Monday, October 17, 2011

~perlu tahu apa itu ekzema~

selamat malam.. :) saye ader info lagi nak share..saye suka sangat nak share..huhuhu (takda topik nak share actually.. :P)
kali ni nak story about penyakit yerr... :) mari kita sama membaca;

~EKZEMA~
*Ekzema adalah masalah inflamasi kulit kronik yang boleh digambarkan melalui kulit menjadi kering, gatal dan merah. Ia merupakan satu daripada masalah kulit yang biasa dikaitkan  dengan alahan dan disebabkan oleh faktor-faktor dalaman yang digabungkan dengan faktor-faktor luaran.

Terdapat pelbagai jenis ekzema yang berbeza. Ini termasuklah ekzema atopik (dermatitis atopik), dermatitis sentuh, dermatitis kulit kepala, dan ekzema tangan/kaki. Jenis ekzema biasa berlaku adalah  ekzema atopik dan ia dikatakan dengan keadaan lain seperti asma dan rhinitis alahan.

~PENCETUS EKZEMA~
* Mengetahui penyebab sebenar ekzema adalah tidak mustahil. Caranya adalah dengan mencari apa penyebab yang membuat ekzema menjadi semakin teruk.

~PERENGSA ATAU BAHAN IRITASI~
*terdapat bahan-bahan berbeza yang tersentuh dengan kulit akan menyebabkan kegatalan dan kemerahan dengan cepatnya. Sebaik perengsa itu dibuang, kulit seharusnya kembali normal dalam masa beberapa hari. Antara perengsa biasa termasuk logam, fabrik seperti bulu, getah, sabun pencuci, pewangi ketiak, pewangi badan, kosmetik dan cat.

~ALERGEN (BAHAN YANG BERUPAYA MENYEBABKAN ALERGI ATAU ALAHAN)
*Sebaik alergen tersentuh dengan kulit seseorang yang menghidap alahan tertentu, sistem imun akan bertindak kepadanya, menyebabkan ekzema menjadi teruk. Selepas alergen dibuang, kulit tidak semestinya akan kembali normal dengan segera. Contoh alergen adalah hama, air liur haiwan kesayangan (kucing dan anjing), bulu haiwan, debunga, dan makanan tertentu. Tidak sukar untuk mengetahui sama ada diri anda mengalami ekzema atopik. Menurut Perunding Dermatologi Pediatri Hospital Kuala Lumpur, Dr. Leong Kin Fon, terdapat enam ciri-ciri utama ekzema iaitu;

1. Rasa gatal-keadaan ini menyebabkan anda mula menggaru. Apabila menggaru ia akan merosakkan kulit. Ia juga akan melepaskan bahan kimia yang menyebabkan keradangan.
2. Kulit kering akibat tidak ada lagi kelembapan
3. Ekzema ringan, ekzema sederhana, ekzema teruk.
4, Serangan bermula-biasanya pada permulaan lima tahun hidup atau usia 6 bulan (untuk kanak-kanak). Tetapi akan semakin elok apabila usia meningkat. 50 hingga 70 peratus penghidap tidak akan menghadapi masalah ekzema setelah dewasa.
5. Penyakit keturunan diwarisi.
6. Interaksi dinamik antara genetik dan keadaan persekitaran yang mencetuskan ekzema..

~MENGENALI RUPA KLINIKAL~
*Untuk mengenali rupa klinikal ekzema atopik, anda boleh melihat perubahan yang berlaku pada kulit anda. Menurut  Perunding Dermatologi dari United Kingdom, Professor Dr. Anthony Chu, rupa klinikal ekzema atopik berbeza pada tahap penyakit. Ini boleh dikelaskan kepada:

1.Akut merah, papul (jerawat atau satu kawasan yang merah dan meninggi dari permukaan kulit sekeliling), berkerak.
2.Sub-akut- kemerahan, kekeringan, bersisik.
3. Kronik-kulit tebal dan ekskoriasi (kerosakan pada epidermis dan dermis).

~MERAWAT EKZEMA ATOPIK~
*Apabila kulit menjadi merah menyala akibat digaru, sekali gus meningkatkan kemerahan, ruam dan lesi (luka) pada kulit. Menggaru merosakkan kulit dengan teruk, membenarkan kemasukan dan pengkolonian jangkitan bakteria Staphyloccocu aureus (S.aureus). Bakteria ini biasanya hadir 95 peratus kulit  pesakit ekzema. Jelas Prof. Dr. Chu lagi, untuk merawat ekzema atopik, penghidapnya boleh melakukan rawatan seperti ;

#Kaedah Konvensional (biasa)
*Mandi setiap hari dengan menggunakan emolien atau agen yang mereda atau melembutkan kulit (dengan atau tanpa agen antimikrob).
*Pelembab.
*Steroid topikal atau perencat calcineurin topikal.
*Antibiotik topikal atau sistemik.
*Memberikan sedatif Antihistamin.

#Peranan Diet
*Berdiet atau mengehadkan makanan tertentu amat penting buat bayi yang mengalami ekzema atopik teruk.  Pengehadan ini menjadi kurang aktif apabila bayi semakin membesar. Namun sebelum berdiet, perlu lah mendapat nasihat daripada pakar pemakanan terlebih dahulu. Kesimpulannya, penyakit kulit ini boleh dirawat dan boleh dikawal dengan jayanya dengan menggunakan ubatan yang bersesuaian.

selamat membaca.. :)

~lagi info kesihatan: elak + berat badan~hindari makan di 5 ruang rumah~

Okeh..one more info again..(ader lagi lepas ni :) )
kali ni about tempat kita makan khususnya di dalam rumah yang boleh menggalakkan pertambahan berat badan..memandangkan saye ni berisi (gemuk actually tp tanak terima hakikat..hohoho :P) maka saye nak share ler ngan kawan2 yang seangkatan dengan saye...ngeeee mari la kita baca dan cuba elakkan makan di tempat yang macam ni yerrrr... :)

1) Di depan kaca tv (selalu buat,,hoho)
~ Rasanya ramai yang lebih senang makan sambil menonton tv..(saye jugak :P ). Apatah lagi, apabila terdapat rancangan-rancangan kegemaran anda sedang ditayangkan..(yeee betulll...). Jadi, tidak menghairankan lah jika anda mengambil makanan anda di dapur seperti keropok kentang (sometimes :)), kerepek (sometimes jugak :P), aiskrim & coklat (opkossss :D). Tidak salah untuk mengunyah makanan sambil menonton, tetapi pastikan anda tidak makan berlebihan dan pastikan anda mengambil makanan sihat..

2) Meja kerja. (now dah jarang buat..ngeee)
~ Tabiat ini menjadi suatu yang biasa dan sukar dihindari lebih-lebih lagi anda perlu menyiapkan segala tugas-tugas anda dengan segera (tugas saye tak banyakkk..ermmm). Sama seperti makan sambil memandu atau berada di depan TV(saye tak memandu OKEH!), anda akan sibuk bekerja dan tidak memerhatikan apa yang anda makan. Sebelum menyedarinya, anda mungkin sudah pun menghabiskan sepiring makanan dalam beberapa minit sahaja. Tanpa memerhatikan apa yang anda makan, anda tidak akan tahu berapa banyak dan apa sahaja yang anda makan..(saye berhenti makan bila perut dah kenyang,,heeee)

3) Bilik tidur (ups! syhhh diam2,,saye dah kuarkan tv dr bilik saye okeh!)
~ Terdapat sesetengah orang yang gemar membawa makanan ditempat tidur. Bagi yang mempunyai set TV, makan ditempat tidur memang kurang baik kerana ia membuat kita makan tanpa berfikir dan seterusnya mencipta kawasan tidur yang kurang bersih (saye makan dmeja dalam bilik,so saye BERSIH!). Malah, tabiat buruk ini juga berisiko tinggi untuk anda menambah berat badan yang banyak apabila anda terus tidur..(tak dapat tidur kalau tak cuci mulut lepas makan,nanti semut cium mulut saye..uwaaaaaa :( )

4) Dalam kereta (kepada yang driving..bluekkkk :P)
~ Makan sambil memandu bukan lah idea yang baik. Makan yang cepat diambil lalu dikunyah cenderung berkalori tinggi. Ketika makan sambil memandu, anda akan mengunyah dengan cepat untuk mengelakkan tangan dari terlepas daripada pegangan stereng. Anda juga sibuk memerhatikan jalan dan tidak melihat beberapa makanan yang telah dikunyah. Jika anda mahu makan sambil memandu, pilihlah makanan yang sihat dan ketahui kadar kalori yang terdapat di dalam makanan tersebut..(jangan lupa jugak cari partner duk kat sebelah driver boleh tolong suapkan..ngeee piwietttttt ;))

5) Dapur (semua orang makan kat dapur larrrrr.. ?/)
~ Ketika hendak ke dapur untuk mengambil makanan kudap-kudapan (apakah tu?), anda akan melihat pelbagai stok makanan yang ada di dapur. Tatkala memilih makanan, anda berdiri sambil makan didapur. Ataupun, anda mempunyai tabiat makan sambil memasak. Ada juga sesetengahnya yang gemar makan sambil berdiri di depan peti sejuk atau almari makanan. Sekiranya anda lapar, ambil lah sedikit makanan ke dalam bekas yang sesuai sebelum duduk di meja. Nikmati makanan yang anda makan.. :)

~amalan hidup sihat.. :) amalkan selalu..

~info utk anda:3 herba efektif untuk kesihatan~

hari ni kita berkongsi info2 kesihatan..Okeh!! :) baca jangan malas nak baca!
3 HERBA EFECT untuk kesihatan:

1. Lemon Balm
~ Tanaman herba ini berasal daripada keluarga mint beraroma lemon dan telah lama digunakan untuk menghilangkan panik, meningkatkan memori, membantu tidur dan pencernaan. Tanaman ini bagus untuk mengatasi gigitan binatang berbisa, menenangkan jantung dan mengikis perasaan sedih.
   Tanaman yang digunakan didalam teh membantu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan mengekalkan ketenangan dan fokus. Penyelidikan yang dilakukan juga menunjukkan bahawa tanaman ini amat efektif pada situasi ekstrem.
   Satu kajian diterbitkan pada 2002 di dalam Journak Of Clinical Psychiatry menyatakan bahawa aromaterapi lemon balm selama empat minggu boleh mengurangkan kegelisahan pada pesakit yang menderita demensia.
2. Cili Merah
~ Bumbu tradisional ini banyak digunakan dalam masakan serta untuk mengatasi gangguan mulai dari sakit hingga di dalam merangsang hasrat seks. Secara ilmiahnya, capsaicin, iaitu kandungan yang membuatkan rasa panas dan pedas pada cili dikatakan efektif untuk meredakan rasa sakit otot, rasa tidak nyaman setelah pembedahan dan radang sendi.
   Kajian-kajian menunjukan komponen ini menghalang zat kimia penghantar signal yang menghantar rasa sakit ke otak. Satu kajian yang diterbitkan di dalam european Journal Of Nutrition melaporkan bahawa responden yang mengambil makan tengah hari yang banyak mengandungi capsaicin memiliki kadar hormon pengatur gula darah yang lebih tinggi dan kadar ghrelin (hormon lapar) yang lebih sedikit berbanding mereka yang mengambil makanan biasa.

3. Bawang Merah
~ Bawang dugunakan untuk mengatasi pelbagai penyakit. Dalam sistem pengubatan tradisional Timur Tengah, herba ini digunakan untuk menugati diabetes. Selama permulaan abad ke20 di Amerika, bawang digunakan untuk mengatasi gangguan pernafasan dan pencernaan.
   Ini berdasarkan kepada, bawang diyakini dapat meningkatkan prestasi atlet malah peserta Olimpik dahulu kala juga mengambil herba ini dalam bentuk  jus atau menggosokkan ke tubuh mereka sebelum pertandingan dimulakan.
   Bawang mengandungi thiosulfinates yang membantu mengurangkan gejala diabetes dan melindungi daripada penyakit jantung. Quercetin, iaitu flavonoid yang terdapat di dalam bawang mencegah peradangan yang berkaitan dengan alergi dan juga melindungi daripada radang lambung, kanser kerongkong dan kanser payudara.
   Penyelidik juga menganjurkan pemilihan bawang yang berwarna pekat. Selain itu menurutnya, mengambil bawang dalam keadaan mentah atau dimasak sedikit juga amat baik untuk mencegah hilangnya thiosulfinates akibat panas.

baca untuk menambah ilmu pengetahuan.. :)

Friday, October 14, 2011

~kelentong budak cyber(xmenjadi)~

aku sedang on laptop aku yang tersayang...(keluar pic nephew ku yang comelll macam aku..erkkk)

fahmi: anak kakak ka tu? (customer cc tnya,budak lagi dlm 14thun)
aku: eya....(aku dah set jwpn coz aku memang nak kelentong dia,,hahaha,,)
fahmi: owh kawen pula sudah kakak ni...
aku: (naik kan kening tanda betul ler tu,aku dah start senyum meleret)
fahmi: aik,,jadi yang datang hari tu laki kakak la?
aku: (blurr jap..soalan ni takda dalam set jawapan aku,adoiii..)~tu scandal kakak tu~ (ups!! haha..good idea :D)
fahmi: ah,padahal laki kakak tu (sambil senyum penuh makna)
aku: (senyum tambah meleret)
fahmi: ingatkan cuma boyfriend girlfriend ja,rupanya...laki.. (senyum xpndai hilang lerr)
aku: (senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmm,,)
fahmi: tapi inda pula ku pernah nampak kakak mengandung?
aku: (ahh!! lagi 1 soalan yang aku tak pernah jangka ketika ini,apa lagi jawapan tuk soalan tu..langsung takda dalam senarai pendek misi kelentong aku d pagi yang indah hari ni,huhu..mati laaa,no idea sudah..juz senyummmm kambing,mbeeekkkkkkk)
fahmi: ahhhh kakak tipu ni kannnnnnnnnnn?? (dengan muka perli...)
aku: (adoiiii,kantoiiiiii...)

~yer larrr..mana tak kantoi kalau senyum dah meleret2...siapa nak percaya...hahahahahaahha...ala kelentong main2 ajer ni,mood bagus di pagi hari kan tu la nak buat joke ngan budak2 cc jap..pintar juga budak fahmi tu,IQ dia not baddddd.. :) :) ..

Tuesday, October 11, 2011

~boring lagi~

assalammualaikum...
Hari ni sangat boring...
walaupun cyber ramai customer tapi semuanyer budak2 yang noty2..
main kejap2 jer. 
Tapi yang best nyer laptop aku dah siap format,,
cuma nyer games cs masih tak dapat nak main..huh! pening aku nak buat....

Monday, October 10, 2011

~WeekEnd~

haiiiiiiiii..assalammualaikum,,
week end lepas adalah week end aku yang paling best..tanak cakap pasal pe..biar la rahsia.. ngeeee :)
~c dia ader balik kampung.. :) menambah kebest-an hujung minggu ku..yehaaaa!!!
~tanak cakap banyak coz masih dalam mood rindu kat haikal..emmm..
~jugak rindu kat c dia yang dah balik ke hostel semalam...uwaaaaaaaaa..

Friday, October 7, 2011

~rindu c nakal~

assalammualalaikum,,
selamat pagi..
semalam..mase sampai rumah baru balik dari keje, sunyi ajer rumah..takda bunyi c nakal yang selalu mencuri tumpuan tu..rupanyer dia balik kat kampung mama dia..ermmm...sunyi daaaaaaaaaaaa...rindu rase nyerr kat dia..huhuhu..

Thursday, October 6, 2011

~mohd hadi haikal~

wokey..
now nak upload pic nephew sy (formal sikit) yg noughty sangat2..hehehe.
.ni dia MOHD HADI HAIKAL BIN AWANG HASDAH..












alalalala...
bucuk2..
ni sewaktu usia haikal sehari selepas d beranak kan pada 24 nov 2010..
we love haikal.. :)

~shoping raya~

asalammualaikum,,
hai hai hai...
hari ni tak buat apa2...jom upload gambar,, :)











ni time shoping before raya,,mean mase bulan puasa la ni.. :) 
time ni so so so sweettttt..
thanks to my sis coz sudi bawa kitorang bershoping sekali.. i love u sis.muaxxxxx :>

Wednesday, October 5, 2011

~bila nak tengok movie nih~

selamat malam...
malam ni nak tengok movie yang aku download tadi siang kat tempat kerja..tapi dorg family aku ni tengah tengok cerita hantu cina..bila la nak tengok movie yang aku download tadi..tak pe la bila2 [pun boleh tengok, aku tak kisah juga coz aku dah tengok dah tapi tak la tengok sampai habis..movie hantu boncengggggggggg..hehehehe..

aiseh..cerita hantu cina pun pandai juga romantik2 yeeerrrrr..haha lawak2..nak tau tak tajuk cerita yang dorang tengok ni? chinese ghost story..aku macam penah tengok..jadi aku malas nak kosentret tengok. Tapi hensem juga aktor dier nih..
okeh lar,aku nak layan pisbuk jap.. :)

~download time~

assalammualaikum,,
selamat petang..
hari ni aku gembira sangat coz movie melayu yang aku nak sangat download tu dah siap,,hepy sesangat..kat rumah nanti nak try pasang kat tv kalau dapat buka file die kat tv ler. nak kongsi tengok cite tu dengan family.. :))
Now tengah download 1 lagi movie orang putih, tak tau boleh siap hari ni ke tak,kalau tak dapat nak siap terpaksa la conti download besok.

Ermmm..
now aku sekarang dalam mood waiting for some1,,so tak payah 
cakap banyak sebab belum sure lagi ade ke tak orang tu kannnn..
:p

Tuesday, October 4, 2011

~bosan~

assalammualaikum...
selamat pagi..
hari ni aku keja berapa jam ajer..hihihi..bosan ler aku duk rumah ni.

Monday, October 3, 2011

~aku benci isnin~

assalammualaikum..
selamat hari isnin.. :))
aku tak suka isnin!!!!!!!! hohohohoho.. itu la kenyataan nyer, aku sangat malas kalau hari isnin..tak tau kenapa tapi rasa nyer semua orang pun tak suka hari isnin..hihihihi. Tapi tapi tapi...aku cuma malas nak bangun tido aje, kalau keje tu rasa macam biasa aje..malas tak rajin pun tak..ngeee. bosan ade lerr...
Ermmm,, aku rasa lain macam jer pagi ni..macam nak demam pula..leher rasa sakit2 sikit, kepala macam nak pening2..tak suka la macam niiiiiiii.,dah lar mood bulan masih ade, adoiii laaaa..sekarang ni rasa macam nak demam jer.
Paling menyedihkan aku tak dapat nak beli barang2 peribadi aku coz bajet takda, nak tolong beli barang2 dapur pun tak dapat. aku rasa sengallllll sangat2.. agaknyer aku kena fikir keje yang somebody offer tempoh hari..apa harus aku buat??

Saturday, October 1, 2011

~saturDay~

assalammualaikum,,,
selamat pagi
hari ni hari sabtu..ada aper erk?? oh yeee..publik holiday lar kannnnnn,apesal aku datang g keje ni?? kenapa aku tak cuti?? kan ke cuti..g keje buat pe..hohohoho. coz aku ni kuli bukan bos senang2 nak cuti wlupun publik holiday,kalau takda ape xtvt kat rumah or some where else buat pe cuti,bagus keje tambah income hujung bulan kannnnn...lain lar kalau ada ape2 program ke xtvt ke plan ke..nak p mana2..boleh lar cuti time pub.holiday..kalau bukan time pub.holiday minta lerr cuti..kan berhemah tu..tapi sometimes aku cuti emergency,ngeee :) ..ye lar, kita bukan tau sesuatu perkara tu kadang2 datang tanpa kita duga or sangka..macam tu ler selalu happened kat aku, maka terpaksa ler aku cuti keje coz nak settlekan sesuatu yang kita tak tau nak datang nyer bila..paham tak? aku tak paham actually..juz buat2 paham ajer larr..huhuhu
hari ni hari sabtu ker? apesal sunyi macam hari ahad lak ni...ohhhh semua orang g shoping kot,,kan dah hujung bulan ni, wahhhhh best nyerrr kan mereka2 yang sudah menerima gaji tu..dah boleh shoping moping..ermmmm,jeles lak pulak..takpe,kite punya turn maybe minggu depan or minggu2 depan lagi agaknyer,,tak pun bulan depan kot..huhuhuhu..mana la tau kan. rasa nyer aku macam bulan2 sebelum nyer lar terrrpaksa minta kesian kat sista2 aku yang dah bergaji tu..supaya boleh kasih aku loan..ngehngehngeh..aku nak shoping jugak larrrrrrrrrr...beli keropok 20sen cukup lerr shoping jugak nama nyer..kannnn..ni lar nasib orang macam aku ni, orang yang terlalu istimewa,,huhuhu (aku jer yang menganggap diriku ni istimewa coz kepala aku kat bawah kaki orang)..harus lerr aku bersabar dengan gaya hidup ku yang sangat sihat ni...~hurmmm
sabtu yang sunyi ni buat aku rasa boring yang teramat, dah lar keje 1 orang jer..bosannnnnn. bila bosan ape yang terlintas kat fikiran aku?? (jom usha)

1) aku rasa nak tukar keje,cari keje yang happining,yang always sibuk (sehingga takda masa nak fikir sal boprin or something else yang mengganggu kosentrasi), keje yang susah tapi senang (ape kah?), keje yang memerlukan usaha yang lebih, keje yang boleh bagi aku kaya (opkos la gaji yang setimpal ngan keje yang dibuat..) tak kaya pun tak pe lar yang penting ada perubahan dari segi ekonomi aku..

2) aku rasa nak tido..coz takda kawan aku nak ngomel or story mory,bergosip2 (maklum lar pompuan..)..bertepuk tampar,ketawa terkekeh2 macam hantu pontianak..semua tu aku tak dapat buat coz aku seorang!!! kalau aku buat jugak aku akan pindah rumah kat bukit padang kat kk..(aku tanak weii,,!)

3) aku akan fikir plan aku bila dah gaji nanti..tak kisah lar bila aku nak dapat gaji (kalau tak dapat,diam2 jer lar..) duit gaji aku tu aku nak bayar hutang kat sista aku, aku pinjam duit dier coz aku lambat dapat gaji..jadi nak beli barang keperluan peribadi aku yang dah habis tu terpaksa lar pinjam..aku nak bayar bil astro lagi..nak bagi mama dan bapa aku lagi..untuk aku? untuk aku takda pun takpe...dapat simpan tuk belanja makan masa keje pun dah kira okeh..tu pun selalu tak cukup..pinjam pula kat mama duit tuk belanja makan..nak jimat terpaksa lar bawa bekal air..tak kuasa nak beli air hari2..nak beli makanan pun kena kira bajet, kalau tak cukup makan jer la roti..asal perut terisi sikit dah kira alhamdulilah..kalau takda bajet,terpaksa lar ikat perut..kat rumah baru makan. ini lar kehidupan yang aku lalui hari2....aku jer yang tau macam mana hidup aku..

4) aku selalu teringat kat someone bila aku boring,,normal lar kan bagi orang yang punya hati dan perasaan..tapi kalau boleh dan kalau lar dapat..aku taknak ingat kat someone tu coz aku rasa..berbaloi ker? kalau kite ingat kat someone tu tapi someone tu tak ingat kite pun..maybe ingat lar jugak tapi tak lar seperti mana kita ingat kat dier kan..agaknnyer dier ingat kite macam sepantas kilat jer..kalau kite? kita ingat dier macam air sungai yang sentiasa mengalir..walaupun dilanda kemarau pasti ade sedikit airnyer..biarpun tak mengalir tapi air tu tetap bertakung..biarpun sedikit dan akan kering jugak..tapi cuba kite korek tanah sungai tu? pasti ada air di dalam nyer kan..bagai mana kalau kilat?? sekejap jer kan cahaya dier..huh!! kenapa lar mesti ada rasa macam ni??

5) aku nak balik..daripada duduk kat tempat keje yang takda ape nak buat..bagus balik rumah,kat rumah aku boleh cuci kain2 aku yang penuh sebakul tu,,aku boleh masak2 (dah lama aku tak masak)..aku nak layan nephew aku yang nakal sesangat tu..aku nak tengok tv..aku nak jalan2 g rumah abg aku..nak bergosip2..aku nak spend time ngn family aku..uwawawawa..maybe sekarang ni dorang g shoping tinggalkan aku,aku tau lar dorang dah dapat gaji.. :(( (nasib aku selalu macam ni,selalu menjadi orang yang terakhir..)

~ermmm...kalau nak..aku boleh tambah lagi tapi aku dah penat lar menaip2 ni..jenuh jari aku yang cantik dan lentik ni menekan2..takpe nanti aku continue balik..aku nak rehat kan jap jari aku ni..lagipun perut aku sakit..nak bubuh minyak panas dulu.. :))