Saturday, March 10, 2012

~Herbert Chavez berwajah superman!~MASTIKA MAC~

Kulitnya putih, dagunya lekuk dengan hidung sedikit mancung. Tatkala kostum super hero Superman disarungkan ke tubuhnya, penampilan lelaki berusia 35 tahun ini tidak ubah bagai jelmaan watak adi wira popular karya dari barat itu.
 Ya, kerana terlalu taksub dengan Superman, lelaki ini sanggup mengubah wajahnya agar kelihatan mirip dengan watak popular itu.
 Sejak kecil, Herbert Chavez, 35, amat menggilai Superman. Dia akan mengumpulkan apa saja cenderamata, poster atau komik super hero pujaannya itu.
 Sebaik meningkat remaja, obsesinya terhadap Superman kian tebal. Herbert mahukan matanya tampak seperti Superman. Dia mahu dagunya runcing seperti Superman juga. Begitu juga pipi, bibir, rambut dan hidung. Pokoknya, dia mahu tampak sama seperti rupa super heronya itu.
 Lantaran tidak dapat menahan obsesinya itu, Herbert membuat keputusan melakukan pembedahan plastik sewaktu berusia 19 tahun.
 Apbila mempunyai wang saja, Herbert akan merealisasikan impiannya itu. Dan sejak 16 tahun lalu, wajah dan tubuhnya sudah berbelas kali 'dicucuk' dan 'dibelah' bagi menjayakan misinya untuk tampil mirip dengan watak yang dikenali dengan jolokon Man of Steel itu.
 Mungkin usaha Herbert berjaya. Lihat saja transformasi fotonya. Jika dulu, rupanya hanya lelaki Filipina yang tipikal dengan kulit yang gelap dan berjerawat.
 Tetapi kini, penampilannya berubah secara total. Dagunya dilekukkan dan hidungnya ditinggikan. Kulitnya dicerahkan dan bibirnya disuntik silikon supaya tampak penuh. Manakala pembedahan memasukkan implan dilakukan pada dada dan paha agar tampak berotot.
 "Sejak kecil saya mahu kelihatan seperti Superman. Saya gembira dengan hasilnya. Tak kisah apa orang kata,  yang penting saya tidak menyakiti sesiapa," ujar Herbert yang bertugas sebagai jurulatih pertandingan ratu cantik.
 Walaupun  serupa dengan idola kegilaan, tapi hanya satu yang tidak mungkin dimiliki Herbert iaitu kuasa Superman. Dia tidak boleh terbang dan melayang di angkasa.
 Tapi, apa nak kisah! kini, Herbert sudah mulai popular. Dia sering dipanggil untuk menghadiri program bual bicara atau program televisyen. Sekurang-kurangnya, Herbert kini sudah berjaya menjadi seorang selebriti dan mampu muncul di kaca televisyen seperti wira idolanya itu~copy from Mastika.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

selamat membaca.. (^^,) lagi best kalau baca kat buku mastika..hehehe..

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)