Sunday, March 3, 2019

~ HAPPY NEW YEAR 2019 ~

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, dah masuk bulan Mac di tahun 2019. Agak lewat untuk sis mengucapkan selamat tahun baru 2019 😃. Setelah setahun (since januari 2018) tak membuka blog, dan hari ni baru nak masuk melawat hehehe.  kalau blog ni nampak nyata pasti dah berhabuk tebal. Nampak gayanya apa yang sis katakan di entry last tahun lepas tak tertunaikan..susah sangat nak simpan masa untuk berblogging. Nak kata sibuk memang tak lah.. iols is housewife fulltime. Cuma tu lah..masalah sis sebagai fulltime HS ni nak buka blog memang rasa leceh, walaupun hanya perlu on computer dan log in. Semudah ABC je uols. Tapi bagi sis nak buka PC memang kena ada mood rajin tahap ke langit. Kalau takde mood jangan kan nak pegang, tengok pun xde nyer. Macam tak wujud je PC tu gamaknye. hahaha.

Now, eh tetiba datang rajin tu kannn.ececehh. Sebab sis tengah online di PC nak search tempat2 menarik yang ada kat Tanjung Malim. Sebenarnya kebetulan je ni tetiba terasa nak buka blog sebab sis terbuka blog somebody yang share about hiking place available at TM. Blog beliau sangat cantik, then sis pun teruja nak membaca sharing dari blog beliau. Ok, that is the point why im here..BLOG CIK AMENG. Ok di sini sis nak buat pembetulan title blog ni..actually sis bukan 'CIK' lagi..sis dah selamat di 'puan' kan oleh ayahanda sis sejak 2017 lagi. Cuma sis tak berkesempatan nak menukar title blog ini (like what i said just now, perlu mood untuk buka blog).

Untuk entry kali ini mungkin agak panjang sis berbicara. Sis cuba baca kembali entry blog sis sebelum2 ni..hurmmm agak semangat bila mula buka blog, tapi akhirnya entry tersebut fullstop kat situ jerr. Dan kejadiannya dalam setahun hanya satu entry sahaja sis mampu publishkan. Sis perasan tebiat ini bermula sejak tahun 2014. dari berberapa entry menjadi satu entry setiap tahun. Nampaknya semakin tahun semakin malas yeee. Dan kali ni sis taknak terlalu semangat..sekiranya ada kerajinan, inshaallah sis akan berada di sini dan akan publish beberapa entry untuk tahun ni (atau the next year).

Ok lah..sis taknak buat terlalu panjang..nanti akan rasa bosan pula. Sis bercadang mahu menyambung idea yang ada dalam fikiran sis ni di next entry. Idea ni datang bila sis baca kembali entry pada last year 2018. Banyak cantekkkk buat azam tahun baruu.. tapi lain yang diazamkan lain yang jadi. So, sis akan huraikan kenapa azam tahun 2018 sis tak seperti yang diharapkan. hehe..

Jumpa next entry...sahabat alam maya..

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)