Tuesday, June 2, 2020

~PerakTour : Hotspring Sungai Klah Sungkai ~

Assalammualaikum,
Hari ni sis berkongsi lawatan suka2 ke Hotspring Sungai Klah Sungkai Perak.

Lokasi : Hot Springs Sg.Klah Sungkai Perak
Tahun ; 2017
Entrance fee : Rm15//person (adult)
(untuk kanak2 tak pasti harga tiket sebab kami tak bawa kanak2)

NO FOOD ALLOWED !!
(makanan simpan dulu dalam kereta, keluar nanti boleh makan di taman yang ada disediakan tempat duduk dan bersantai.)

jalan masuk ke kawasan FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS
SG.KLAH

Nak ke sini ambil masa 40 minit dari Slim River..masa ni kami laki bini takde kereta lagi, masih pakai moto. Maklum lah si bini baru je sampai semenanjung, laki pon ajak lah jalan2 di area terdekat je. Dah lah masa balik dari sungai klah ni hujan renyai2..memori sangat masa ni, Terima kasih suamiku sentiasa buat yang terbaik untuk binimu. Semoga Allah sentiasa melindungi mu.

with my love

ada signboard besar di pintu. Hot springs Sungai Klah ni juga termasuk dalam kategori taman rekriasi, dalam dia ada kolam mandi, kolam air panas, kantin jual makanan, masak telur pon boleh kat air panas berasap2 kat situ. Telur dorang ada sediakan ye tapi kena beli dulu.


Ni tag untuk semua pelawat yang datang, kena bayar entrance dulu lepas tu baru dorang bagi tag ni..maaf sis takde gambar tempat bayar tiket masuk sebab sis bawa bag baju, nak berenang sangat kann.huhu
tapi kat sini pelawat semua tak dibenarkan bawa makanan tau, hanya baju persalinan je. beg semua kena cek..tak boleh nak tipu.
kami masuk je terus ke kawasan kolam, mandi dulu baru jalan2.

lepas dah mandi kami pergi ke sini, tempat khas kalau nak masak telur. Telur ada jual kat sini, dah masak nak bubuh kicap pun boleh..free kicap hehehe. harga telur sis dah lupa pulak..tapi worth it juga lah. kami tak beli n masak telur pun masa ni sebab tak tau lagi apa yang ada kat sini masa nak pergi tu hanya tau ada kolam mandi je. So kitaorang tengok2 je orang lain masak telur dengan mulut terlopong tengok orang makan telur rebus campur kicap..wakakakaka.

kat bawah ni gambar combo area air panas masak telur tuu..πŸ‘‡

orang memasak telur engko sebok bergambarrr...orang kenyang engko lapar. dah lah tak boleh bawa makanan. huhuhuu

layanπŸ‘‡
sis time ni memang pakai selipar je weh, jangan expect nak sporty2 sangat lah dalam ni, tak kuase mak😳


Sebenarnya baju yang sis pakai ni baju persalinan..dah lepas berenang dah kann.

Gambar bawah ni masa kami layan rendam kaki di kawasan khas untuk rendam kaki, air dia panas jugalah tapi tak sepanas air masak telur tu mau masak kulit ko haa. Kawasan ni dekat je dengan masak telur tu tapi aliran air untuk rendam kaki dengan masak telur tu tak sama ye..jangan risau.
dia macam aliran longkang tau haa, tapi tidak ye..memang untuk aliran air panas tu ke kawasan rendaman kaki..
kolam air panas pon ada tapi sis tak amik gambar sebab segan orang2 separuh umur ramai brendam kat situ ada yang tak berbaju maka sis tak lah amik gambar dorang.

ramai je time ni pegi sini...yang datang pun kebanyakan nya berkeluarga bawa anak2 bercuti mandi manda. Ni yang berendam kaki kat sini ni datang dari kolam mandi dewasa dan kanak2 ni..macam kitaorang juga, tapi kami dah siap2 tukar baju..dorang dengan baju basah lagi.




Sedap weh letak kaki dalam air suam2 hangat..


gambar bawah ni kami amik gambar ape ja yang ada di kawasan ni, sebagai kenangan shj.πŸ‘‡


ni air panas tau..bukan datang2 terus sauk ke muka..masak muka engko kang.



gambar seterusnya adalah gambar kolam mandi kanak2πŸ‘‡
budak2 kecik mandi sini eh..makpak tukang perati anak2 mandi.

ni baju sis mula2 sampai tak mandi lagi haa. gambar belakang tu kawasan budak2 mandi ada gelongsor tapi kami laki bini radak juga mandi kat situ sambil main gelongsor ahahha. pedulik apa kann..mandi dengan anak2 happining ape.



ni tengah nak cari port nak turun kolam dari mana ni eh? hahaa segan juga ramai tetua bangka berendam ni...kami mandi kat kolam dewasa dalam dia ngam2 lepas kepala sis, agak 6kaki gitu lah kedalaman dia. Kolam tu sebelah kanan dalam gambar, yang tu dalam ye kolam dia budak2 xboleh pegi sana..

next gambar kami dah nak balik..πŸ‘‡
ni kami dah nak balik..kalau nak keluar dari kawasan mandi manda ni kena naik tu kenderaan belakang sis tu, kalau jalan kaki emm semput jugak la kot..truck yang warna biru..track tu panjang sebenarnya untuk angkut orang. tak de gambar penuh track tu sebab dah kelam kabut nak balik awan dah mula hitam masa ni.


sempat lah juga wefie together sama laki dari atas truck.

ni pemandangan dalam track, ramai orang dah nak balik dah...

baiklah, sekian saja perkongsian peraktour sis kali ni..selepas ni akan menyusul lagi tempat2 yang sis laki bini lawati akan sis share kan di blog ni.
terima kasih pada yang sudi melawat blog sis dan membaca semua perkongsian sis di sini. Perkongsian perjalanan dan lawatan sis ni memang tak lengkap dengan info2 penting tempat yang kami lawati ye sebabnya ini hanya perkongsian suka2. Jika nak info lebih tentang tempat yang kami lawati ada banyak lagi blog yang menceritakan tentang tempat ni..rajin2 je carik ye. 😊






No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)