Friday, March 9, 2012

~PONTIANAK itu membonceng motosikal pengawal~MASTIKA MAC~

Oleh: Khairul Anwar Yusop
 Malam itu, suasana pondok pengawal keselamatan, kilang kelapa sawit d Linggi, Negeri Sembilan kecoh. Suhaimi Nordin, 33, melihat rakan setugasnya Omar, 34, berlari dalam keadaan tergesa-gesa menuju ke pondok pengawal.
 Sebaik tiba, Omar bernafas tercungap-cungap. Tubuh Omar menggeletar seperti ketakutan. Baju seragam pengawal yang dipakai Omar pula kotor akibat dibasahi peluh dan tanah-tanah yang melekat.
 Keadaan Omar yang kotor tak ubah seperti baru saja masuk dalam kubang kerbau.
 "Kenapa dengan engkau ni Omar,? soal Suhaimi yang terkejut melihat keadaan rakan setugasnya yang masih ketakutan itu.
 Waktu itu, Suhaimi berfikir mungkin Omar dikejar babi hutan. Maklumlah kilang itu terletak dalam ladang kelapa sawit. Banyak babi hutan berkeliaran mencari makanan malam-malam begini.
 "Eh, mana motor engkau?" soal Suhaimi lagi kerana setahunya ketika keluar meronda tadi, Omar menunggang motosikal.
 Walaupun puas ditanya, Omar masih diam membisu. Lidah Omar kelu. Nafasnya tercungap-cungap. Malah Omar juga berada dalam keadaan menggelabah, tak tentu arah. Sekejap Omar berjalan, sekejap Omar duduk.
 "Sebab apa engkau lari? Mana motor? Kena kejar babi ke?" Suhaimi terus menyoal bertalu-talu.
 Selepas beberapa minit. keadaan mula tenang, barulah Omar boleh bersuara.
 Malam itu , apa yang berlaku kepadanya diceritakan kepada Suhaimi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Cerita Omar, selepas pukul 1 pagi, dia keluar dari pondok pengawal untuk melakukan rondaan. Waktu itu merupakan gilirannya selepas Suhaimi melakukan rondaan pada pukul 12 malam.
 Dari satu check point, Omar terus bergerak ke check point seterusnya. Selepas memeriksa di check point keenam iaitu kawasan terakhir berdekatan sebuah rumah batu yang sudah lama ditinggalkan, Omar berpatah balik untuk pulang ke pondok pengawal.
 Dalam kegelapan malam yang hanya diterangi lampu motosikal, Omar terus menunggang motor melalui jalan-jalan licin diladang sawit itu.
 Selepas melewati rumah tinggal itu, Omar mula perasan motosikal yang ditunggangnya terasa berat seperti sedang membawa penumpang.
 Lebih menakutkan, Omar juga terasa seperti ada satu objek sedang bertenggek di atas bahu kanannya.
 Dalam keadaan itu Omar mula menggelabah. Minyak motosikal dipulas dan motornya bergerak laju ke kawasan yang mempunyai lampu.
 Sebaik tiba di bawah lampu, Omar memberanikan diri memandang ke belakang. sebaik menoleh, Omar terus menjerit.
 Memang menakutkan! beban berat yang dibawa Omar tadi rupa-rupanya...
 Lebih menakutkan makhluk itu meletakkan bahunya diatas bahu kanan Omar. Masih jelas di ruang mata Omar, wajah yang di tampilkan itu berkerut-kerut dan pucat. Dua biji matanya tersembul keluar dan berwarna merah.
 Akibat terkejut motosikal ditunggang Omar terbalik. Sepantas kilat juga Omar berlari sekuat hati, meredah semak samun dalam kegelapan malam menuju ke pondok pengawal. Akibat gelap beberapa kali Omar tersungkur ke tanah kerana tersadung batu dan tunggul kayu.
 "Sebab itulah baju aku kotor. Motor aku pun ada kat sana lagi," beritahu Omar tergagap-gagap.
 Sebaik mendengar cerita Omar, Suhaimi ketawa terbahak-bahak. Bagi Suhaimi mungkin Omar sengaja mengada-adakan cerita. Lagipun kawannya itu pernah mengaku tak percaya dan takut pada hantu.
 "Engkau tipulah," kata Suhaimi.
 "Sumpah! Aku tak tipu. Aku kena sakat dengan pontianak tadi," Omar menjawab dengan serius.
 Bila dengar begitu, barulah Suhaimi percaya. Lagipun jika difikirkan secara logik, takkan Omar sanggup berjalan kaki hampir sekilometer dan balik ke pondok pengawal dalam keadaan begini.
 "Itulah engkau cakap besar sangat. Sekarang engkau dah kena. Dulu aku cerita engkau tak percaya. Engkau cakap kalau jumpa pontianak nak londeh kainnya. Sekarang engkau dah kena," sindir Suhaimi pada Omar.
 Omar yang mendengar bebelan dan sindiran Suhaimi hanya diam membisu.

********************************************************

*Misteri Wanita dan Dua Kanak-Kanak*

Suhaimi masih ingat lagi beberapa minggu sebelum itu dia juga disakat hantu di kawasan berkenaan. Selepas pukul 1 pagi, seperti biasa Suhaimi melakukan rondaan seorang diri.
 Ketika melintas rumah tinggal tersebut untuk ke check point terakhir, Suhaimi mula perasan sesuatu yang lain daripada kebiasaan.
 Rumah tinggal di situ terang cahaya lampu seperti sudah ada orang yang menghuni rumah tersebut. Keadaan di luar rumah juga sudah bersih dari ranting-ranting kayu dan pokok-pokok yang menjalar.
 "Dah ada orang duduk rumah tu ke? Pemilik rumah atau pekerja Bangla kat kilang ni," bisik Suhaimi sendirian sambil motornya melintasi rumah berkenaan.
 Tapi bila Suhaimi berpatah balik untuk pulang ke pondok pengawal, sekali lagi Suhaimi terkejut. Rumah yang tadi terang benderang kini gelap gelita.
 Bila Suhaimi menghala lampu motosikalnya ke rumah tersebut Suhaimi terkejut. Suhaimi lihat memang tiada sesiapa di rumah itu. Pokok-pokok menjalar juga masih memenuhi rumah itu.
Dalam keadaan seram sejuk cepat-cepat Suhaimi memecut motosikalnya. Tapi baru beberapa meter Suhaimi perasan kelibat seorang wanita dan dua kanak-kanak lelaki sedang berdiri di bawah lampu di tepi jalan. Jelas di mata Suhaimi mereka berketurunan cina.
 "Eh, sapa pula tu," bisik Suhaimi sebaik melintasi mereka.
 Tapi bila Suhaimi menoleh kembali, kelibat ketiga-tiga orang tadi terus ghaib dari pandangan. Mereka hilang sekelip mata. Waktu itu, tiada apa yang Suhaimi fikirkan kecuali hantu!
 Esoknya, kejadian itu Suhaimi ceritakan kepada beberapa orang tua yang sudah lama bekerja di kilang sawit tersebut.
 Selepas mendengar cerita Suhaimi orang-orang tua di situ memberitahu, dua kanak-kanak itu dahulunya mendiami rumah tinggal di belakang ladang sawit tersebut.
 Tapi suatu hari, suami dan isteri di rumah itu mendapati dua orang anak lelaki nya hilang. Selepas usaha mencari dilakukan keluarganya dan anggota polis, mereka hanya jumpa kasut dan baju kanak-kanak itu di tepi sebuah kolam buangan sisa kelapa sawit di belakang rumah mereka.
 Pihak polis syak kanak-kanak itu telah lemas dalam kolam tersebut. Tapi apa yang menyedihkan jasad kedua kanak-kanak itu gagal dijumpai sehingga kini.
 Cerita orang tua itu lagi, mungkin yang dijumpai Suhaimi itu jelmaan roh dua kanak-kanak tersebut.
 Tapi siapa pula wanita disamping dua beradik itu?~copy from mastika
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
selamat membaca.. :)

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)