Friday, July 12, 2019

~ 7 Tip Penting Semasa Puasa Intermittent Fasting IF~

Assalammualaikum..sebelum ni sis ada kongsikan artikel dr majalah wanita tentang Intermittent Fasting IF kan.. okay kali ni sis akan kongsikan lagi artikel yang berkaitan dengan IF. Semua info dipetik dari artikel yg ada di majalah wanita bil: 1814.. Untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat pembaca semua boleh lah beli majalah wanita dan rajin2 kan lah membaca :)


7 TIP PENTING SEMASA PUASA IF

1. Digalakan untuk minum air secukupnya. Semasa Fasa Puasa, anda dibenarkan mengambil air mineral, air kopi atau teh tanpa gula. Air akan membantu proses detoks. Air juga akan mengurangkan proses terhidrat yang berlebihan kepada sel tubuh. Sel tubuh yang terlalu kering menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya


2. Semasa fasa makan, ambil makanan dan minuman rendah indeks glisemik (Low Gi). Makanan terbahagi kepada 3 kumpulan utama: Karbohidrat, Protein dan Lemak & Minyak. Kumpulan makanan Protein dan Lemak tidak sebanyak karbohidrat meransang insulin. Bagi pengamal IF, sebaiknya menggunakan panduan ringkas ini. Jumlah makanan yang diambil sehari ialah 30-50 gm karbohidrat, 70-100 gm protein, buah, sayur dan selebihnya kumpulan lemak baik.

3. Kurangkan atau hadkan pengambilan makanan terproses seperti sosej, burger, kentang goreng, nuget dan kuih muih yang dibekukan. Makanan ini akan menambahkan  kerosakan dan inflamasi tubuh. Inflamasi kronik akan menyebabkan kerosakan DNA dan penyakit kronik pula yang akan timbul selepas 15-20 tahun.

4. Berhenti terus makanan dan minuman tinggi gula seperti kek, roti, biskut, kuih muih, air kotak, air soda, air tin, air jus tersedia dan air kordial. Gula yang terlalu tinggi bukan sahaja menjadi perosak malahan menjadi satu agen ketagihan. Ketagihan pula merangsang anda untuk susah berhenti dari mengambil makanan dan minuman tersebut. Bahaya sungguh jika kita tergolong di dalam kumpulan sedemikian.

5. Ambil makanan 'real' dan 'raw' seperti ikan, ayam organik, sayur dan buah di dalam pembahagian jumlah yang tertentu. Erti kata lain, setiap kali makan, pelbagaikan warna dan jenis kumpulan makanan. Tubuh amat memerlukan semua jenis kumpulan makanan sebagai sumber tenaga, pemulihan, fitonutrien, vitamin dan mineral.

6. Digalakan untuk menggunakan konsep 'suku-suku-separuh' Kementerian Kesihatan. Ini  bagi menggalakkan kita untuk faham bahawa tubuh sangat menagih simpati supaya tidak terus dirosakkan.

7. Pastikan tidur yang sempurna mengikut hukum alam, iaitu semasa melatonin dirembaskan, bermula jam 10 malam hingga 5 pagi. Melatonin akan melakukan dua perkara utama iaitu 'pemulihan' dan 'anti-penuaan'



sumber info kesihatan : majalah wanita bil: 1814



No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)