Monday, October 17, 2011

~lagi info kesihatan: elak + berat badan~hindari makan di 5 ruang rumah~

Okeh..one more info again..(ader lagi lepas ni :) )
kali ni about tempat kita makan khususnya di dalam rumah yang boleh menggalakkan pertambahan berat badan..memandangkan saye ni berisi (gemuk actually tp tanak terima hakikat..hohoho :P) maka saye nak share ler ngan kawan2 yang seangkatan dengan saye...ngeeee mari la kita baca dan cuba elakkan makan di tempat yang macam ni yerrrr... :)

1) Di depan kaca tv (selalu buat,,hoho)
~ Rasanya ramai yang lebih senang makan sambil menonton tv..(saye jugak :P ). Apatah lagi, apabila terdapat rancangan-rancangan kegemaran anda sedang ditayangkan..(yeee betulll...). Jadi, tidak menghairankan lah jika anda mengambil makanan anda di dapur seperti keropok kentang (sometimes :)), kerepek (sometimes jugak :P), aiskrim & coklat (opkossss :D). Tidak salah untuk mengunyah makanan sambil menonton, tetapi pastikan anda tidak makan berlebihan dan pastikan anda mengambil makanan sihat..

2) Meja kerja. (now dah jarang buat..ngeee)
~ Tabiat ini menjadi suatu yang biasa dan sukar dihindari lebih-lebih lagi anda perlu menyiapkan segala tugas-tugas anda dengan segera (tugas saye tak banyakkk..ermmm). Sama seperti makan sambil memandu atau berada di depan TV(saye tak memandu OKEH!), anda akan sibuk bekerja dan tidak memerhatikan apa yang anda makan. Sebelum menyedarinya, anda mungkin sudah pun menghabiskan sepiring makanan dalam beberapa minit sahaja. Tanpa memerhatikan apa yang anda makan, anda tidak akan tahu berapa banyak dan apa sahaja yang anda makan..(saye berhenti makan bila perut dah kenyang,,heeee)

3) Bilik tidur (ups! syhhh diam2,,saye dah kuarkan tv dr bilik saye okeh!)
~ Terdapat sesetengah orang yang gemar membawa makanan ditempat tidur. Bagi yang mempunyai set TV, makan ditempat tidur memang kurang baik kerana ia membuat kita makan tanpa berfikir dan seterusnya mencipta kawasan tidur yang kurang bersih (saye makan dmeja dalam bilik,so saye BERSIH!). Malah, tabiat buruk ini juga berisiko tinggi untuk anda menambah berat badan yang banyak apabila anda terus tidur..(tak dapat tidur kalau tak cuci mulut lepas makan,nanti semut cium mulut saye..uwaaaaaa :( )

4) Dalam kereta (kepada yang driving..bluekkkk :P)
~ Makan sambil memandu bukan lah idea yang baik. Makan yang cepat diambil lalu dikunyah cenderung berkalori tinggi. Ketika makan sambil memandu, anda akan mengunyah dengan cepat untuk mengelakkan tangan dari terlepas daripada pegangan stereng. Anda juga sibuk memerhatikan jalan dan tidak melihat beberapa makanan yang telah dikunyah. Jika anda mahu makan sambil memandu, pilihlah makanan yang sihat dan ketahui kadar kalori yang terdapat di dalam makanan tersebut..(jangan lupa jugak cari partner duk kat sebelah driver boleh tolong suapkan..ngeee piwietttttt ;))

5) Dapur (semua orang makan kat dapur larrrrr.. ?/)
~ Ketika hendak ke dapur untuk mengambil makanan kudap-kudapan (apakah tu?), anda akan melihat pelbagai stok makanan yang ada di dapur. Tatkala memilih makanan, anda berdiri sambil makan didapur. Ataupun, anda mempunyai tabiat makan sambil memasak. Ada juga sesetengahnya yang gemar makan sambil berdiri di depan peti sejuk atau almari makanan. Sekiranya anda lapar, ambil lah sedikit makanan ke dalam bekas yang sesuai sebelum duduk di meja. Nikmati makanan yang anda makan.. :)

~amalan hidup sihat.. :) amalkan selalu..

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)