Monday, August 30, 2021

~ UPDATE SIDE EFFECT OF DOSE 2 PFIZER VACCINATED: Worst Then 1st Dose ~

 Assalammualaikum...

Sihat kah para pembaca blog ku?? (ada ke juga hekhek). Alhamdulillah, masih bernafas lagi kita pada hari ini..esok tak pasti lagi..kalau esok sis dah takde,mohon sedekahkan al-fatihah buat diri ini.Mati itu pasti ye kawan2..tapi bila masanya itu rahsia Allah. 


Menulis di blog ni kena tengok and ada mood..macam sis lah,,payah nau nak cari mood tu..tapi tahun ni boleh tahan banyak entri sis buat..huhu. taktau kenapa tahun ni agak ber'mood' nak menulis..mungkin laptop baru sembuh agaknya.


Hari ni 30 ogos 2021 (isnin)..5 hari selepas divaksin.Sebelum ni dah sharekan side effect sehari selepas vaksin. Hari ni dah 5 hari berlalu...alhamdulillah masih sihat walaupun hari ketiga dan keempat(semalam) rasa agak kurang sihat,badan rasa ngilu2 nak demam..pegang badan sendiri pun rasa ngilu jeee..berlarutan sampai semalam. Sis makan lah panadol untuk elakkan rasa nak demam tu melarat makin jadi pulak. Pendek kata, hari pertama sampai hari ke5 ni masih terasa pening2 tu..hari ke 5 ni rasa nak demam tu macam dah takde..harap2 lah sampai ke malam takde. Berbanding dose 1 tempoh hari side effect dia tak lah sampai makan panadol3 kali...sekali je makan masa balik dari PPV masa tu. Kiranya dose kedua ni kesan dia pada sis agak berbeza sedikit..agak terasa gitu kesan dia. Harap2 esok sis dah tak rasa pening2 bagai lah...


Worst then 1st dose tu tak lah bermaksud dose dua ni rasa teruk sangat side effect dia,,sis maksudkan lebih terasa side effect nya berbanding dose 1..dose 1 sis tak rasa nak demam pun, ngilu2 badan tu takde pun..tak sampai 5hari pun rasa pening. Yang dose 2 ni lain matciam sikit pembawaan dia..hekhek. Tapi sis bersyukur kesan dose 2 ni tidak sampai memudaratkan kesihatan sis..alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)