Monday, August 30, 2021

~ DIABETIS : Doc Larang Hamil~

 Assalammualaikum...

Dah mood nak menulis marilah sis taburkan sisa2 cerita yang masih tinggal dalam kepala hotak sis ni. Okay. mungkin sis ada cerita sedikit sebelum ni tentang penyakit sis. Ss ada kencing manis..baru detect pertengahan bulan julai lalu masa buat pemeriksaan perut, doc minta cek gula dalam darah..yang kena cucuk jari tu nakkeluarkan sikit darah dihujung jari. Dapat result yang agak menakutkan ye..melepasi tahap (borderline). Masa tu cek time xpuasa sebab cek secara mengejut. Lepas tu doc suruh amik darah pada next week nya (puasa) dan appt doc 2weeks selepas amik darah tu. 1st appt, sebelum jumpa doc, doc suruh cek gula lagi result gula agak tinggi..8.5..result darah yg d ambik sebelum ni 7.3. Masih tinggi. Doc nyatakan yang sis adakencing manis dan kena makan ubat untuk turungkan bacaan gula dalam darah. Selain kencing manis, ada berberapa masalah lain turut dinyatakan tapi agak ringan berbanding kencing manis. 


Seterusnya, amik darah lagi 2weeks..appt doc 2weeks lepas amik darah. Itu lah appt kedua sis..sepanjang masa sebelum amik darah sis jaga makan, suku2 separuh gitu, air pun x minum dah yang manis2..langsung tak minum walau setitik pun huhu. Sis banyak minum air kosong, 2.8l sehari..kadang lebih sikit. Lepas amik darah,kena tunggu 2week lagi untuk appt doc. Still jaga makan sebab sis tau nanti jumpa doc mesti kena cek gula lagi..hekhek.

26.08.2021 (khamis-sama tarikh amik vaksin) appt kedua sis..sebelum jumpa doc kena cek gula dulu dapat result 6.5 (x puasa). Jumpa doc, result gula yang amik 2weeks lepas dah turun 4.0. Tapi doc kata saya kena makan teruskan makan ubat kencing manis..dan kena makan sekali dengan ubat kolesterol..tapi oleh sebab sis merancang untuk hamil maka doc pakar di panggil untuk bagi mukadimah sikit dekat sis haha...dan doc pakar tak bagi pun ubat kolesterol. Panjang ceramah doc kenapa x boleh makan ubat kolesterol kalau nak hamil. Then, doc nasihatkan jangan hamil dulu buat sementara waktu selagi kencing manis tak turun..walaupun tak hilang terus tapi kena turun kan bacaan gula dalam darah. Effect kencing manis untuk ibu mnmengandung sangat bahaya ntuk baby dan ibu.


Selain tu sis kena turunkan berat badan..sebulan ni sis baru turun 1kg hahaha..kalau sis jaga makan dan buat senaman ungkin turun bnyak tapi sis just jaga makan je. Doc pakar tak sarankan sis untuk merancang hamil. Sis kena maklumkan doc sekiranya sis hamil dalam masa terdekat sebab selain ubat kencing manis. sis juga makan ubat arah tinggi utntuk pulihkan balik buah pinggang sis. Ubat darah tinggi tu sama macam ubat kolesterol, ibu hamil tak boleh makan ubat tu..so sis kena maklum kan doc kalau sis hamil. sis memang nak nak nak sangat hamil selepas 4tahun berusaha. Sekiranya ada rezeki sis hamil pada masa yang tak sesuai ini sis redha, sis akan jaga kandungan sis sebaik2 nya. Sis tak akan stop berusaha walau dalam keadaan sekarang ni yang tak mengizinkan seperti apa yang doc cadangkan. Doakan sis...

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)