Thursday, October 14, 2021

~RENTAS NEGERI IS ALLOWED !!! : SABAH Tunggu Kami Pulang !! ~

 Assalammualaikum...

Selamat hari merentas negeri semua rakyat Malaysia..hehehe. Happy tak tu?? sis is soooo happy. Dah boleh terbang balik kampungku nun disana Kuala Penyu Sabah. PM dah umumkan jumaat lepas 8hb okt yang lalu bahawa bermula 11 okt  rentas negeri dah dibenarkan tanpa surat kebenaran dari balai polis, cuma perlu swab test kendiri menggunakan c19 test kit yang ada dijual di farmasi. Harga dalam rm19.90 harga tetap ye...marilah kita sama-sama menunaikan tanggungjawab atas dasar membendung penularan yang lebih tinggi dan peningkatan kes tahap kritikal. Seeloknya kita elak daripada merawat. Ingat lah orang2 yang kita sayang.

Insya Allah hujung tahun ni sis dan husband nak balik kampung, memandangkan Sabah baru buka sempadan negeri pada 1 Nov nanti untuk menerima kemasukkan orang luar ke Sabah. Mudah-mudahan kepulangan kami ke kampung nanti tiada membawa penyakit, lagi sebulan lebih lagi..happynyaaaa.,dah terbayang wajah2 orang tersayang di kampung, pokok bunga pun sis dah terbayang hehe. Walaupun kat rumah sini sis ada tanam pokok bunga daun tapi tak banyak macam di kampung, di rumah kampung banyakkk sangat pokok bunga daun yang mama sis, kakak sis dan sis share tanam..kongsi hobi sama-sama.seronok tau..macam dah jadi tempat lepaskan tension bila stress dengan keadaan yg merimaskan..tengok je pokok bunga belai-belai terus hilang rasa tension tu huhuhu. 

Pokok bunga daun sis di rumah sini sis tak berapa nak jaga sebab tak semangat lah kalau takde teman nak membelai bunga sama-sama. Macam kat rumah kampung sis ada mama sis teman belai bunga hahaha, borak pasal bunga walaupun kami bukan expert pun pasal bunga. Sama-sama kecewa kalau bunga mati huhu. Tapi sis berterima kasih sangat kat husband sis sebab dia yang banyak bantu siram pokok bunga sis setiap pagi. Kadang2 je sis keluar rumah dan siram Pokok bunga, selalunya sis keluar rumah hanya sebelah petang utntuk melawat keadaan pokok bunga dan siram. Ni nanti nak balik kampung ni kena fikir macam mana dengan pokok-pokok sis ni nanti. Plan nak minta aunty jiran sebelah tolong siramkan selama kitaorang takde..harap2lah aunty sebelah ni nak tolong..kita bagilah saguhati sikit nanti huhu..kan guna air dia kira bayar lah air dia tu kan dengan upah siram sekali. Lagipun aunty sebelah ni rajin siram pokok depan rumah dia tu tiap pagi apa salahnya tolong siram sekali pokok sis kan hehe..stop sini cerita bunga ye.

Sis dah siap siaga ye dengan plan awal nanti sampai rumah kampung je we ols mandi dulu bersihkan badan baru masuk rumah dan peluk mama dan bapa kami..hilangkan dulu ksegala benda yang melekat dekat baju ke seluar ke tudung, kulit expecially..baru lah kita berani nak peluk ahli keluarga yang tersayang. Dah macam-macam yang terbayang dalam kepala otak ni, nak holiday bagai ngan family, jalan2 bawa anak2 ribena sis..sis nak anak2 ribena happy dapat keluar tengok dunia setelah lama terperap dalam kepompong sejak c19 menyerang. Walaupun sis raya tu dah balik kampung sebulan tapi sis rinduuuuuu lagi ngan kampung. Hari tu masa kat kampung tak sempat melawat pantai..lagipun time to sis struggle dengan emosi dalaman sebab keguguran..sis secara total takde mood raya langsung, raya dengan family mentua pun sis banyak diamkan diri..tak banyak buka mulut, tak ringan mulut nak sembang2..maafkan sis saudara mara sekelian..insya Allah panjang umur raya tahun depan sis happy2 okay

Cerita nak balik kampun je pun dah panjang cerita ke pokok bunga dan raya pulak dah. Kita excited sebab dapat balik kampung dengan husband tahun ni..sebelum ni sejak c19 kita balik asing..kali ni husband dapat cuti lama sikit so kita habiskan cuti tu dekat kampung. Kesian dekat husband sis sebab dah lama tak balik kampung..Raya pundia tak dapat balik. Kali ni kita bawak husband bercuti di pulau. Pulau apa? nanti kita cerita pulau apa ye..tunggu balik darikampung nanti huung tahun,,hehe.

Doakan semoga plan kami berjalan dengan lancar dan dipermudahkan nanti.