Monday, February 24, 2020

~Jangiktan Di Saluran Kencing : Ngilu yang amat !!! ~

Assalammualaikum...

Alhamdulillah untuk nafas ini ya-Allah.

Sorry guys malam ni perkongsian sis ke arah kesihatan sikit ye..
Guys, semalam....pagi2 sis bangun tidur nak kencing, tiba2 lepas kencing tu terasa ngilu sangat kat bahagian kencing tu. Ngilu rasa nak kencing lagi tapi bila kencing takde keluar pun air kencing. Rasa ngilu berlarutan buat sis tak selesa..malar ke tandas, setiap 5 6 minit mesti ke tandas.

Tak sedap hati rasanya, sis siap google apa punca2 jadi macam tu. Pastu ngadu kat hubby tak tahan asyik ke tandas je. Hubby ajak ke hospital bahagian kecemasan. Lepas register bagai, cek tekanan darah, then jumpa doc (tunggu dalam 1jam juga). Doc suruh test urin sebab saspek jangkitan kuman kat saluran kencing. Pegi pulak ke makmal hantar sample. Lepas tu tunggu dalam hampir 1jam baru doc panggil semula. Doc kata urin negatif untuk pergnant test (kata doc dia nak tau samada sis pergnant atau tak sebab pregnant pun boleh sebab kan tekanan pundi kencing atau berlaku jangkitan kuman). Tapi doc bagitau urin sis memang ada jangkitan dan ada sedikit darah katanya (cuak juga siss..rilekkks 😏).
So, doc bagi ubat2 yang berkaitan dengan sakit yang sis alami.

Ubat2 yang doc bagi...πŸ‘‡
πŸ‘†
 ubat antibiotik


 πŸ‘†
ubat untuk kurangkan sakit/ngilu


 πŸ‘†
ubat larutkan air kencing.

 πŸ‘†
rupa ubat antibiotik tuuπŸ˜€


πŸ‘†
yang ni rupa ubat untuk kurangkan sakit ngilu tu.


Doc nasihatkan rajin2 minum air masak..so sekarang sis memang cuba minum sebanyak2 mungkin air masakπŸ˜‚, Sebelum ni memang minum juga tapi kurang sikit lah dari yang sekarang ni. Pengajaran jugak lah untuk iols yang ambil mudah je kan pasal minum air masak ni.

So kepada pembaca2 yang sudi baca blog sis ni sis doakan semoga sentiasa sihat. Jangan lupa jaga kesihatan diri. Ok bye..assalammualaikum.

Sunday, February 23, 2020

~PerakTour: Gunung Lang,Ipoh~

Assalammualaikum....

Alhamdulillah masih bernafas lagi kita pada hari ini 23 Februari 2020. Esok, lusa xtau lagi nasib kita macam mana. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan kesihatan dalam kehidupan.

Malam ni sis nak share lawatan sis dan husband ke Gunung Lang di Ipoh pula. Sebelum ni story di Gua Tempurong kan...sekarang sis nak share lah taman rekriasi yang satu ni..best juga sebab kena naik bot merentasi tasik untuk ke taman rekriasi Gunung Lang..tak jauh sangat, adalah dalam 300 meter.



Okay sis cerita lah sikit info tentang Gunung Lang ni, sikit saja ye..sis bukan tahu sangat pun πŸ˜€. Sis pun google ajer infonya, kan sekarang semuanya dihujung jari jer..hehehe. Gunung Lang...dia bukannya gunung pun cuma berlatar belakangkan batu kapur. Gunung lang terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan pintu masuk (entrance fee rm3 seorang/dewasa), dan kawasan taman rekriasi di seberang tasik buatan (bekas lombong).


So, nak ke seberang tasik tu lah kita akan merentasi tasik menaiki bot..yuhuuuu. Sis takde simpan pula gambar bot..dekat IG story sis ada upload 😁. Maka sis terpaksa pinjam gambar dari blog Percutian Bajet ( https://www.percutianbajet.com/perak/taman-rekreasi-gunung-lang  -untuk lebih info uols boleh tengok dekat blog ni okay πŸ‘πŸ‘Œ)


kredit photo from blog Percutian Bajet (  https://www.percutianbajet.com/perak/taman-rekreasi-gunung-lang   )


Gambar bawah adalah pemandangan taman rekriasi di seberang tasik.. (gambar juga sis pinjam dari blog Percutian Bajet)πŸ‘‡



kredit photo from blog Percutian Bajet ( https://www.percutianbajet.com/perak/taman-rekreasi-gunung-lang  )

Bah...sis mau belanja uols gambar2 kami laki bini spend time di Gunung Lang, tempat ni sesuai sangat bawa anak2. Kami pun bawa anak jugaaa..anak tekak, anak perut dan anak mata 😜.

πŸ‘† 
Ni masa weols baru je sampai, nak cari parking pun leceh..maklumlah hari cuti umum kann, ramai jer orang datang bawa anak2. Memang meriah.


πŸ‘†
Weols kat dalam bot masa ni nak menyeberang ke taman rekriasi di sebelah pulak..

  

πŸ‘† Enjoying our time together and snap some memories 😜

πŸ‘†
Weols amik gambar berlatar belakangkan menara tinjau. Weols tak masuk ke dalam menara walaupun boleh je masuk sebab weols dah penat pusing2, nak memanjat lagi ke atas ?? lambetttt lagi😡

kredit photo: blog Percutian Bajet ( https://www.percutianbajet.com/perak/taman-rekreasi-gunung-lang  )
πŸ‘†
 Taman permainan pun ado uols, haaaaa..jenuh lah kaki kejar anak yeee..takpe yang penting kita happy2 kannnπŸ‘ͺ



kredit photo: blog Percutian Bajet ( https://www.percutianbajet.com/perak/taman-rekreasi-gunung-lang  )

πŸ‘†
Taman rekriasi ni pun ada juga binatang2 peliharaan yang disimpan dalam sangkar, so kita boleh jalan2 sambil tengok binatang2 yang ada.

πŸ‘†
My hero πŸ’˜ gambar dia mesti letak jugekkk 😝



πŸ’“πŸ’–πŸ’—πŸ’˜πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’žπŸ’ŸπŸ’‹πŸ˜πŸ˜˜

πŸ‘†
Walaupun sis montel sis redha sebab sis bahagia and happy laki ajak jalan2...😝

πŸ‘†
Tak tau lah pokok ke pondokπŸ˜‚


πŸ‘†
Ambik gambar kejap sebelum tunggu bot nak balik ke seberang pula...kesian lah pula patutnya gambar berdua dengan somi tapi takde yang boleh tolong ambikkan gambar huhuhuhu..

Okay guys..mari kita balikkkk...kat tepi2 tu adalah air terjun buatan..duduk2 kat situ sambil makan aiskrim sebelum balik.


Selesaiii sesi jelajah gambar dalam blog..kekekekekee..terima kasih pada uols yang sudi jenguk blog sis. Boleh lah datang ke Gunung Lang bawa anak2, family, adik beradik, ramai2 lagi best..entrance fee pun bukan mahal sangat..kita golongan B40 ni mampu lagi nak beli tiketπŸ˜….

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dari segi kewangan, kesihatan yang baik, kebahagian dalam hidup dan ketenangan jiwa. Aamiin...assalammualaikum, bye

Saturday, February 22, 2020

~PerakTour: Gua Tempurung, Gopeng~

Assalammualaikum....

Alhamdulillah untuk nafas yang dikurniakan hari ini olehMu.

Hari ni nak share story tahun lepas (ke tahun2 sebelum? 2018 kot) sis laki bini pegi jenjalan ke Gopeng,Perak. Tujuan utama hanya lah nak ke Gua Tempurong je pun. Sebab apa kan..sis tengah belek2 gambar kat laptop jadi rasa nak share kat blog pula kan memori2 masa gi GT tahun lepas. Maklumlah pada masa itu cewahhh..pada masa itu sis agak malas nak update apa2 kat blog..just ambik gambar and simpan buat kenangan. Jadi tak salah rasanya sis nak share dekat sini memori2 indah itu (agitchuuuuu).

Banyak lagi gambar2 tempat2 yang sis laki bini pegi melawat..hehe. Yelah kan, masa tengah berdua ni lah kitaorang banyak2kan berjalan..sambil2 honeymoon gitu khennnn :p. Nanti dah beranak lebih banyak masa duk rumah dah. Cian baby kecik2 dah mamy dady bawa merewang ke hulu hilir..baby kena bagi safety lebih sikit kann..boleh bawa jenjalan tapi berpada2, jangan pulak gi cerok hutan kau bawa anak kecik (cth: sis laki bini love nature gituuu).

Okay lah, sis mulakan dengan bismillah...mari lah tengok gambar2 weols spend time together..huhuhu

First of all, sis mohon maaf sebab gambar banyak yang tak clear sebab ambik pakai camera pon jer (oppo f7, boleh larrr dari xda kennnn). Pastu suasana agak suram sebab lampu dalam gua tak boleh terang sangat nanti tak nampak macam suasana gua..πŸ˜„. Sis pun ada amik gambar guna flash, kalau xguna flash jadi lah blurrr sebab suram tu lahh. Takpe lah...janji kita happy kannnnnnπŸ˜…

 πŸ‘ˆ Ni masa kitaorang nak sampai lokasi dah..depan tu je dah Gua Tempurong.




πŸ‘‰Yang ni entrance fee ye..dia ada type2 yang mana uols boleh pilih nak join type yg mana satu..weols hari tu ambik type TOW rasanya (lupa full name ), TOW tu masuk gua je panjat tangga sampai platform paling atas (pf 5)..so tak melibatkan xtvt2 yang wet gituuu...basah lerrr maksud sis, tapi basah juga dek peluh hangett engkoo πŸ˜‚. Amik yang type 3 dan 4 tu ada mencabar juga xtvt dia tau,...so korang yang nak join type 3 dan 4 tu make sure uols ready mental and fizikal korang okay !! tapi best dooo xtvt yg lasak2 tu..tp weols tak join sb x bawa baju..πŸ˜‚




 
πŸ‘†Kat atas ni pic nak masuk ke dalam Gua Tempurong...sorang2 amik pic sajaaa nak simpan buat kenangan khennnn πŸ˜‰

πŸ‘† Ini pintu masuk ke tempat nak beli tiket dan masuk gua..



 

πŸ‘† Pic atas adalah pemandangan mula2 masuk ke dalam gua...speechless guyss, rasa macam WOWWW..sebab sis tak pernah masuk gua lollllll 😝. Rasa nak surrender pun ye sebab tengok tangga dah rasa longlai dah kepala lutut sisss...wakakakakkaaaaa. Tapi jangan downgrade sis okayyyy, sis mampu uolssss !!! tak caye?? see the last picture kat bawah nanti.😝


πŸ‘†Yang turun tangga tu agaknya sampai ke tak ke tingkat paling atas tuuu?😝


 

πŸ‘† alaaa...kasi can weols laki bini selepiiiie yeee...limpas dulu bilang sabahan 😜


 

πŸ‘† Yang ni tak ingat kat platform berapa dah ni, 2 ke 3 xtau lah...yang pasti masa ni tenaga dah koyak sedikit demi sedikit namun ku gagahi jua😭





πŸ‘† Imej tangga yang ada di dalam gua...macam mana lah pekerja yang terlibat tu bina tangga sampai ke atas sekali tu?? weols salute pada yang bina tangga ..πŸ’ͺ





πŸ‘† Saja taruh gamba hero kiterrr..😍

πŸ‘ˆ Ni dah nak turun,,see,,berpeluh sisss. Agak2 dah turun berapa kilo nih? 2kh ada ni..hahaπŸ˜‚. Hari2 buat ni tak sampai sebulan dah kurus keremping lerr sisss.. Tu kalau sempat kurus, kalau kojol tang tu jugak lagu mana??
 πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
Kalau tengok ke bawah ni mau kecut segala isi perut...tangga2 ni semua dibina di tepian sahaja...tanggan hanya boleh muat dua orang kalau berselisih maka haruslah berhati2. Wajib pegang handle tangga. Seram sis kalau bawa budak2 naik ni, tapi ada je yang bawa budak..seriauuuuuuu 😨😨

 

πŸ‘†lagi gambar2 dah turun dari platform 5...



☝Dah tak larat weiiii....tak boleh teruskan..kena stop kejap nak ambik nafas yang tak cukup...hahaha..kalau lah ingat balik masa ni memang rasa dah nak pengsan, Sis nak nasihat lah sikit, kalau uols ada maslah kesihatan kronik yang melibatkan kan penafasan, jantung, paru2.. sila panjat hingga platform yang boleh je ye,,sebab platform 5 yang paling atas sangat tinggi dan perlu banyak naik tangga dan perlukan pernafasan, tenaga dan stamina yang kuat. Sis masa turun tu rasa macam terhuyung hayang dah..ringan je hahaha. sebab kaki dah longlai sebab naik tangga bayak kan, Ikut kan kaki nak terbang turun je..sebab tu sis pegang handle tangga sebab takut time turun tu kaki tak rasa tangga rasa terbang melayang2 pulakπŸ˜‚


LASTLY !!!! 



πŸ‘†Tadaaaa...dah sampai ke platform 5, bukan senang mau menyampaikan ke platform 5 ni, sikit mau tercabut nyawa sebab hampir kehabisan nafas. Syukur alhamdulillah, sampai juga akhirnya lepas berberapa kali stop di setiap platform sebelum dan di atas tangga2. Tahniah untuk diri sendiri dan juga laki sisss. We did it hubby !!! πŸ’ͺπŸ˜πŸ‘

Okay story masuk gua dan panjat gua pun dah selesai, masa nak balik tapi masih stay di GT lagi, kak ipar whatsapp tanya keberadaan kat mana, kebetulan dorang pun baru balik dari Hotspring Sungai Klah kat Sungkai..(sis laki bini pun ada pegi ni..nanti sis share dalam ruangan PERAKTOUR okay πŸ˜€). So we decide jumpa kat GT sebab dorang pun tak penah pegi lagi.



Ada lah jugak gambar untuk ditatap2 kannn...semoga dimurahkan rezeki lagi nak jelajah tempat2 lain di Perak ni. 



πŸ‘†Jangan risau kalau uols lupa nak bawa bekal air ke makanan ke, kat sini ada juga di sediakan tempat makan, gerai2 jual makanan dan minuman.


Terima kasih sebab sudi singgah kat blog sis ye, maklumlah blog ni suka suki saja...syok sendiri punya aktiviti.huhuhu.

Sekian saja lah story sharing sis pada waktu ini..akan ada lagi lepas ni tau. Sis siap2 sediakan label PERAKTOUR untuk setiap entri yang berkaitan sahaja. 

Assalammualaikum...