Tuesday, June 2, 2020

~PKP/B : mood stay at home ~

Assalammualaikum...

Lama sis tak buka blog..mood hilang entah ke mana. Susah nak maintain kan mood berbloging ni sebab kita bukan minat sangat typing lama2 dah sekarang..kalau dulu mungkin berbeza keadaannya sebab dulu kita muda remaja jiwa masih nak explore benda baru, one of it is 'blog-ing',,apa org nak buat semua nak cuba, buka FB, buka IG, buka Twitter, buka Tumblr, apa je lagi yang takde semua dah buat..channel Youtube pon ado engkooo. Cuma tak buat review2 je macam instafamous buat kat IG, sebab kita bukan Instafams kita sedar diri..hanya golongan b40 biashe2. Nak buat shopping haul kat youtube pun takde keyakinan weii...sekadar nak happy2 je buat acc youtube. Adalah kita buat video vlog jalan2..video masak pun seketul je youuu..haha..nampak tak kemalasan tu. Bukan malas tapi instead nak buat benda tu semua ada je lagi benda penting nak buat kan. So, maknanya bagi sis benda2 macam tu kena buat masa betul2 mood rajin tu datang 1000% . Lain orang lain caranya kann..mungkin some of you ada banyak masa nak buka all the social media and do all the thing what common to do.

And today, sis tengah baca blog someone knowing as influencer on IG ( she had a blog also ), so sis pun tergerak hati nak buat entri baru dalam blog sis. Walaupun....sis tak tau nak share ape kat blog ni ahahahaa..sekadar nak isi sehaja supaya tak ler boring takde update ape2 kan. Sebenarnya, yang benar dan sebenar2 nya..cerita tu sangat banayk nak dikongsikan tapi kerana mood hilang dan sis tak berapa cun nak susun ayat dah so its make me feel so down to write again in here. Too much story to share with those of my follower or anyone who visiting my blog. But inshaAllah i will take some free time to sharing my story to all of you. Mungkin hari ini sis tetiba rajin kan...who knows hehehe..akan berjela lah entri sis buat hari ni, sekiranya rajin lah.huhuhu

Since we are in movement control order (MCO) atau perintah kawalan pergerakan (PKP) kemudian disambung dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) banyak yang telah kita lalui sepanjang menjalani PKP sehinggalah PKPB. Dah 2 bulan lebih kita berada dalam suasana PKP, dari Mac sehingga Jun ini dah nak masuk 3bulan..harap2 cepatlah Covid19 ni berakhir dan PKPB pun boleh ditamatkan. Dan kita semua boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Tapi itu hanya perancangan dan apa yang kita ingini. Yang sebenarnya fakta yang harus kita terima di masa ini adalah kita harus terima bahawa virus Covid19 ini tak akan hilang sekelip mata atau akan hilang dalam masa terdekat, ia akan mengambil masa perlahan2 untuk totally hilang dari bumi kita ni sebab semuanya tergantung pada diri kita semua, kesedaran kita tentang menjaga kebersihan diri khususnya selain daripada kebersihan persekitaran kita. Kemungkinan covid19 ni akan mengambil masa bertahun untuk hilang, maka kita perlu menjalani cara hidup nomal yang baru dan bukan lagi seperti cara hidup normal yang biasa. Tak kan ada lagi bersalaman tangan, berpeluk cium pipi bagai, berhimpun beramai2..semua itu perlu dilakukan untuk mengekang penularan covid19. Marilah kita berdoa banyak2 agar penyakit berjangkit ini akan hilang secepatnya kerana kita dah cuba sehabis baik untuk memutuskan rantaian nya. Harus kita sedar juga, semua yang berlaku ada hikmahnya, mungkin Allah tegur kita atas apa yang telah kita lakukan selama ini. Kita boleh je lihat kesan2 baik setelah perlaksanaan PKP/B ini, contohnya banyak report yang kita dengar keadaan udara yang semakin bersih, kalau sebelum ini banyak pencemaran asap yang datang dari pelbagai sektor termasuk penggunaan kenderaan di atas jalan raya. Mungkin ada lagi kebaikan yang kita tak dapat lihat sedang berlaku? Allahualam, semoga semuanya membawa kebaikan kepada kita semua.

Sis pon banyak duk rumah je sejak PKP/B ni,,keluar pon hanya beli barang keperluan je lepas tu balik rumah terus.Sebelum ni penggunaan mask tak penting pun hanya pakai bila perlu je..tapi sekarang rasanya setiap rumah kat malaysia ni ada simpan mask, hehehe. Sekarang nak keluar ke kedai kena pakai mask, tak pakai kang tokeh tak bagi masuk pulak haaa. Untuk keselamatan diri kita pakai lah ye. Kalau takde keperluan nak keluar rumah tu tak payah lah keluar, stay at home is more better..we can help the all frontliners outside and they can work for us.

Sekian bebelan hari ni, penat dah ni..nak solat jap pastu tido jap.huhuhu. salammm

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)