Saturday, July 27, 2019

~ SNEK PALING ANEH DI DUNIA ~

Sumber Artikel Dari : majalah wanita (cerita pelik) bil; 1814
Susunan @Olahan : Mastura Burhanuddin
Perkongsian :-
Kredit Gambar : Google
Nota Dari Blogger :
sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk kita sama2 menambah ilmu pengetahuan. Untuk lebih banyak info2 yang berguna disarankan anda semua mendapatkan majalah mingguan wanita. sama2 kita sokong majalah mingguan wanita. terima kasih.


Setiap negara yang ada di peta dunia miliki keajaiban dan keistimewaan tersendiri. Jangan terkejut kerana sesuatu yang jelik kepada kita. Boleh jadi perkara yang disukai mereka. Berikut adalah makanan aneh yang dijadikan snek tradisi sejak turun temurun dan kekal menjadi amalan hingga hari ini.

SAL DE GUSANO
(MEXICO)

Snek yang mencampurkan ulat jenis gusano, bersama garam bukit dan serbuk cili. Khabarnya, ia dinikmati kerana manfaat protein yang terkandung di dalam ulat itu.

BALUT
(FILIPINA)

Embrio itik (telur itik) yang direndam dalam cecair dan dijamah begitu saja sebaik kulitnya dikupas. Lazimnya telur itik yang mengandungi embrio sekitar usia 11 hingga 14 hari adalah usia terbaik untuk dijadikan 'balut'.
Balut kemudiannya direbus dan dinikmati bersama potongan cili, cuka dan juga hirisan bawang putih.

MATA TUNA

Juadah mata ikan tuna ini cukup popular di Jepun. Cara penyediaannya, mata ikan tuna dikeluarkan daripada ssoket matanya dan lazimnya dijual pada harga yang murah di pasar. Untuk memasaknya anda hanya perlu kukus dan perasakan ia dengan hirisan bawang putih serta kicap. Menurut penggemarnya, rasa mata ikan tuna ini mirip kepada isi sotong.

STINKY TOFU
(CHOUDOUFU)

Makanan ini merupakan tauhu yang direndam dalam tempoh yang lama. Lazimnya ia boleh didapati di sekitar pasar malam di China. Baunya sahaja cukup kuat dan sama seperti 'telur 100 tahun', hanya yang berani sahaja sanggup menelannya.

TARANTULA GARING

Kesengsaraan di bawah pemerintahan kuku besi Khmer Rouge membuatkan masyarakat di Cambodia, perlu kreatif dalam mendapatkan sumber makanan. Bagi mengelakkan dari kebuluran, labah-labah tarantula adalah subjek yang paling mudah untuk ditemui dan menjadi hidangan alternatif penyambung nyawa buat mereka. Mengenang kembali saat-saat malang itu, juadah ini kekal menjadi juadah eksotik yang cukup sinonim dikaitkan dengan kkekejaman Khmer Rouge.

TELUR '100 TAHUN'

Sekadar gimik pada nama, telur ini bukanlah dihasilkan 100 tahun lamanya. Sebaliknya ia terhasil daripada proses pengawetan dalam beberapa bulan sahaja. Campuran asid sitrik semula jadi dari limau, tanah liat, abu, gaam dan beras menghasilkan rupa eksotik pada telur tersebut. Rasnya yang aneh, membuatkan bukan semua orang menyukai dan sanggup menelannya.

BOSHINTANG
(DAGING ANJING)

Ia merupakan hidangan dalam bentuk sup campuran hirisan daun bawang, bunga dandelion serta hirisan isi daging anjing. Menu ini khabarnya hampir sukar ditemui, kerana ia merupakan makanan eksotik kegemaran warga berusia dibandingkan generasi baru di Korea terutamanya.

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)