Wednesday, July 10, 2019

~New Capter For My Blog~

Assalammualaikum...

   Lama tak bersiaran [lah sangat]..lama tak update story dekat blog. Last update pada mac lepas. Hari ni sis nak kabo pada silent reader yang tak berapa nak ada pun, bahawasan nya start pada hari ini sis cuma akan update atau share info2 dan story2 yang sis baca dalam majalah wanita. Sebab sis peminat majalah wanita..huhuhu.

   Dah lama sis stop beli majalah wanita ni since sis dah berpindah kerja di tempat baru. almost 7years jugak lah sis stop..lama sangat dah tu. Baru2 ni je sis dah mula aktif kembali membaca majalah wanita. Dan sis terrkejut harga nya sangat murah berbanding dulu. 7years ago harga majalah wanita di kampung sis [sabah] dalam rm7.++, harga dekat semenanjung pula dalam rm5.++. Tapi sekarang dah murah weiii...sumpah sis terkejut harga majalah semurah ini huhuhu. memandangkan sekarang sis dah duduk semenanjung so memang sis dah jangka akan dapat harga murah sedikit dari harga di sabah, tapi tidah semurah ni. Ingatkan harga maintain je dulu dan sekarang kan..mungkin mahal sikit dari harga dulu punya, tapi guys..rm3.7+ jerrrr komeeeee. Dan sis akan kembali menjadi pembaca majalah wanita yang setia. heheheheeee

  Okay, sis nak terangkan sebelum sis dituduh mencetak rompak ke meniru hasil tulisan ke what so ever it call.. macam ni, sis akan tulis semula info2 yang ada di majalah wanita tersebut yang merangkumi info2 kesihatan dan banyak lagi yang mana sis nak share kan d blog sis ni. Sis cuma kungsikan semula info2 yang ada kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca isi2 tersurat di blog sis ni, Dan sis akan kreditkan kepada majalah wanita jugak darimana sis dapat info tersebut,

  Oleh itu, marilah kita sama2 menambah ilmu pengetahuan dengan membaca info2 yang berguna kepada kita dan masyarakat. Sekian....



No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)