Saturday, July 27, 2019

~TANDA-TANDA SUAMI RASA RENDAH DIRI DENGAN ISTERI~

Sumber Artikel Dari : majalah wanita (nota untuk isteri) bil; 1814
Susunan @Olahan : -
(Dr. Syed Yusainee Yahya
Promind Training And Consultation
promindtc@gmail.com)
Kredit Gambar : -
Nota Dari Blogger :
sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk kita sama2 menambah ilmu pengetahuan. Untuk lebih banyak info2 yang berguna disarankan anda semua mendapatkan majalah mingguan wanita. sama2 kita sokong majalah mingguan wanita. terima kasih.



Kita semua dalam beberapa keadaan tertentu pernah merasa 'rendah diri'. Kita mungkin pernah terdetik dalam hati merasa begitu kerana rupa paras, tahap pendidikan, pangkat dalam kerjaya dan sebagainya.

Ini semua perasaan normal asalkan berada pada tahap yang terkawal. Sekarang cuba anda lihat sekeliling dengan fikiran terbuka. Dengan kejayaan wanita hari ini berapa ramaikah rakan-rakan atau mungkin anda sendiri yang berkahwin dengan lelaki yang dikatakan 'tidak sekufu'.

Contohnya tahap pendidikan anda lebih tinggi. Pendapatan bulanan anda lebih besar. Kepimpinan anda dalam keluarga lebih menonjol sehingga anak-anak lebih banyak bertanya kepada anda berbanding ayah mereka.

Untuk menjadikan cerita lebih sedap, anda diberitahu orang lelaki ini egonya tinggi. Anda tidak rasa suami anda begitu. Dia banyak mengalah dan menurut kata. Anda rasa begitu sebab anda tidak nampak tanda-tanda rasa rendah diri pada dirinya itu. Jangan begitu. Lelaki tetap lelaki. Ego kami tinggi dan tidak boleh ditukar ganti. Inilah yang akan saya kongsikan. Kenali tanda-tanda rendah diri suami supaya tahu apa yang perlu dibuat untuk melegakannya.

Pertama sekali jangan terlalu seronok apabila suami hanya menurut apa sahaja yang  anda kata.
" Tak apalah, awak belajar lagi tinggi tentu awak lebih tahu hal ini "
" Saya tak kisah jenis sofa yang awak tiba-tiba awak beli tu. Itukan guna duit awak!"

EGO LELAKI
Sekiranya ayat-ayat seumpama ini selalu annda dengar, itu bukan tanda dia seronok dengan apa yang berlaku. Ini bukan tanda dia mengalah dengan anda. Ini adalah tanda dia merasa rendah diri. Seperti saya katakan tadi ego lelaki adalah tinggi. Biar jatuh tertiarap tetapi misai jangan kena ke tanah. Dia sangat tertekan kerana tidak percaya yang dia tidak perlukan ijazah dari Universiti atau gaji puluhan ribu untuk membuat keputusan matang sebagai suami.
Suami yang berterusan merendahkan diri sendiri bukan tanda suami yang sedang teda pada isterinya. Ada suatu ruang sunyi dalam hatinya yang kosong yang tidak pernah anda sampai. Ruang itu sangat rapuh dan jika anda tidak berhati-hati ruang itu pasti pecah suatu hari nanti.

CEMBURU
Ada seorang rakan sama kelas dengan saya semasa di sekolah menengah dahulu. Kira dulu memang 'ratu' sekolah. Baru-baru ini dia berkahwin semula setelah dia bertanya macam-macam hal dengan saya secara profesional. Dia sedang bahagia sekarang. Alhamdulillah.
Cuma dia ada berkata yang suaminya agak kerap bertanya tentang pergerakannya dan tidak seperti suami dahulu. Semua itu agak merimaskan kerana sebagai wanita bekerjaya korporat dia perlu mempunyai rangkaian sosial yang besar.
Dia rasa dia tahu kenapa suaminya bersikap begitu tetapi tetap bertanta pendapat saya adakah itu semua normal?
Ya, itu jawapan saya dengan ringkas dan padat. Cemburu itu ada dua makna. Pertama ; cemburu tanda sayang yang teramat sangat. Kedua ; cemburu kerana rasa rendah diri yang kuat. Saya katakan walau apa pun sebab cemburu itu timbul, sebagai suami dia ada hak untuk merasa begitu. Oleh itu kebijaksanaan menyesuaikan diri dengan suami begitu adalah kemahiran yang perlu cepat dia kuasai.

Lelaki ini memang ada ego. Jangan merungut atau mengharap suatu hari nanti tiba-tiba ego suami anda itu hilang. Percayalah anda sebagai isteri tidak suka suami yang tidak ada ego. Apabila dia merasa dirinya rendah dalam banyak perkara berbanding anda maka sistem pertahanan egonya akan diaktifkan secara automatik.

Sebagai lelaki dia perlu merasa lebih tinggi, lebih betul dan lebih bijak dari anda. Apa yang berlaku ialah dia akan mengkritik anda dari sudut yang dia rasa anda tidak betul. Memang  kita pelukan komen atau pandangan untuk menambah baik diri tetapi ini berbeza
" Awak ni harap belajar saja tinggi tapi bila masak, kembang tekak nak telan!",
" Memang lah itu duit awak tapi tanyalah saya dulu sebelum beli!"

Isteri perlu cepat sedar keadaan ini. Rasa rendah diri pada suami boleh menukar sifat mereja menjadi sesorang yang sangat menduga kesabaran anda. Fahamilah dia. Fahami yang bukan sebutan dimulut tetapi kunjungilah ruang sunyi yang berada jauh di dalam lubuk  hatinya. Di situlah baru anda boleh faham suami anda itu.

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)