berikut adalah makanan aneh yang dijadikan snek tradisi sejak turun temurun dan kekal menjadi amalan hingga hari ini.

SAL DE GUSANO
(MEXICO)

Snek yang mencampurkan ulat jenis gusano, bersama garam bukit dan serbuk cili. Khabarnya, ia dinikmati kerana manfaat protein yang terkandung di dalam ulat itu.

BALUT
(FILIPINA)

Embrio itik (telur itik) yang direndam dalam cecair dan dijamah begitu saja sebaik kulitnya dikupas. Lazimnya telur itik yang mengandungi embrio sekitar usia 11 hingga 14 hari adalah usia terbaik untuk dijadikan 'balut'.
Balut kemudiannya direbus dan dinikmati bersama potongan cili, cuka dan juga hirisan bawang putih.

MATA TUNA

Juadah mata ikan tuna ini cukup popular di Jepun. Cara penyediaannya, mata ikan tuna dikeluarkan daripada ssoket matanya dan lazimnya dijual pada harga yang murah di pasar. Untuk memasaknya anda hanya perlu kukus dan perasakan ia dengan hirisan bawang putih serta kicap. Menurut penggemarnya, rasa mata ikan tuna ini mirip kepada isi sotong.

STINKY TOFU
(CHOUDOUFU)

Makanan ini merupakan tauhu yang direndam dalam tempoh yang lama. Lazimnya ia boleh didapati di sekitar pasar malam di China. Baunya sahaja cukup kuat dan sama seperti 'telur 100 tahun', hanya yang berani sahaja sanggup menelannya.

TARANTULA GARING

Kesengsaraan di bawah pemerintahan kuku besi Khmer Rouge membuatkan masyarakat di Cambodia, perlu kreatif dalam mendapatkan sumber makanan. Bagi mengelakkan dari kebuluran, labah-labah tarantula adalah subjek yang paling mudah untuk ditemui dan menjadi hidangan alternatif penyambung nyawa buat mereka. Mengenang kembali saat-saat malang itu, juadah ini kekal menjadi juadah eksotik yang cukup sinonim dikaitkan dengan kkekejaman Khmer Rouge.

TELUR '100 TAHUN'

Sekadar gimik pada nama, telur ini bukanlah dihasilkan 100 tahun lamanya. Sebaliknya ia terhasil daripada proses pengawetan dalam beberapa bulan sahaja. Campuran asid sitrik semula jadi dari limau, tanah liat, abu, gaam dan beras menghasilkan rupa eksotik pada telur tersebut. Rasnya yang aneh, membuatkan bukan semua orang menyukai dan sanggup menelannya.

BOSHINTANG
(DAGING ANJING)

Ia merupakan hidangan dalam bentuk sup campuran hirisan daun bawang, bunga dandelion serta hirisan isi daging anjing. Menu ini khabarnya hampir sukar ditemui, kerana ia merupakan makanan eksotik kegemaran warga berusia dibandingkan generasi baru di Korea terutamanya.

~ NIKMAT MENAHAN LAPAR & DAHAGA ~

Sumber Artikel Dari : majalah wanita (mencari keredhaanmu) bil; 1814
Susunan @Olahan : -
Perkongsian : Dr. Muhamad Jantan
Perunding Motivasi & Psikologi RMJ HOLISTIC SOLUTION
Kredit Gambar : -
Nota Dari Blogger :
sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk kita sama2 menambah ilmu pengetahuan. Untuk lebih banyak info2 yang berguna disarankan anda semua mendapatkan majalah mingguan wanita. sama2 kita sokong majalah mingguan wanita. terima kasih.


    Apabila manusia diminta meninggalkan amalan yang dilakukan hari-hari akan timbul kegusaran di hati. Diri bertanya, adakah mampu menempuh aktiviti  harian tanpa makan-minum? Bagaimana tindak balas mental, emosi dan fizikal apabila makan-minum itu ditinggalkan dalam tempoh masa yang panjang? Sesungguhnya inilah ujian berpuasa yang perlu dilalui dengan meninggalkan makan dan minum di siang hari.

    Walau apa keadaan sekalipun, menahan makan dan minum di siang hari menjadi inti pati kepada ibadah puasa Ramadan. Matlamat puasa yang dianjurkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya hanya tercapai apabila sesorang sanggup mengawal nafsu amakn dan minum di siang hari demi mencari keredhaan Ilahi.

    Semasa berpuasa, sistem penghadaman dikosongkan. Rasa lapar dan dahaga mengajar manusia tentang nilai-nilai positif yang sukar diperolehi jika perut dipenuhi dengan makanan dan minuman secara berlebihan.

MEREHATKAN ORGAN & MEREMAJAKAN SEL
     Dari sudut kesihatan fizikal, ibadah puasa dikaitkan dengan dua kaedah utama. Dengan berpuasa, organ-organ dalaman terutama sistem penghadaman dan pencernaan dapat direhatkan. Jika sebelum ini semua organ seperti perut , hati, usus besar dan usus kecil dipaksa bekerja tanpa henti, maka dengan berpuasa, organ-organ ini sempat berehat.

     Dr. Mohammad Zawahiriy, seorang pakar kulit mengatakan, " Baik dahulu mahupun sekarang, sebahagian besar pengubatan  dilakukan dengan cara memperhatikan aturan makan yang sihat. Meninggalkan makan dan minum beberapa waktu yang tertentu secara teratur sangat berguna untuk merehatkan alat pencernaan agar ia dapat berfungsi secara baik apabila mulai bekerja. Ini adalah sunatullah."

    Faedah kedua, dengan berpuasa, tubuh dapat dibersihkan daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan. Pembersihan ini dapat meningkatkan semula keremajaan sel-sel tubuh lantas memberi kesihatan yang lebih maksimum. Kesegaran tubuh dapat dikembalikan.

     Seorang doktor yang melakukan kajian tentang puasa bernama Mack Pardon mengatakan, " Semua orang perlu berpuasa walaupun dia tidak sakit kerana racun makanan 

~TEGUR BOLEH TAPI JANGAN SAMPAI MENGECAM!~

Sumber Artikel Dari : majalah wanita (munajat) bil; 1814
Susunan @Olahan : -
Perkongsian Dari : (Dr. Azhar Haji Sarip - NLP Gold Master Trainer  (NFNLP,USA) )
Kredit Gambar : -
Nota Dari Blogger :
sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk kita sama2 menambah ilmu pengetahuan. Untuk lebih banyak info2 yang berguna disarankan anda semua mendapatkan majalah mingguan wanita. sama2 kita sokong majalah mingguan wanita. terima kasih.



Tegur-menegur adalah satu sikap yang terpuji. Apatah lagi apabila ia dapat membawa kebaikkan bersama. Ia bukan sahaja dapat memberi perubahan yang baik bahkan akan mengikat silaturahim yang ada dengan lebih kuat lagi.

Tegur menegur pada saya adalah satu dari cara yang baik untuk menyedarkan satu sama lain. Ini kerana kita sering tidak perasan kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Sebagai makhluk yang tidak pernah sempurna, kita pasti acap kali terlepas pandang tentang perbuatan kita yang menyalahi hukum, adab, adat dan perasaan. Biarpun kita sudah benar-benar cuba menjaga kelakuan kita namun kita mungkin boleh lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Justeru, kita perlukan teguran serta pandangan dari orang sekeliling kita yang mungkin dapat melihat kecacatan perlakuan kita. Saling menyedarkan ini sememangnya terpuji sesuai dengan sabda baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Ad Dailami yang mana baginda memberitahu ada tiga perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah SWT dalam segala situasi, saling menyedarkan antara satu sama lain dan mengasihi saudaranya.

Meskipun begitu, setiap teguran yang mahu kita beri perlulah melalui beberapa tapisan dahulu. Pertama, ia perlu menapis tapisan akal. Kita perlu mengetahui dengan jelas adakah teguran itu bakal membawa perubahan yang baik dan memberi manfaat kepada penerimanya. Keduanya, kita perlu menapis teguran tersebut dari sudut emosi, adakah teguran kita akan merosakkan emosi si pendengar atau mungkinkah teguran kita akan menjadi kan emosinya negatif.

Seterusnya, kita juga perlu menapis lisan kita agar tidak mengeluarkan kata-kata yang membuatkan seseorang itu menolak teguran yang diberi atau memberi reaksi negatif dek kerana cara kita menegur.

Sikap tegur menegur ini bukanlah satu lesen yang membolehkan kita menjadi ' Tukang Tegur '. Hari ini kerjaya ' Tukang Tegur ' bertebaran di sana sini. Sikap tegur menegur adalah satu sikap yang membolehkan si penegur juga ditegur. Tetapi kerjaya ' Tukang Tegur ' kerap menjadikan sesorang itu tidak boleh ditegur kerana hanya dia yang layak ditegur. ' Tukang Tegur ' bukan lah seorang yang sempurna . Justeru, agak pelik jika dia tidak boleh ditegur tetapi dia sangat suka menegur. Semenjak dua menjak ini saya kerap ditanya dengan soalan tentang kewujudan 'Tukang Tegur' terutamanya dilaman maya. Pantang ada kesalahan dan kesilapan sedikit, pastinya bertalu-talu teguran diterima. Pada satu sudut, saya melihatnya  satu kebaikan  kerana kita cepat mahu menyedarkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan agar ia tidak membawa kepada kerosakan. Namun dari sudut yang lain saya melihatnya sebagai satu punca keretakan dan perpecahan dalam hidup bermasyarakat.

KECAMAN
Masakan tidak, Sering benar kita dengar rungutan tentang teguran yang diberi berbentuk kecaman. Kita berbahas tentang kesalahan dan kesilapan orang lain secara terbuka. Kita mungkin sahaja terlupa yang baginda s.a.w sudah berpesan, " sesiapa yang menutup aib manusia lain didunia, nescaya Allah akan menutub aibnya pada hari akhirat," (HR Muslim). Tidakkah kita ada sekelumit rasa bersalah atas cara teguran yang kita buat. Tidakkah kita ada rasa kasihan atas kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh orang yang kita tegur. Apakah yang kita mahu dari teguran yang kita buat itu. Adakah kita mahu menunjukan kepada dunia yang kita lebih baik dari orang lain? Adakah kita mahu dunia tahu yang kita sudah menjalankan tanggungjawab dalam memberi teguran? Atau boleh jadi kita menegur bukan atas dasar bijaksana tetapi semata-mata mengikut emosi.

Teguran dan kecaman itu sangat berbeza. Kita mungkin merasa yang kita sedang menegur. Tetapi bahasa kita adalah bahasa kecaman. Seperkara lagi, tidak bolehkah kita menegur sesorang itu melalui cara yang lebih peribadi hingga tertutup aib dan kesalahannya. Pada saya, kita boleh menegur. Tetapi tegur lah dengan penuh kasih sayang dan saya berpendapat bahawa teguran yang bagus adalah teguran tauladan yakni kita menunjukan adab kita hingga orang mahu kita tegur terikut-ikut dengan akhlak yang kita tunjuk.

Berhenti menjadi 'Tukang Tegur' kerana menegur orang itu memang sedap. Tetapi apabila kita ditegur mengapa sukar untuk ditelan dan mengapa cepat benar melatah. Tegurlah dengan penuh kasih sayang kerana ia insya-Allah menambat hati dan secara langsung dapat kita berdakwah walaupun pada skala yang kecil. Hakikatnya tiada manusia yang suka ditegur, justeru, adalah lebih baik kita menegur dengan cara yang tersirat tetapi memberi kesan mendalam.


~TANDA-TANDA SUAMI RASA RENDAH DIRI DENGAN ISTERI~

Sumber Artikel Dari : majalah wanita (nota untuk isteri) bil; 1814
Susunan @Olahan : -
(Dr. Syed Yusainee Yahya
Promind Training And Consultation
promindtc@gmail.com)
Kredit Gambar : -
Nota Dari Blogger :
sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk kita sama2 menambah ilmu pengetahuan. Untuk lebih banyak info2 yang berguna disarankan anda semua mendapatkan majalah mingguan wanita. sama2 kita sokong majalah mingguan wanita. terima kasih.



Kita semua dalam beberapa keadaan tertentu pernah merasa 'rendah diri'. Kita mungkin pernah terdetik dalam hati merasa begitu kerana rupa paras, tahap pendidikan, pangkat dalam kerjaya dan sebagainya.

Ini semua perasaan normal asalkan berada pada tahap yang terkawal. Sekarang cuba anda lihat sekeliling dengan fikiran terbuka. Dengan kejayaan wanita hari ini berapa ramaikah rakan-rakan atau mungkin anda sendiri yang berkahwin dengan lelaki yang dikatakan 'tidak sekufu'.

Contohnya tahap pendidikan anda lebih tinggi. Pendapatan bulanan anda lebih besar. Kepimpinan anda dalam keluarga lebih menonjol sehingga anak-anak lebih banyak bertanya kepada anda berbanding ayah mereka.

Untuk menjadikan cerita lebih sedap, anda diberitahu orang lelaki ini egonya tinggi. Anda tidak rasa suami anda begitu. Dia banyak mengalah dan menurut kata. Anda rasa begitu sebab anda tidak nampak tanda-tanda rasa rendah diri pada dirinya itu. Jangan begitu. Lelaki tetap lelaki. Ego kami tinggi dan tidak boleh ditukar ganti. Inilah yang akan saya kongsikan. Kenali tanda-tanda rendah diri suami supaya tahu apa yang perlu dibuat untuk melegakannya.

Pertama sekali jangan terlalu seronok apabila suami hanya menurut apa sahaja yang  anda kata.
" Tak apalah, awak belajar lagi tinggi tentu awak lebih tahu hal ini "
" Saya tak kisah jenis sofa yang awak tiba-tiba awak beli tu. Itukan guna duit awak!"

EGO LELAKI
Sekiranya ayat-ayat seumpama ini selalu annda dengar, itu bukan tanda dia seronok dengan apa yang berlaku. Ini bukan tanda dia mengalah dengan anda. Ini adalah tanda dia merasa rendah diri. Seperti saya katakan tadi ego lelaki adalah tinggi. Biar jatuh tertiarap tetapi misai jangan kena ke tanah. Dia sangat tertekan kerana tidak percaya yang dia tidak perlukan ijazah dari Universiti atau gaji puluhan ribu untuk membuat keputusan matang sebagai suami.
Suami yang berterusan merendahkan diri sendiri bukan tanda suami yang sedang teda pada isterinya. Ada suatu ruang sunyi dalam hatinya yang kosong yang tidak pernah anda sampai. Ruang itu sangat rapuh dan jika anda tidak berhati-hati ruang itu pasti pecah suatu hari nanti.

CEMBURU
Ada seorang rakan sama kelas dengan saya semasa di sekolah menengah dahulu. Kira dulu memang 'ratu' sekolah. Baru-baru ini dia berkahwin semula setelah dia bertanya macam-macam hal dengan saya secara profesional. Dia sedang bahagia sekarang. Alhamdulillah.
Cuma dia ada berkata yang suaminya agak kerap bertanya tentang pergerakannya dan tidak seperti suami dahulu. Semua itu agak merimaskan kerana sebagai wanita bekerjaya korporat dia perlu mempunyai rangkaian sosial yang besar.
Dia rasa dia tahu kenapa suaminya bersikap begitu tetapi tetap bertanta pendapat saya adakah itu semua normal?
Ya, itu jawapan saya dengan ringkas dan padat. Cemburu itu ada dua makna. Pertama ; cemburu tanda sayang yang teramat sangat. Kedua ; cemburu kerana rasa rendah diri yang kuat. Saya katakan walau apa pun sebab cemburu itu timbul, sebagai suami dia ada hak untuk merasa begitu. Oleh itu kebijaksanaan menyesuaikan diri dengan suami begitu adalah kemahiran yang perlu cepat dia kuasai.

Lelaki ini memang ada ego. Jangan merungut atau mengharap suatu hari nanti tiba-tiba ego suami anda itu hilang. Percayalah anda sebagai isteri tidak suka suami yang tidak ada ego. Apabila dia merasa dirinya rendah dalam banyak perkara berbanding anda maka sistem pertahanan egonya akan diaktifkan secara automatik.

Sebagai lelaki dia perlu merasa lebih tinggi, lebih betul dan lebih bijak dari anda. Apa yang berlaku ialah dia akan mengkritik anda dari sudut yang dia rasa anda tidak betul. Memang  kita pelukan komen atau pandangan untuk menambah baik diri tetapi ini berbeza
" Awak ni harap belajar saja tinggi tapi bila masak, kembang tekak nak telan!",
" Memang lah itu duit awak tapi tanyalah saya dulu sebelum beli!"

Isteri perlu cepat sedar keadaan ini. Rasa rendah diri pada suami boleh menukar sifat mereja menjadi sesorang yang sangat menduga kesabaran anda. Fahamilah dia. Fahami yang bukan sebutan dimulut tetapi kunjungilah ruang sunyi yang berada jauh di dalam lubuk  hatinya. Di situlah baru anda boleh faham suami anda itu.