Sunday, January 5, 2020

~HAPPY NEW YEAR 2020~

Assalammualaikum... 2020 !!!!

Tak sangka betul sempat juga kita menuju ke wawasan 2020 yang macam lagu sekolah yang kita nyanyi setiap hari isnin waktu perhimpunan hehehe. Baiklah, almaklum kita semua dah bearda d zaman wawasan 2020 ni so, mari kita flashback kembali lirik lagu wawasan 2020 yang dulu selalu je kita nyanyi kat sekolah kan...

LIRIK LAGU WAWASAN 2020

Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara gagah
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Tekad berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah sehara-sehala
Dengan wawasan yang suci

Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa dirasai
Bersama kita nikmati

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan


Haaaa..itulah dia lirik lagu wawasan 2020 yang penuh dengan lirik yang memberi semangat. Macam-macam yang PM kita rancang di tahun 2020 ni pada suatu ketika dulu. Antaranya isu yang sedang tular sekarang ni iaitu 'kereta terbang'. Kalau dulu diwar-warkan tahun 2020 kereta dah boleh terbang dah. Dah boleh elakkan jem jalan raya konon nya. Tapi hakikatnya yang kita nampak sekarang di era awal tahun 2020 ni jangankan kereta,basikal pun belum ada yang terbang lagi.

Memang tidak kita nafikan ura-ura yang didengar sebelum menjelangnya 2020 bahawa sudah ada dilakukan ujipandu kereta terbang pada akhir tahun 2019 lepas(tapi sis tak pasti siapa yang buat ujipandu tersebut). Tapi isu itu tidak dinyatakan hasil ujian yang dilakukan (mungkin ada, sis pun tidak pasti), sama ada berjaya atau sebaliknya. Walau bagaimana pun, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya haruslah memberikan kritikan positif kepada perkembangan dan pembangunan infrastruktur serta mana-mana idealisasi yang diketengahkan oleh pemimpin kita.

Sokongan kita sebagai rakyat amat diperlukan oleh negara untuk lebih maju dalam membangunkan negara kita ke arah kemodenan alaf baru atau lebih dikenali sebagai 'negara dunia ke-tiga'. Seperti yang kita tahu, negara Malaysia ni agak sedikit ketinggalan dibelakang daripada gerakan pembangunan negara dunia ke-tiga. Di mana kesilapan nya kita sebagai rakyat pun tidak pasti kerana kesibukan rakyat dalam menjalani kehidupan harian demi kelangsungan hidup sehingga kita tidak memikirkan keperluan sebuah negara untuk membangun lebih maju . Malahan Pemimpin-pemimpin yang berkaitan pun sibuk dengan perkara-perkara yang lebih memberikan kepentingan peribadi kepada mereka.

Wawasan 2020 kini di sini..kita berada di tahun 2020. Sepatutnya tahun ni kita sudah boleh melopong mulut dengan kecanggihan dan kemodenan yang akan kita nikmati ditahun 2020 ini. Tapi, apa yang kita lihat dan dapati di tahun 2020 ni ??? tepuk dada tanya selera...

Walau bagaimanapun, jangan sesekali kita memandang rendah terhadap negara kita Malaysia. Walau ketinggalan dibelakang kita harus berusaha membantu keupayaan negara agar terus menjana ke arah 'negara dunia ke-tiga'. Bukan rakyat sahaja, tetapi para pemimpin juga haruslah bergiat aktif selari dengan usaha rakyat demi melaksanakan visi dan misi 'negara dunia ke-tiga'.

Justeru itu, kita rakyat Malaysia perlulah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memastikan kelancaran visi dan misi negara ke arah kemajuan yang setara.

Sekian,
terima kasih kerana sudi membaca blog sis... :)
Semoga di tahun baru 2020 ini kita akan lebih bersemangat untuk memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan sahsiah diri.
wassalam...




No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)