Tuesday, September 29, 2020

~GENAP SEBULAN DI KAMPUNG HALAMAN : Kg.Palu-Palu Kuala Penyu ~

 Assalammualaikum...

Wah lama tak update blog..hehe. Last update June rasanya.. sekarang ni sis ada kat kampung, balik kampung lama kali ni sebab suami kursus dua bulan di Johor. Bulan 12 nanti baru sis balik Slim River. Puas hati kali ni..3 bulan duk kampung, ada mama, bapa, anak2 buah..walaupun penat lebih kat kampung tapi rasa bahagia bila dekat dengan keluarga..tambah lagi dengan suasana kampung yang indah, fresh sangat. Terima kasih Ya Allah untuk kesempatan ini....

Tapi kannn..dalam kegembiraan berada di kampung, hati ni rindu pada suami, huhu. Sepanjang 3 tahun kawin, ni kali kedua berjauhan dengan suami..walaupun dua bulan sahaja. Ada pasangan lain yang dah biasa LDR bagi mereka mungkin sedikit mudah untuk jalani rutin harian tanpa suami di sisi. Alhamdulillah semoga Allah tetapkan hati pasangan kita untuk tetap ingat pada kita. Aamiin... 

Date dah nak masuk bulan oktober, bermakna dah sebulan berberapa hari sis dikampung. Kebetulan PRN dibuat bulan september jadi sempat lah sis mengundi, hehe. Di kampung banyak kerja sis buat, bantu bapa dan mama..memasak untuk makan tengahari dan malam, tolong bapa buat kerja kasar dan berat..yang mana sis mampu tenaga nak tolong sis akan tolong. Penat memeang penat tapi semua yang sis buat dengan mama dan bapa akan jadi ingatan teristimewa buat sis. Nanti hujung tahun dah nak balik Slim dah, demam rindu kat family di kampung sudah pasti. InshaAllah raya puasa nanti kalau panjang umur baru dapat balik kampung lagi.

Oktober ni pula giliran balik rumah mentua di Kampung Berangkok..tak jauh..1 daerah ja dengan kampung sis..20 minit sampai rumah mentua..haha. Adik ipar pun dah balik dari UMS, jadinya ada lah teman sis d rumah sana nanti..maklumlah adik ipar perempuan sorang ja, lagi 2 orang lelaki. Bulan 11 nanti baru sis balik rumah palu-palu pula sampai lah tunggu suami balik kampung bercuti.

Okay, jumpa lagi di lain entri..stay safe alls..


wassalam