Friday, July 12, 2019

~Intermittent Fasting @ Puasa Berkala Untuk Wanita~

 Tulisan sebenar oleh : Julie Roshana Akma Shafie (majalah wanita bil:1814) 
Artikal sumbangan : Dr. Siti Aniza Basir 
saya kongsikan kembali di ruangan blog saya untuk bacaan yang bermanfaat.

 Ramadan sinonim dengan puasa. Terdapat banyak manfaat puasa dari sudut kesihatan. Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta syahwat atau seumpamanya. Apabila kita menyebut tentang menahan, ia bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan.

   Adakah sistem fisiologi tubuh juga begitu? Ya, Sistem tubuh sangat tepat aturannya. Apakah yang berlaku kepada tubuh semasa kita berpuasa?

Apakah organ dan kalenjer yang penting semasa puasa?
   Organ yang terlibat secara keseluruhan ialah mata, saraf rasa, mulut, lidah, gigi, esofagos, perut, usus, pankreas, hempedu dan kolon. Bahan penting untuk proses seperti enzim, hormon dan kofaktor. Semua sistem tubuh terlibat.
   Kumpulan glukosa dan lemak ialah adalah sumber utama tenaga tubuh. Glukosa adalah sumber tenaga paling cepat dan mudah.
   Walau bagaimanapun, apabila tubuh tiada glukosa, tubuh tetap berkompensasi menggunakan sumber lain sebagai tenaga.

Perubahan fisiologi daripada fasa makan ke fasa puasa
   Semasa makan, insulin meningkat. Insulin diperlukan dalam proses penukaran makanan kepada tenaga jenis glukosa. Lebihan glukosa akan disimpan sebagai glikogen di dalam hati. Selepas enam jam tanpa sebarang makanan, paras hormon insulin mula menurun. Glikogen iaitu glukosa simpanan mula digunakan.

Apakah itu IF?
   Telah terbukti dalam kajian bahawa puasa adalah diet terbaik. Intermittent Fasting (IF) atau puasa berkala adalah cara yang paling mudah untuk memberikan impak yang sangat besar. IF juga dikenali sebagai Restricted Feeding (Makan hanya pada waktu yang ditetapkan).
    Anda jangan salah faham. Puasa sunat ialah puasa siang dan puasa IF ialah puasa malam. Sebab itu ia dipanggil "Close Your Kitchen Early".

Kelebihan berpuasa dan Intermittent Fasting kepada wanita

 1. Sistem Neurologi

  • Melambatkan proses penuaan (Alzheimer's Disease, Dementia)
  • Peningkatan daya fokus
  • Menambahkan aliran oksigen ke otak   
2. Sistem Kardiovaskular

  • Mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung
  • Meningkatkan aliran darah
  • Mengurangkan kolesterol
3. Sistem Endokrin

  • Keseimbangan hormon
  • Meningkatkan sensitiviti hormon insulin
  • Mengurangkan risiko penyakit (Diabetes, Kolesterol, Darah Tinggi, Gout, Buah Pinggang) 
  • Membasmi obesiti dan diabetositi


4. Sistem Gastrousus

  • Mengurangkan gejala Leaky Gut (sebu, kembung, angin, sakit perut)
  • Membasmi jangkitan kandida
  • Meningkatkan proses penghadaman
  • Mengurangkan ketagihan


5. Sistem Sendi

  • Melincirkan fungsi sendi
  • Mengurangkan sakit dan bisa badan



6. Anti Penuaan

  • Meningkatkan penghasilan glutation, satu bahan pembasmi kerosakan akibat radikal bebas dan peningkatan hormon tumbesaran (Growth Hormone)


Kaedah Berpuasa IF
-Terdapat banyak kaedah berpuasa IF:

  1. Kaedah 5:2:  Ini adalah kaedah , lima hari makan dan dua hari puasa. Kaedah ini sesuai digunakan kepada mereka yang baru bermula
  2. Kaedah 12:12 (12 jam puasa dan 12 jam makan) Selama ini, selagi mata terbuka, anda akan makan dan makan. Kaedah 12:12, akan membantu 'newbie' yang berhajat untuk memulakan IF dengan mudah dan tanpa gagal.
  3. Kaedah 14:10 (14 jam puasa dan 10 jam makan) Kaedah ini lebih kepada fasa 'advance' bagi kumpulan 12:12. Kaedah yang amat mudah, kita hanya perlu lanjutkan sarapan selama dua jam. Kaedah ini amat popular bagi yang kerap mengalami masalah 'gastrik' seperti kembung, angin, sebu dan kerap buang angin.
  4. Kaedah 16:8 (16 jam puasa dan 8 jam makan) Kaedah ini memerlukan tahap iman yang tinggi. Sebab apa? Sebab selalu terliur menu sarapan.


Disclaimer: IF tidak digalakan untuk wanita berpenyakit kronik yang memerlukan rawatan yang ketat, pesakit kanser di dalam rawatan, ibu mengandung, ibu menyusu, dan ibu yang bersalin. Sila dapatkan nasihat doktor jika anda masih tidak yakin tentang status kesihatan diri anda.



Sumber info kesihatan : majalah wanita bil:1814
jom beli majalah wanita..banyak informasi2 yang berguna dan bermanfaat buat kita semua. :)

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)