Saturday, July 13, 2019

~ ENAM JENIS GULA DIGUNAKAN DALAM MASAKAN ~

Sumber Artikel Dari : majalah mingguan wanita (kulineri) bil: 1814
Penulis asal : Mastura Burhanuddin
Kredit Gambar: google
Nota : sis kongsikan kembali info2 petua yang terdapat dalam kandungan majalah mingguan wanita untuk pengetahuan kita bersama..untuk lebih banyak info2 yang bermanfaat boleh lah beli majalah wanita setiap minggu :)





Gula, hadirnya memberi rasa dan kekuranganya merencatkan keenakan minuman mahupun makanan. Gula juga mengandungi karbohidrat dan bermanfaat kepada tubuh sekiranya diambil dalam sukatan yang ideal.

Sekiranya di ambil dalam skala berlebihan , awas..adnda bakal mengundang pelbagai penyakit yang memudaratkan kesihatan. Berikut adalah enam jenis gula yang mungkin anda tidak kenali namun wujud dalam dunia masakan. Kurangkan gula dalam minuman. lebihkan manis dalam senyuman.. :)

GULA PASIR (Course Sugar)
Gula paling popular dan paling mudah didapati dimana-mana pasar raya terkemuka mahupun kedai runcit. Lazimnya digunakan dalam penambah rasa untuk minuman mahupun makanan. Mahu menyediakan puding karamel? Panaskan sahaja gula pasir ke dalam periuk, pastikan api dipasang perlahan...biarkan gula bertukar keperang-perangan. Cecair gula yang terhasil itu dinamakan karamel.

GULA HALUS (Fine Granulated Sugar)
Sifat gula ini yang halus sesuai untuk digunakan dalam pembuatan kek. Sebaik dipukul ianya mudah cair kerana teksturnya yang halus.

GULA KASTOR (Castor Sugar)
Gula ini berwarna putih dan halus. Ianya sesuai untuk dijadikan bahan utama dalam penghasilan kek, biskut, roti, pastri dan lain-lain. Butiran gula yang halus mudah cair terutamanya apabila dipukul bersama mentega dan telur.

GULA AISING (Icing Sugar)
Gula aising berbentuk seperti serbuk dan amat halus. Ia tidak sesuai digunakan dalam pembuatan kek. Walau bagaimanapun ianya sesuai digunakan untuk biskut yang mempunyai tekstur doh yang lembut. Gula aising biasanya digunakan  dalam pembuatan krim mentega, frosting keju dan fondant.

GULA PERANG (Brown Sugar)
Seperti namanya, gula ini berwarna keperangan dan sering digunakan dalam pembuatan kek, biskut ataupun kuih muih. Jika anda mahukan karamel, gula perang juga boleh menghasilkan karamel yang enak.

GULA MERAH/GULA KABUNG/GULA MELAKA
Gula ini selalu digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang, kuih buah melaka dan sebagainya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau atau memotongnya. Rasakedua-duanya lebih sedap daripada gula merah yang biasa.

No comments:

Post a Comment

thanks for visiting my blogs :)