Thursday, March 7, 2019

~ CAPTAIN MARVEL : SIMPLE REVIEW ~

Assalammualaikum..



Initial releaseMarch 6, 2019 (MALAYSIA)
Budget152 million USD

Semalam, hari rabu 6hb 2019 sempat lah sis dan husband singgah di AEON Rawang lepas balik dari KLIA hantar saudara balik ke labuan. Memang kami berdua plan nak singgah tengok wayang sebelum balik terus ke Slim River. Rabu lepas tu kan hari pertama Captain Marvel di tayang kan di seluruh Malaysia. Lagipun husband memang kaki movie ber-genre ACTION macam Captain Marvel. So, sis cadangkanlah dekat husband 6hb jom tengok movie 'CM' (Captain Marvel). Sis tahu husband tak kan tolak ajakan sis...berbanding sewaktu sis ajak tengok movie 'Misteri Dilaila' ahad lepas, lambat sangat husband bagi respon siap bagi warning dia tak minat dengan pelakon utama yang lelaki tuuuu 😂. huhuu

Kami sampai di Aeon Rawang jam5.35pm..beli tiket tayangan CM jam 5.50. Husband sempat lah solat asar sebelum masuk panggung (sis cuti). Maklum hari pertama tayangan movie kan banyak pilihan masa/jam u all nak tengok. Kitaorang sempat jam5.50pm tu je lah..lepas tu ada lagi jam 6lebih. Masuk panggung tengok tak lah penuh sangat..mungkin hari ni lebih 10kali tayangan CM sebab tu lengang jer. 

Sis ambil sedikit sinopsis dari blog negara seberang yer,,sebab sis tak pandai sangat nak review movie yang sis dah tengok. cukup sis suka movie tu sis dah gumbiraaa.. jangan marahh nahh..sebab tu sis bagi tajuk entry SIMPLE REVIEW. Maafkan sis...

"Movie superhero Captain Marvell merupakan movie superhero pertama hasil karya MCU (Marvell Cinematic Universe) yang mana pelakon utamanya adalah seorang wanita. Movie ini menceritakan kejadian sebelum terbentuknya Avengers. Capten Marvell adalah seorang bekas pilot wanita yang bernama Carol Danvers. Carol Danvers memiliki kekuatan setelah dia mengalami kemalangan ketika dia bergabung dalam sebuah misi pasukan luar angkasa yang bernama Starforce.
Di dalam movie ini juga ada menceritakan kisah lalu Capten Marvell saat masih bertugas sebagai pilot dan juga imbasan masa kecil Capten Marvell di tahun 90an." (sumber sinopsis dari bloghttps://www.sinopsisfilmterbaru.com/captain-marvel-2019.html  sis olah ke bahasa melayu sedikit yerr)

Tapi sis nak bagi pandangan juga lah sedikit pasal movie CM ni, kiranyer CM ni adalah cerita bermulanya kewujudan superhero2 seperti geng avanger tu. Itu je lah pandangan sis..heheh. Tak pandai sangat nak ulas movie ni..pandai tengok ajerrrrr...



Monday, March 4, 2019

~ A MEMORIES THAT BRING REGRET~

Salam Insaniah...
Sambungan entry sebelum (family day planning (karim generation))

Kenapa sis katakan nanti akan jadi penyesalan diri sendiri bila tak join program seperti ni??
Pernah beberapa tahun lepas..mungkin dalam tahun 2016, family kazen buat family day sebelah mama dorang (bapa kazen adalah adik no.4 bapa yg kami gelar pangah). Family day tu dijalankan di halaman rumah kazen, tak jauh juga dari rumah..lebih kurang berjiran lah juga sebab sekampung. Okay, nak dijadikan cerita...family sis pun ada join juga family day tu. Tapi sis tak dapat join sebab tak boleh nak cuti (masa tu sis masih kerja di sipitang). besar hati juga nak join sekali. Bila balik kampung je adalah mama dan kakak2 cerita aktiviti yang dilakukan masa family day tu. Memang best lah dengar..rasa rugi tak pergi sebab tu kali ni sis nak join sangat2. (nak cakap kat husband bagi balik cuti d kampung hehehe).

Dalam kegembiraan pasti ada kesedihan. Yes, few month after the family day, kami dengar khabar kakak sepupu sakit (awal tahun 2017) anak kepada pangah yang buat family day few month ago. Hajat hati nak ziarah sebab kakak sepupu masih berada di rumahnya (keluar masuk hospital dah). Tapi mungkin kesilapan dan kekesalan tu wujud sampai ke hari ni sebab selalu tangguh nak datang ziarah. Sehingga lah dapat khabar di kampung kakak sepupu dah admit di hospital QE (dah lama admit tapi kami yang stay di sipitang baru tahu)..dalam kedaan yang agak merunsingkan kesihatannya. Sis dan kakak sulung merancang nak pergi ziarah pada hujung minggu (sabtu) memandangkan hari khamis malam dapat berita.


Perancangan Allah tu tak ada siapa yang tahu. Malam jumaat kami dikhabarkan kakak sepupu akan di bedah..sis dalam hati minta doa semoga dipanjangkan usia kak uyah (kakak sepupu yg sakit). Sis try whatsapp sepupu yang sebaya dengan sis (adik arwak kak uyah) dengan niat nak tahu lebih lanjut keadaan kakak sepupu. Risau juga sebab plan esok nya nak ke KK ni pegi ziarah. Subuhnya sis dapat berita kakak sepupu dah tak ada..Allahu. Masa tu sis rasa macam...eh tak mungkin lah, kak uyah sihat lagi (last jumpa masa raya tahun 2016, kakak sepupu sihat sahaja pada pandangan mata kasar sis). Sis cakap dengan kakak sis..macam tak percaya je kak uyah dah xder. 😢😢

Lastly, plan nak ziarah ke QE tak jadi dan tukar plan balik kampung ziarah jenazah buat kali terakhir (sis dah siap2 minta cover kerja dengan kawan kalau2 anything happen in that case). Awal pagi gerak balik kampung. Ya Allah..masih tak percaya lagi ni nak ziarah jenazah arwah kak uyah. Macam mana nak percaya kehilangan seorang kakak sepupu yang happy go lucky, yang lantang suaranya..walaupun tak selalu jumpa tapi hubungan kami semua rapat layaknya sepupu. Last jumpa pun arwah masih sihat. Tapi tu semua hanya pandangan mata kasar sis..arwah dah lama sakit, cuma arwah kuat semangat dan akhirnya arwah tak mampu lagi dan tinggalkan keluarganya dan tinggalkan kami sepupu2 nya. AL-FATIHAH BUAT MU KAK UYAH. (sedih bila mengenang kembali kenangan waktu kecik bersama kak uyah).


Kesimpulan cerita sis ni boleh agak tak?? untung lah keluarga yang pernah join family day yang keluarga arwah adakan pada tahun 2016 (akhir tahun rasanya) sebab mereka telah mencipta kenangan terakhir bersama arwah. Kenangan yang gembira..walaupun ketika tu arwah sedang menahan kesakitan dalam diam Ini lah punca kenapa sis tersangat2 nak join family day yang akan di adakan hujung bulan mac ni. Sis nak cipta kenangan yang manis dan gembira untuk dikenang bersama semua keluarga yang ada. Sebab kita tak tahu bila masa kita akan tiba dan bila berakhirnya nafas kita. Maka, sis dengan ini akan minta izin dengan suami nak balik kampung untuk mencipta kenangan baru yang mungkin akan dikenang sampai akhir hayat.



terima kasih kerana membaca,,,walaupun syok sendiri tapi bercerita seperti ini juga merupakan terapi minda dan perasaan. Maaf cerita agak pendek dan mungkin ada yang kurang paham tapi niat sis bercerita adalah untuk kita menghargai saat bersama2 ahli keluarga.

~ FAMILY DAY PLANNING (KARIM GENERATION) ~

Assalammualaikum...
hari ini berjumpa lagi di alam maya..

Story hari ni sis dapat info dari group family sebelah bapa ada nak buat hari keluarga end of this month. Dah meeting semalam 03 mac 19 (ahad). Sebelum tu mama ada juga cerita tentang planning tersebut masa sis call tengahari semalam. Tapi family sis tak attend meeting tu sebab kazen lupa nak bagitau. Meeting dibuat di gerai babu katung (adik perempuan bapa no.3) di kg binsulok. Dan aktiviti akan dibuat di kawasan gerai tu nanti. Money collection akan dibuat untuk belanja makan dan minum sempena hari keluarga tu nanti..haaa mengikut apa yang sis paham dalam planning tu nanti lah. Pungutan duit bagi sis boleh lah..mampu lagi nak share. Untuk menjayakan program yang boleh mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga ni elok lah ringan2 kan tangan memberi. hehe

So, perkhabaran ni membuatkan hati sis terujaaaa sangat nak balik kampung..sis nak join jugaaaa family day nanti. Kalau lah jadi program ni ianya adalah yang pertama dibuat oleh keluarga besar sebelah bapa. Dan sebab tu sis rasa rugi pula kalau tak join sekali kannn..nanti pasti akan jadi penyesalan diri sendiri sebab tak join program. Sebab kita tak tahu bila lagi program seperti ni akan d buat memandangkan semua orang pun ada kerja nak dibuat. Kerja tu adalah tugas hakiki. Banyak lagi komitmen lain yang perlu dilaksanakan. Maka, sebab tu program hari keluarga ni sangat susah nak di laksanakan. Tambahan pula...ini lah masanya untuk saling mendekatkan diri sesama keluarga yang lain.


Program family day mengingatkan sis sesuatu yang membuat kan sis menyesal sebab tak melibatkan diri dalam aktiviti family day beberapa tahun yang lalu. Beruntung lah mereka yang join tu...terciptanya sebuah kenangan dengan seseorang yang telah meninggalkan kita. Sis akan cerita kenapa sis sehingga kini sedih kerana tak termasuk dalam memori indah yang mereka ciptakan sepanjang family day itu berlangsung.


kalau sudi nak terus membaca boleh lah tunggu sambungan cerita saya selepas ini...


Sunday, March 3, 2019

~ FAILURE OF RESOLUTION 18 ~

Assalammualaikum,,,

Haaa..baca title pun dah rasa down nak meulis ni huuhuu. But kena harus semangatttt mengg dah tahun 2019 dah. Takde benda yang nak dikesalkan pada tahun lepas. Apa yang berlaku baik ataupun buruk jadikan sahaja teladan dan pengajaran. Tahun ini perlu diharungi dengan rasa penuh redha dan ikhlas setiap apa yang dilakukan. Inshaallah. Dan, sis tahun ni takde nak set azam bagai, mana yang mampu sis tunaikan hajat tahun ni alhamdulillah. Yang tak terlaksana pasti akan ada masa nya suatu hari nanti.

Ok, nak cerita lah konon nyer tahun lepas 2018 azam nak kurus bagai. Tapi sis tak mampu... sis tak mampu menolak nasi dalam pemakanan sis. Yes ada yang kata makan nasi dalam portion sikit sahaja.. sis tak kenyang uolsss !!! pasti akamn tambah nasi selepas tu ataupun akan lapar lagi selepas beberapa jam. Sis memang tak boleh diet tanpa nasi dah sekarang. Kalau dulu sebelum kahwin sis boleh lagi disiplin sebab sis kerja. Kesibukan kerja boleh buat sis lupakan nasi. Dan makan makanan (buah-buahan) yang ada sahaja dan mudah didapati di gerai berdekatan untuk alas perut pagi dan tengahari. Sejak berkahwin dan dah tak kerja tambah2 lagi fulltime HS kan..takde sibuk mananyer. Tugas seorang isteri yang belum ada anak memang tak banyak kerja nak buat. Masa terluang terlalu banyak. Sepatutnya peluang untuk diet berkesan sangat tinggi. Namun ada beberapa aspek sis tak dapat nak buat untuk sesi menguruskan badan yang dah kembang semangkuk ni. First, like i said before..tak boleh dah tolak nasi sebab since u dah tak amalkan diet tolak nasi ni memang akan sukar dan payah sangat2 nak kembali ke pangkal jalan (back to diet plan). Dah alang2 sis jauh menyelam ke laut sejak kahwin ni..sis dah totaly lupa apa itu diet tanpa nasi. So, pilihan lain selain diet tolak nasi adalah merajinkan diri melakukan exercise agar badan sihat dan cergas. Tapi, ok ada tapi yeeerr.. nak kata kemudahan tu memang ada, tinggal nak pergi je ke tempat tersebut (gym, taman permainan yg ada fasiliti). Masalah utama adalah, MALAS. Bila dah malas nak exercise memang takde apa yang boleh bantu..takde dah istilah istiqomah. Memang tak boleh nak buat. Sokongan dari suami memang ada cuma sis terlalu ikut rasa malas. Lebih rela duk dalam rumah. Tapi dah nak 2 tahun stay sini sis insaf sangat dah..hehe. Kesimpulan nya, azam nak kurus pada tahun lepas memang tak menjadi.

Tahun lepas juga sis ada share keinginan sis dan suami nak ada baby.. tapi Allah adalah sebaik2 perancang dan weols redha dan terima jika belum masanya untuk dikurniakan rezeki. Azam yang ini tak kan pernah diunlistkan selagi belum terrrtunaikan. InShaALLAH..

selamat membaca sahabat alam maya..

~ HAPPY NEW YEAR 2019 ~

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, dah masuk bulan Mac di tahun 2019. Agak lewat untuk sis mengucapkan selamat tahun baru 2019 😃. Setelah setahun (since januari 2018) tak membuka blog, dan hari ni baru nak masuk melawat hehehe.  kalau blog ni nampak nyata pasti dah berhabuk tebal. Nampak gayanya apa yang sis katakan di entry last tahun lepas tak tertunaikan..susah sangat nak simpan masa untuk berblogging. Nak kata sibuk memang tak lah.. iols is housewife fulltime. Cuma tu lah..masalah sis sebagai fulltime HS ni nak buka blog memang rasa leceh, walaupun hanya perlu on computer dan log in. Semudah ABC je uols. Tapi bagi sis nak buka PC memang kena ada mood rajin tahap ke langit. Kalau takde mood jangan kan nak pegang, tengok pun xde nyer. Macam tak wujud je PC tu gamaknye. hahaha.

Now, eh tetiba datang rajin tu kannn.ececehh. Sebab sis tengah online di PC nak search tempat2 menarik yang ada kat Tanjung Malim. Sebenarnya kebetulan je ni tetiba terasa nak buka blog sebab sis terbuka blog somebody yang share about hiking place available at TM. Blog beliau sangat cantik, then sis pun teruja nak membaca sharing dari blog beliau. Ok, that is the point why im here..BLOG CIK AMENG. Ok di sini sis nak buat pembetulan title blog ni..actually sis bukan 'CIK' lagi..sis dah selamat di 'puan' kan oleh ayahanda sis sejak 2017 lagi. Cuma sis tak berkesempatan nak menukar title blog ini (like what i said just now, perlu mood untuk buka blog).

Untuk entry kali ini mungkin agak panjang sis berbicara. Sis cuba baca kembali entry blog sis sebelum2 ni..hurmmm agak semangat bila mula buka blog, tapi akhirnya entry tersebut fullstop kat situ jerr. Dan kejadiannya dalam setahun hanya satu entry sahaja sis mampu publishkan. Sis perasan tebiat ini bermula sejak tahun 2014. dari berberapa entry menjadi satu entry setiap tahun. Nampaknya semakin tahun semakin malas yeee. Dan kali ni sis taknak terlalu semangat..sekiranya ada kerajinan, inshaallah sis akan berada di sini dan akan publish beberapa entry untuk tahun ni (atau the next year).

Ok lah..sis taknak buat terlalu panjang..nanti akan rasa bosan pula. Sis bercadang mahu menyambung idea yang ada dalam fikiran sis ni di next entry. Idea ni datang bila sis baca kembali entry pada last year 2018. Banyak cantekkkk buat azam tahun baruu.. tapi lain yang diazamkan lain yang jadi. So, sis akan huraikan kenapa azam tahun 2018 sis tak seperti yang diharapkan. hehe..

Jumpa next entry...sahabat alam maya..