Monday, July 15, 2019

~ IBU MERTUAKU : RAKAN BAIKKU ~

Sumber Artikel Dari : majalah mingguan wanita (psikologi perkahwinan) bil: 1814
Kelolaan : Norhayati Othman
Kredit Gambar: google
Nota : sis kongsikan kembali info2 yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk pengetahuan kita bersama..untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat boleh lah beli majalah wanita setiap minggu :)
www.mingguanwanita.my





Sebelum berkahwin semuanya baik, manis dan elok. Orang cakap pijak semut pun tak mati. Apatah lagi apabila berdepan dengan bakal mertua, cukup sopan santun dan lemah lembut.

Sebaiknya, realiti sebenar apabila sudah dimiliki, keadaan terus berubah. Mula timbul sikap cerewet, pantang ditegur dan lebih teruk lagi apabila mentua dan menantu mula bermasam muka kerana ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka. Boleh dikatakan, baik menantu mahupun mentua, mereka tidak 'ngam'. Ini biasa terjadi dalam hubungan mak mentua dan menantu perempuan.
Jadi bagaimana ingin menjadi menantu pilihan dan mertua disayangi. Ikut kupasan lanjut bersama Prof Madya Dr. Hj Mohd Nor Mamat tentang topik kali ini.

KONFLIK MENANTU MENTUA
Seringkali kita mendengar kes atau konflik yang berlaku antara menantu perempuan dan ibu mentua berbanding dengan menantu lelaki dengan bapa mentua. Keadaan ini mudah berlaku apabila kedua-duanya cepat terasa hati dan tidak dihargai baik oleh suami atau anak lelaki sendiri.
Boleh dikatakan, ada sesetengahnya bukan berpunca daripada masalah  besar tetapi sekadar silap faham denagn tindakan masing-masing atau ego kerana inginkan monopoli perhatian daripada lelaki yang disayangi.
Ada juga disebabkan perbezaan jurang yang menimbulkan salah faham apabila ibu mentua membandingkan-bandingkan cara menantu menjaga keluarga. Contohnya, melayan suami ataupun mendidik anak-anak yang tidak sehebat mereka dahulu.
Tidak dinafikan, kelemahan menantu menguruskan rumah tangga juga boleh menjadi punca kritikan mentua sehingga menimbulkan rasa hati dan konflik dalam hubungan. Apatah lagi, jika tinggal bersama, setiap tindakan menantu jadi perhatian mentua.

TAK RAPAT
Daripada sudut psikologi, perempuan lebih didominasi oleh emosi. Namun, tidaklah dikatakan menantu perempuan dan ibu mentua sukar untuk rapat kerana adakalanya mereka boleh rapat melebihi hubungan menantu lelaki dengan bapa mentua.
Mereka didominasi oleh emosi, jika gembira akan jadi gembira bersungguh-sungguh dan jika sedih, mereka akan cepat sedih dan terasa hati. Berbeza dengan lelaki yang agak rendah emosinya , lebih banyak mengambil mudah, sukar terasa hati dan kalaupun berlaku, cepat pula melupakan.

AMBIL HATI MENTUA
Ada cara yang boleh memastikan menantu 'mesra' denagn mentua atau dikatakan lebih serasi. Contohnya, jangan tinggal terlalu lama bersama menantu dengan mentua. Jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, sebagai menantu perlulah menghormati ibu mentua seperti ibu sendiri dan suami hendaklah bijak memberi perhatian kepada kedua-duanya secara efektif,
Sebenarnya, isteri dan ibu inginkan perhatian dan belaian yang istimewa daripada suami atau anak lelaki.
Sebagai menantu perempuan, perlulah banyak bersabar dan tunjukkan keikhlasan dalam menghormati ibu mentua sebagai wanita yang paling istimewa dalam rumah tersebut. Elakkan daripada kita merampas anak lelaki daripada hidupnya atau menghalang daripada anak lelaki mengambil berat terhadapnya.
Sebagai menantu, biasakan diri kita sesuaikan diri dengan gaya hidup mentua, ini boleh menjadikan mereka rasa dihargai. Dahulukan apa sahaja untuknya, elakkan daripada merasakan ibu mentua sebagai orang asing dalam urusan keluarga.

ANGGAP SEBAGAI IBU SENDIRI
Sebaiknya, sebelum mendirikan rumah tangga dengan pasangan, mulalah berkenalan dan berbaik denganbakal ibu bapa mentua. Pujuk diri agar menerima hakikat bahawa kita bukan bersendirian memiliki suami kerana mentua juga adalah sebahagian daripada keluarga kita.
Cari sesuatu yang boleh mencipta kekaguman dan penghormatan kepada mentua untuk lebih memudahkan kita menjadi lebih rapat dan 'rakan baik' atau pun idola dalam kehidupan kita.
Jadikan pahala berbuat baik dan menghormati kedua ibu bapa mentua sebagai motivasi untuk kita bersabar dan menerima keadaan tersebut.

DUHAI SUAMI !
Dalam hal ini, suami perlu bijak menakluki emosi kedua-dua wanita yang sama penting dalam hidupnya dan menguasai perhatian serta kasih sayang daripada kita.

NASIHAT UNTUK MENANTU
1. Berilah keutamaan kepada mentua kerana mereka lebih tua dan perlu dihormati sama seperti ibu bapa kita sendiri.

2. Pujuk hati untuk berkongsi kasih sayang dengan wanita lain iaitu ibu mentua kerana jika diamati betul-betul, sebenarnya kasih sayang dan perhatian suami adalah istimewa untuk setiap isteri dan ibu.

3. Hormati ibu bapa mentua kerana dengan sebab merekalah, kita mempunyai suami dan menerusi penghormatan serta kasih sayang suami kita terhadap mereka juga menjadi asbab laluan kita ke syurga.

4. Elakkan daripada membanding-bandingkan kasih sayang atau perhatian suami. Elakkan prasangka negatif terhadap mentua yang kadang kala menrasakan seolah-olah ingin bersaing untuk mendapatkan suami kita.
5. Cuba sedaya upaya untuk tidak tinggal sebumbung dengan ibu bapa mentua dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, tinggal berasingan dan sering kali lah mengunjungi rumah mereka.

6. Jika tiada pilihan, carilah atau ciptalah hubungan yang membahagiakan bersama ibu mentua, contohnya berkongsi hobi yang sama, ataupun jadikannya guru masakan atau apa sahaja yang membahagiakan dan menggembirakannya  (tanda dihormati).

SEBAGAI MENTUA

1. Berilah ruang dan peluang kepada anak untuk menjadi suami yang membahagiakan keluarganya. Anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang berbeza daripada sebelum menjadi suami kepada menantu kita.

2, Pujuk diri untuk menerima hakikat betapa anak kita telah pun mempunyai tanggungjawab baru dan sedia berkongsi perhatian serta kasih sayang denagn wanita lain.

3. Jadilah mentua yang bertoleransi serta membahagiakan menantu seperti anak sendiri dan ini akan lebih dihormati oleh menantu.

4. Elakkan daripada amsuk campur semua urusan anak menantu kerana mereka lebih tahu untuk mengurus hidup sendiri, malah  mereka juga hidup pada zaman yang berbeza dengan kita.

5. Elakkan membanding-bandingkan tindakan ataupun sikap menantu dengan cara hidup kita atau pun dengan anak menantu lain kerana tugas kita sebagai ibu bapa adalah membesar dan mendidik anak-anak dalam membina keluarga mereka dengan bahagia.
3.

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)