Thursday, March 8, 2012

" Aku bukan nak glamor! Aku nak tolong orang!"~MASTIKA MAC~

Oleh: Kairul Anwar Md. Yusop

 " Hah! Nak berubat, sakit apa?' soal Nenek Tijah sebaik seorang pemuda muncul di depan rumahnya di Kampung Seri Terubuk, Masjid Tanah, Melaka.
 Ketika itu, Nenek Tijah sedang sibuk menyusun batu bata di halaman rumahnya. Pemuda itu tersengih-sengih. Sebenarnya pemuda dari Kuala Lumpur itu tidak sakit apa-apa.
 Anak muda yang bekerja dengan syarikat penerbitan di Selangor itu mendapat tahu, Nenek Tijah mempunyai kemahiran luar biasa mampu merawat penyakit kanser menggunakan air pinang.
 Menurut cerita orang, pesakit kanser yang dirawat Nenek Tijah tidak perlu makan ubat, tak perlu kemoterapi atau bedah guna laesr. Pesakit hanya perlu minum air pinang ramuan Nenek Tijah dan penyakit kanser boleh sembuh.
 Jika dakwaan itu benar, anak muda itu nahu interviu dan masukkan kisah Nenek Tijah dalam majalah supaya dapat dibaca jutaan pembaca Mastika.
 Hajat pemuda itu ikhlas, mahu semua orang tahu, ubat tradisional pun ada umph juga. Biar selepas ini, Nenek Tijah tak menang tangan layan pesakit dan harga pinang melambung di pasaran.
 "Nak temu ramah aku? Eh, engkau jangan mengarut. Aku tak nak. Engkau pergi balikkk!" tengking Nenek Tijah.
 Orang Melaka lah katakan. Aku, engkau perkara biasa. Err, kenapa pulak tak boleh Nenek Tijah?
 "Orang sekarang ni bukan percaya ubat tradisi kita ni. Orang sekarang ni lebih percayakan ubat doktor. Sudah! Engkau pergi balik. Banyak kerja aku nak buat ni," bebel Nenek Tijah, 76, sambil tangannya sibuk menyusun batu bata.
 Biarpun usianya sudah lanjut tapi pemuda itu lihat Nenek Tijah masih gagah melakukan kerja-kerja berat.
 Err... betul ke Nenek Tijah boleh rawat kanser dengan hanya meminum air pinang?
 "Engkau ni banyak tanya betul lah!" ulang Nenek Tijah lagi. Tapi, wanita itu masih mesra melayan pertanyaan pemuda itu.
 "Engkau mana tahu,siapa cakap?" soal Nenek Tijah mengerutkan dahinya.
 Anak muda itu memberi alasan, ramai orang yang memeberitahunya tentang kebolehan Nenek Tijah merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser usus, kanser payudara, kanser rahim hanya dengan meminum air pinang, Bukan itu saja, buasir, bisul, kayap dan gatal-gatal seluruh badan pun boleh sembuh menerusi kaedah tradisional itu.
 Setelah bertekak, Nenek Tijah mengangguk apabila berasa yakin anak muda tadi bercakap benar dan ikhlas hendak mewawancaranya.
 Errr... macam mana cara-caranya Nenek Tijah mengubat pesakit kanser?
 "Ishh... kamu ni banyak tanya betul! Pening kepala aku nak melayan," bebel Nenek Tijah lagi lalu menerangkan Kaedah rawatan yang dilakukannya.
 "Nek cuma berubat guna air pinang, campur dengan gambir, sirih, kapur dan beberapa herba lagi. Air rebusan tadi Nek bagi diorang minum. Kena minum tiga kali sehari selama tiga hari. Satu hari satu liter. Lepas minum, pantang larang kena jaga juga.
 "Ikan bisa-bisa, pari, sembilang, duri, udang, sotong, kubis, kacang, terung semua tak boleh makan. Kalua ikut pantang insya-Allah cepat sembuh," beritahu Nenek Tijah. Nadanya mula kendur.
 Selepas itu barulah Nenek Tijah rancak bercerita macam air paip tersembur. Sejak merawat, pelbagai jeis manusia datang berjumpa Nenek Tijah untuk berubat penyakit kanser.
 Baru-baru ini, ada seorang wanita dari Kuala Lumpur datang ke rumah Nenek Tijah bersama suaminya untuk berubat penyakit kanser usus dan kanser rahim.
 Rahim wanita itu telah dibuang akibat kanser tersebut. Kini, hanya tinggal kanser dibahagian usus yang baru dikesan oleh doktor. Sekarang, wanita itu dalam proses kemoterapi.
 "Dia tanya nek, boleh ke nak berubat tengah kemo ni. Apa pulak tak boleh. Nek terima aja. Nek tahu, buat kemo ni pun berbisa. Sakit. Rambut gugur.
 "Nek bagi dia iar pinang. Nek suruh dia bawa balik minum kat rumah. Tiga hari lepas tu dia telefon. Dia kata, nek, saya ni dah tak boleh mengandung. Haid pun dah tak datang. Tapi hari ni tiba-tiba keluar darah.
 "Nek pun katalah. Darah tu bukan darah haid. Tapi kanser tu yang pecah. Nek suruh dia terus minum air pinang biar urat dengan kanser tu kecut. Sebab air pinang ni berfungsi kecutkan urat atau kanser. Alhamdulillah, lepas tu terus sembuh. Tak payah operate dah," cerita Nenek Tijah panjang lebar.
 Seronok betul dengar cerita Nenek Tijah merawat orang menghidap kanser. Kisah ini pula terjadi beberapa bulan lepas.
Ada seorang penduduk kampung datang berubat kanser payu dara dengan Nenek Tijah. Apabila Nenek Tijah memeriksanya, dia terkejut besar.
 Sebelah payu dara wanita itu sudah membengkak dan bertukar merah semacam udang kena bakar. Wanita itu memberitahu Nenek Tijah, doktor dalam pertimbangan hendak membuang payu daranya.
 Setelah berfikir sejenak, Nenek Tijah meminta wanita itu tangguh dulu pembedahan berkenaan. Nenek Tijah suruh wanita tadi minum dulu air pinangnya. Sayang, kalau dibuang bahagian berkenaan. Itulah satu-satunya mahkota kebanggaan wanita.
 Dua tiga hari kemudian, wanita tadi berjumpa doktor. Doktor yang memeriksanya terkejut sebab bengkak pada payu dara wanita itu sudah surut. Akhirnya doktor tersebut membatalkan pembedahan untuk membuang payu daranya.
 Selain dua pesakit tadi, ada seorang pemandu teksi di Masjid Tanah pernah datang berubat dengan Nenek Tijah. Pemandu teksi itu terkena kayap di bahagian mulut sehingga dia tidak mampu bercakap dan makan minum. Keadaanya sungguh menyedihkan.
 "Mengaduh-ngaduh dia datang jumpa nek. Mulut dah tak boleh buka. Kayap ni berbisa. Jadi sakit, panas. Nek bagi dia minum air pinang juga.
 "Lepas beberapa minum, dia terus boleh buka mulut dan bercakap. Dia kata rasa sejuk. Bisa kayap mula hilang. Beberapa hari lepas tu dia sembuh.
"Tapi bukan nek sembuhkan. Nek ikhtiar saja. Yang sembuhkan Allah!" jelas Nenek Tijah kepada pemuda dari Kuala Lumpur yang asyik mendengar ceritanya.
 Jika betulah dakwaan Nenek Tijah boleh sembuhkan penyakit kanser dengan air pinang,pemuda itu mahu siarkan cerita eksklusif ini dalam majalah kesayangan ramai Mastika. Boleh ke tidak Nenek Tijah?
 "Boleh! Kalau percaya dengan nek, datanglah. Kita cuma usaha, ikhtiar tapi Allah sembuhkan," jawab Nenek Tijah sambil meletakkan syarat. Alhamdulillah, akhirnya hajat pemuda tadi tercapai juga.
 "Syaratnya mesti datang dengan ikhlas. Paling penting mesti janji putus ubat bila sembuh. Kalau tak janji, nek tak nak berubat. Sebab penyakit tu kena kat nenek balik," beritahu Nenek Tijah sambil menyelak bajunya menunjuk kesan parut besar sekeliling perutnya akibat terkena penyakit kayap.
 Penyakit kayap itu terkena semula kepada Nenek Tijah angkara ada pesakit yang ingkar syarta ditetapkan, tidak 'putus ubat' dengannya.
 "Sebab tulah aku malas nak tolong orang berubat, takut jadi macam nilah," adu Nenek Tijah.
 Setelah mendapat cerita eksklusif itu, pemuda tadi mengangkat kamera untuk merakam parut tersebut. Tapi Nenek Tijah melarang. Malah merakam gambar mukanya pun, Nenek Tijah tidak izinkan.
 "Jangan ambik. Aku bukan nak glamor. Aku nak tolong orang saja," tegas amaran Nenek Tijah.
 Pemuda itu terpaksa akur. Tapi, bagaiman pula cara nak putus ubat dengan Nenek Tijah?
 "Alah bukan susah pun nak putus ubat. Datang bawa pulut kuning, ayam panggang, sirih pinang dan sebilah pisau kecik. Kalau tak mampu nak bawa barang tu bayar pengerasnya, RM100 aja," beritahu Nenek Tijah sambil tangannya kembali rancak menyusun batu bata di halaman rumah-copy from mastika

NOTA: Pembaca yang ingin mencuba rawatan Nenek Tijah
boleh menghubung beliau di talian 016-6420427
atau terus ke rumahnya di Kampung Seri Terubuk,
 Masjid Tanah, Melaka

~~~~~~~~~selamat membaca~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)