Assalammualaikum,,,
Haaa..baca title pun dah rasa down nak meulis ni huuhuu. But kena harus semangatttt mengg dah tahun 2019 dah. Takde benda yang nak dikesalkan pada tahun lepas. Apa yang berlaku baik ataupun buruk jadikan sahaja teladan dan pengajaran. Tahun ini perlu diharungi dengan rasa penuh redha dan ikhlas setiap apa yang dilakukan. Inshaallah. Dan, sis tahun ni takde nak set azam bagai, mana yang mampu sis tunaikan hajat tahun ni alhamdulillah. Yang tak terlaksana pasti akan ada masa nya suatu hari nanti.
Ok, nak cerita lah konon nyer tahun lepas 2018 azam nak kurus bagai. Tapi sis tak mampu... sis tak mampu menolak nasi dalam pemakanan sis. Yes ada yang kata makan nasi dalam portion sikit sahaja.. sis tak kenyang uolsss !!! pasti akamn tambah nasi selepas tu ataupun akan lapar lagi selepas beberapa jam. Sis memang tak boleh diet tanpa nasi dah sekarang. Kalau dulu sebelum kahwin sis boleh lagi disiplin sebab sis kerja. Kesibukan kerja boleh buat sis lupakan nasi. Dan makan makanan (buah-buahan) yang ada sahaja dan mudah didapati di gerai berdekatan untuk alas perut pagi dan tengahari. Sejak berkahwin dan dah tak kerja tambah2 lagi fulltime HS kan..takde sibuk mananyer. Tugas seorang isteri yang belum ada anak memang tak banyak kerja nak buat. Masa terluang terlalu banyak. Sepatutnya peluang untuk diet berkesan sangat tinggi. Namun ada beberapa aspek sis tak dapat nak buat untuk sesi menguruskan badan yang dah kembang semangkuk ni. First, like i said before..tak boleh dah tolak nasi sebab since u dah tak amalkan diet tolak nasi ni memang akan sukar dan payah sangat2 nak kembali ke pangkal jalan (back to diet plan). Dah alang2 sis jauh menyelam ke laut sejak kahwin ni..sis dah totaly lupa apa itu diet tanpa nasi. So, pilihan lain selain diet tolak nasi adalah merajinkan diri melakukan exercise agar badan sihat dan cergas. Tapi, ok ada tapi yeeerr.. nak kata kemudahan tu memang ada, tinggal nak pergi je ke tempat tersebut (gym, taman permainan yg ada fasiliti). Masalah utama adalah, MALAS. Bila dah malas nak exercise memang takde apa yang boleh bantu..takde dah istilah istiqomah. Memang tak boleh nak buat. Sokongan dari suami memang ada cuma sis terlalu ikut rasa malas. Lebih rela duk dalam rumah. Tapi dah nak 2 tahun stay sini sis insaf sangat dah..hehe. Kesimpulan nya, azam nak kurus pada tahun lepas memang tak menjadi.
Tahun lepas juga sis ada share keinginan sis dan suami nak ada baby.. tapi Allah adalah sebaik2 perancang dan weols redha dan terima jika belum masanya untuk dikurniakan rezeki. Azam yang ini tak kan pernah diunlistkan selagi belum terrrtunaikan. InShaALLAH..
selamat membaca sahabat alam maya..
No comments:
Post a Comment
thanks for visiting my blogs :)