Cinta atau dicinta?? Kalau sy sekali lagi di beri pilihan untuk memilih.. dengan harapan sy memilih untuk dicintai. Kerana luka dicintai tak sama dengan luka mencintai. Bila kita mencintai seseorang tu kita akan memberi sepenuhnya harapan..kerana kita cinta mati padanya, kerana kita sayang sepenuh hati padanya..begitu kuatnya perasaan kita padanya kerana kita mencintainya. Bagaimana kalau kita dilukai oleh orang yang kita cintai tu? Orang yang kita sayangi tu? Apa perasaan kita?? Sakit...hati dan perasaan yang sakit. Sakitnya bukan Cuma d hati tapi sakit segala-gala..hanya orang yang pernah disakiti oleh orang yang dicintai nya saja yang tau apa maksud di sebalik perkataan sakit tu. Sakit yang teramat..boleh jadi gila kalau terlalu mengikut hati yang luka. Tapi bagaimana kalau kita dicintai? Susah kan mahu menerima orang yang kita langsung tiada perasaan padanya,,yang tiada cinta di hati kita untuk nya. Tolak saja lah cintanya..huh1 jahatnya kita.. macam mana kalau kita terima saja cinta nya, walaupun dalam hati tak pernah wujud cinta untuk nya. Kenapa mesti ada cinta dalam dua hati?? Istimewanya dicintai.. kita tak perlu terluka, tak perlu rasa sakit hati..sebab kita tak cinta padanya..tak ada perasaan padanya. Mungkin ada juga rasa sakit tu, tapi tak sesakit mencintai. Istimewanya dicintai...kita diberi kebahagian, diberi kasih sayang.. kerana dia cinta pada kita, dia sayang pada kita. Dia akan jaga kita sebaik-baiknya, walaupun dia tau kita tak pernah ada rasa cinta padanya. Dia akan lebih perihatin pada kita...dia takut kehilangan kita walaupun dia tau kita tak pernah kisah kehilangan nya. Tau kah kita? Situasi orang yang mencintai kita sama dengan situasi kita yang mencintainya. Dia mencintai kita, maka dia akan berbuat sehabis baik untuk mempertahankan cintanya pada kita. Begitu juga kita, tapi bagaimana perasaan kita kalau orang yang kita cinta tu tak pernah kisah tentang cinta kita dan tak pernah peduli jika hubungan cinta antara kita dengannya terputus?? Yang merana nya adalah kita, yang sakitnya adalah kita, yang terluka nya adalah kita, yang sengsaranya juga adalah kita. Apakah yang sebaiknya untuk kita memilih jalan hisup yang bahagia? Cinta atau dicintai??
Sy memilih dicintai..sy tak mau lagi rasa sakit mencintai. Sekarang sy sedar..jangan memandang sebelah mata pada orang yang mencintai kita, kerana dia mencintai kita sepenuh hati, setulus hati.
Bagaimana orang yang kita cinta?? Mungkin..sedikit pun dia tak pernah mencintai kita sepenuh hati dan setulus hati.
“..ya ALLAH temukan lah aku dengan orang yang menyayangiku seikhlas hatinya, yang dapat membimbing tanganku kejalan hidup yang baik..AMIN..”
No comments:
Post a Comment
thanks for visiting my blogs :)