Monday, March 4, 2019

~ FAMILY DAY PLANNING (KARIM GENERATION) ~

Assalammualaikum...
hari ini berjumpa lagi di alam maya..

Story hari ni sis dapat info dari group family sebelah bapa ada nak buat hari keluarga end of this month. Dah meeting semalam 03 mac 19 (ahad). Sebelum tu mama ada juga cerita tentang planning tersebut masa sis call tengahari semalam. Tapi family sis tak attend meeting tu sebab kazen lupa nak bagitau. Meeting dibuat di gerai babu katung (adik perempuan bapa no.3) di kg binsulok. Dan aktiviti akan dibuat di kawasan gerai tu nanti. Money collection akan dibuat untuk belanja makan dan minum sempena hari keluarga tu nanti..haaa mengikut apa yang sis paham dalam planning tu nanti lah. Pungutan duit bagi sis boleh lah..mampu lagi nak share. Untuk menjayakan program yang boleh mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga ni elok lah ringan2 kan tangan memberi. hehe

So, perkhabaran ni membuatkan hati sis terujaaaa sangat nak balik kampung..sis nak join jugaaaa family day nanti. Kalau lah jadi program ni ianya adalah yang pertama dibuat oleh keluarga besar sebelah bapa. Dan sebab tu sis rasa rugi pula kalau tak join sekali kannn..nanti pasti akan jadi penyesalan diri sendiri sebab tak join program. Sebab kita tak tahu bila lagi program seperti ni akan d buat memandangkan semua orang pun ada kerja nak dibuat. Kerja tu adalah tugas hakiki. Banyak lagi komitmen lain yang perlu dilaksanakan. Maka, sebab tu program hari keluarga ni sangat susah nak di laksanakan. Tambahan pula...ini lah masanya untuk saling mendekatkan diri sesama keluarga yang lain.


Program family day mengingatkan sis sesuatu yang membuat kan sis menyesal sebab tak melibatkan diri dalam aktiviti family day beberapa tahun yang lalu. Beruntung lah mereka yang join tu...terciptanya sebuah kenangan dengan seseorang yang telah meninggalkan kita. Sis akan cerita kenapa sis sehingga kini sedih kerana tak termasuk dalam memori indah yang mereka ciptakan sepanjang family day itu berlangsung.


kalau sudi nak terus membaca boleh lah tunggu sambungan cerita saya selepas ini...


No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)