Thursday, August 1, 2019

~SEKILAS CANTIK: Rawat Diri ~

Artikel Asal : majalah mingguan wanita (sekilas cantik) bil: 1813


WAJAH LEMBAP

Bahan-bahan:

  • 1 biji tomato merah
  • 2 sudu gula
  • 2 titis minyak zaitun/minyak kelapa dara
Cara Membuat :

  1. Belah tomato kepada dua bahagian
  2. Tabur sedikit gula di bahagian belahan tadi
  3. Kemudian titiskan dua titis minyak zaitun/minyak kelapa dara untuk kesan yang lebih hebat
  4. Gosokkan tomato ke seluruh wajah dengan pusingan arah jam secara rata pada seluruh kulit wajah.
  5. Biarkan kira-kira 10 minit untuk penyerapan khasiat tomato dan minyak zaitun/minyak kelapa dara.


MASKER YOGURT UNTUK CERAHKAN WAJAH

Bahan-bahan :

  • 2 sudu teh yogurt
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • 1 sudu teh madu
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
Cara Membuat :

  1. Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan adun rata.
  2. Setelah membentuk pes, sapukan ke seluruh kulit wajah dengan rata.
  3. Biarkan seketika dan cuci bersih, kunyit adalah bahan alami untuk membantu memutihkan kulit tapi jangan berlebihan untuk mengelakkan wajah kekuningan.



MASKER PISANG ATASI WAJAH KUSAM

Bahan-bahan:

  • 2-3 sudu teh yogurt
  • 1 sudu teh madu
  • 1/2 biji pisang
  • 1 sudu teh perahan lemon
Cara Membuat:

  1. Satuka kesemua bahan di dalam satu bekas. Kacau hingga membentuk pes.
  2. Sapukan ke seluruh kulit wajah secara rata.
  3. Biarkan seketika dan kemudian cuci bersih.

~ ELAKKAN WAJAH KUSAM & TAK BERMAYA DI BULAN RAMADAN~

Artikel Asal : majalah mingguan wanita (sekilas cantik) bil:1813
Susunan @ Olahan : -
Kredit gambar : -
Pesanan author : sis hanya kongsikan semula info2 berguna yg terkandung dalam majalah wanita untuk pengetahuan kita semua. untuk lebih banyak info2 yg berguna boleh lah dapatkan majalah mingguan wanita :)



Saat berpuasa, cecair di dalam tubuh pun berkurang. Hasilnya bukan rasa haus saja yang akan kita rasakan, bahkan kulit kering juga membuat wajah menjadi kusam. Oleh itu, untuk menghindari masalah kulit atau wajah saat berpuasa, kita pun harus melakukan perawatan daipada luar dan dalam.

Berpuasa, hari yang panas terik, tak boleh minum air sepanjang siang hari dan corak tidur tidak sekata, semua ini boleh memberi kesan kepada kulit. Jadi, bagaimana anda ingin kekal cantik dengan kulit yang sihat pada bulan Ramadan.

MINUM AIR PUTIH
Sebaiknya minum air putih yang banyak ketika sahur. ini kerana, selepas sahur kita akan terus melakukan aktiviti. Ketika berbuka puasa, sebaiknya minum air putih terlebih dahulu, kemudian barulah minum yang manis-manis.

BANYAKKAN MAKAN BUAH & SAYUR
Saat sahur dan berbuka usahakan harus memakan sayur dan buah-buahan kerana ia memiliki kadar air yang cukup bagi tubuh kita.
Anda juga boleh memakan buah-buahan selepas selesai solat terawih, maka kadar cairan yang anda ambi akan mencukupi keperluan tubuh dan membuat kulit wajah tetap lembap.

CUCI WAJAH
Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza, ada yang berminyak, kering dan normal. Untuk itu, kita wajib memperhatikan kandungan sabun wajah atau facial wash yang digunakan. Cucilah wajah sewajarnya, misalnya sebelum tidur atau ketika bangun tidur.

PELEMBAB & PELINDUNG CAHAYA MATAHARI
Bukan hanya perawatan daripada dalam saja, perawatan daripada luar seperti menggunakan krim pun sangat penting. Kulit memerlukan pelembap. Jadi jangan lupa memakai pelembap, serum, atau pada waktu malam anda boleh gunakan krim malam.
Dalam cuaca yang panas terik, jangan lupa umtuk selalu menggunakan krim pelindung cahaya matahari agar kulit akan terlindung daripada sinaran itu. Gunakan krim pelindung dengan jumlah SPF yang sesuai dengan aktiviti harian anda. Untuk kulit muka gunakan pelindung matahari SPF 50, 15 minit sebelum keluar rumah. Gunakan topi, payung atau jalan di tempat teduh untuk kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari.


BAGAIMANA KEKALKAN KULIT WAJAH LEMBAP SEPANJANG BULAN RAMADAN?
Pemakanan yang sihat, mengamalkan diet tinggi serat serta tinggi kandungan air juga penting. Minum banyak air dan jus buah semasa sahur dan selepas berbuka. Ingat, air adalah makanan untuk kulit dan sepanjang berpuasa, kulit anda juga 'dahaga'kan air. Minum lebih sikit tak mengapa kerana ia membantu bukan sahaja untuk kulit tetapi tubuh anda. Apapun, elakkan sama sekali minuman bergas, berkafein yang boleh menyebabkan tubuh anda nyah-hidrat.
Sebolehnya elakkan makanan berminyak, makanan segera, makanan diproses dan bergula kerana ia tidak baik untuk kulit. Ia boleh menyebabkan jeragat, jerawat dan masalah kulit yang lain. Rosaklah muka anda pada hari raya  nanti. Pakai cantik-cantik tetapi muka...
Jadi apa yang patut dimakan? makan buah-buahan dan sayur segar, sup, ikan dan makanan yang menyihatkan. Apa kata jadikan bulan Ramadan sebagai peluang yang baik untuk detox tubuh anda.
Selain itu, anda cuba skrub dan masker daripada bahan-bahan alami untuk mengatasi kulit kusam dan wajah lebih segar.