Monday, October 17, 2011

~info utk anda:3 herba efektif untuk kesihatan~

hari ni kita berkongsi info2 kesihatan..Okeh!! :) baca jangan malas nak baca!
3 HERBA EFECT untuk kesihatan:

1. Lemon Balm
~ Tanaman herba ini berasal daripada keluarga mint beraroma lemon dan telah lama digunakan untuk menghilangkan panik, meningkatkan memori, membantu tidur dan pencernaan. Tanaman ini bagus untuk mengatasi gigitan binatang berbisa, menenangkan jantung dan mengikis perasaan sedih.
   Tanaman yang digunakan didalam teh membantu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan mengekalkan ketenangan dan fokus. Penyelidikan yang dilakukan juga menunjukkan bahawa tanaman ini amat efektif pada situasi ekstrem.
   Satu kajian diterbitkan pada 2002 di dalam Journak Of Clinical Psychiatry menyatakan bahawa aromaterapi lemon balm selama empat minggu boleh mengurangkan kegelisahan pada pesakit yang menderita demensia.
2. Cili Merah
~ Bumbu tradisional ini banyak digunakan dalam masakan serta untuk mengatasi gangguan mulai dari sakit hingga di dalam merangsang hasrat seks. Secara ilmiahnya, capsaicin, iaitu kandungan yang membuatkan rasa panas dan pedas pada cili dikatakan efektif untuk meredakan rasa sakit otot, rasa tidak nyaman setelah pembedahan dan radang sendi.
   Kajian-kajian menunjukan komponen ini menghalang zat kimia penghantar signal yang menghantar rasa sakit ke otak. Satu kajian yang diterbitkan di dalam european Journal Of Nutrition melaporkan bahawa responden yang mengambil makan tengah hari yang banyak mengandungi capsaicin memiliki kadar hormon pengatur gula darah yang lebih tinggi dan kadar ghrelin (hormon lapar) yang lebih sedikit berbanding mereka yang mengambil makanan biasa.

3. Bawang Merah
~ Bawang dugunakan untuk mengatasi pelbagai penyakit. Dalam sistem pengubatan tradisional Timur Tengah, herba ini digunakan untuk menugati diabetes. Selama permulaan abad ke20 di Amerika, bawang digunakan untuk mengatasi gangguan pernafasan dan pencernaan.
   Ini berdasarkan kepada, bawang diyakini dapat meningkatkan prestasi atlet malah peserta Olimpik dahulu kala juga mengambil herba ini dalam bentuk  jus atau menggosokkan ke tubuh mereka sebelum pertandingan dimulakan.
   Bawang mengandungi thiosulfinates yang membantu mengurangkan gejala diabetes dan melindungi daripada penyakit jantung. Quercetin, iaitu flavonoid yang terdapat di dalam bawang mencegah peradangan yang berkaitan dengan alergi dan juga melindungi daripada radang lambung, kanser kerongkong dan kanser payudara.
   Penyelidik juga menganjurkan pemilihan bawang yang berwarna pekat. Selain itu menurutnya, mengambil bawang dalam keadaan mentah atau dimasak sedikit juga amat baik untuk mencegah hilangnya thiosulfinates akibat panas.

baca untuk menambah ilmu pengetahuan.. :)

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)