Monday, October 17, 2011

~perlu tahu apa itu ekzema~

selamat malam.. :) saye ader info lagi nak share..saye suka sangat nak share..huhuhu (takda topik nak share actually.. :P)
kali ni nak story about penyakit yerr... :) mari kita sama membaca;

~EKZEMA~
*Ekzema adalah masalah inflamasi kulit kronik yang boleh digambarkan melalui kulit menjadi kering, gatal dan merah. Ia merupakan satu daripada masalah kulit yang biasa dikaitkan  dengan alahan dan disebabkan oleh faktor-faktor dalaman yang digabungkan dengan faktor-faktor luaran.

Terdapat pelbagai jenis ekzema yang berbeza. Ini termasuklah ekzema atopik (dermatitis atopik), dermatitis sentuh, dermatitis kulit kepala, dan ekzema tangan/kaki. Jenis ekzema biasa berlaku adalah  ekzema atopik dan ia dikatakan dengan keadaan lain seperti asma dan rhinitis alahan.

~PENCETUS EKZEMA~
* Mengetahui penyebab sebenar ekzema adalah tidak mustahil. Caranya adalah dengan mencari apa penyebab yang membuat ekzema menjadi semakin teruk.

~PERENGSA ATAU BAHAN IRITASI~
*terdapat bahan-bahan berbeza yang tersentuh dengan kulit akan menyebabkan kegatalan dan kemerahan dengan cepatnya. Sebaik perengsa itu dibuang, kulit seharusnya kembali normal dalam masa beberapa hari. Antara perengsa biasa termasuk logam, fabrik seperti bulu, getah, sabun pencuci, pewangi ketiak, pewangi badan, kosmetik dan cat.

~ALERGEN (BAHAN YANG BERUPAYA MENYEBABKAN ALERGI ATAU ALAHAN)
*Sebaik alergen tersentuh dengan kulit seseorang yang menghidap alahan tertentu, sistem imun akan bertindak kepadanya, menyebabkan ekzema menjadi teruk. Selepas alergen dibuang, kulit tidak semestinya akan kembali normal dengan segera. Contoh alergen adalah hama, air liur haiwan kesayangan (kucing dan anjing), bulu haiwan, debunga, dan makanan tertentu. Tidak sukar untuk mengetahui sama ada diri anda mengalami ekzema atopik. Menurut Perunding Dermatologi Pediatri Hospital Kuala Lumpur, Dr. Leong Kin Fon, terdapat enam ciri-ciri utama ekzema iaitu;

1. Rasa gatal-keadaan ini menyebabkan anda mula menggaru. Apabila menggaru ia akan merosakkan kulit. Ia juga akan melepaskan bahan kimia yang menyebabkan keradangan.
2. Kulit kering akibat tidak ada lagi kelembapan
3. Ekzema ringan, ekzema sederhana, ekzema teruk.
4, Serangan bermula-biasanya pada permulaan lima tahun hidup atau usia 6 bulan (untuk kanak-kanak). Tetapi akan semakin elok apabila usia meningkat. 50 hingga 70 peratus penghidap tidak akan menghadapi masalah ekzema setelah dewasa.
5. Penyakit keturunan diwarisi.
6. Interaksi dinamik antara genetik dan keadaan persekitaran yang mencetuskan ekzema..

~MENGENALI RUPA KLINIKAL~
*Untuk mengenali rupa klinikal ekzema atopik, anda boleh melihat perubahan yang berlaku pada kulit anda. Menurut  Perunding Dermatologi dari United Kingdom, Professor Dr. Anthony Chu, rupa klinikal ekzema atopik berbeza pada tahap penyakit. Ini boleh dikelaskan kepada:

1.Akut merah, papul (jerawat atau satu kawasan yang merah dan meninggi dari permukaan kulit sekeliling), berkerak.
2.Sub-akut- kemerahan, kekeringan, bersisik.
3. Kronik-kulit tebal dan ekskoriasi (kerosakan pada epidermis dan dermis).

~MERAWAT EKZEMA ATOPIK~
*Apabila kulit menjadi merah menyala akibat digaru, sekali gus meningkatkan kemerahan, ruam dan lesi (luka) pada kulit. Menggaru merosakkan kulit dengan teruk, membenarkan kemasukan dan pengkolonian jangkitan bakteria Staphyloccocu aureus (S.aureus). Bakteria ini biasanya hadir 95 peratus kulit  pesakit ekzema. Jelas Prof. Dr. Chu lagi, untuk merawat ekzema atopik, penghidapnya boleh melakukan rawatan seperti ;

#Kaedah Konvensional (biasa)
*Mandi setiap hari dengan menggunakan emolien atau agen yang mereda atau melembutkan kulit (dengan atau tanpa agen antimikrob).
*Pelembab.
*Steroid topikal atau perencat calcineurin topikal.
*Antibiotik topikal atau sistemik.
*Memberikan sedatif Antihistamin.

#Peranan Diet
*Berdiet atau mengehadkan makanan tertentu amat penting buat bayi yang mengalami ekzema atopik teruk.  Pengehadan ini menjadi kurang aktif apabila bayi semakin membesar. Namun sebelum berdiet, perlu lah mendapat nasihat daripada pakar pemakanan terlebih dahulu. Kesimpulannya, penyakit kulit ini boleh dirawat dan boleh dikawal dengan jayanya dengan menggunakan ubatan yang bersesuaian.

selamat membaca.. :)

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)