Initial release: March 6, 2019 (MALAYSIA)
Budget: 152 million USD
Screenplay: Anna Boden, Ryan Fleck, Nicole Perlman, Geneva Robertson-Dworet, Meg LeFauve, Liz Flahive, Carly Mensch
Semalam, hari rabu 6hb 2019 sempat lah sis dan husband singgah di AEON Rawang lepas balik dari KLIA hantar saudara balik ke labuan. Memang kami berdua plan nak singgah tengok wayang sebelum balik terus ke Slim River. Rabu lepas tu kan hari pertama Captain Marvel di tayang kan di seluruh Malaysia. Lagipun husband memang kaki movie ber-genre ACTION macam Captain Marvel. So, sis cadangkanlah dekat husband 6hb jom tengok movie 'CM' (Captain Marvel). Sis tahu husband tak kan tolak ajakan sis...berbanding sewaktu sis ajak tengok movie 'Misteri Dilaila' ahad lepas, lambat sangat husband bagi respon siap bagi warning dia tak minat dengan pelakon utama yang lelaki tuuuu 😂. huhuu
Kami sampai di Aeon Rawang jam5.35pm..beli tiket tayangan CM jam 5.50. Husband sempat lah solat asar sebelum masuk panggung (sis cuti). Maklum hari pertama tayangan movie kan banyak pilihan masa/jam u all nak tengok. Kitaorang sempat jam5.50pm tu je lah..lepas tu ada lagi jam 6lebih. Masuk panggung tengok tak lah penuh sangat..mungkin hari ni lebih 10kali tayangan CM sebab tu lengang jer.
Sis ambil sedikit sinopsis dari blog negara seberang yer,,sebab sis tak pandai sangat nak review movie yang sis dah tengok. cukup sis suka movie tu sis dah gumbiraaa.. jangan marahh nahh..sebab tu sis bagi tajuk entry SIMPLE REVIEW. Maafkan sis...
No comments:
Post a Comment
thanks for visiting my blogs :)