Friday, July 12, 2019

~Bulan Ramadhan : Masa Untuk Kurus Bukan Tambah Gemuk~

Artikel sebenar : majalah wanita (kelab diet) bil:1814~
Susunan oleh : Norhayati Othman
beli majalah mingguan wanita untuk lebih info..

   Inilah momentum yang tepat untuk anda melakukan program diet. Tetapi ingat ! Dengan pelbagai juadah makanan yang enak-enak membuatkan diet anda terus hilang. Akibatnya, angka timbangan tidak bergerak dan lebih teruk makin bertambah.
   Mungkin ada beberapa perkara yang perlu anda mabil tahu dan awasi supaya diet bulan ramadan anda tetap sukses. Ikuti tip ini :


AWAS!!

Makanan Bergoreng
~Ini adalah hidangan yang mesti ada setiap kali berbuka puasa. Namun, meurut pakar, makanan bergoreng mempunyai tinggi lemak. Kesannya, anda cenderung menikmati makanan ini dengan banyak.

Cuba Ini :

1. Masak Di Rumah
~Memasak sendiri di rumah bukan hanya menjamin kebersihan tetapi membuka selera. Anda boleh gunakan minyak yang lebih sihat.

2. Jangan Terlalu Lama Menggoreng
~Makanan bergoreng yang sihat adalah tidak terlalu lama digoreng atau goreng berulang kali. Gunakan suhu minyak yang tidak terlalu panas. Ketika warna makanan bergoreng telah menjadi coklat keemasan, segeralah angkat.

3. Guna Minyak Baru
~Mengguna minyak baru adalah lebih sihat berbanding minyak yang dipakai berulangkali. Gantikan minyak untuk menggoreng setelah tiga kali gorengan.

4. Lap Sisa Minyak Dengan Tisu
~Pastikan makanan yang digoreng dilap dengan tisu yang menyerap minyak. Cara ini boleh mengurangkan minyak pada makanan dan mengelakkan daripada masalah kesihatan yang mendatang.

5. Berbuka Bersama
~Memang menyeronokan apabila dapat berbuka bersama-sama keluarga mahupun kawan-kawan rapat. Namun, anda perlu berhati-hati kerana ia cenderung untuk anda makan dengan lebih banyak. Penelitian di Denmark mengatakan makin ramai orang pada meja makan, makin besar nafsu sesorang itu.

6. Ais Dan Jus Buah
~ Ini adalah minuman kegemaran semasa berbuka puasa. Rasa manis dan segar akan membuatkan tekak anda yang kering sebelum ini kambali segar. Namun, kebanyakan minuman yang dijual mengandungi gula yang tinggi, kesannya anda cenderung untuk malas bergerak dan lemak akan bertambah.

7. Tidur
~Ada yang beranggapan tidur pada bulan puasa adalah lebih daripada melakukan aktiviti yang membuang tenaga. Tetapi ingat, ini bukan alasan untuk anda menghabiskan hari dengan tidur semata-mata. Tidur selepas bersahur atau selepas berbuka boleh menyebabkan makanan tidak dihadam dengan baik dan mengumpulkan lemak pada bahagian perut.

TIP
~Puasa boleh menjadikan momen terbaik untuk anda mulakan program diet. Ini tip terbaik untuk anda lakukan:

1. Jangan Makan Banyak Semasa Bersahur
~Anda beranggapan makan banyak semasa bersahur dapat memberikan tenaga yang lebih banyak. Sebenarnya semua itu adalah salah kerana dengan makan banyak semasa sahur akan membuatkan perut anda terlalu penuh hingga memberi kesan seperti malas , mengantuk dan penat.

2. Makanan Berkhasiat Semasa Bersahur
~Menurut ahli gizi, Leona Victoria Djajadi dari University Of Sydney, Australia mengatakan diet yang baik adalah dengan mengambil makanan dengan hidangan yang berkhasiat semasa bersahur. Jangan mengambil makanan seperti snek, makanan ringan dan sebagainya yang boleh menambahkan kalori dan tidak berkhasiat.

3. Kawal Pengambilan Gula
~Salah satu yang menyebabkan diet gagal semasa bulan puasa adalah pengambilan makanan dan minuman manis yang berlebihan, Anda perlu tahu pengambilan gula pada hidangan yang sesuai. Selain itu, jus buah yang terlalu sejuk dan manis boleh menyebabkan perut anda kembung dan cepat penat.

4. Banyakkan Sayuran
~Bagi menurunkan berat badan, ambillah jumlah nasi yang sesuai dengan lauk dan pilih makanan yang terdiri daripada protein yang tidak digoreng. Contoh, ayam bakar dan digandingkan dengan sayuran tumis. Banyakkan sayuran daripada jumlah nasi.

5. Senaman Sebelum Berbuka
~Ini adalah waktu paling tepat untuk melakukan senaman sebelum berbuka puasa. Mungkin anda merasakan tenaga sudah tidak ada tetapi sebenarnya ia baik untuk  menurunkan berat badan kerana badan yang bersenam akan mengambil tenaga  daripada lemak yang tersimpan dalam badan anda.

SNEK SIHAT BULAN PUASA

 Untuk berbuka, tentu anda ingin menikmati snek sekadar untuk mengisi perut pada waktu malam. Ada beberapa makanan snek yang boleh mencegah risiko berat badan naik walaupun anda mengambilnya pada waktu malam.

Keju
~Ini adalah snek yang sesuai kerana ia kaya dengan protein dan membantu anda cepat kenyang. Cukup hanya dengan sekeping keju dan jangan menikmati berlebihan untuk mengelakkan berat badan bertambah.

Yogurt
~Yogurt Greek yogurt yang tinggi protien, rendah lemak dan kaya nutrisi boleh membantu anda terutamanya dalam sistem penghadaman.

Popcorn
~Snek ini tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah, asalakn anda tidak mengambil dalam jumlah yang berlebihan.


sumber info kelab diet: majalah mingguan wanita bil:1814
belilah majalah mingguan wanita untuk lebih info2 yang bermanfaat.. 

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)