Tuesday, January 21, 2020

~ INFLUENZA H1N1 ???? ~

Assalammualaikum...

Jumpa lagi di entri terbaru sis..sebenarnya sis dan suami kurang sihat..selsema menyerang dengan jayanya. Batuk, bersin, berhingus dan segala gejala2 selsema tu ada. Batuk lah yang paling kuat menyerang...siang malam batuk memanjang. Bangun pagi batuk..time makan pun batuk. Apa lagi bila malam time nak tido, gatal leher yaaa ampunnn..rasa nak terkeluar segala anak tekak rasanya. Sis sampai batuk terkencing-kencing  [jangan gelakkan sis ehhh..awass ! :p ]. Dah terpaksa sis guna pad seharian...dah bazir kat situ..emmmm. Laki sis pula sama juga,,pagi batuk, nak tido pun batuk..kasiannn..dua-dua pun batuk nak tolong satu sama lain pun tak larat sisssssss. Pegi hospital pun dapat ubat yang sama. Tapi paling kuat minum ubat batuk sis lah...huhu. Sebab kan ubat batuk tu bagi kesan mengantuk..so, sis senang je nak tido malam [selalu memang lewat tido sebab tak dapat tido..mata segar bugar daaaaa..]. Ubat batuk laki pun sis rembat hahhh.

Alkisahnya, dah rasa tak berapa sihat ni risau juga dengan masalah penularan virus INFLUENZA H1N1 yang sedang berlaku sekarang ni. Tapi syukur alhamdulillah gejala2 yang kami laki bini alami tidak lah menyerupai gejala2 virus influenza hini yang diuar2kan oleh Kementerian Kesihatan. Kami hanya mengalami selsema biasa sahaja. Walau bagaimanapun. tak bolehlah kita mengambil mudah sahaja tentang permasalahan ni kan. Kerana virus ni mudah berjangkit, lebih2 lagi jika antibody tidak kuat. Bahaya untuk kanak-kanak kecil mahupun kita yang dewasa ni dan juga warga emas.

Sebelum sis memanjangkan lagi tentang influenza h1n1 ni, sis nak kongsikan beberapa fakta yang sis dapat dari sumber rasmi kementerian kesihatan.

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Di atas tu sedikit fakta yang sis ambil dari web kementerian kesihatan. Untuk mengetahui cara mencegah dan gejala2 influenza h1n1 ini boleh klik link yang sis sertakan dibawah.


Pada kawan2 diluar yang mengalami selsema yang berpanjangan samada anak2 atau ibu bapa bolehlah jangan takut untuk buat pemeriksaan lebih lanjut untuk memastikan yang u ols berada dalam zon selamat. Kita boleh mencegah daripada dijangkiti jika kita semua ada kesedaran yang tinggi tentang masalah ini.

Selamat membaca...

Sunday, January 5, 2020

~HAPPY NEW YEAR 2020~

Assalammualaikum... 2020 !!!!

Tak sangka betul sempat juga kita menuju ke wawasan 2020 yang macam lagu sekolah yang kita nyanyi setiap hari isnin waktu perhimpunan hehehe. Baiklah, almaklum kita semua dah bearda d zaman wawasan 2020 ni so, mari kita flashback kembali lirik lagu wawasan 2020 yang dulu selalu je kita nyanyi kat sekolah kan...

LIRIK LAGU WAWASAN 2020

Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara gagah
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Tekad berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah sehara-sehala
Dengan wawasan yang suci

Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa dirasai
Bersama kita nikmati

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan


Haaaa..itulah dia lirik lagu wawasan 2020 yang penuh dengan lirik yang memberi semangat. Macam-macam yang PM kita rancang di tahun 2020 ni pada suatu ketika dulu. Antaranya isu yang sedang tular sekarang ni iaitu 'kereta terbang'. Kalau dulu diwar-warkan tahun 2020 kereta dah boleh terbang dah. Dah boleh elakkan jem jalan raya konon nya. Tapi hakikatnya yang kita nampak sekarang di era awal tahun 2020 ni jangankan kereta,basikal pun belum ada yang terbang lagi.

Memang tidak kita nafikan ura-ura yang didengar sebelum menjelangnya 2020 bahawa sudah ada dilakukan ujipandu kereta terbang pada akhir tahun 2019 lepas(tapi sis tak pasti siapa yang buat ujipandu tersebut). Tapi isu itu tidak dinyatakan hasil ujian yang dilakukan (mungkin ada, sis pun tidak pasti), sama ada berjaya atau sebaliknya. Walau bagaimana pun, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya haruslah memberikan kritikan positif kepada perkembangan dan pembangunan infrastruktur serta mana-mana idealisasi yang diketengahkan oleh pemimpin kita.

Sokongan kita sebagai rakyat amat diperlukan oleh negara untuk lebih maju dalam membangunkan negara kita ke arah kemodenan alaf baru atau lebih dikenali sebagai 'negara dunia ke-tiga'. Seperti yang kita tahu, negara Malaysia ni agak sedikit ketinggalan dibelakang daripada gerakan pembangunan negara dunia ke-tiga. Di mana kesilapan nya kita sebagai rakyat pun tidak pasti kerana kesibukan rakyat dalam menjalani kehidupan harian demi kelangsungan hidup sehingga kita tidak memikirkan keperluan sebuah negara untuk membangun lebih maju . Malahan Pemimpin-pemimpin yang berkaitan pun sibuk dengan perkara-perkara yang lebih memberikan kepentingan peribadi kepada mereka.

Wawasan 2020 kini di sini..kita berada di tahun 2020. Sepatutnya tahun ni kita sudah boleh melopong mulut dengan kecanggihan dan kemodenan yang akan kita nikmati ditahun 2020 ini. Tapi, apa yang kita lihat dan dapati di tahun 2020 ni ??? tepuk dada tanya selera...

Walau bagaimanapun, jangan sesekali kita memandang rendah terhadap negara kita Malaysia. Walau ketinggalan dibelakang kita harus berusaha membantu keupayaan negara agar terus menjana ke arah 'negara dunia ke-tiga'. Bukan rakyat sahaja, tetapi para pemimpin juga haruslah bergiat aktif selari dengan usaha rakyat demi melaksanakan visi dan misi 'negara dunia ke-tiga'.

Justeru itu, kita rakyat Malaysia perlulah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memastikan kelancaran visi dan misi negara ke arah kemajuan yang setara.

Sekian,
terima kasih kerana sudi membaca blog sis... :)
Semoga di tahun baru 2020 ini kita akan lebih bersemangat untuk memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan sahsiah diri.
wassalam...