Monday, November 1, 2021

~ 1 NOVEMBER : Sabah Border Is Oppened !! ~

 Assalammualaikum...salam november :)

Alhamdulillah, syukur alhamdulillah ya Allah kerana masih memberikan kami peluang untuk bernafas dimuka bumi Mu ini..akan kami terus mencuba memperbaiki diri, istiqomah dalam melakukan perbuatan2 yang baik, sentiasa bertaubat kepada mu. Ya Allah Kau tetapkan lah hati kami dengan kalimah Mu ya Allah..Kau lindungilah kami dari fitnah dunia akhir zaman, lindungikami dari segala bala bencana, malapetaka, penyakit berjangkit dan perkara2 buruk. Bimbing lah kami ya Allah menuju ke jalan Mu.. jalan yang lurus lagi benar. Aamiin....

Alhamdulillah, sudah masuk bulan 11 ye kawan2..dah buka dah border Sabah..hehe marilah kita balik kampung berjemaah kehkehkeh. Ye kami laki bini comfirm balik Sabah awal bulan depan, tinggal tunngu flight ticket je lagi..semoga dipermudahkan perjalanan kami pulang ke kampung tercinta. Harap2 SOP untuk bulan depan nanti ada perubahan lah ye..haraptakpayah nak swab test lagi..walaupun keperluan nya juga swab test sebelum fly tapi sesetengah family yang ramai anak kos nya agak membebankan, ye betul memang dah ada jual test kit saliva tu tapi syarat nak naik kapal kena ada surat pengesahkan result swab test kendiri tu dari KKM berdaftar tau..tak tau lagi KKM caj berapa untuk keluarkan report pengesahan tu. Di situ lah kos tersembunyi yang perlu dihadapi para pengembara yang nak balik kampung. Harap nanti minggu2 akan datang akan ada perubahan sop kemasukan ke sabah yang lebih memudahkan rakyat sabah yang berada di semenanjung dan luar semenanjung.

Alhamdulillah, kita dah di era endamik dah..huhu..nak gembira ke? lambedddd lagi.. risau dan takut sebab kita hidup bersama covid19 yang semakin hari akan terus bermutasi jdi lebih ganas..hhahhh seram ke takk..kita bukan takut mati, mati itu pasti ye kawan2.tapi untuk meneruskan kehidupan yang sihat, selamat dan menjamin keselamatan manusia sejagat kita kena berikhtiar untuk kekal sihat dan  tidak menyebabkan manusia2 lain menanggung derita kerana kecuaian dan kelalaian kita sendiri. Maka itu, marilah mengamalkan cara hidup yang lebih selamat..pakai mask,guna hand sanitizer, kerap mandi, kerap cuci tangan dan ambillah vaksin jika rasa perlu ye kawan2.

Alhamdulillah, sis tak sabar nak balik sabah...jiwa dah kat kampung..badan masih kat sini..huhu. Next entri mungkin selepas balik darikampung kalau sis xda mood hehe, kalau rajin ada lah minggu2 depan gitu..hehe. jumpa lagi..bye


Assalammualaikum...

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)