Monday, November 1, 2021

~ 1 NOVEMBER : Sabah Border Is Oppened !! ~

 Assalammualaikum...salam november :)

Alhamdulillah, syukur alhamdulillah ya Allah kerana masih memberikan kami peluang untuk bernafas dimuka bumi Mu ini..akan kami terus mencuba memperbaiki diri, istiqomah dalam melakukan perbuatan2 yang baik, sentiasa bertaubat kepada mu. Ya Allah Kau tetapkan lah hati kami dengan kalimah Mu ya Allah..Kau lindungilah kami dari fitnah dunia akhir zaman, lindungikami dari segala bala bencana, malapetaka, penyakit berjangkit dan perkara2 buruk. Bimbing lah kami ya Allah menuju ke jalan Mu.. jalan yang lurus lagi benar. Aamiin....

Alhamdulillah, sudah masuk bulan 11 ye kawan2..dah buka dah border Sabah..hehe marilah kita balik kampung berjemaah kehkehkeh. Ye kami laki bini comfirm balik Sabah awal bulan depan, tinggal tunngu flight ticket je lagi..semoga dipermudahkan perjalanan kami pulang ke kampung tercinta. Harap2 SOP untuk bulan depan nanti ada perubahan lah ye..haraptakpayah nak swab test lagi..walaupun keperluan nya juga swab test sebelum fly tapi sesetengah family yang ramai anak kos nya agak membebankan, ye betul memang dah ada jual test kit saliva tu tapi syarat nak naik kapal kena ada surat pengesahkan result swab test kendiri tu dari KKM berdaftar tau..tak tau lagi KKM caj berapa untuk keluarkan report pengesahan tu. Di situ lah kos tersembunyi yang perlu dihadapi para pengembara yang nak balik kampung. Harap nanti minggu2 akan datang akan ada perubahan sop kemasukan ke sabah yang lebih memudahkan rakyat sabah yang berada di semenanjung dan luar semenanjung.

Alhamdulillah, kita dah di era endamik dah..huhu..nak gembira ke? lambedddd lagi.. risau dan takut sebab kita hidup bersama covid19 yang semakin hari akan terus bermutasi jdi lebih ganas..hhahhh seram ke takk..kita bukan takut mati, mati itu pasti ye kawan2.tapi untuk meneruskan kehidupan yang sihat, selamat dan menjamin keselamatan manusia sejagat kita kena berikhtiar untuk kekal sihat dan  tidak menyebabkan manusia2 lain menanggung derita kerana kecuaian dan kelalaian kita sendiri. Maka itu, marilah mengamalkan cara hidup yang lebih selamat..pakai mask,guna hand sanitizer, kerap mandi, kerap cuci tangan dan ambillah vaksin jika rasa perlu ye kawan2.

Alhamdulillah, sis tak sabar nak balik sabah...jiwa dah kat kampung..badan masih kat sini..huhu. Next entri mungkin selepas balik darikampung kalau sis xda mood hehe, kalau rajin ada lah minggu2 depan gitu..hehe. jumpa lagi..bye


Assalammualaikum...

Thursday, October 14, 2021

~RENTAS NEGERI IS ALLOWED !!! : SABAH Tunggu Kami Pulang !! ~

 Assalammualaikum...

Selamat hari merentas negeri semua rakyat Malaysia..hehehe. Happy tak tu?? sis is soooo happy. Dah boleh terbang balik kampungku nun disana Kuala Penyu Sabah. PM dah umumkan jumaat lepas 8hb okt yang lalu bahawa bermula 11 okt  rentas negeri dah dibenarkan tanpa surat kebenaran dari balai polis, cuma perlu swab test kendiri menggunakan c19 test kit yang ada dijual di farmasi. Harga dalam rm19.90 harga tetap ye...marilah kita sama-sama menunaikan tanggungjawab atas dasar membendung penularan yang lebih tinggi dan peningkatan kes tahap kritikal. Seeloknya kita elak daripada merawat. Ingat lah orang2 yang kita sayang.

Insya Allah hujung tahun ni sis dan husband nak balik kampung, memandangkan Sabah baru buka sempadan negeri pada 1 Nov nanti untuk menerima kemasukkan orang luar ke Sabah. Mudah-mudahan kepulangan kami ke kampung nanti tiada membawa penyakit, lagi sebulan lebih lagi..happynyaaaa.,dah terbayang wajah2 orang tersayang di kampung, pokok bunga pun sis dah terbayang hehe. Walaupun kat rumah sini sis ada tanam pokok bunga daun tapi tak banyak macam di kampung, di rumah kampung banyakkk sangat pokok bunga daun yang mama sis, kakak sis dan sis share tanam..kongsi hobi sama-sama.seronok tau..macam dah jadi tempat lepaskan tension bila stress dengan keadaan yg merimaskan..tengok je pokok bunga belai-belai terus hilang rasa tension tu huhuhu. 

Pokok bunga daun sis di rumah sini sis tak berapa nak jaga sebab tak semangat lah kalau takde teman nak membelai bunga sama-sama. Macam kat rumah kampung sis ada mama sis teman belai bunga hahaha, borak pasal bunga walaupun kami bukan expert pun pasal bunga. Sama-sama kecewa kalau bunga mati huhu. Tapi sis berterima kasih sangat kat husband sis sebab dia yang banyak bantu siram pokok bunga sis setiap pagi. Kadang2 je sis keluar rumah dan siram Pokok bunga, selalunya sis keluar rumah hanya sebelah petang utntuk melawat keadaan pokok bunga dan siram. Ni nanti nak balik kampung ni kena fikir macam mana dengan pokok-pokok sis ni nanti. Plan nak minta aunty jiran sebelah tolong siramkan selama kitaorang takde..harap2lah aunty sebelah ni nak tolong..kita bagilah saguhati sikit nanti huhu..kan guna air dia kira bayar lah air dia tu kan dengan upah siram sekali. Lagipun aunty sebelah ni rajin siram pokok depan rumah dia tu tiap pagi apa salahnya tolong siram sekali pokok sis kan hehe..stop sini cerita bunga ye.

Sis dah siap siaga ye dengan plan awal nanti sampai rumah kampung je we ols mandi dulu bersihkan badan baru masuk rumah dan peluk mama dan bapa kami..hilangkan dulu ksegala benda yang melekat dekat baju ke seluar ke tudung, kulit expecially..baru lah kita berani nak peluk ahli keluarga yang tersayang. Dah macam-macam yang terbayang dalam kepala otak ni, nak holiday bagai ngan family, jalan2 bawa anak2 ribena sis..sis nak anak2 ribena happy dapat keluar tengok dunia setelah lama terperap dalam kepompong sejak c19 menyerang. Walaupun sis raya tu dah balik kampung sebulan tapi sis rinduuuuuu lagi ngan kampung. Hari tu masa kat kampung tak sempat melawat pantai..lagipun time to sis struggle dengan emosi dalaman sebab keguguran..sis secara total takde mood raya langsung, raya dengan family mentua pun sis banyak diamkan diri..tak banyak buka mulut, tak ringan mulut nak sembang2..maafkan sis saudara mara sekelian..insya Allah panjang umur raya tahun depan sis happy2 okay

Cerita nak balik kampun je pun dah panjang cerita ke pokok bunga dan raya pulak dah. Kita excited sebab dapat balik kampung dengan husband tahun ni..sebelum ni sejak c19 kita balik asing..kali ni husband dapat cuti lama sikit so kita habiskan cuti tu dekat kampung. Kesian dekat husband sis sebab dah lama tak balik kampung..Raya pundia tak dapat balik. Kali ni kita bawak husband bercuti di pulau. Pulau apa? nanti kita cerita pulau apa ye..tunggu balik darikampung nanti huung tahun,,hehe.

Doakan semoga plan kami berjalan dengan lancar dan dipermudahkan nanti.

Saturday, September 11, 2021

~ COMPLETE IMUNITY : Fully Vaccinated 14days~

  Assalammualaikum....

Alhamdulillah...sis dah fully imunity. .dah boleh masuk kedai haha, gurau ajer..semoga ikhtiar kita bervaksin ni dapat membantu dalam melindungi kita daripada mendapat sakit yang lebih teruk apabila dijangkiti virus covid19. Tapi walau bagaimana pun, kita jaga lah kebersihan diri supaya tak dijangkiti, mengelak tu kan lebih baik dari merawat.

Sekarang kan lebih mudah sebab ada aplikasi MySejahtera so kita boleh update status vaksinasi kita melalui aplikasi tu..yang dah capai imuniti penuh tu mysejahtera akan paparkan dimuka depan ye..yang masih belum mencapai imuniti penuh pun akan dinyatakan juga. Sekarang ni agak complicatedye kalau nak masuk kedai..sebab sesetengah kedai hanya terima individu yang dah complete vaksin dan kena full imunity..nak rentas negeri wajib vaksin so nak balik kampung kena lah ambil vaksin kan..sis terfikir pada mereka yang taknak vaksin..ye, itu hak mereka nak atau taknak ambil vaksin..tapi persoalannya sekarang macammana mereka2 yang tak ambil vaksin ni nanti nak balik kampung atau nak rentas negeri atas urusan lain2 tu?? why kerajaan perlu tekankan wajib vaksin sedangkan tak semua rakyat Malaysia nak divaksin? mereka juga manusia yang ada kerja nak diselesaikan diluar kawasan dan keluarga yang jauh yang ingin dikunjungi. 

Monday, August 30, 2021

~ DIABETIS : Doc Larang Hamil~

 Assalammualaikum...

Dah mood nak menulis marilah sis taburkan sisa2 cerita yang masih tinggal dalam kepala hotak sis ni. Okay. mungkin sis ada cerita sedikit sebelum ni tentang penyakit sis. Ss ada kencing manis..baru detect pertengahan bulan julai lalu masa buat pemeriksaan perut, doc minta cek gula dalam darah..yang kena cucuk jari tu nakkeluarkan sikit darah dihujung jari. Dapat result yang agak menakutkan ye..melepasi tahap (borderline). Masa tu cek time xpuasa sebab cek secara mengejut. Lepas tu doc suruh amik darah pada next week nya (puasa) dan appt doc 2weeks selepas amik darah tu. 1st appt, sebelum jumpa doc, doc suruh cek gula lagi result gula agak tinggi..8.5..result darah yg d ambik sebelum ni 7.3. Masih tinggi. Doc nyatakan yang sis adakencing manis dan kena makan ubat untuk turungkan bacaan gula dalam darah. Selain kencing manis, ada berberapa masalah lain turut dinyatakan tapi agak ringan berbanding kencing manis. 


Seterusnya, amik darah lagi 2weeks..appt doc 2weeks lepas amik darah. Itu lah appt kedua sis..sepanjang masa sebelum amik darah sis jaga makan, suku2 separuh gitu, air pun x minum dah yang manis2..langsung tak minum walau setitik pun huhu. Sis banyak minum air kosong, 2.8l sehari..kadang lebih sikit. Lepas amik darah,kena tunggu 2week lagi untuk appt doc. Still jaga makan sebab sis tau nanti jumpa doc mesti kena cek gula lagi..hekhek.

26.08.2021 (khamis-sama tarikh amik vaksin) appt kedua sis..sebelum jumpa doc kena cek gula dulu dapat result 6.5 (x puasa). Jumpa doc, result gula yang amik 2weeks lepas dah turun 4.0. Tapi doc kata saya kena makan teruskan makan ubat kencing manis..dan kena makan sekali dengan ubat kolesterol..tapi oleh sebab sis merancang untuk hamil maka doc pakar di panggil untuk bagi mukadimah sikit dekat sis haha...dan doc pakar tak bagi pun ubat kolesterol. Panjang ceramah doc kenapa x boleh makan ubat kolesterol kalau nak hamil. Then, doc nasihatkan jangan hamil dulu buat sementara waktu selagi kencing manis tak turun..walaupun tak hilang terus tapi kena turun kan bacaan gula dalam darah. Effect kencing manis untuk ibu mnmengandung sangat bahaya ntuk baby dan ibu.


Selain tu sis kena turunkan berat badan..sebulan ni sis baru turun 1kg hahaha..kalau sis jaga makan dan buat senaman ungkin turun bnyak tapi sis just jaga makan je. Doc pakar tak sarankan sis untuk merancang hamil. Sis kena maklumkan doc sekiranya sis hamil dalam masa terdekat sebab selain ubat kencing manis. sis juga makan ubat arah tinggi utntuk pulihkan balik buah pinggang sis. Ubat darah tinggi tu sama macam ubat kolesterol, ibu hamil tak boleh makan ubat tu..so sis kena maklum kan doc kalau sis hamil. sis memang nak nak nak sangat hamil selepas 4tahun berusaha. Sekiranya ada rezeki sis hamil pada masa yang tak sesuai ini sis redha, sis akan jaga kandungan sis sebaik2 nya. Sis tak akan stop berusaha walau dalam keadaan sekarang ni yang tak mengizinkan seperti apa yang doc cadangkan. Doakan sis...

~ UPDATE SIDE EFFECT OF DOSE 2 PFIZER VACCINATED: Worst Then 1st Dose ~

 Assalammualaikum...

Sihat kah para pembaca blog ku?? (ada ke juga hekhek). Alhamdulillah, masih bernafas lagi kita pada hari ini..esok tak pasti lagi..kalau esok sis dah takde,mohon sedekahkan al-fatihah buat diri ini.Mati itu pasti ye kawan2..tapi bila masanya itu rahsia Allah. 


Menulis di blog ni kena tengok and ada mood..macam sis lah,,payah nau nak cari mood tu..tapi tahun ni boleh tahan banyak entri sis buat..huhu. taktau kenapa tahun ni agak ber'mood' nak menulis..mungkin laptop baru sembuh agaknya.


Hari ni 30 ogos 2021 (isnin)..5 hari selepas divaksin.Sebelum ni dah sharekan side effect sehari selepas vaksin. Hari ni dah 5 hari berlalu...alhamdulillah masih sihat walaupun hari ketiga dan keempat(semalam) rasa agak kurang sihat,badan rasa ngilu2 nak demam..pegang badan sendiri pun rasa ngilu jeee..berlarutan sampai semalam. Sis makan lah panadol untuk elakkan rasa nak demam tu melarat makin jadi pulak. Pendek kata, hari pertama sampai hari ke5 ni masih terasa pening2 tu..hari ke 5 ni rasa nak demam tu macam dah takde..harap2 lah sampai ke malam takde. Berbanding dose 1 tempoh hari side effect dia tak lah sampai makan panadol3 kali...sekali je makan masa balik dari PPV masa tu. Kiranya dose kedua ni kesan dia pada sis agak berbeza sedikit..agak terasa gitu kesan dia. Harap2 esok sis dah tak rasa pening2 bagai lah...


Worst then 1st dose tu tak lah bermaksud dose dua ni rasa teruk sangat side effect dia,,sis maksudkan lebih terasa side effect nya berbanding dose 1..dose 1 sis tak rasa nak demam pun, ngilu2 badan tu takde pun..tak sampai 5hari pun rasa pening. Yang dose 2 ni lain matciam sikit pembawaan dia..hekhek. Tapi sis bersyukur kesan dose 2 ni tidak sampai memudaratkan kesihatan sis..alhamdulillah.



Friday, August 27, 2021

~ COMPLETE MY SECOND DOSE PFIZER VACCINE : Journey & Side Effect ?? ~

 assalammualaikum...


Semalam 26.08.2021 khamis..sis complete dose 2 vaksin pfizer. Kali ni tangan sebelah kanan..dose 1 hari tu belah kiri. Semalam same date dengan appt doc kat KSSR, untuk bincng result darah yang diambil 12hb ogos lalu. Selepas appt doc sis terus ke PPV di Dewan Tan Sri Ghazali SR. Agak ramai hari semalam tu..rata2 nya yang ambil vaksin dose kedua. Tapi everything goes smooth sehinggalah selesai proses vaksinasi sis. Macam biasa husband tolong amik gambar di booth yang disediakan..jangan lupa sanitize tangan yang pegang kad2 yang disertakan untuk elak berlakunya jangkitan tanpa sedar.


Selesai vaksinasi..kami cari makan kejap, tapau nasi ayam berempah favourite kami berdua yang dijual di restoran Sahabat RMJ lokasinya di belakang bangunan Econsave Slim River. Then, kami balik ke rumah. Di rumah takde rasa apa lagipun..lepas makan, rest sambil tengok tv..rasa pening dan mengantuk dah mula terasa..tak tau lah pening sebab vaksin ataupun lama pakai tudung diluar diwaktu cuaca panas..hehe. Langkah mudah telan panadol dan tido sekejap. Tido2 ayam je pun. Sampai malam rasa sakit lah kan tempat kena cuck tu..tu biasa lah kan..side effect normal yang dirasai oleh semua penerima vaksin. Malam sikit baru rasa lenguh2 tangan ni, rasa sampai ke ketiak lenguh nya. Bagi sis, rasa ini sangat kurang selesa..agak menganggu emosi walaupun lenguh2 tu biasa bagi kebanyakan orang tapi sis rasa lain..macam area armpit tu kan..bawah ketiak tu kan rasa cam bengkak kalau tertekan tapi sebenarnya tak..paham tak..nak explain pun xtau camne hahaha.


Esoknya, hari ni 27.08.2021..masih terasa lenguh dan sakit kat tempat cucuk tu..tekan je sakit, dan tertekan pun rasa sakit..tapi sakit yang kita boleh tolerate lagi lah kan..u ols pun rasa kan yang dah vaksin tu..cumanya kelenguhan tu bertambah sedikit dan secara tak lansung ganggu emosi sis..huhu. Kebetulan hari ni born day sis yang ke 17tahun (bluekkk) so sis gantung kuali hari ni tambah2 lagi emosi ke laut dalam gara2 tangan lenguh je...masa first doe hari tu xde lah rasa lenguh macam ni. Syukur husband sis sangat memahami bini dia ni agak terlebih manja hari ini..hehehe. Terima kasih hubbyku masakkan me udon kegemaran ku. lobiuuuu...


Untuk side effect lain sis xde rasa lagi,,cuma rasa pening sekejap dan lenguh tangan ni je lah yang boleh nampak sangat. Dan..ada SATU perasaan lagi yang sis detect muncul selepas selesai kedua2 vaksinasi..badan rasa ngilu2 rasa cam nak demam tu tapi x demam pun buat masa ni..sama lah macam keadaan vaksin dose 1 hari tu..rasa ngilu2 jugak badan ni tapi x demam..alhamdulillah. Cuma dose 1 hari tu ada rasa batuk2 sikit..kali ni xde..tapi ubat yang sis makan pun side effect dia batuk kering so mungkin xde kaitan dengan side effect lepas vaksin hari tu. 


Tapi untuk keselamatan kita kan, kena lah beringat sentiasa, perhatikan simptom2 yang kita alami selepas amik vaksin..takut secara tak sedar kita terdedah dengan virus covid semasa berada di PPV. Kan banyak kes yang dapat covid dekat PPV lepas amik vaksin, ada sis terbaca..sampai ada yang meninggal dunia..al-fatihah kepada yang dah tiada akibat covid.


Kita amsih boleh dijangkit walaupun dah complete dose vaksin..sebab imuniti kita hanya terbentuklengkap selepas 14hari selepas divaksin..dalam tempoh 14hari tu kita boleh je dijangkiti dan amsih sangat mudah untuk sampai ke tahap kronik sebab imuniti kita tak complete 10% lagi pada masa2 itu. Insha ALLAH, semoga kita sentiasa dilindungi oleh-Nya. aamiin..

Saturday, August 7, 2021

~DAY 3 VACCINATED 1ST DOSE PFIZER: Nothing Much Diff ~

 assalammualaiku...


Day3...there's nothing much about side effect of vaccinating..just today something happen time me and husband pergi ke TanjungMalim uruskan kad telco..kereta buat hal..kesian kat laki kita, jalan kaki dengan cuaca panas beli part yang rosak. Oh Tuhan Kau jagakan lah suamiku..aamiin.


hampir tengah malam baru nak update entri..kelam kabut taknak masuk date baru esok..hahaha. cuma nak habaq, malam ni leher cepat haus dan masih terasa kering dan mula rasa batuk2 tapi tak kerap. tadi siang rasa macam nak demam tapi till this time im still feel good..syukur alhamdulillah.

Selain tu shari nidiet of so banyak makan manis2 which is im not allowed during my health condition right now. Tapi tu lah dah keluar rumah kan kena tapau makanan lah, siap beli buah cempedak lagi..so selera makan sis tak dapat nak deteck as side effect after vaccinated.

Okay, sis sambung esok..ada nak buat ni..nak letak iklan pulak kat blog ni biar berhasil sikit kepenatan menaip ni haha. BTW, yang baca blog sis ni thank you so much..semoga murah rezeki selalu..aamiin..

Friday, August 6, 2021

~ DAY TWO AFTER 1ST VACCINATED C19 : Just,,Curious ~

 Asslammualaikum....


Today sis rasa macam biasa  saja, ada sedikit rasa sakit di lengan tempat suntikan vaksin semalam tapi hanya datang sesekali je rasanya. Some people tak sama effect selepas vaksin kan...sis pula tak rasa yang berat2 tapi satu benda sis pelik tengah hari ni..suara sis tiba2 macam nak hilang2..sore throat lebih urang..secara tiba2 pulak tu. Panik jugak lah, ngadu kat husband awat sorakita macam ni..tapi actually sore throat yang tiba2 ni pernah terjadi masa sis di kampung sebelum ni..masa balik bulan april lepas. Tiba2 je suara hilang...ngadu kat mama then call husband..panik wei memang panik sampai nangis2. Risau lah kalau2 tu simptom awal covid kan...lagi2 masa tu sis baru je balik kampung. Tapi alhamdulillah everything was okay..sore throat tu sekejap je mungkin dalam 30minit ke 1jam macam tu..sis tak perasan tiba2 hilang dah.


Okay sambung cerita hari ni..lepas ngadu dengan husband..sis cuba lah minum air suam2 panas. Then, biar lah seketika...petang tu rasa dah okay tapi tekak mula rasa kering2..ngadu lagi ngan husband..husband kata kena fikir yang positif sebab kita dah rasa risau..dah tu kat taman perumahan kami tinggal ni kes makin meningkat. Sapa tak risau weh??


So, sis positif je lah. Takpe harap2 hilang lah rasa kering kat leher ni esok ye. Okay, habis di sini sahaja cerita untuk hari ni..


Wassalam

Thursday, August 5, 2021

~ VACCINE COVID 19: My First Dose PFIZER ~

 Assalammualaikum....salam ogos salam bulan kelahiranku..


Alhamdulillah, syukur kepada Allah..ada rezeki saya join walk in vaksin dibawah nama ahli keluarga PDRM. Maklumlah, tunggu panggilan vaksin lamaaaaaaa lagi kan, dah boleh walk in kita walk in je lah..senang cerita. So, now i got my first vaksinnnn..yeayyyy..thank yyou for my husband sebab teman wife dia sampai selesai bervaksin..siap tunggu kat tempat amik gambar nak tolong amikkan gambar bini dia bergaya dengan frame SAYA SUDAH DIVAKSIN tu..hahaha..love you hubby..nanti kita lanje kepci tauuu..


For my next second dose 26 ogos ni, sehari sebelum birthday sisss..huhu. Kita tak sabar nak dapatkan full vaccination...nak free nak rasa selamat kalau pegi mana2. Usaha selebihnya kita tawakkal je lah...banyak dengar pasal vaksin ni terutamanya dari golongan anti vaksin, lagi2 bila yang anti vaksin tu kawan kita sendiri. Tapi kita hormat pendapat masing2 dan cara masing2 nak lindungi diri. Bukan nya kita nak cakap vaksin ni satu2 nya jalan nak selamat, big noooooo...doa, doa dan berusaha cara lain macam makan suplement, vitamin c, makanan sunah..why not kan..


Okay, nak cerita pulak kesan sampingan lepas bervaksin tadi pagi ye,,,so far im still good but adarasa sedikit pening2 tapi si dah makan panadol dah untuk elakkan pening kepala getting worse. Tapi hari ni sis melantak setapau nasi ayam goreng berempah..as you guys know sis sedang on diet sebab sis ada kencing manis and masalah buah pinggang and kolesterol also. So, sis kena jaga makan..but honestly sis diet on off tau..susah ye kalau dah biasa melantak makanan sedap2 then you have to stop and need to eat clean. i cannot sissssss...but i try for my own good. next week sis ada appoitment doc kat klnik kesihatan slim river..so dalam seminggu ni sis kena diet strict..makan nasi sejemput and hanya minum air kosong. Okay sis try my best. Wish me luck and sihat after this...thank you 


Wassalam...

Friday, July 30, 2021

~ 2021 ALAF COVID19 : Sampai Bila ??? ~

 Assalammualaikum.....

    2021..masih dalam dunia covid19. Bila nak settle tak tau lah. Orang dah ramai vaksin, sis sampai sekarang xde lagi panggilan selepas sis cancel date hari tu..tu pun disebabkan oleh hal2 tertentu. Katanya sampai 30hari tempoh dipanggil semula..ada berbaki sepuluh hari je lagi untuk dipanggil, tu pun kalau ada lah panggilan kat Mysejahtera tu. Sabar jela sis menunggu. Nak pergi PPV walkin punya cepat je habis vaksinnye, memang xde rezeki bervaksin ke acaner ni?? huhu.


    Sorry sampai terlupa sis nak ucap selamat tahun baru 2021..huhu..dah nak masuk akhir tahun dah wei baru nak wish ke?? takk..masalahnya sis baru dapat buka blog ni..laptop baru okay..dah boleh baring2 santai2 sambil buat entri, walaupun taktau nak create story apa..tapi banyak je kalau nak di sharekan story mory kehidupan seharian ni tapi bagi sis blog ni bukan diari peribadi so apa yang dishare tu kena ada limit dia..walaupun entri2 yang dolu2 tu sangatlah memalukan.hahahaha...


    Tak sedar kan dah masuk 2021 dah, rasa cam sama je cam tahun lalu..sebab ni lah..covid19 ni..buat kita rasa macam masa tu tak berjalan tapi bila tersedar rasa banyak terbuang masa tu begitu sahaja..cuma yang seronoknya masa untuk kita beribadat tu dapat lebih berbanding waktu kita ada kerja/urusan kan...macam sis memang sentiasa duduk rumah ni takdelah masalah kalau nak beribadat,cumanya sis masih mencari sinar untuk istiqamah tu..doakan sis yee...ade je perasaan tu nak berubah ke arah yang lebih baik, bukan nya sis sekarang ni tak baik..bukannn..maksud sis nak perbaiki lagi diri sis ni untuk jadi lebihhhh baik dari sebelum ni. Kan dah tercipta sebuah cerita..haha...


    Macam mana lah kehidupan kita akan datang kalau covid ni tak hilang2?? betul ke vaksin ni dapat melawan covid sampai bila2?? ni dengar news nak vaksin dose ketiga lagi...yang sis ni dose 1 pun tak dapat lagi..tiba2 pulak nak tambah dose 3..jauh sangat ketinggalan sis ni..jenuh nak kejar oiii. Orang yang dah vaksin dah boleh keluar negeri nanti tinggal sis terperuk dalam rumah. Husband pon dah hint nak balik kampung bile dah boleh rentas..bunyi macam nak tinggal kita sorang kat sini and dia bercoti sakan kat kampung..banyak cantikkk..maklum lah kita tak dapat vaksin lagi, kemain lah husband usik kita..huh


    Tapikan sejak duduk di rumah ni..dah timbul penyakit dah dalam badan ni, mana taknya aktiviti ape je yang dibuat bila duduk rumah?? comfirm lah makan, makan and makan..pastu gemok, pastu semput, pastu gi klinik..memacam penyakit keluar..huhu..bab penyakit ni sis share next entri..now sis nak susi muka dulu n pakai night cream..jap lagi husband balik dari kerja, kita tunggu kejap pastu ready to sleep. Tapi nak cerita sikit, hari ni first day sis diet tau,,makan suku je nasi tapi nak tengah malam ni wei lapar pulak perut..terus melantak megi..rasa nyesal pulak wei. Esok sis kena kuatkan hati dan semangat ni. Doakan sis...


Wasallam....