Friday, February 21, 2020

~Gigi Bongsu : Bedah Gusi !!! ~

Assalammualaikum...

Jumpa lagi kita di bulan februari ini. heeeee. Terima kasih Allah untuk nikmat udara yang Kau kurniakan kepada kami hamba Mu yang hina ini.

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah

Haaa..ni story Januari lepas jugak, masa cek gigi terus ambik result TB kan haaa (baca entri https://amengamit.blogspot.com/2020/02/batuk-biasa-atau-tb-alhamdulillah.html#links ). Sis nak cabut gigi bongsu sebab dah pecah dan lubang dah besar. Tak nak sakit gigi sebab tu nak let go gigi tu cepat2 hahahahahaa. Tapi frust lah Dentis kata tak boleh cabut time tu juga..sebab gigi bongsu tu tertutup dengan gusi, kena bedah gusi baru dapat cabut. Seram pulak kite. Hairan betul gigi bongsu ni, umur dah meningkat macam ni nak juga tumbuh lagi. Kalau tak menyusahkan takpe juga. Dah tu tumbuhnya macam hidup segan mati tak mahu. Sakit pulak hati kite yee. Alkisahnya kena tunggu 24 Februari (isnin depan ni) ni pulak untuk prosedur bedah gusi untuk buang gigi tuuu. Lama juga lah sis tunggu...sebulan lebih gitu. Harap2 dalam tempoh tu gigi ni tak lah sakit. Terpaksa lah sis rajin2 cover lubang gigi dengan kapas bersih supaya tak masuk sisa2 makanan dalam tu kan. Kalau termasuk kompom tak selesa sissss.

Nervous pulak sis menunggu isnin ni nak buang gigi..alahaiiiii. Laki kata sakit dalam 3 4 hari juga nak hilang sakit lepas bius tu. Mau tak gundah gulana jiwa i. Yelah laki dah pernah buat bedah gusi untuk mudahkan proses cabut gigi. Dia masalah gigi bongsu jugak. Entah lah gigi bongsu ni, tumbuh kat mana2 je dia suka, pastu menyusahkan orang. nyampah !!

Sis takut yang part jarum bius tu..walaupun dah banyak kali juga kena sebab dah banyak kali buang gigi kat belah dalam yee bukan yang belah depan tu (kau jangan kata aku rongak pulak..awasss!!). Pastu nak tanggung sakit lepas habis kesan bius tu lagi lahhh nak difikirkan..aduhhhh. Tapi kalau sis tak buat sampai bila nak tanggung gigi yang tunggu masa je nak serang kau dengan kesakitan yang amat kannnnn? Semua manusia kat bumi ni tahu lah sakit gigi adalah nombor 2 tahap paling sakit didunia selepas sakit melahirkan anak. Maka sis kena buat jugak !! kena buang jugak !! untuk elak tanggung sakit kemudian hari takpe lah kalau sekadar sakit 3 4 hari lepas buang tu kan. Ape de halllll...grrrrr

Sekian saja coretan rasa hati sis pada waktu ini...uwaaaaaaa..takotttt

Pesanan sis pada yang sudi baca story sis ni, sila buang gigi anda yang menyusahkan itu..jangan tunggu dah sakit baru nak buang ye..ingat tu !! byeee... assalammualaikum

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)