Saturday, July 13, 2019

~ ENAM JENIS GULA DIGUNAKAN DALAM MASAKAN ~

Sumber Artikel Dari : majalah mingguan wanita (kulineri) bil: 1814
Penulis asal : Mastura Burhanuddin
Kredit Gambar: google
Nota : sis kongsikan kembali info2 petua yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk pengetahuan kita bersama..untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat boleh lah beli majalah wanita setiap minggu :)





Gula, hadirnya memberi rasa dan kekuranganya merencatkan keenakan minuman mahupun makanan. Gula juga mengandungi karbohidrat dan bermanfaat kepada tubuh sekiranya diambil dalam sukatan yang ideal.

Sekiranya di ambil dalam skala berlebihan , awas..adnda bakal mengundang pelbagai penyakit yang memudaratkan kesihatan. Berikut adalah enam jenis gula yang mungkin anda tidak kenali namun wujud dalam dunia masakan. Kurangkan gula dalam minuman. lebihkan manis dalam senyuman.. :)

GULA PASIR (Course Sugar)
Gula paling popular dan paling mudah didapati dimana-mana pasar raya terkemuka mahupun kedai runcit. Lazimnya digunakan dalam penambah rasa untuk minuman mahupun makanan. Mahu menyediakan puding karamel? Panaskan sahaja gula pasir ke dalam periuk, pastikan api dipasang perlahan...biarkan gula bertukar keperang-perangan. Cecair gula yang terhasil itu dinamakan karamel.

GULA HALUS (Fine Granulated Sugar)
Sifat gula ini yang halus sesuai untuk digunakan dalam pembuatan kek. Sebaik dipukul ianya mudah cair kerana teksturnya yang halus.

GULA KASTOR (Castor Sugar)
Gula ini berwarna putih dan halus. Ianya sesuai untuk dijadikan bahan utama dalam penghasilan kek, biskut, roti, pastri dan lain-lain. Butiran gula yang halus mudah cair terutamanya apabila dipukul bersama mentega dan telur.

GULA AISING (Icing Sugar)
Gula aising berbentuk seperti serbuk dan amat halus. Ia tidak sesuai digunakan dalam pembuatan kek. Walau bagaimanapun ianya sesuai digunakan untuk biskut yang mempunyai tekstur doh yang lembut. Gula aising biasanya digunakan  dalam pembuatan krim mentega, frosting keju dan fondant.

GULA PERANG (Brown Sugar)
Seperti namanya, gula ini berwarna keperangan dan sering digunakan dalam pembuatan kek, biskut ataupun kuih muih. Jika anda mahukan karamel, gula perang juga boleh menghasilkan karamel yang enak.

GULA MERAH/GULA KABUNG/GULA MELAKA
Gula ini selalu digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang, kuih buah melaka dan sebagainya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau atau memotongnya. Rasakedua-duanya lebih sedap daripada gula merah yang biasa.

~ ANEKA PETUA ~

Sumber Artikel Dari : majalah mingguan wanita (aneka petua) bil: 1814
Susunan oleh : Nur Syazwani Mehat
Nota : sis kongsikan kembali info2 petua yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk pengetahuan kita bersama..untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat boleh lah beli majalah wanita setiap minggu :)


    

ELAKKAN KESAN KUNYIT PADA PENGISAR MAKANAN

Sering kali pengisar makanan akan bertukar menjadi warna kuning bila dikisar kunyit hidup didalamnya. Ia sangat merunsingkan hingga ada yang sanggup menggunakan pengisar khas untuk mengisar kunyit. Untuk menghilangkan kesan kunyit pada pengisar, gunalah baking soda. Campurkan sedikit baking soda dengan sedikit air, gaul seAhingga berbentuk seperti pes. Kemudian sapukan pes itu pada pengisar, kemudian cuci dan bilas sehingga bersih.




AIR REBUSAN SERAI DAN HALIA PULIHKAN LENGUH BADAN

Lenguh-lenguh badan dan kelihatan sering kali menghantui wanita, oleh itu apa kata anda cuba mencegahnya dengan cara ini. Ambil tiga batang serai dan empat sentimeter halia. Titikkan keduanya sebelum direbus bersama tiga gelas air. Didihkan sehingga pekat dan minum ketika suam. Anda digalakkan untuk minum selepas makan setiap hari. Jadikan amalan sebagai rutin tiga minggu sekali.



Bunga Jasmine Merawat Cacar Air


Bunga jasmine dijadikan perawatan utama masyarakat Thailand untuk menyembuhkan cacar air. Bunga jasmine digunakan untuk dijadikan teh untuk diminum dan juga sebagai ramuan dalam mandian bagi merawat cacar air. Bunga ini mudah didapati dan juga terdapat di kedai ubat herba.

ATASI BAU BAKUL SAMPAH

Bakul sampah atau tempat pengumpulan sampah yang berada dibahagian depan rumah sering kali berbau. Bagi menghilangkan bau, mungkin anda boleh mencuba petua ini iaitu dengan menuang setengah cawan serbuk penaik dan campurkan bersama setengah cawan cuka. Selepas itu,  biarkan selama lima minit dan bilas menggunakan air panas.

Bawang Putih Pudarkan Panau

Selain bergantung kepada ubat-ubatan, petua ini dikatakan dapat membantu memudarkan panau. Mula-mula ambil dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Tumbuh hingga halus untuk dijadikan pes, lalu disapukan pada bahagian yang berpanau. Lakukan setiap hati sehingga kesan panau hilang.





sumber artikel aneka petua : majalah mingguan wanita bil:1814
kredit gambar : google

~Prun Penuh Serat: Bantu Perut Lebih Kenyang~

Artikel sebenar dipetik dari: majalah mingguan wanita (khasiat alami) bil:1814
Susunan : Julie Roshana Akma Shafee
sis kongsikan semula info2 yang ada di majalah wanita..untuk lebih info belilah majalah mingguan wanita ye :)



    Prun adalah buah plum yang telah dikeringkan. Rupa bentuknya berkedut kerana air daripada buah ini telah dikeluarkan melalui pelbagai teknik. Terdapat lebih dari 1,000 jenis buah plum tetapi saiz buah ini biasanya terletak antara buah limau nipis dan buah pic.

   Buah prun memiliki rasa yang manis, tinggi serat dan ini menjadikan buah ini agak sukar untuk dikunyah. Tetapi seratnya secara semula jadi menyebabkan buah yang telah dikeringkan ini menyihatkan.

   Plum dan prun amat baik untuk kesihatan secara keseluruhan.  Buah ini mengandungi vitamin, mineral, serat, karbohidrat, dan lemak. Dikatakan suku buah prun menyediakan lebih dari 12 peratus serat dan juga enam peratus vitamin K yang diperlukan setiap hari.

   Selain itu terdapat sejumlah mangan, potasium, tembaga, zink, kalsium, beta karotena, lutein, zeaxanthin, dan antioksidan yang boleh memperbaiki kesihatan dalam pelbagai cara.. Apabila dimakan dengan kerap, dikatakan buah prun mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan.


1. Memperbaiki Pencernaan
~Salah satu bab utama prun dimakan adalah untuk memperbaik pergerakan usus. Buah prun kering sumber terbaik serat pemakanan. Jun prun amat popular dikalangan warga tua yang mahu memperbaiki fungsi pencernaan, menghapuskan sembelit, dan mengurangkan keradangan pada perut.

2.Merangsang Kesihatan Mata
~Bahan-bahan yang terdapat dalam prun, seperti lutien dan zeaxanthin adalah antioksidan hebat yang boleh membantu mencegah kesan negatif radikal bebas dalam tubuh. Kedua-dua antioksidan ini mampu membantu mencegah kemerosotan makular dan mengurangkan risiko tekanan oksidatif dalam mata, memastikan penglihatan terang dan jelas seiring dengan penambahan usia.

3.Mencegah Kanser
~Seperti yang dijelaskan tadi, antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan kering ini boleh melindungi mata, tetapi mengurangkan kerosakan radikal bebas dalam tubuh boleh mencegah jenis-jenis kanserlain juga kerana radikal bebas ini boleh meningkatkan mutasi dan merangsang pembangunan pertumbuhan berkanser.

4.Memperbaiki Kekuatan Tulang
~Dengan pelbagai rangkaian mineral dan zat utama yang diperlukan oleh tubuh untuk kekuatan tulang dan pembangunan, buah-buahan kering sebegini adalah ideal jika anda mahu mengelakan osteoporosis dan masalah berkaitan tulang.
  Jika darah anda tidak mengandungi kalsium atau mineral lain secukupnya, tubuh akan mengambilnya daripada tulang sekaligus melemahkannya. Atas sebab ini, pengambilan makanan kaya mineral seperti prun adalah pilihan terbaik.

5.Mengawal Kolesterol
~Serat dalam prun bukan sahaja baik untuk pencernaan tetapi baik untuk menghapuskan kolesterol berlebihan daripada tubuh. Keseimbangan kolesterol ini akan merendahkan peluang untuk mendapat atherosclerosis dan masalah kardiovaskular lain seperti serangan jantung dan strok.

6.Mendetoksifikasi Tubuh
~Walaupun prun adalah buah-buahan segar, secara kasarnya ia masih mengandungi 30 peratus air dan mengandungi sifat diuretik yang akan membantu membuang toksin yang tidak diperlukan dalam tubuh sebelum ia mencetuskan kerosakan pada pelbagai sistem tubuh.

7.Mengurangkan Berat Badan
~Walaupun suku cawan prun mengandungi secara kasarnya 100 kalori, buah-buahan kering sebegini amat padat dan mampu memastikan anda sentiasa kenyang. Ini bermakna anda tidak perlu mengambil snek antara waktu makan atau terlebih makan.


Peringatan; Memakan buah prun secara berlebihan boleh memberikan kesan negatif termasuklah diarea dan masalah gastrousus. Alahan terhadap buah prun adalah jarang sekali tetapi jika anda tidak pernah  memakan plum atau prun sebelum ini, beri perhatian tindak balas tubuh sebaik anda menambah prun dalam pemakanan anda.




Sumber info khasiat alami : majalah mingguan wanita bil:1814

Friday, July 12, 2019

~Bulan Ramadhan : Masa Untuk Kurus Bukan Tambah Gemuk~

Artikel sebenar : majalah wanita (kelab diet) bil:1814~
Susunan oleh : Norhayati Othman
beli majalah mingguan wanita untuk lebih info..

   Inilah momentum yang tepat untuk anda melakukan program diet. Tetapi ingat ! Dengan pelbagai juadah makanan yang enak-enak membuatkan diet anda terus hilang. Akibatnya, angka timbangan tidak bergerak dan lebih teruk makin bertambah.
   Mungkin ada beberapa perkara yang perlu anda mabil tahu dan awasi supaya diet bulan ramadan anda tetap sukses. Ikuti tip ini :


AWAS!!

Makanan Bergoreng
~Ini adalah hidangan yang mesti ada setiap kali berbuka puasa. Namun, meurut pakar, makanan bergoreng mempunyai tinggi lemak. Kesannya, anda cenderung menikmati makanan ini dengan banyak.

Cuba Ini :

1. Masak Di Rumah
~Memasak sendiri di rumah bukan hanya menjamin kebersihan tetapi membuka selera. Anda boleh gunakan minyak yang lebih sihat.

2. Jangan Terlalu Lama Menggoreng
~Makanan bergoreng yang sihat adalah tidak terlalu lama digoreng atau goreng berulang kali. Gunakan suhu minyak yang tidak terlalu panas. Ketika warna makanan bergoreng telah menjadi coklat keemasan, segeralah angkat.

3. Guna Minyak Baru
~Mengguna minyak baru adalah lebih sihat berbanding minyak yang dipakai berulangkali. Gantikan minyak untuk menggoreng setelah tiga kali gorengan.

4. Lap Sisa Minyak Dengan Tisu
~Pastikan makanan yang digoreng dilap dengan tisu yang menyerap minyak. Cara ini boleh mengurangkan minyak pada makanan dan mengelakkan daripada masalah kesihatan yang mendatang.

5. Berbuka Bersama
~Memang menyeronokan apabila dapat berbuka bersama-sama keluarga mahupun kawan-kawan rapat. Namun, anda perlu berhati-hati kerana ia cenderung untuk anda makan dengan lebih banyak. Penelitian di Denmark mengatakan makin ramai orang pada meja makan, makin besar nafsu sesorang itu.

6. Ais Dan Jus Buah
~ Ini adalah minuman kegemaran semasa berbuka puasa. Rasa manis dan segar akan membuatkan tekak anda yang kering sebelum ini kambali segar. Namun, kebanyakan minuman yang dijual mengandungi gula yang tinggi, kesannya anda cenderung untuk malas bergerak dan lemak akan bertambah.

7. Tidur
~Ada yang beranggapan tidur pada bulan puasa adalah lebih daripada melakukan aktiviti yang membuang tenaga. Tetapi ingat, ini bukan alasan untuk anda menghabiskan hari dengan tidur semata-mata. Tidur selepas bersahur atau selepas berbuka boleh menyebabkan makanan tidak dihadam dengan baik dan mengumpulkan lemak pada bahagian perut.

TIP
~Puasa boleh menjadikan momen terbaik untuk anda mulakan program diet. Ini tip terbaik untuk anda lakukan:

1. Jangan Makan Banyak Semasa Bersahur
~Anda beranggapan makan banyak semasa bersahur dapat memberikan tenaga yang lebih banyak. Sebenarnya semua itu adalah salah kerana dengan makan banyak semasa sahur akan membuatkan perut anda terlalu penuh hingga memberi kesan seperti malas , mengantuk dan penat.

2. Makanan Berkhasiat Semasa Bersahur
~Menurut ahli gizi, Leona Victoria Djajadi dari University Of Sydney, Australia mengatakan diet yang baik adalah dengan mengambil makanan dengan hidangan yang berkhasiat semasa bersahur. Jangan mengambil makanan seperti snek, makanan ringan dan sebagainya yang boleh menambahkan kalori dan tidak berkhasiat.

3. Kawal Pengambilan Gula
~Salah satu yang menyebabkan diet gagal semasa bulan puasa adalah pengambilan makanan dan minuman manis yang berlebihan, Anda perlu tahu pengambilan gula pada hidangan yang sesuai. Selain itu, jus buah yang terlalu sejuk dan manis boleh menyebabkan perut anda kembung dan cepat penat.

4. Banyakkan Sayuran
~Bagi menurunkan berat badan, ambillah jumlah nasi yang sesuai dengan lauk dan pilih makanan yang terdiri daripada protein yang tidak digoreng. Contoh, ayam bakar dan digandingkan dengan sayuran tumis. Banyakkan sayuran daripada jumlah nasi.

5. Senaman Sebelum Berbuka
~Ini adalah waktu paling tepat untuk melakukan senaman sebelum berbuka puasa. Mungkin anda merasakan tenaga sudah tidak ada tetapi sebenarnya ia baik untuk  menurunkan berat badan kerana badan yang bersenam akan mengambil tenaga  daripada lemak yang tersimpan dalam badan anda.

SNEK SIHAT BULAN PUASA

 Untuk berbuka, tentu anda ingin menikmati snek sekadar untuk mengisi perut pada waktu malam. Ada beberapa makanan snek yang boleh mencegah risiko berat badan naik walaupun anda mengambilnya pada waktu malam.

Keju
~Ini adalah snek yang sesuai kerana ia kaya dengan protein dan membantu anda cepat kenyang. Cukup hanya dengan sekeping keju dan jangan menikmati berlebihan untuk mengelakkan berat badan bertambah.

Yogurt
~Yogurt Greek yogurt yang tinggi protien, rendah lemak dan kaya nutrisi boleh membantu anda terutamanya dalam sistem penghadaman.

Popcorn
~Snek ini tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah, asalakn anda tidak mengambil dalam jumlah yang berlebihan.


sumber info kelab diet: majalah mingguan wanita bil:1814
belilah majalah mingguan wanita untuk lebih info2 yang bermanfaat.. 

~ 7 Tip Penting Semasa Puasa Intermittent Fasting IF~

Assalammualaikum..sebelum ni sis ada kongsikan artikel dr majalah wanita tentang Intermittent Fasting IF kan.. okay kali ni sis akan kongsikan lagi artikel yang berkaitan dengan IF. Semua info dipetik dari artikel yg ada di majalah wanita bil: 1814.. Untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat pembaca semua boleh lah beli majalah wanita dan rajin2 kan lah membaca :)


7 TIP PENTING SEMASA PUASA IF

1. Digalakan untuk minum air secukupnya. Semasa Fasa Puasa, anda dibenarkan mengambil air mineral, air kopi atau teh tanpa gula. Air akan membantu proses detoks. Air juga akan mengurangkan proses terhidrat yang berlebihan kepada sel tubuh. Sel tubuh yang terlalu kering menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya


2. Semasa fasa makan, ambil makanan dan minuman rendah indeks glisemik (Low Gi). Makanan terbahagi kepada 3 kumpulan utama: Karbohidrat, Protein dan Lemak & Minyak. Kumpulan makanan Protein dan Lemak tidak sebanyak karbohidrat meransang insulin. Bagi pengamal IF, sebaiknya menggunakan panduan ringkas ini. Jumlah makanan yang diambil sehari ialah 30-50 gm karbohidrat, 70-100 gm protein, buah, sayur dan selebihnya kumpulan lemak baik.

3. Kurangkan atau hadkan pengambilan makanan terproses seperti sosej, burger, kentang goreng, nuget dan kuih muih yang dibekukan. Makanan ini akan menambahkan  kerosakan dan inflamasi tubuh. Inflamasi kronik akan menyebabkan kerosakan DNA dan penyakit kronik pula yang akan timbul selepas 15-20 tahun.

4. Berhenti terus makanan dan minuman tinggi gula seperti kek, roti, biskut, kuih muih, air kotak, air soda, air tin, air jus tersedia dan air kordial. Gula yang terlalu tinggi bukan sahaja menjadi perosak malahan menjadi satu agen ketagihan. Ketagihan pula merangsang anda untuk susah berhenti dari mengambil makanan dan minuman tersebut. Bahaya sungguh jika kita tergolong di dalam kumpulan sedemikian.

5. Ambil makanan 'real' dan 'raw' seperti ikan, ayam organik, sayur dan buah di dalam pembahagian jumlah yang tertentu. Erti kata lain, setiap kali makan, pelbagaikan warna dan jenis kumpulan makanan. Tubuh amat memerlukan semua jenis kumpulan makanan sebagai sumber tenaga, pemulihan, fitonutrien, vitamin dan mineral.

6. Digalakan untuk menggunakan konsep 'suku-suku-separuh' Kementerian Kesihatan. Ini  bagi menggalakkan kita untuk faham bahawa tubuh sangat menagih simpati supaya tidak terus dirosakkan.

7. Pastikan tidur yang sempurna mengikut hukum alam, iaitu semasa melatonin dirembaskan, bermula jam 10 malam hingga 5 pagi. Melatonin akan melakukan dua perkara utama iaitu 'pemulihan' dan 'anti-penuaan'



sumber info kesihatan : majalah wanita bil: 1814



~Intermittent Fasting @ Puasa Berkala Untuk Wanita~

 Tulisan sebenar oleh : Julie Roshana Akma Shafie (majalah wanita bil:1814) 
Artikal sumbangan : Dr. Siti Aniza Basir 
saya kongsikan kembali di ruangan blog saya untuk bacaan yang bermanfaat.

 Ramadan sinonim dengan puasa. Terdapat banyak manfaat puasa dari sudut kesihatan. Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta syahwat atau seumpamanya. Apabila kita menyebut tentang menahan, ia bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan.

   Adakah sistem fisiologi tubuh juga begitu? Ya, Sistem tubuh sangat tepat aturannya. Apakah yang berlaku kepada tubuh semasa kita berpuasa?

Apakah organ dan kalenjer yang penting semasa puasa?
   Organ yang terlibat secara keseluruhan ialah mata, saraf rasa, mulut, lidah, gigi, esofagos, perut, usus, pankreas, hempedu dan kolon. Bahan penting untuk proses seperti enzim, hormon dan kofaktor. Semua sistem tubuh terlibat.
   Kumpulan glukosa dan lemak ialah adalah sumber utama tenaga tubuh. Glukosa adalah sumber tenaga paling cepat dan mudah.
   Walau bagaimanapun, apabila tubuh tiada glukosa, tubuh tetap berkompensasi menggunakan sumber lain sebagai tenaga.

Perubahan fisiologi daripada fasa makan ke fasa puasa
   Semasa makan, insulin meningkat. Insulin diperlukan dalam proses penukaran makanan kepada tenaga jenis glukosa. Lebihan glukosa akan disimpan sebagai glikogen di dalam hati. Selepas enam jam tanpa sebarang makanan, paras hormon insulin mula menurun. Glikogen iaitu glukosa simpanan mula digunakan.

Apakah itu IF?
   Telah terbukti dalam kajian bahawa puasa adalah diet terbaik. Intermittent Fasting (IF) atau puasa berkala adalah cara yang paling mudah untuk memberikan impak yang sangat besar. IF juga dikenali sebagai Restricted Feeding (Makan hanya pada waktu yang ditetapkan).
    Anda jangan salah faham. Puasa sunat ialah puasa siang dan puasa IF ialah puasa malam. Sebab itu ia dipanggil "Close Your Kitchen Early".

Kelebihan berpuasa dan Intermittent Fasting kepada wanita

 1. Sistem Neurologi

  • Melambatkan proses penuaan (Alzheimer's Disease, Dementia)
  • Peningkatan daya fokus
  • Menambahkan aliran oksigen ke otak   
2. Sistem Kardiovaskular

  • Mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung
  • Meningkatkan aliran darah
  • Mengurangkan kolesterol
3. Sistem Endokrin

  • Keseimbangan hormon
  • Meningkatkan sensitiviti hormon insulin
  • Mengurangkan risiko penyakit (Diabetes, Kolesterol, Darah Tinggi, Gout, Buah Pinggang) 
  • Membasmi obesiti dan diabetositi


4. Sistem Gastrousus

  • Mengurangkan gejala Leaky Gut (sebu, kembung, angin, sakit perut)
  • Membasmi jangkitan kandida
  • Meningkatkan proses penghadaman
  • Mengurangkan ketagihan


5. Sistem Sendi

  • Melincirkan fungsi sendi
  • Mengurangkan sakit dan bisa badan



6. Anti Penuaan

  • Meningkatkan penghasilan glutation, satu bahan pembasmi kerosakan akibat radikal bebas dan peningkatan hormon tumbesaran (Growth Hormone)


Kaedah Berpuasa IF
-Terdapat banyak kaedah berpuasa IF:

  1. Kaedah 5:2:  Ini adalah kaedah , lima hari makan dan dua hari puasa. Kaedah ini sesuai digunakan kepada mereka yang baru bermula
  2. Kaedah 12:12 (12 jam puasa dan 12 jam makan) Selama ini, selagi mata terbuka, anda akan makan dan makan. Kaedah 12:12, akan membantu 'newbie' yang berhajat untuk memulakan IF dengan mudah dan tanpa gagal.
  3. Kaedah 14:10 (14 jam puasa dan 10 jam makan) Kaedah ini lebih kepada fasa 'advance' bagi kumpulan 12:12. Kaedah yang amat mudah, kita hanya perlu lanjutkan sarapan selama dua jam. Kaedah ini amat popular bagi yang kerap mengalami masalah 'gastrik' seperti kembung, angin, sebu dan kerap buang angin.
  4. Kaedah 16:8 (16 jam puasa dan 8 jam makan) Kaedah ini memerlukan tahap iman yang tinggi. Sebab apa? Sebab selalu terliur menu sarapan.


Disclaimer: IF tidak digalakan untuk wanita berpenyakit kronik yang memerlukan rawatan yang ketat, pesakit kanser di dalam rawatan, ibu mengandung, ibu menyusu, dan ibu yang bersalin. Sila dapatkan nasihat doktor jika anda masih tidak yakin tentang status kesihatan diri anda.



Sumber info kesihatan : majalah wanita bil:1814
jom beli majalah wanita..banyak informasi2 yang berguna dan bermanfaat buat kita semua. :)

Thursday, July 11, 2019

~Mamonde Red Energy~



SERLAHKAN KEJELITAAN KULIT

   Bunga dan buah delima diketahui mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan. Ia mengandungi tinggi polyphenol dan phytoestrogen seperti vitamin B dan C. Khasiat ini membantu kulit daripada serangan selar UC dan persekitaran yang tidak sihat. Azimat ini terkandung dalam produk baru Mamonde Red Energy Recovery Serum.

  Pelik beno namanya eh..dah nama produk pun pelik agak2 harga pun letop jugak kot ni. Okay, siapa2 yang tengah mencari serum boleh lah mula berfikir nak cuba ke tak ye. Tak dipaksa hehe. Nak info produk lagi banyak boleh dapatkan majalah wanita ye..membaca amalam mulia. :]


sumber info produk: majalah wanita bil: 1814
kredit gambar : google

~Vitalicia Supermodel Glow~



   MEMANJAKAN KULIT & BERSERI SEMULA JADI


   Vitalicia Supermodel Glow membantu menjadikan kulit anda bersih dan bersinar tanpa sebarang solekan. Hanya dengan menggunakan ramuan sumber yang terbaik melalui pelbagai proses dan pengujian keberkesanan. Formula semula jadi gabungan yang berkhasiat secara klinikal direka khusus cantik dalaman dan luaran bak supermodel. Produk ini hadir dalam bentuk serbuk kerana ramuan utama, iaitu buah camu-camu, terlalu masam untuk dimakan begitu sahaja. Vitalicia Supermodel Glow mempunyai makanan tambahan dengan formulasi semula jadi serta efektif untuk pengambilan pemakanan yang diperlukan dalam badan. Ianya juga membantu menegang, melembut, merata dan memanjakan kulit anda untuk seri semula jadi.

  Ewah2 kesan dia bukan main lagi kan...baru baca dah teruja, belum guna lagi kan. Kalau dah guna tak tau lah lebih dari teruja dah kot. Tapi semuanya tengok pada penerimaan kulit kita, kulit orang asia kan. Tak salah kalau pembaca nak mencuba..tak cuba tak tahu hasil nya macam mana kan..haaaa gituuu :] . Selamat membaca info dari majalah wanita ini ye..terima kasih kepada majalah wanita kerana banyak bagi info2 sebagai pengetahuan kita.

sumber info produk : majalah wanita bil:1814
kredit gambar : google

~Botaneco Garden Baby:Organic Chamomile & Oatmeal~


BANTU LEGAKAN KULIT BAYI


   Rangkaian Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal merupakan formulasi unik yang menggabungkan ekstrak Chamomile Organik untuk melegakan kulit bayi yang lembut. Dengan colloidal oatmeal organik bagi membantu melindungi batasan kulit 100 peratus minyak zaitun yang disahkan eco untuk melembabkan kulit. Ia boleh didapati sebagai mandian dari kepala hingga ke kaki, losen badan dan krim wajah dan badan.

   Nampak cantik botol dia kan...macam sis nak cuba jugak lah, tapi untuk baby lah pulak. Tak pe..ibu2 yang ada baca perkongsian produk dari majalah wanita ini bolehlah cuba untuk mandian c comel ibu2 semua kan. Tapi rasanya ibu2 pun boleh guna jugak...kulit ibu dan baby pun jadi sama2 halus dan lembut bak sutera gituuu.. :]


sumber info produk : majalah wanita bil: 1814
kredit gambar: google

~Mustika Ratu : Jamu Selapan~



PERAWATAN BUAT IBU SELEPAS BERSALIN


   Bagi sempurnakan perawatan 40 hari dalam berpantang, Jamu Selapan Mustika Ratu merupakan pakej lengkap perawatan selepas melahirkan. Jamu ini terdiri daripada Jamu, Tapel, Parem, Bubuk Bancar Air Susu, Minyak Telon, Pilis, yang diperbuat khusus untuk ibu dan bayi selama 40 hari dalam pantang. Jamu Selapan ini dapat membantu memulihkan stamina dan tubuh secara alami selepas melahirkan.

  Ada tak pembaca kat sini sedang mencari2 produk khas untuk berpantang? haaa...ni ada info baik punya dari majalah wanita, Boleh lah cuba pada ibu2 yang baru sahaja bersalin tu. Sis belum pernah mengandung dan bersalin lagi jadi sis kongsikan bersama pembaca yang lain untuk pengetahuan kita bersama.

   Oh ya, sis masih berusaha untuk hamil..mana2 ibu yang ada info2 berguna untuk sis boleh lah share bersama di ruangan komen ye. InshaAllah semoga pembaca semua dimurahkan rezeki. 


sumber info produk : majalah wanita bil: 1814
kredit gambar : google 

~Bio Oil Dry Skin Gel : Bantu Masalah Kulit Kering~



   Bio Oil Dry Skin Gel, satu penemuan formulasi baharu yang dihasilkan dengan menggantikan air dengan minyak, menjadikan produk ini 100 peratus bahan aktif. Dry Skin Gel keluaran Bio Oil ini telah menjadi perintis bagi membantu merawat masalah kulit kering melalui penggunaan serendah 3 peratus air; cukup untuk membolehkan bahan aktif yang terkandung berfungsi dengan cekap. Percubaan klinikal Bio Oil mendapati 100 peratus pengesahan peserta bahawa kulit kering mereka bertambah baik selepas mengamalkan selama dua minggu.

  Anda semua boleh lah mencuba Bio Oil ye..tak cuba kita tak kan tahu hasilnya kan ? Sis belum pernah cuba lagi..inshaallah akan datang jika perlu sis akan cuba produk ini. Baiklah macam biasa sis akan sertakan kredit gambar dan info di bawah.

sumber info produk: Majalah Wanita Bil: 1814
kredit gambar : google


  Sekadar info ye, sis tulis kembali apa yang telah ditulis dalam majalah wanita yang sis baca...sis suka nak share apa yang sis baca, mana tahu boleh membantu pembaca untuk mendapatkan produk yang lebih baik ataupun teringin untuk mencuba. Untuk lebih info produk anda bolehlah beli majalah wanita dan rajin2 kan lah diri membaca.. :]

~Bibiaq By Bellaz Beauty~



   Bellaz Beauty hadir dengan produk yang diberi nama Bibiaq. Produk ini adalah sejenis gincu matte yang digemari oleh ramai wanita di Malaysia, Formula dan pigmentasi produk ini sangat menakjubkan. Anda akan terasa mewah dan menarik dengan kemasan matte Bibiaq yang sempurna dan kekal sepanjang hari di bibir.  Kod warna lipstik diletakan watak dalam loghat utara seperti Kelolo, Gege, Gedik, Segak, Lawa Eh, Cun dan Mengerlip.


sumber info produk : Majalah Wanita Bil:1814
kredit gambar : google


Marilah kita membeli majalah wanita kerana banyak info2 dan cerita2 menarik ada di dalam majalah wanita. hehe.... selamat membaca..

~InnerShine-Berseri Dari Dalam~



   InnerShine Pati Beri merupakan pati diperkuat dengan kandungan vitamin A, C & E serta Zink. Vitamin C dan E membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif. Sebagai tambahan, pati berkenaan juga melindungi nutrien-nutrien daripada tujuh beri premium yang kaya dengan antioksida-blueberries, blackcurrants, cransberries, choceberries, straberries, acai berries dan elderberries. Antioksida itu membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan UV dan kesan keseluruhan daripada nutrien-nutrien terlibat memastikan kulit anda licin dan kekal berseri serta kelihatan lebih muda.


sumber info produk : Majalah Wanita Bil:1814
kredit gambar : google